|
Originally posted by Gravedigger at 19-7-2008 10:42 AM
Semasa saya keluar tabligh 40 hari dulu pula menemui makna pengertian Ahl Dzikr yang hanya lebih mengkhususkan kepada orang2 yang banyak berzikir saja. Justeru untuk menjadi seorang Ahl Zikir adalah perlu beramal dengan memperbanyakkan ucapan2 zikir sama ada di ucapan bibir ataupun di hati. Mungkin ini sama seperti fahaman tariqat yang memberi makna Ahl Zikr itu adalah adalah orang yang mempunyai hubungan terus dengan Allah dan orang2 inilah yang dikatakan sebagai orang2 yang berpengetahuan tapi bukannya pengetahuan keduniaan tapi adalah pengetahuan maqam tinggi yang tidak difahami oleh manusia lain kecuali dirinya saja seperti tok-tok guru tariqat.
Pengalaman saya keluar tabligh dulu pun pernah dipanggil sebagai Ahl Zikr kerana sedang jemaah lain keluar buat gasyt, saya pula ditugaskan oleh amir untuk duduk berzikir saja di dalam masjid sama ada membaca quran ataupun membaca apa2 saja tasbih2 yang diingati. Depa nampak dan kata saya ni macam orang alim dan dari itu mudah untuk dapat nusrah Allah swt...heheh, bukan saya yang kata noooo.
Di dalam tabligh inilah pengertian Ahl Zikr yang disampaikan kepada karkun2nya sebab di kesempatan lain saya keluar seminggu atau 3 hari itulah juga maksud yang sama didapati.
Salam bro Grave,
Saya ni kalau nak reply post bro, saya kena lebih berhati-hati sebab bro ni seorang yang cerdas dan cekap dalam mendalami soal-soal khilafiah. Maklumlah bro seorang yang ada ilmu berkaitan Wahhabi dan Syiah, juga pernah melibatkan diri dalam Jemaah Tabligh.
Kalini, saya cuma nak komen dari sudut Jemaah Tabligh yang bro sebut, bukannya direct pasal ayat Quran. Pengertian ahli dzikr yang bro nyatakan di atas, sefaham saya adalah maksud literal, bukannya maksud ayat Al Quran yang dibincangkan Bill.
Dari 6 sifat Sahabat yang selalu dimuzakarahkan Jemaah Tabligh, ilmu dan zikr adalah sangat penting. Dari itu, penting seseorang itu untuk berusaha menguasai/sentiasa beramal kedua-dua ilmu dan zikir, atau setidak-tidaknya merujuk kepada mereka yang menguasai ilmu dan zikr. Mereka yang menguasai ilmu agama, lebih dimaksudkan ahli ilmu, ataupun Alim Ulama. Mereka yang selalu menyucikan diri dengan mengingati Allah dan berzikir, lebih dikenali sebagai ahli zikr, tapi ini bukan ahli zikr yang dimaksudkan ayat Al Quran yang dibincangkan.
Baru-baru ni, saya bermimpi bertemu dan melihat wajah bro.
WAllahu a'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sakinahmawaddah at 18-7-2008 11:19 PM
ada ke pengertian lain Ahl Dzkir selain yg di bawa mr bil
kalau mnm77 nak share skali kat sini pun best juga
Saya ni bukannya arif dalam mengupas maksud ayat ni, tapi Insha Allah kalau berpeluang nanti saya cuba share (buat rujukan sikit)
Ada urusan sikit sekarang ni...
sambung kembali....
وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ إِلَّا رِجَالاً۬ نُّوحِىٓ إِلَيۡہِمۡ‌ۚ فَسۡـَٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّكۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
بِٱلۡبَيِّنَـٰتِ وَٱلزُّبُرِ‌ۗ وَأَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلذِّڪۡرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيۡہِمۡ وَلَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ )
Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada ahl adh-dhikr (orang-orang yang berpengetahuan agama) jika kamu tidak mengetahui (43)
(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan); dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) adh-dhikr (Al-Quran) yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkannya. (44)
(An-Nahl, 43, 44)
Bila saya check tafsir Ibni Kathir, Tafsir Jalalayn dan Tafsir Ibn Abbas, inilah kesimpulan yang saya dapat:
Adh-dhikr itu adalah kitab-kitab suci yang diturunkan Allah untuk memberi peringatan. Dalam konteks ayat 43, ahli adh-dhikr itu merujuk kepada ahli al-kitab (orang yang ahli dari kalangan ahli kitab) sebelum kedatangan Nabi Muhammad. Hal ini kerana ayat tersebut diturunkan (asbabun nuzul) kerana ada orang tidak mempercayai ayat2 Al-Quran, maka mereka disarankan untuk bertanya kepada Ahli Kitab untuk mendapatkan kepastian. Ini tafsiran berdasarkan turunnya ayat ini. Tafsiran ini boleh diluaskan lagi (perenggan akhir)
Berikutnya, ayat 44, menyebut perihal Adh-dhikr. Ayat ini menyatakan Adh-dhikr diturunkan kepada Nabi Muhammad, dan hanya satu kitab saja diturunkan kepada Nabi Muhammad. Dengan ini, adh-dhikr pada ayat ini adalah jelas Al-Quran (kitab suci) yang memberi peringatan.
Inilah pemahaman Ahli Adh-dhikr dan Adh-dhikr menurut Ahli Sunnnah wal Jamaah.
Dan sedikit tambahan, disebabkan oleh Al-Quran itu sah sehingga hari Kiamat, maka ayat 43 Surah An-Nahl juga diterangkan secara umum oleh Ulama sebagai saranan supaya bertanyakan kepada yang mahir dan berpengetahuan Agama. Pengetahuan agama yang dimaksudkan adalah pengetahuan dalam adh-dhikr yakni Al-Quran, dan untuk memahami Al-Quran maka perlulah menguasai cabang2 ilmu tafsir termasuklah Hadith berkaitan tafsir ayat Al-Quran, dan juga sentiasa mengingati Allah untuk beroleh hidayah dan panduan....
WAllahu a'lam
[ Last edited by mnm77 at 22-7-2008 07:57 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #101 mnm77's post
macammana anda tahu yang anda mimpi tu wajah Grave? |
|
|
|
|
|
|
|
boleh la buat dua kesimpulan
baik dari mr bill dan mr mnm77
dua2 konsisten merujuk Ad Dzkir itu kata nama (noun) bukan verb
sebab bill rujuk Ad Dzkir kepada Rasulullah
mnm77 rujuk Ad Dzkir kepada orang yg berpengetahuan dalam Al Quran (syarat tambahan yg menguasai ilmu hadith)
kesimpulan logik saya
Rasulullah ialah org yg paling berpengetahuan dalam Al Quran lagi menguasai hadith (kerana hadith itu datang dari Rasul sendiri)
kesimpulan = Rasulullah ialah Ahl Dzkir |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eastrun at 21-7-2008 01:08 PM
macammana anda tahu yang anda mimpi tu wajah Grave?
Macamana tahu, WAllahu a'lam. Sebab dalam mimpi saya faham itulah wajahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sakinahmawaddah at 21-7-2008 11:11 PM
mnm77 rujuk Ad Dzkir kepada orang yg berpengetahuan dalam Al Quran (syarat tambahan yg menguasai ilmu hadith)
Pembetulan: Ad-dhikr secara umum= Kitab suci yang memberi peringatan. Ad-dhikr secara khusus Al-Quran
Ahli Adh-dhikr secara khusus merujuk kepada orang yang berpengetahuan dalam Al-Quran.
Saya setuju orang yang paling berpegetahuan adalah Rasulullah SAW. Zaman sekarang ahli adh-dhikr adalah mereka yang berpengetahuan agama (Al-Quran) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #102 mnm77\ catat
rasanya terjemahan ayat 43 surah al anbiya' tuh mcm x lengkap jer terjemahan nya ?
saja nak tanya ... kamu ni mahir ke x dlm ilmu lughoh ? (bahasa arab)
saya merasakan terjemahan anda seolah2 anda merujuk kitab terjemahan yg di terjemah org lain (bermakna kamu x ada ilmu alat) .... adakah anda seorg mufassir ?
kadang2 satu2 kalimah mengandungi berbagai2 erti dan makna ... x semestinya makna dan erti itu, adalah "apa yg di maksudkan dlm ALQURAN " .... oleh itu berhati2lah dlm menafsirkan ALQURAN ...
ahluzzikr yg saya sebutkan di atas adalah pendapat para mufassirin, bukan pendapat saya sendiri WALLAHU A'LAAM .... |
|
|
|
|
|
|
|
kita bincang soal lughoh dulu ...
AHLU ZIKR dan AHLU AZZIKR apa bezanya ?
AZ ZIKRR ITU ADALAH ISIM, SEBAB "ADANYA" ALIF DAN LAM DAN IA DI PANGGIL ISIM MAKRIFAH ...
" AHLA ZZIKRI " ITU MUDHOF DAN MUDHOFUN ILAIH (KAMU FAHAM? KALAU X FAHAM PI NGAJI BAHASA ARAB, BARU BOLEH CITER PASAL TAFSIR) ....
AHLU ZIKR ITU X MUNGKIN TERJADI DLM GRAMMAR ARAB HE HE HE ... TAPI " AHLUN ZIKRUN " JADI NAA'T ATAU SIFAT ...
AZ ZAAAKIRIEEEN ITU BARU MERUJUK KPD ORG2 YG BERZIKIR ... YAITU ISIM FA'IEL ...
KALAU DLM JUMLAH FI'LIYAH, KALIMAH YG SELALU DI GUNAKAN BAGI ORG2 YG BERZIKIR IALAH " YAZKURUUN "
WALLAHU A'LAAM ...
[ Last edited by sirri_khafi at 22-7-2008 10:35 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ADAKAH KAMU SEMUA MEMBACA KITAB2 TAFSIR TANPA BASIC @ ILMU ALAT ?
MASYA ALLAH .. PI BELAJAR BASIC DULU YAITU 14 PRINSIP ILMU BAGI NON ARAB SEPERTI KITA ...
BUKANNYA TERUS MEMBACA "TERJEMAHAN TAFSIR", KERANA "TERJEMAHAN" ITU ADALAH "KEFAHAMAN" DARI " PENTERJEMAH " ...
SO, ORG YG NAK MEMAHAMI ALQURAN YG DI TURUNKAN DLM BAHASA ARAB ITU AKA AHLI TAFSIR DLM ISIM FAI'ELNYA IALAH AL MUFASSIR, WAJIBLAH MEMAHAMI ILMU YG BASIC YAITU NAHU, SOROF, LUGHAH, BALAGHOH, TARKIB, AQIDAH, HADITS YG BERKAITAN, FIQH DAN USULNYA DLL ...
SO SAYA RASA BAIK KITA KEMBALI KE TOPIK YG SEBENARNYA ...
WALLAHU A'LAAM ... PEACE :victory:
[ Last edited by sirri_khafi at 22-7-2008 12:03 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #105 mnm77's post
macammana agaknya anda faham sedangkan anda tidak pernah pun melihat dia...dan bagaimanalah agaknya anda begitu pasti itulah dia...takkan la automatik anda terus fikir...takkan disebabkan, mungkin anda berasakan anda hampir dengan Allah, maka anda rasakan semua itu adalah pasti...adakah ini dikatakan ilmu makrifat?. Kalau ilmu makrifat pun, nak confirmkan bukan senang...kena juga pergi melihat orang itu, nak pastikan sama ada sukma yang kita mimpikan itu adalah sukma kepunyaan orang itu atau tidak |
|
|
|
|
|
|
|
IMAM SYAFIIE RAH ADALAH MANUSIA YG PALING CERDIK DI ZMN NYA ... BELIAU BERBANGSA ARAB QURAISY YG KETURUNANNYA SAMA DGN RASULULLAH SAW ... ORG QURAISH ADALAH ORG ARAB YG PALING FASIH DI DLM BAHASA ARAB TETAPI BELIAU TELAH MEMPERDALAMKAN LAGI KEMAHIRAN ILMU BAHASA ARAB BELIAU DGN BELAJAR DI SATU KAMPUNG ORG2 BADWI SELAMA 8 TAHUN ... SEDANGKAN KITA ORG MELAYU .. DAH TENTU XKAN SAMA KEFAHAMAN KITA DGN ORG ARAB MELAINKAN DGN MEMPELAJARI BASIC @ ILMU ALAT YG SAYA SEBUTKAN DI ATAS ....
WALLAHU A'LAAM ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #110 eastrun's post
I believe this one is more on believing your sense...macam you juga...you rasa mnm ni macam +ai+an tu,kan?. BTW,dah tgk dah gambar dia...ok la...not bad...muka dia bersih. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #108 sirri_khafi's post
Terima kasih atas penjelasan berilmiah tuan. Sebenarnya secara umum maksud yang saya bawakan adalah sama seperti apa yang tuan jelaskan secara umum.
Originally posted by sirri_khafi at 22-7-2008 09:00 AM
rasanya terjemahan ayat 43 surah al anbiya' tuh mcm x lengkap jer terjemahan nya ?
Ya benar, tak masuk pulak sebahagian dari terjemahan tu. Saya dah betulkan kembali. Jazak Allah khairan kathira.
Ermm rasanya tuan pun ada tersalah taip, ayat 43 tu Surah An-Nahl. Ayat yang tuan sebut sebelum ni Al-Anbiya ayat 7, kan?
Sebenarnya saya bukan mufassir, bukan juga muhaddith. Saya orang biasa saja. Apa yang saya kongsikan itu adalah intipati dari apa yang saya dapat dalam kitab tafsir. Kalau rujukan saya ada salah, saya terbuka untuk diperbetulkan.
Perlu ditekankan, saya bukannya layak untuk menafsir sendiri ayat tersebut. Bila diajak berkongsi oleh kawan2 yang lain, saya ambil pendapat2 dari kitab tafsir.
Nampak macam tuan ni Maulana/Ustaz/Alim.....? Alhamdulillah, baguslah ada orang yang boleh share ilmu macam tuan ni.
[ Last edited by mnm77 at 22-7-2008 08:02 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #110 eastrun's post
-off topic-
Pasal mimpi tu, saya hanya faham dari mimpi. Saya tak kata pun saya pasti 100%. Itu sekadar mimpi yang bukannya ada syariat untuk kita ikut.
Oh yaaa. Tuan Sirri dah saran supaya balik ke topik asal, dah banyak melencong nii.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #113 mnm77\ catat
saya lebih suka dgn panggililan "THOLIBUL I'LMI" (PELAJAR/STUDENT) seperti yg tertera di dlm passport sayyid ahmad khan RAH (amirsab madinah) ...
sama2 niat belajar ...
[ Last edited by sirri_khafi at 22-7-2008 01:04 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eastrun at 21-7-2008 01:08 PM
macammana anda tahu yang anda mimpi tu wajah Grave?
Ya...mungkin juga aku sebab didalam mimpiku ada juga aku bertemu berbagai-bagai manusia yang tidak pernah ku temui sebelum ini. Hidup ini bukan hanya satu dimensi saja sahabat...tapi ada juga alam lain yang kita tidak dapat terokai melainkan melalui perjalanan kita sendiri tidak sedari pernah ke sana.
Pernah juga kadang2 pergi ke satu tempat yang nyata tapi sebelum itu seperti terasa bahawa kita pernah sampai ke sana.
Pernah juga kita ketemui seseorang dan sebelum itu juga kita pernah terasa bahawa orang ini pernah kita ketemui sebelum ini....tapi di mana ya??? Oh baru teringat di dalam mimpi yang pernah kita alami suatu masa dulu. Aneh...ya tapi tidak sebab Imam Zaman pun sememang sudah ada tapi di alam yang lain sebelum waktu kezuhurannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sirri_khafi at 22-7-2008 12:57 PM
saya lebih suka dgn panggililan "THOLIBUL I'LMI" (PELAJAR/STUDENT) seperti yg tertera di dlm passport sayyid ahmad khan RAH (amirsab madinah) ...
sama2 niat belajar ...
Panggil Taleban boleh juga kot?
|
|
|
|
|
|
|
|
Back to the topic and tertarik pulak pada pandangan yang diberikan oleh seorang pengikut Abuya ni dalam blognya...
Merujuk Kepada Ahli Zikir
Maksud Firman Allah:
揃ertanyalah kepada Ahli Zikir jika kamu tidak ada pengetahuan tentang hal itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #117 Gravedigger\ catat
THOLIBAN GANAS SANGAT ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #116 Gravedigger's post
|
|
|
|
|
|
| |
|