|
title dia macam pernah dengar the english equivalent jer... |
|
|
|
|
|
|
Miss_Ted This user has been deleted
|
menanti... excited jugak ni kalau betul dia best, harap2 boleh ubat kekuciwaan-ku terhadap puaka tebing biru |
|
|
|
|
|
|
|
nak tengok nak tengok.. pierre andre
aiyoo lama nya lagi nak kena tunggu april laa pulak.. |
|
|
|
|
|
|
sawadashin This user has been deleted
|
tak sabar nak tengok filem nie. tgk macam best jer. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tgk promo kat wayang sambil tgu citer mukhsin aritu..seram siott.....tak nak la tgk..aku ni penakot....tp rasa cam nak tgk gak...cemana nihh.... |
|
|
|
|
|
|
|
jom tgk ramai2
[ Last edited by articulate at 12-3-2007 02:33 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #105 articulate's post
samo cam aku....tgk trailer jer dah takot...... |
|
|
|
|
|
|
|
X sabar dah nie! First time dalam beberapa tahun me excited nak tengok citer melayu..harap tak menghampakan |
|
|
|
|
|
|
allifhaqimie This user has been deleted
|
aku tak jumpa lagi trailer die.. ..nak tengok jgk..
saper2 tlg la sedekah kat aku |
|
|
|
|
|
|
|
'Jangan Pandang Belakang' betul-betul seram!
14-03-2007 01:08:19 PM
Oleh WAHIDA ASRANI
PENULIS memang gemar dengan filem bergenre seram. Namun setakat ini jarang sekali penulis tertarik dengan filem tempatan bercorak seperti ini. Sehinggalah berkesempatan menonton filem seram terbaru, Jangan Pandang Belakang (JPB), semalam. Tidak dinafikan filem terbitan Metrowealth ini berjaya meninggalkan impak di hati penulis.
Untuk menilai 'keseraman' sesebuah cerita itu, pastinya elemen seram adalah perkara utama yang akan diambil kira. JPB berjaya lari daripada konsep seram yang 'membingitkan' telinga dengan pekik-lolong pelakon serta 'hantu' yang tidak nampak real.
Darma (Pierre Andre) dan Seri (Intan Ladyana) cuba mencari kepastian sebab kematian Rose
Sekalung tahniah untuk pengarahnya Ahmad Idham dan penulis skrip, Pierre Andre kerana apa yang boleh disimpulkan, 'seram' JPB benar-benar menjadi! Nampaknya, percubaan pertama Idham mengarah filem genre ini tidak sia-sia.
Membariskan Pierre Andre sendiri sebagai pelakon utama, bergandingan dengan Intan Ladyana, Khatijah Tan, Rusminah Sidek dan Rio Elani, filem yang bakal ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan bermula 5 April ini sememangnya berjaya menunjukkan identiti tersendiri JPB memperlihatkan elemen seram yang mampu membuatkan penonton tidak senang duduk.
Kisah misteri ini memaparkan seorang pemuda bernama Darma (Pierre Andre) yang cuba mencari kepastian tentang sebab kematian tunangnya, Rose (Intan Ladyana).
Rose telah ditemui mati tanpa diketahui punca sebenar.
Darma bersama adik kembar Rose, Seri (juga lakonan Intan) yang cukup mengenali keperibadian Rose cuba mencari jawapan kepada misteri kematiannya.
Mereka berdua pergi ke rumah Rose untuk memulakan siasatan dan di sana, pelbagai perkara pelik mula menyelubungi Darma. Hidupnya kemudian berubah menjadi seorang yang tidak terurus.
Berdasarkan ramalan Darma dan Seri, dan diperkukuhkan lagi dengan beberapa perkara aneh yang berlaku, mereka mengesyaki sesuatu di sebalik kematian Rose.
Jalan cerita di awal filem agak meleret dan sedikit bosan, tetapi Idham mempunyai alasan tersendiri dengan mengatakan dia "mengikut trend filem seram yang lain" supaya penonton tidak terus dikejutkan dengan elemen seram secara mendadak.
Namun, pujian ingin penulis berikan kepada pengarahnya kerana bijak mewujudkan babak seram yang tidak disangka-sangka. Perasaan seram akan sentiasa menyelubungi penonton hingga ke akhir filem ini.
Mungkin juga disebabkan kekerapan kemunculan 'hantu' secara tiba-tiba dan pada masa yang tidak dijangka oleh penonton itu membuatkan Lembaga Penapisan Filem (LPF) meletakkan syarat tayangan filem ini hanya untuk mereka yang berusia 13 tahun ke atas dan tidak sesuai ditonton oleh penghidap penyakit jantung dan ibu mengandung!
Salah satu babak di dalam JPB
Camera shot yang menarik juga berjaya menghidupkan keseraman filem ini, selain kesan bunyinya yang membuatkan bulu roma penonton berdiri.
'Konsep' hantu di dalam filem ini masih menyaksikan aksi 'popular' seperti terbang dan merangkak, namun walaupun penulis sendiri akui sudah agak muak dengan aksi hantu seperti itu, ia dilihat tidak menjejaskan jalan ceritanya mahupun elemen seram itu sendiri.
Salah satu babak yang dirasakan memang benar-benar menyeramkan ialah sewaktu kereta Darma rosak di tepi jalan ketika di dalam perjalanan pulang ke kampung. Tidak sesuai jika penulis mendedahkan apa yang terjadi untuk tidak mematikan mood penonton nanti, tetapi apa yang boleh dikatakan trick yang dilakukan oleh pengarahnya memang menjadi!
Jalan cerita JPB juga tidaklah begitu sukar untuk difahami. Memang wujud babak-babak yang memerlukan penonton berfikir apa relevannya disebalik adegan tersebut, tetapi secara peribadi penulis tidak menghadapi masalah besar untuk memahami keseluruhan jalan ceritanya.
Apapun, setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza!
Watak nenek yang nyanyuk lakonan Rusminah Sidek dilihat lebih menonjol berbanding peranan yang dipegang oleh Intan Ladyana, heroin filem ini.
JPB juga banyak memuatkan amalan atau tradisi orang lama untuk menghalau gangguan atau 'belaan' dari badan manusia. Agak terperinci juga kajian yang dibuat oleh Idham dan Pierre tentang amalan-amalan tersebut kerana boleh dikatakan apa yang dipaparkan memang sering dilakukan oleh orang dulu, sebagai contoh, penggunaan jagung untuk 'mengurung' hantu belaan yang sebenarnya adalah helah untuk memerangkap makhluk tersebut.
Nampaknya, pihak produksi filem ini juga mengekalkan babak terjunan stuntman Allahyarham Nazari Omar Baki yang terbunuh ketika melakukan aksi tersebut. Kata Idham, keputusan untuk menggunakan footage yang sama dibuat sebagai penghargaan khas untuk Allahyarham yang terkorban ketika menjalankan tugasnya.
Dari segi lakonan, tidak banyak yang ingin disentuh tentang aspek itu. Pierre Andre juga berjaya membawakan watak ini dengan agak baik, berbeza dengan peranan-peranan yang pernah dipegangnya sebelum ini.
Watak wanita nyanyuk yang dipegang oleh Rusminah Sidek juga benar-benar berkesan, malah tidak salah dikatakan wataknya itu nampak lebih menonjol berbanding peranan yang dipegang oleh Intan Ladyana, heroin filem ini.
Dua watak dipegang oleh Intan iaitu Rose dan Seri tidak banyak memperlihatkan kehebatannya sebagai pelakon. Intan mungkin tidak sesukar mana untuk menghayati kedua-dua watak tersebut memandangkan watak Rose 'dimatikan' dari awal filem lagi.
Sebagai pelakon baru, masih banyak ruang untuk Intan memperbaiki kekurangan kerana apa yang mampu dikatakan, lakonannya di dalam JPB memang nampak agak kaku.
Jangan Pandang Belakang akan mula ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan bermula 5 April ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Dh ramai yg ckp filem nie seramm... nie yg buat aku lg teruje nk tgk citer nih! |
|
|
|
|
|
|
|
still waiting... |
|
|
|
|
|
|
|
preview dia 2 hari lepas..aiyak terlepas pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
perghhh...giler seram jln citer. ader yg pas tgk muvee nie jln x pandang blakang lak |
|
|
|
|
|
|
|
nx month kan..
tak sabau nyer lah hai |
|
|
|
|
|
|
|
ishhhh tak sabar nak tgk nih!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
tgh tgk disebalik tabir cita dia ..fuyooo seram gak ..takut lak nk gie tido ...:nyorok: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #118 airiny's post
aah...aku tengok kat tv tadi...mak oit...dah lama tak tengok filem melayu seram cmtu.
the last time, aku rasa filem seram thn 80an...n 70an.
menjadikan filem PHSM mcm taraf bawah tapak kaki filem2 tu aje. |
|
|
|
|
|
|
|
erk..same laa..tgk the making of td..
seram..meremang bulu roma..
esp part pierre dukung antu tue...
iskk...takut plak..
memlm nie tingat plak 3 beranak yg x de mata, idung ngan mulut tue...serammmmm..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|