|
Reply #28 kupia's post
minta maaf saudara kupia,sudah saya nyatakan dari awal saya bukanlah orang yg arif dalam bidang tasawuf,contoh2 yg saya bawa adalah hasil dari pengalaman saya belajar tentang sirah2 nabi.Mungkin jawapan saya tidak dapat memuaskan hati awak.
Berhubung dengan kisah Rasulullah bersunyi2 di gua itu saya akui kesilapan dalam menaip,memang Rasulullah bersunyi sebelum Baginda menjadi Nabi dan Rasul tapi setelah itu tiada lagi.Tapi Bersunyinya baginda bukanlah seperti bertapa baginda bersunyi untuk mencari,menilik dirinya.Baginda cuba mencari kebenaran sesuatu yang masih belum ditemui.Bukankah itu tandanya Nabi juga telah mengajar bahawa kadangkala kita perlu menilik diri sendiri ditempat yg tenang supaya hati kita dapat mencari kebenaran dgn tenang dan jauh dari gangguan sekitar.Saya rasa perkara ini pun ada dinyatakan dalam sains iaitu terapi bagi mental yang sedang berserabut.
Soalan yang kedua pula anda menyatakan bahawa Rasulullah tidak pernah mengajar kita kenal diri baru mengenal Tuhan.Saya rasa pemahaman ini tidak tepat ,mari kita singkap semula amalan solat itu sendiri khususnya dari segi bacaan dan perbuatan.Perhatikan dari awal perbuatan solat itu hingga akhir,bermula dgn lafaz takbiratulihram itu sudah menyatakan Allahuakbar-Allah maha besar.Jelas di sini kita jika kita faham maknanya,maka kita kenal diri kita yang kecil dan hina ini,semua yg ada disekeliling kita kecil hanya Allah yg paling besar.seterusnya bacaaan Al Fatihah:ayat 4-5
yg bermaksud "yang menguasai hari pembalasan/kiamat,Hanya Engkaulah kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan"
Bukankah jelas di sini peranan makrifat itu penting,dalam ayat ini jika kita telah mengenal diri kita faham bagaimana perasaan kita sewaktu membaca ayat ini.kalau kita lihat dlm ayat ini kita mengetahui betapa berkuasanya Allah,kita dapat bayangkan bagaimana pengharapan kita padaNya pada hari kiamat bilamana kita dihisab di padang Mahsyar.Alangkah lemah dan ngerinya waktu itu keadaan kita dalam suasana huru hara kiamat.Tiada siapa lagi harapan kita kecuali Allah.Seterusnya ayat 5 jelas kita menyatakan pengharapan kita dalam memohon segala sesuatu dan padaNya saja yg layak kita sembah.Tapi sedarkah kita jika kita tidak mengenal dan muhasabah diri,ayat diatas ibarat angin yg lalu tanpa kesan!sama seperti kanak2 y membaca ayat2 ini tapi tiada makna apa2.Begitu juga dgn ucapan2 dan puja-puji lain dalam solat.
Begitu juga halnya dari segi perbuatan dalam solat,seperti ruku' dan sujud,cuba kita perhatikan bagaimana kita merendahkan diri menyembah Raja segala Raja,bukan sesuatu yg mudah untuk kita rendahkan diri hingga kita meletakkan diri kita setaraf dgn tanah yg dipijak kerana disitulah asal kita.Bukankah itu satu contoh untuk kita kenal diri,bila sedar kekurangan diri barulah wujud gerun pada Allah.Sesiapa yg tidak merasainya maka dialah org yg sombong!sebab tu saya rasa makrifat itu penting. |
|
|
|
|
|
|
|
seterusnya jika saudara menyatakan tasawuf itu tidak menyelaraskan dunia akhirat,saudara juga silap.Sebenarnya tasawuf cara Islam lah yg paling ideal.Kita mengejar akhirat tapi kita tidak meninggalkan dunia.Sebenarnya amalan tasawuf ini adalah memberi peradaban baru pada ajaran sufi lama seperti Buddha,Hindu yang hanya bertafakur dan meninggalkan urusan dunia sama sekali. Kerana itu Rasulullah mengajar kita muamalah,siasah dan berorganisasi. Amalan tasawuf Rasulullah memang tiada istilah tasawuf atau sufi,tapi tidak bermakna tiada. Kita diajar syariat,tarikat,makifat,hakikat.semuanya terangkum dalam peribadi dan sunnahnya dan ajarannya,Istilah hanya wujud selepasnya.tapi amalannya masih sama.
Namun ada juga amalan tasawuf dari ahli tareqat tertentu menyimpang dr Islam.masih ada ajaran tasawuf yg tidak bertentangan dgn Islam.Mengapa kita perlu risau dgn amalan yg baik ini,jika ia jelas melahirkan modal insan yg berkualiti jika kena caranya.Contoh tokoh Islam yang mendalami tasawuf tetapi tidak meninggalkan urusan dunia ialah Ibnu Sina,Al Farabi dan ramai lagi,Ibnu sina juga tidak terkecuali dituduh sesat.tapi cuba lihat apa sumbangan mereka terhadap peradaban Islam,hasil dari ilmu tasawuf mereka mampu mengkaji sains menerusi Al Quran Sepatutnya semua umat Islam perlu menguasainya,sebagai benteng kekuatan mental dan spiritual.wallahualam
PS:saya minta maaf kerana tak dapat memberi contoh amalan tasawuf tokoh Islam ini kerana sumber terhad.
[ Last edited by miftahuljamilah at 22-1-2008 09:24 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by miftahuljamilah at 22-1-2008 08:55 AM
Berhubung dengan kisah Rasulullah bersunyi2 di gua itu saya akuikesilapan dalam menaip,memang Rasulullah bersunyi sebelum Bagindamenjadi Nabi dan Rasul tapi setelah itu tiada lagi.Tapi Bersunyinyabaginda bukanlah seperti bertapa baginda bersunyi untuk mencari,menilikdirinya.Baginda cuba mencari kebenaran sesuatu yang masih belumditemui.Bukankah itu tandanya Nabi juga telah mengajar bahawakadangkala kita perlu menilik diri sendiri ditempat yg tenang supayahati kita dapat mencari kebenaran dgn tenang dan jauh dari gangguansekitar.Saya rasa perkara ini pun ada dinyatakan dalam sains iaituterapi bagi mental yang sedang berserabut.
Kita minta kalau boleh diterangkan serba ringkas di sini amalan menilai dan menilik diri sendiri melalui amalan"suluk", amalan puasa selain puasa ramadhan, dan amalan zikir yang diamalkan dalam ajaran tareqat kemudian kita bincangkan satu persatu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by miftahuljamilah at 22-1-2008 08:55 AM Berhubung dengan kisah Rasulullah bersunyi2 di gua itu saya akuikesilapan dalam menaip,memang Rasulullah bersunyi sebelum Bagindamenjadi Nabi dan Rasul tapi setelah itu tiada lagi.Tapi Bersunyinyabaginda bukanlah seperti bertapa baginda bersunyi untuk mencari,menilikdirinya.Baginda cuba mencari kebenaran sesuatu yang masih belumditemui.Bukankah itu tandanya Nabi juga telah mengajar bahawakadangkala kita perlu menilik diri sendiri ditempat yg tenang supayahati kita dapat mencari kebenaran dgn tenang dan jauh dari gangguansekitar.Saya rasa perkara ini pun ada dinyatakan dalam sains iaituterapi bagi mental yang sedang berserabut.
Kita minta kalau boleh diterangkan serba ringkas di sini apa yang dikatan amalan "menilai dan menilik diri sendiri" yg dimaksudkan samada melalui amalan"suluk", amalan puasa, dan amalan zikir dan sebagainya yang diamalkan dalam ajaran tareqat kemudian kita bincangkan satu persatu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kupia at 22-1-2008 09:31 AM
Kita minta kalau boleh diterangkan serba ringkas di sini amalan menilai dan menilik diri sendiri melalui amalan"suluk", amalan puasa selain puasa ramadhan, dan amalan zikir yang diamalkan da ...
minta maaf banyak2 en kupia.sudah dari awal saya nyatakan saya bukan pengikut mana2 tareqat.Semua ini saya rujuk dari bacaan berhubung tasawuf.Cuba saudara google kat mana2 homepage tasawuf.saya cadangkan cuba saudara lihat disini:
http://suluk98.tripod.com/index.html |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by miftahuljamilah at 22-1-2008 08:55 AM
Soalan yang kedua pula anda menyatakan bahawa Rasulullah tidak pernahmengajar kita kenal diri baru mengenal Tuhan.Saya rasa pemahaman initidak tepat ,mari kita singkap semula amalan solat itu sendirikhususnya dari segi bacaan dan perbuatan.Perhatikan dari awal perbuatansolat itu hingga akhir,bermula dgn lafaz takbiratulihram itu sudahmenyatakan Allahuakbar-Allah maha besar.Jelas di sini kita jika kitafaham maknanya,maka kita kenal diri kita yang kecil dan hina ini,semuayg ada disekeliling kita kecil hanya Allah yg paling besar.seterusnyabacaaan Al Fatihah:ayat 4-5
yg bermaksud "yang menguasai hari pembalasan/kiamat,Hanya Engkaulahkami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan"
Saya fikir bukan ini sebenarnya apa yang terkandung dan diajar dalam "ilmu mengenal diri" yang dimaksudkan. Amalan zahir dan amalan rohani dalam solat dengan menghadirkan hati, perasaan takut dan perasaan harap semuanya itu tidak dirujuk dalam mana-mana dalil sebagai satu medium untuk mengenal diri. Kita suka mendapat sedikit penjelasan sekiranya benar "ilmu mengenal diri" yang dikatakan itu ada hubungannya dengan fahaman "wahdatul wujud" atau fahaman "martabat tujuh (nur Muhammad)... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by miftahuljamilah at 22-1-2008 08:55 AM
Bukankah jelas di sini peranan makrifat itu penting,dalam ayat ini jikakita telah mengenal diri kita faham bagaimana perasaan kita sewaktumembaca ayat ini.kalau kita lihat dlm ayat ini kita mengetahui betapaberkuasanya Allah,kita dapat bayangkan bagaimana pengharapan kitapadaNya pada hari kiamat bilamana kita dihisab di padangMahsyar.Alangkah lemah dan ngerinya waktu itu keadaan kita dalamsuasana huru hara kiamat.Tiada siapa lagi harapan kita kecualiAllah.Seterusnya ayat 5 jelas kita menyatakan pengharapan kita dalammemohon segala sesuatu dan padaNya saja yg layak kita sembah.Tapisedarkah kita jika kita tidak mengenal dan muhasabah diri,ayat diatasibarat angin yg lalu tanpa kesan!sama seperti kanak2 y membaca ayat2ini tapi tiada makna apa2.Begitu juga dgn ucapan2 dan puja-puji laindalam solat.
Masyhur dalam ajaran tareqat dan sufi yang mengatakan syariat adalah untuk orang awam yang tidak tahu apa sebenarnya rahsia rahsia yang terkandung dalam hakikat dan makrifat orang orang tasauf dan sufi. Jelas kepada umum ilmu hakikat dan ilmu makrifat adalah sesuatu yang dirahsiakan dari pengetahuan ramai merupakan suatu yang berasingan dari syariat yang di bawa oleh Rasulullah saw. Betul atau tidak andaian ini? Atau pendapat di bawah:-
"Ibnu 'Ajibah adalah seorang sufi fathimi, menyatakan bahawa asal tasauf adalah dari Rasulullah saw sendiri, yang mana Baginada mendapatkan dari Allah swt melalui wahyu dan ilham. Kemudian Ibnu 'Ajibah berbicara panjang lebar tentang permasalahan tersebut dengan disertakan riwayat2 aneh dan dusta, ia berkata "Jibril as pertama kali turun kepada Rasululah saw dengan membawa ilmu syariat, dan ketika ilmu itu telah sempurna, maka turunlah ia untuk kedua kalinya dengan membawa ilmu :hakikat", Rasululullah saw pun mengajar ilmu hakikat ini ada orang orang yang khusus sahaja. Katanya yang pertama menyampaikan tasauf adalah Ali bin Tolib r.a., kemudian Al Hasan AlBasri rh menimba ilmu dari Ali r.a. (Iqazhul Himam Fi Syarhil Hikam, hal 5 dinukil dari At Tashawwuf Min Shuwaril Jahiliyah, hal 8).
[ Last edited by kupia at 22-1-2008 10:07 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #47 kupia's post
ye mungkin pendapat awak betul.saya juga ada terbaca tantang amalan ini.Oleh kerana saya juga kurang mengerti ada baiknya saudara rujuk amalan tasawuf ini dalam mana2 bahan bacaan.tanya kepada guru yg mursyid,mungkin mereka dapat memberi jawapan yang anda mahukan.saya sekadar memberi pendapat sahaja.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by petola at 21-1-2008 11:08 PM
.amaran: jgn terkejut apabila anda dapati prinsip, matlamat dan kaedah2sufi yg diamal dalam agama2 tersebut sama, hampir sama atau selaras.sebab itu ada org kata hanya sufisme yg boleh menghubungkan agama2..
sangat menarik... In tak tahu nk mulakan dr mana.... pernah rapat dengan seorang kakak di sebuah pondok, berusia mungkin sekarang kalo dia masih hdup hampir 50 th dan masih bujang samasekali tdk bcita2 ingin bkahwin... krn bpegang, apa yg dinukilkan oleh Imam Al Ghazali dlm Ihya, betapa payah mencari lelaki yg baik pada akhir zaman ini dan bujang itu adalah lbh baik.... hmmmm. dia juga mengajar kitab2 tasauf dan kelihatan bgitu tinggi ilmunya dlm makrifat.
selama bersamanya, pemerhatian In tertumpu kpd amalan ibadahnya yg cukup baik... mnunaikan segala yg sunat dan mpcepatkn yg wajib..oohh,, tdk... dia mengkhada'kan segala solatnya yg lampau - sblm dia mjadi sperti (?)org sufi ini, krn katanya byk solatnya yg lepas berada dlm kelalaian.... tidak dinafikan, airmukanya bersih dan sgt baik hati... bgun solat malam dan bzikir adalah amalannya.... dia bpuasa pd hari2 tertentu, cm awal muharam... etc, byk mkn sayur dan mjauhkan daging... krn daging mmbusukkan hati katanya... sering mendapat ilham dalam mimpi, katanya... dan In sendiri pernah melihat, dia bangun menari2 dlm keadaan tdk sedarkan diri sewaktu dia sedang berzkir... kata org dia kasyaf...
In melihat, penyakit was2nya begitu kuat... bila dia berwudu' habis basah pakaiannya... dan berulang2 takbir solatnya... sgt lemah dengan pengajian feqah, krn padanya feqah tdk wajib utk wanita n hanya perlu pengetahuan asas sahaja...
pernah suatu hari, dia turut sama histeria (pd org len dia kasyaf) bila satu bilik tu diserang histeria....
pengalaman ini In melihatnya sewaktu berusia 16 th, pergi lepak pondok setiap weekend waktu sekolah... sambil menambah ilmu...
banyak lagi peritiwa lain yg In saksikan berkenaan sufisme ni... dan In turut mempelajarinya... namun, rumusan yg In dapat, setelah melihat berbagai trajedi yg tak masuk akal, dan mmbaca riwayat2 palsu kisah2 para sufi di zaman silam.... Manusia perlu pada ilmu Allah... berbalik kpd sunnah yg asal..
iblis lebih gerun seorg yg berilmu dr seorang abid.
In tak tahu cmne nk pastekan hadis sahih yg disabda Rasul saw lelaki yg berzikir di pasar (khalayak) itu lebih baik dr yang menyendiri ~ lbh kurang maksudnya... ada sesiapa maklum, tolong pastekan.... syarahnya, berbuat ibadah dlm keterbukaan bersama masyarakat adalah terlebih afdhol dr bersuluk...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kata syeikh Abd Qadir Jailani dalam kitabnya Sirr Al-Asrar:
Pendapat Ahl as-Sunnah Wa al-Jamaa抋h
Para pemimpin dan guru2 sufi dari golongan Ahl as-Sunnah Wa al-Jamaah berpendapat bahawa para sahabat, dengan berkat ajaran dan kehadiran Nabi, adalah dalam keadaan Dzawq kerohanian yang tinggi martabatnya. Setelah zaman berlalu, keadaan kerohanian yang tulen ini makin lama makin berkurang dan tipis. Kemudian keadaan kerohanian ini diwarisi oleh guru2 mursyid yang kemudian, pecah menjadi banyak firqah dan cabang.
Oleh kerana terlalu banyak cabang dan golongan kaum mursyid itu, hikmah dan tenaganya pun makin tipis dan makin berpecah belah. Dalam banyak hal yang tinggal hanya bentuk zahir saja yang berlagak seperti guru sufi, padahal batinnya dan hakikatnya bukan sufi. Lama kelamaan timbullah Sufi-Sufi palsu dan bid抋h. Ada yang menganut golongan Haydari dan berpura2 menjadi perwira dan pahlawan. Ada pula yang menamakan diri mereka kaum Adami dan berpura2 mengikuti jejak langkah Ibrahim bin Adham, yaitu seorang sufi besar yang meninggalkan istana dan pangkat sultan kerana hendak mengamalkan ilmu sufi. Bahkan masih banyak lagi ajaran sesat dari guru Sufi palsu yang timbul.
Dalam zaman ini, ahli2 Sufi yang sebenarnya, yang bersesuaian dengan syariat, makin lama makin berkurang jumlah mereka.
Ahli Sufi yang hakiki dapat dikenali dengan dua cara:
Pertama, zahir mereka, yaitu mereka mengamalkan syariat.
Kedua, batin mereka, yaitu boleh dijadikan contoh teladan kerana mereka mewarisi Keruhanian Nabi Muhammad Saw. |
|
|
|
|
|
|
|
Ilmu sufi= ilmu tasauf. Ilmu tasauf dikatakan ilmu yang paling tinggi kerana dengan ilmu ini sahajalah kita dapat menyucikan hati dan jiwa kita sehingga kita dapat melihat Wajah Allah diakhirat kelak dan mewarisi syurga firdaus. Hanya, Nabi2, wali2 dan org 2 pilihan saja yang dapat melihat Wajah Allah. Inilah kelazatan yang terbesar yang dicita2kan olen ahli2 sufi. Mereka ini beramal tanpa mengharapkan ganjaran pahala atau syurga kerana mereka ikhlas dalam beramal. Apa yang mereka inginkan hanyalah Wajah Allah, keredhaan dan kedekatan kepada Allah semata2. Dikatakan jika kita tidak dapat 'melihat Allah' di dunia, maka kita tidak akan dapat melihat wajah Allah di akhirat. Sebab itulah mereka ini mendalami tasauf dan memasuki tarekat dengan bimbingan seorang syeikh yang mursyid semoga hasil dari zikir2 yang mereka amalkan mereka berjaya mencapai tujuan akhir dalam tarekat iaitu mereka melihat Allah di dunia ini dengan mata hati mereka, dan di akhirat dengan mata kasar mereka. Mereka dekat dengan Allah di dunia ini dengan hati mereka, dan dekat dengan Allah di akhirat dengan jasad mereka. Walaubagaimanapun jalan ini bukan mudah..ianya hendaklah disertai dengan mujahadah melawan hawa nafsu, zuhud di dunia, membanyakkan ibadah dll..
[ Last edited by Bruxelle at 22-1-2008 05:22 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Bruxelle at 22-1-2008 12:47 PM
Ilmu sufi= ilmu tasauf. Ilmu tasauf dikatakan ilmu yang paling tinggi kerana dengan ilmu ini sahajalah kita dapat menyucikan hati dan jiwa kita sehingga kita dapat mencapai tahap melihat Wajah A ...
Ye bruxelle,perkara2 ini lah yang diidamkan mereka bila kita kenal diri kita insyaallah kita akan "nampak" Allah dimana2..sebab itu pentingnya tasawuf. Hanya jauhari yang mengenal manikam.carilah ilmu itu..cubalah hayatinya..tak kenal maka tak cinta.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #26 kupia's post
Ok kita sambung sembang2 kita... mula2 "kaitan syariat dan hakikat" membawa maksud dua perkara yang berasingan. Kemudian "hakikat adalah syariat dan syariat adalah hakikat" membawa maksud sama tak ada beza. Yang mana satu betul? Sila beri detail apa yang terkandung dalam hakikat itu sebenarnya? Contoh yang diberi tidak difahami maksudnya.
hehehe... ni penerangan orng yg jahil yerk..
"hakikat adalah syariat dan syariat adalah hakikat" - ia adalah sama.. dan sy xkatakan ia berbeza... ia dijelaskan pd orang yg slalu bngga dgn ilmu hakikat yg dimiliki...dan memperkecilkan orang lain.......
contoh lain.... ;
Syariat : membahas aspek dalil atau nash, seperti aqimush shalata wa atuz zakata (dirikanlah shalat dan bayarlah zakat ( An nisa': 77 )
Thariqah( perjalanan ) : membahas aspek praktis dan kesempurnaannya, bagaimana takbir yang baik, rukuk yang baik, sujud yang baik serta mengatur perjalanan rohani agar tidak menyimpang dari shalat.
Hakikat ( kenyataan ) : membahas aspek ruhiyah, masalah hikmah atau dampak dari pelaksanaan syariat, seperti dalam "inna shalata tanha anil fahsyai wal munkar", sesungguhnya shalat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar" (Al Ankabut :45), untuk itu bagi orang yang shalat namun ia tidak mampu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, maka orang tersebut tidak mendapatkan hakikat dari shalat, sehingga Allah mengkritik peshalat dalam surat Al Maun : 4-6) :
"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat, (yaitu) oang-orang yang lalai dari shalatnya, yaitu orang-orang yang berbuat riya"
Ma'rifat( mengenal ): adalah orang yang telah mengalami keadaan shalat tersebut secara transenden, orang yang merasakan manisnya iman, ... orang yang merasakan kelezatan shalat dan orang yang mengetahui tentang Allah (makrifatullah)
harap boleh lah jelas skit contoh nie.....
Inilah dia bahaya besar tareqat. Ilmu agama bukan untuk murid yang terpilih sahaja dan bukan juga wasiat untuk orang terdekat sahaja.... Islam untuk semua, tidak ada rahsia di dalamnya...
nak ckp.. tp takut tersilap ckp... xtahu lahh.. mcm nie.... dr apa yg sy dgr.. tareqat ini membawa maksud perjalanan.. ( kalo x silap )... tareqat ni perjalanan bg seseorang untuk membesihkan jiwa...menuju kepada-Nya... bak kata ibarat.. kelas pemulihan akhlak lah... mcm sekolah fomal... kalo murid2 yg x pandai.... akan diajar di kelas pemulihan agar... mereka... dibetulkan ilmu2 yg dipelajari agar perjalanan ke kelas sebenar lebih elok dan lancar....
tambahan..... kisah benar dr seorang kwn....ader seorang kwan... seorang kaki pompuan... kaki mabuk... dan pelbagainya..... terlalu kuatnyer sifat mazmumah ( dahulu ).... lalu bertemu dgn seorang Datin... kaki mazmumah gak( dahulu ) ... so dgn ini dia bertemu dgn seseorang yang alim..... semasa seorang alim ni melawat di brunei/Malaysia..... so berceritalah.. secara kasar mereka ni mengenai perihal sifat mereka sendri.. dan belajar tuk membersihkan diri.... then setelah mengambil/talkin ( orang tareqat tahu rasanya ) then... dia pun perjalanan pulang.. tetiba aja... si hamba ni. menangis teresak2.. d tepi jlan.. padahal dier ni xpernah menangis....pun.... menangis kerana sifat keji yang lalu......
dan ia tak behenti setakat nie shj... biler balik umah... dier membuang air besa ( maaf )... tp yg kuar bukan isi nya... tetapi air arak2 yang dahulu yg si hamba ni kuat minum..... perut gemuk ( orng kuat minum.. peurt dier kelihatan lain dr yg lain gemuknya...) dan menjadi kurang... setelah 3 hari 3 malam membuangnya......dan perjalanan nyer x behenti smpai disini... dan terus pergi ke 1 daerah di turki...berdekatan pdang pasir... dan perjalanan mengambil masa 1-3 jam rasanya... dan berjumpa seorang wali allah dan ader yg menggelarkan wali qutub... ayah/atuk kepada yang mereka jumpai td... orangnye dah tua.. buta dan pekak.. ( dr yg didgar ) dan hnya berkata ( melalui hati ) melalui wakil/anak mereka yg senantiasa disisi mereka....
disini terdapat sebuah perkampungan yg agak kecik... dan setiap hari ada aja orang dr pelusuk dunia dtg tuk bertemu dia...
dan makanan dan pergaulan dijaga...( orang nak masak wajib khtam al-quran 3kali,suci dr hadas, dan berwhuduk ) dan anak2 mereka berkahwin pun dlm kelompok mereka ( yakni orang tua td... untuk pengathuan... dia berketurunan Nabi Muhammad SAW yg ke 39/40 )
dan nak mencari perkampungan ni bukan senang... dan menurut kata kwn yg dh pergi ke sana... dia nmpak 1 chaya yg dr langit menyuluh ke arah perkampungan ni.... dan apabila orang tua ni lalu dicelahan orang ( ada 1 lorong dipisahkan takbir laki dan pompuan ) hati mereka tetiba tersebut nama allah...secara berterusan...
sejarah orang tua nie ( kalo x silap )....dia nie hidup masa zaman pemerintahan Kamal antartuk... selepas kamal antartuk.. ambik alih turki.. di perintahkan ahli atau tenteranya.. tuk membina 1 pentas besa... yang tinggi dan hnya 1 tangga shj... tuk naik keatas.... dan di panggil semua alim ulama dlm seluruh turki berjumpa dia di atas pentas.... dan setiap ulama yg jahil akan naik keatas pentas dan biler mereka naik akan dipancung.... dan hnya beberapa orang yg x naik ( dibawah tangga diletakkan al-quran ) dan yg x naik di tangkap dan di penjarakan termasuk orang tua nie... di seksa dn pelbgaii lagi.. tp makin lama ramai orang mengikut orang tua nie.. dan di lepaskan orang tue ni di padang pasir yg tiada penghuni.... dan hyna berbekalkan tongkat... dan setlah lama berjalan.. lalu orang tua nie pun mencacak kan tongkat maka kuarlah mata air.. dan dri situ jd lah perkampungan tersebut....dan terus bekembang sehingga hari ini..
( kesahihan.. x pasti tp di dgar dr orang sendri yg pergi dan bukan dr orang atas orang - hnya DIA yg mengetahui )
satu contoh.... seorang hamba mahu p k.terengganu....dr shah alam
nak p k.terengganu
( masih x tahu keadaan disana
n situasi disana,hnya dgr2 shj )
I
perjalanan
( melalui kuala lumpur,kuatan,pahang..etc
melihat keaddan sekitar perjalanan)
I
dah smpai ( kebenaran )
( melihat keadaan sebenar k.terengganu,
hiruk pikuk..orang dan sebgainya.. bukan
lagi dgr2 shj )
I
mengenal..
( baru mengenal keadaan nye.. walaupun di sebut
ulang kali... dh tahu dan kenal keadaan,bukan lg
dgr2 shj )
Yang tidak bertentangan dengan quran dan hadis "no question ask"... Bila kita berbincang mengenai tareqat itu tidak bererti kita menyokong dan mendokong puak2 consert, mungkar, ingkar hukum, buang baby, tak jaga aurat, pergaulan bebas. Ada tempat yang sesuai untuk kita menentang gejala2 munkar itu semua.
erm... permasalah taswuf semua nie.. tareqat.. nie pernah di bincangkan di JAIS dan JAKIM.... tp sy xder salinan topic.. cos skadar mendagar dr org dlm sendri... dan yg kini dorang nak benteras adalah yg sesat... yang mungkar kene benteras skali.. cos yg nyata kemungkaran tu masih berluasa.. dan makin bertambah....
[ Last edited by pengembara_sepi at 22-1-2008 01:57 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
benar vs sesat
Rasa macam nak mencelah je..
Sejak zaman sahabat, tabi' tabiin. salfossoleh,ulama' muktabar hinggalah ke hari ini perdebatan pertelingkahan ttg fahaman spiritual tidak pernah tamat.
sehinggalah terbentuknya aliran2, mazhab dll .Ada yg masih kekal dan ada yg telah lama lupus..Masing2 dgn hujjah dan kupasan tersendiri yg diperkuat dgn kitab-kitab yg ditulis oleh tokoh-tokoh yg tidak kurang tinggi ilmu pelbagai bidang, kewarakan dan kisah hidup yg sgt indah.
Saya percaya dalam setiap hati mukmin bhw tiada siapa yg ingin sesat dan ingin menyesatkan orang lain. Naik turun satu mazhab atau aliran mengikut kajian saya amat bergantung kpd kecenderungan pemerintah waktu itu.
sebagai contoh Zaman Pemerintahan Al-Mukmin yg terkenal wara' dan sgt tinggi ilmunya mazhab anutan beliau dan pembesar serta rakyat jelata (kiranya mazhab rasmi) adalah Muktazilah..begitu juga beberapa khalifah yg menyusul. Begitu ramai ulama yg mendokong aliran ini sehingga menjadi 'mainstream' kebanyakan rakyat. Pada masa tersebut terdapat evolusi pemahaman tentang ajaran Islam yg mula membentuk aliran pemahaman Ahlisunnah Wal jamaah (Aliran Al-Ashariyah) yg di susun atur lebih baik oleh beberapa ulama' spt Imam Hambali dll. (Sebelumnya telah ada cuma belum terorganised). Kadangkala perbezaan ini antara golongan ulama' yg berbeza mazhab atas beberapa perkara spt Al-Quran itu Qadim atau Hadis (baru) menjadi hangat dan kuasa politik digunakan utk 'melupus' mazhab tersebut dan ini melibatkan penangkapan dan penyiksaan yg agak teruk. Pada satu tahap ada ulama' dan pengikut aliran Al-Ashariyah di hukum bunuh dan ditindas. Kita tidak boleh mengatakan zalim kerana 'mainstream' rakyat dan pihak pemerintah (government) adalah muktakzilah dan 'pembaharuan' ini ditakuti mengancam perpaduan empayar Islam !! Jadi siapa yg bersalah di sini? Anda boleh judge pemerintah dan rakyat yg salah/sesat jika anda mengadilinya mengikut 'view' mazhab 'mainstream' pada masa kini.
Aliran muktazilah musnah bersama2 dgn keagungan empayar Baghdad akibat diserang oleh Monggol. Monggol menakluk hampir semua empayar Islam kecuali Mesir. mesir mengambilalih khilafah Islamiyah dan ditakdirkan pada masa tersebut fahaman Al-Asyaariyah/ahlusunnah wal jamaah mula menjadi 'mainstream'..akhirnya Pemerintahan Khalifah Islam dan rakyat jelata/ulama' menerima Ahlusunnah wal Jamaah dan kemudiannya didokongi lagi oleh ulama' spt Iman AsSayuti dll. Aliran Muktazilah dianggap sekarang sebagai menyesatkan akidah
Begitu juga Negara Acheh Darul Salam yg pernah digelar serambi Makkah..Dalam catatan sejarah mengatakan 'mainstream' fahaman rakyat dan pemerintah pada masa tersebut mengikut fahamn sufi Al-Qodiriah dan juga Ibnu Arabi..Kebanyakan ulama', rakyat pengikut aliran2 tariqoh tersebut, pandai berbahasa Arab dan kehidupan amat waraq dan makmur. Ulama' pada masa tersebut amat mendalam ilmu tauhid dan fiqh dan kebanyakannya menuntut lama di Makkah. Jadi tiadapun pertikaian besar dan tiada isu besar penyesatan
Kemudian datang seorang Ulama' tersohor iaitu Syeikh Ar-Raniri yg membawa aliran sufi Al Ghazaliyah yg amat hebat hujjah dan tinggi ilmu usuluddin dan fiqh mendampingi raja pd masa tsbt. pengajaran beliau amat menarik raja/sultan pd ketika itu yg menyebabkan beliau mempengaruhi pegawai-pegawainya dan segolongan ulama' agar mengikuti ajaran Raniri..Raniri berpendapat fahaman mainstream pd masa tersebut sesat dlm soal ketuhanan. Perdebatan demi perdebatan berlaku dan Raniri menunjukkan 'kehebatannya'.Tak lama slps itu Raniri mempengaruhi Sultan agar mengharamkan aliran mainstream tsbt ke seluruh negara. akibatnya beribu2 kitab di bakar, pengajian2 ditutup, ulama' diancam, ditangkap bersama2 ramai rakyat. Rakyat pada mulanya amat tidak bersetuju tetapi hasil dari perubahan 'silibus' secara total selama bertahun2 maka rakyat mula menerima. Tidak lama kemudian sekumpulan ulama Acheh dari Makkah datang mengadap Sultan dan meminta berdebat dgn Raniri menyebabkan beliau 'tersedar dari tanggapan salah' yang mengakibatkan beliau belayar pulang ke makkah.
Imam al-Ghazali RA suatu masa dulu adalah seorang 'professor di raja' di Darul Ulum Baghdad adalah yg ilmunya tiada tandingan. Perdebatan dan hujjah beliau mengatasi semua golongan Al-Ra'yu (Golongan Filosofi/Akal) dan ulama' aliran Sufi..Tetapi pd kemuncak karier beliau timbul 'krisis kepercayaa/atau krisis ilmu' dimana beliau merasakan bahawa segala ilmu yg beliau kuasai selama ini belum menjamin beliau bebas dari siksaan kubur/neraka sehinggalah beliau meninggalkan semua jawatan dan berkelana dan menganalisis semula ilmu-ilmu tersebut dgn amalan2 kesufian. Beliau mengatakan bahawa ilmu Sufi mampu menyelamatkan manusia dari siksaan Allah. Beliau dikatakan berjaya mengintegrasikan dgn baik/sistematik ilmu usuluddin,fiqh dan tasauf yg bukan shj mampu membangunkan spiritual malah dalam sains & teknologi serta pentadbiran. Karya beliau menjadi panduan selama lbh 700 tahun dan mempengaruhi pengajaran islam di pondok2 di Nusantara sebelum tahun 1970an.
Pada masa kini kitab2 'tua' di pondok2 yg melahirkan ramai ulama tersohor spt To' kenali. To' selehong. tokku Paloh dll dikatakan 'tidak sesuai' (walhal mereka mengaji lama di Makkah dan menjadi ulama' di sana). Hadith2 di dalamya dikatakan banyak yg hadith dhaif dan kata2 ulama'..
Ulama2 "kaum Tua' adalah juga pendokong pelbagai2 thoriqah..Apabila rakyat Melayu Islam beramai2 memasuki sekolah2 Melayu /Inggeris pada awal tahun 1970 an pengajaran agama adalah dlm bentuk baru, ringkas dan mudah. Kitab2 'ulama tua' dipinggirkan. Ini mengakibatkan aliran fiqh suffiah mulai lenyap dan dlm pada yg sama aliran kesufian dianggap 'asing' dan ketinggalan zaman
Sejurus slps merdeka...kebanyakan golongan parti Islam (PAS) memperjuangkan kebebasan mutlak (bebas dari kuffar & pemerintahan sekular) menentang pemerintah baru yg lebih Pro-British..Kebanyakan golongan ini mengambil idealisma Ikhwanul Muslimin pimpinan Asyahid Hassan Al Banna dan Syed Qutb yg percaya 'pembebasan dari unsur Syriq' adalah satu cara paling tepat, cepat dan benar menentang pemerintah Pro-British sekular di Mesir. Mereka berpendapat ulama' Al-azhar yg mengamal sistem 'ulama tua' tidak dapat menimbulkan semangat jihad yg tinggi.
Secara tak langsung 'peminat2 Islam' meninggalkan amalan 'Golongan Tua' dan secara tidak langsung Toriqah sufi mula lenyap dari 'mainstream'..Penuntut2 yg pulang dari Timur Tengah tidak lagi menekan aliran Tasauf (kerana di al-Azhar juga semakin lemah)..Syilibus baru yg diimplemen di sana lebih menekankan pengkhususan ilmu (spt Usuluddin, hadith) dan tidak lagi menyeluruh dan mengambil masa yg lama. Kerajaan dan sekolah2 agam tidak lagi membiayai penghantaran utuk pengajian agama yg lama spt di maahad2 di luar negara.
Pada masa kini 'aliran kesufian' dianggap 'asing' di Malaysia dan pengikut/peminat2nya tidak lagi di kalangan ulama' mainstream. Ada pensyarah2 Fakulti di universiti Tempatan yg 'menyesat'kan Al-Ghazali kerana banyak menggunakan hadith dhaif dan kata2 ulama.
Ulama2 terkenal spt Ibnu Sina mula dikenali dikategori sebagai Pakar Perubatan (bapa kedoktoran) walhal belaiu dikatakan pakar hadith menghafal beribu2 hadith dan pencapaian serta kitab beliau tentang kerohanian dan tenaga lama amat terkenal suatu masa dulu. Kitab beliau banyak yg telah musnah bersama2 kemusnahan kepercayaan masyarakat kpd aliran spiritual.
Ilmu spiritual juga mengalami 'evolusi' dan pengajarannya juga mengikut kesesuaian zaman. Tabi' tabiin menjadi menjadi pengasas agar ianya menjadi berstruktur dan kemudiannya diperkuat oleh Syeikh Abd Qodir Jilani dan lain..kemudian dimurnikan lagi ole Al-Ghazali.
Pada ketika mana ilmu kesufian ditinggalkan oleh umat Islam..fahaman dan karya2 al-Ghazali, Ibnu Sina dan Ibnu Rushd dikaji oleh saintis Barat untuk memahami tenaga, ikatan nuklear, keseimbangan dan kekuatan..
Hasilnya kita ketinggalan dlm aspek :
1. Sains dan teknolgi
2. Pengeksploitasi minda
3. Perpaduan
Jadilah masyarakat kita lalai, takut, tidak kreatif dan ikut telunjuk shj..Apa masalah yg kita hadapi dalam semua aspek kehidupan seperti pendidikan, sains dan teknologi, pemerintahan dan ekonomi adalah berpunca dari 'ketakutan' kpd kekuatan spiritual/minda/akal yg gunung-ganang, malaikat sendiri kagum.
hampir semua pencipta hebat di Barat semuanya percaya spiritual/minda yg kuat punca kreativiti dan kemajuan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Bruxelle at 22-1-2008 12:43 PM
Kata syeikh Abd Qadir Jailani dalam kitabnya Sirr Al-Asrar:
Pendapat Ahl as-Sunnah Wa al-Jamaa抋h
Para pemimpin dan guru2 sufi dari golongan Ahl as-Sunnah Wa al-Jamaah berpendapat bahawa para sahabat, dengan berkat ajaran dan kehadiranNabi, adalah dalam keadaan Dzawq kerohanian yang tinggi martabatnya.Setelah zaman berlalu, keadaan kerohanian yang tulen ini makin lamamakin berkurang dan tipis. Kemudian keadaan kerohanian ini diwarisioleh guru2 mursyid yang kemudian, pecah menjadi banyak firqah dancabang.
Kamu anggap ulama-ulama yang solih seperti Hasan Al Bashri, Imam Ahmad,Abdul Qadir Jailani dan lainnya adalah penganut sufi, kamu yang tidak mengerti aqidah mereka sebenarnya. Mereka bukan penganut sufi tapi mereka adalah ulama ahlussunnahwal jamaah. Tapi banyak para penganut suufi berdustanama mereka yang mulia, terutamanya Sheikh Abdul Qadir Jaelani. Parasufi mereka cipta cerita-cerita dusta tentang diri ulama salaf ini, padahal aqidah rahimullah adalah jauh sekali dari sangkaan dan pemahaman orang2 sufii.
Yang benar2 sufi adalah seperti si Abu Yazid Al Busthomi ini, dia ini memang ahlisufi yang telah di sesatkan oleh banyak ulama ASWJ. Bahkan dihukumi kafir oleh para ulama karena pemahamannya yang salah tentangsifat Allah. Begitu juga dengan Ibnu Arabi. Tidak benar jika kamu berkata jika sufi itu sesat, maka sesatlahulama2 sufi seperti Hasan Al BAsri dan lainnya mereka inimemang bukan ulamak sufi.
Imam As-Syafie rh. berkata "Kutinggalkan baghdad, karena didalamnya ku jumpaiorang-orang yang berzikir sambil bernyanyi-nyanyi". Dan beliau jugaberkata: "Orang yang masuk di pagi harinya untuk belajar tasawuf, makadia akan keluar di siang harinya dalam keadaan DUNGU". Karena memangajaran - ajaran suufi ini bukan berasal dari Islam, dan tidakberdasarkan Quran wassunnah. Tapi sebagian besar dari ajaran filsafatyang bertentangan dengan Islam
Oleh kerana terlalu banyak cabang dan golongan kaum mursyiditu, hikmah dan tenaganya pun makin tipis dan makin berpecah belah.Dalam banyak hal yang tinggal hanya bentuk zahir saja yang berlagakseperti guru sufi, padahal batinnya dan hakikatnya bukan sufi. Lamakelamaan timbullah Sufi-Sufi palsu dan bid抋h. Ada yang menganutgolongan Haydari dan berpura2 menjadi perwira dan pahlawan. Ada pulayang menamakan diri mereka kaum Adami dan berpura2 mengikuti jejaklangkah Ibrahim bin Adham, yaitu seorang sufi besar yang meninggalkanistana dan pangkat sultan kerana hendak mengamalkan ilmu sufi. Bahkanmasih banyak lagi ajaran sesat dari guru Sufi palsu yang timbul.
Sila namakan gerakan sufi yang mana yang tidak palsu dan tidak bida'ah yang jadi pengikut Ibrahim Adham. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Bruxelle at 22-1-2008 12:43 PM
Dalam zaman ini, ahli2 Sufi yang sebenarnya, yang bersesuaian dengan syariat, makin lama makin berkurang jumlah mereka.
Ahli Sufi yang hakiki dapat dikenali dengan dua cara:
Pertama, zahir mereka, yaitu mereka mengamalkan syariat.
Kedua, batin mereka, yaitu boleh dijadikan contoh teladan kerana mereka mewarisi Keruhanian Nabi Muhammad Saw.
SYARI'AT DAN HAKIKAT
Para pemimpin sufi mengatakan, bahwa setiap ayat mempunyai unsur lahirdan bathin. Atau, Islam itu terdiri dari syari'at dan hakikat.Syari'at, bila dibandingkan dengan hakikat, laksana buih. Hakikatmerupakan tingkatan paling sempurna, puncak dan sangat tinggi dalamtangga peribadahan Islam.
Cara agar mampu untuk mencapainya adalah dengan memiliki ilmu laduni,kasyaf Rabbani serta Faidh Ar-Rahmani. Dalihnya, hadits yangdiriwayatkan imam Bukhari dari Abu Hurairah :
"Artinya : Aku menghafalkan dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dua kantung ilmu. Adapun salah satunya telah aku sebarkan.Sedangkan lainnya, bila ku sebarkan akan dipotong tenggorokan ini".[Hadits Riwayat Bukhari dalam kitab Fitan]
Padahal ini sebagai isyarat dari beliau rahimahullah tentang akan tidakadanya kaitan antara ilmu batin dan ilmu zhahir. Kalau tidak begitu,pasti beliau akan mencantumkannya dalam Al-'Ilm. Sesungguhnya,Al-Hafidz Ibnu Hajar telah menerangkan masalah tersebut secara rincidalam kitabnya, Fathu Al-Bari I/216.
Oleh karena itu, barangsiapa menyatakan Islam terdiri dari lahir danbatin, berarti dia telah menyangka Rasulullah Muhammad shallallahu'alaihi wa sallam menghianati tugas kerasulannya. Tapi, inilahkenyataannya. Mereka berkeyakinan, Rasulullah hanya menyampaikan yangzhahir saja. Sedang, yang batin beliau beritahukan kepada orang-orangtertentu.[1]
Demi Allah, sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallamberlepas dari yang mereka kaitkan kepada beliau Shallallahu 'alaihi wasallam. Dan Allah, malaikat Jibril serta orang-orang shalih darikalangan yang beriman menyaksikan yang demikian itu. Berfirman AllahSubhanahu wa Ta'ala.
"Artinya : Pada hari ini Aku sempurnakan untuk mu agamamu, dan Akulengkapkan untukmu semua ni'mat-Ku serta Aku ridhai bagimu Islamsebagai agama". [Al-Maidah : 3]
Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam telah meminta persaksian dihadapansegenap manusia muslim yang berkumpul di bawah Jabal Ar-Rahmah padahari haji akbar. Kata beliau, "Sesungguhnya, kalian akan ditanyatentang aku. Maka, apakah yang akan kalian katakan ?" Jawab mereka :"Kami bersaksi bahwa engkau telah menyampaikan risalah Rabb-mu dantelah menunaikannya. Engkau telah menasehati umatmu dan menunaikankewajibanmu".
Lantas beliau bersabda seraya mengacungkan telunjuknya ke arah langitdan menggerak-gerakkannya kehadapan manusia : "Ya Allah, saksikanlah.Ya Allah, saksikanlah". [Potongan dari hadits Jabir bin Abdullahtentang hajinya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam. Di-tahqiqulang Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani dalam Hijjah An-Nabi, hal.37-41].
Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pun telah menyatakan secaraterang-terangan, dan hal ini sebagai hujjah nyata guna menampar setiappendusta dan yang suka berbuat dosa. Kata beliau :
"Artinya : Sesungguhnya seorang nabi tidak mengenal main isyarat(dengan mata)". [Hadits Shahih Riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud, dariAnas. lihat Shahih Al-Jami' II/303]
Maksudnya memberi isyarat dengan isyarat rahasia. Hal ini agar tidakada seorangpun yang berburuk sangka yang menyebabkan tumbuhnyakeyakinan, bahwa dalam agama Allah ada rahasia yang tidak banyakdiketahui manusia.
Yang semakna dengan hadits ini adalah sabdanya :
"Artinya : Sesungguhnya tidak selayaknya bagi seorang nabi mempunyaimata yang khianat". [Hadits Shahih Riwayat Abu Dawud, Nasa'i dan Hakimdari Sa'id. Lihat Shahih Al-Jami' II/307]
AL-HULUL WA AL-ITTIHAD
Sebagaimana kelomppok sufi berkhayal, siapa saja yang menempuh jalanilmu batin, pada akhirnya akan mencapai tingkatan melebur bersama dzatAllah. Ketika itulah ia menempati dzat tersebut, hingga bercampur sifatketuhanan dengan tabiat kemanusiaan. Bentuk lahirnya manusia, tetapihakikat batinnya adalah sifat ketuhanan.
Orang-orang yang berpikiran demikian, misalnya Al-Hallaj, ibnuAl-Faradh, Ibnu Sab'in dan lainnya dari kalangan sufi. Berikut ini kamipaparkan sebagian perkataan mereka : Al-Hallaj berkata : [2]
Maha Suci yang menampakkan sifat kemanusiannya,
Kami rahasiakan sifat ketuhanannya yang cemerlang,
Kemudian Ia menampakkan diri pada mahluknya,
Dalam bentuk orang yang sedang makan dan minum,
Hingga mahluknya dapat menentukannya, seperti
jarak antara kedipan mata dengan kedipan yang lain.
Siapakah dia ? Dialah Rabbu Al-Arbab
yang tergambar dalam seluruh bentuk pada
hamban-Nya, Fulan. [3]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|