|
daftarkan perniagaan anda/lesen kementerian kewangan dan PKK
[Copy link]
|
|
Reply #100 pakatanct's post
lahhh..call je la kat no tepon yang aku bagi kat first page tu...sory kengkawan semua lama tak ke udara. kawe ada pojek sket nih dgn gomen.tu yg sibuk tuh....kalau ada ape2 just leave msg je bro....wa caya lu semua . MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yuppies at 17-8-2007 08:14 PM
kehkehkeh
Aku pon nak tumpang gelak gak, tapi besar sikit.
Wakakakaka.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 yuppies's post
nak tanya kalau belakang taruk perkataan TRADING atau MANAGEMENT atau Center charge harga sama dengan ENTERPRISE ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by lady_lily at 10-7-2007 03:02 PM
Korang sume yg nak register ngan eperolehan....senang aje. Tak yah keluar sampai beribu riban....Just bayar pada Commerce Dot Com tuh RM450 jerr.....Caranya...bukak website www.eperolehan.com.my. ...
tmbah skek.. rm450 tu yuran utk 3 tahun..
pastu skrg nie rasanya kena bayar sekali dengan smart card rm130 kut utk 3 tahun jugak..
diwajibkan rasanya...penyeragaman rasanya..
dengan smartcard tu bila cek macam card reader yg macam baca ic tu la.. bley la baca kita punya kad keterangan perniagaan dan sebagainya dll.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #103 si^etok's post
charge same je..dia masih dalam akta perniagaan cume beza pada nama yang kita taruk..contohnya kalau ko letak management maknanya ko emphasize pada bidang management sahaja,ko tak bole letak construction ataupun lain2 bidang yang bercanggah dengan management. Advantages ko letak enterprise ni, bile akan datang ko nak tambah bidang senang(bidang yang tak tertakluk pada bidang khas dan dibawah akta syarikat).
Let say in the future ko dapat peluang projek dari kerajaan dengan guna nama management. so ko kena bukak satu lagi perniagaan baru utk mohon projek kerajaan tu pasal ko tak bole nak tambah bidang gune perniagaan 'Management' tu.Ini disebabkan bile kita dapat pojek kerajaan antara salah satu syarat wajib ialah kena ada lesen kementerian kewangan.Lesen kementerian kewangan yang kita nak apply tu pula kena tally dengan daftar niaga.so macam mana nak lulus kalau dah tak tallykan sebab trap dekat nama perniagaan.hehehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #106 yuppies's post
dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin pada kawan2 semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #105 shahkasahias's post
betul cakap lu tu bro...first of all assalamualaikum semua dah selamat tahun baru..sorry lama tak ke udara..aku baru lepas settle projek dengan kerajaan dan tgh tunggu payment....seperti ape yang ko cakap...tak rugi daftar lesen kementerian kewangan ni..aku disamping buatkan orang aku sendiri pun ada dan alhamdulillah rezeki Tuhan nak bagi dah dapat la satu projek ni.masyukkkk la jugak...dan submit claim dan tgh tunggu payment je ni...so tak rugi benornya ada lesen kementerian kewangan ni..macam2 bole buat....bulan 2 ni insyallah aku akan pegi ke china amik barang direct ke sana utk buat trading pula...so korang kalau ada minat bagitau ape barang yang korang nak aku bole tinjau2kan...Ok ..adioss dan selamat maju jaya dalam ape jua perniagaan yang korang ceburi. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 yuppies's post
ello all my pren...ni aku punye laman web rasmi syarikat aku . www.dipersada.com
sile..sile.... |
|
|
|
|
|
|
|
set macho |
|
|
|
|
|
|
|
set macho |
|
|
|
|
|
|
|
camana dengan sykt perunding /consultant apa dokumen pentingyang diperlukan ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sijil MOF dan Enterprise
Salam ...
Saya nak tumpang tanya. Perlukah/bolehkah "enterprise" mendapatkan Sijil MOF untuk masuk tender kerajaan ?
Sijil MOF tu hanya untuk "Sdn Bhd" kan ? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 monashis\ catat
Ngeeee berape kos nak dapat sijil tue ? |
|
|
|
|
|
|
|
dah lama nak reply, tapi wi fi hp ade problm la kot...nak login tak dapat.
forumer yg lain, correct me if i m wrong...
mof ni adalah bertujuan untuk memberi kebenaran "bekalan/perkhidmatan" kepada pembekal untuk membekalkan barang kepada agensi kerajaan.
pembekal pula mestilah mempunyai perniagaan berdaftar di ssm. so sdn bhd ke, enterprise ke... boleh..
pendaftaran amatlah mudah dan boleh dilakukan sendiri ecara online di http://home.eperolehan.gov.my/. disitu disertakan juga no. tel pegawai sekiranya anda mempunyai masalah memahami cara pendaftaran secara online... berdaftar dgn agency pun boleh, tetapi bersedialah dgn fee2, dan gadjet2 lain yg cuba mereka jual.
sijil pendaftaran dikeluarkan mengikut tempoh tertentu, selalunya 3 tahun. dan perlu diperbaharui 3 bulan sebelum tempoh tamat.
pendaftar dibenarkan memilih bidang (disenaraikan dlm website) yg dikehendaki. seberapa banyak yg disukai. tetapi hanya 10 yg pertama diberikan percuma sementara selebihnya dikenakan caj. Ada juga bidang yg memerlukan lesen sokongan cth penerbitan kena ada lesen cetk (kalau tak silap)
yuran pendaftaran adalah bergantung kpd jenis syarikat & jumlah bidang. Yuran pembaharuan adalah kurang dari yuran pendaftaran.
NAMUN, walaupun mudah mendaftar secara online, penyediaan dokumen amatlah lama terutama yg melibatkan pihak ke 3 - bank perlu menesahkan syarat tandatangan bank, bank statement perlu di ctc. dll. Jadi mulalah berdaftar sekarang.
setelah pendaftaran dibuat secara online, anda hanya perlu cetak (salinan hard copy) dan hantar kepada MOF di putrajaya (r/about masjid), pukul 12, 1st traffic light on the left. (sebelum mecd).
anda dinasihatkan:-
mengambil nama pegawai, no. tel, tarikh, waktu dan masa, apabila membuat pertanyaan secara telefon - sebagai rujukan sekiranya anda diberi maklumat yg berlainan oleh pegawai yg lain. PENTING SANGAT BILA BERURUSAN DGN GOMEN.
membuat salinan utk anda sendiri dan pastikan kaunter MOF chop salinan anda sebagai bukti penerimaan. JIKA SELEPAS ITU MEREKA MENGATAKAN MEREKA TIDAK PERNAH TERIMA. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sebagai selingan,
jika anda sykt bumiputera, jangan lupa mintak SIJIK KEWANGAN BUMIPUTERA - kekadang tak mintak officer tu tak bagi - IANYA PERCUMA dan boleh diberi bersama SIJIL KEMENTERIAN KEWANGAN (dlm industri kita selalu sebut perolehan jer)
dgn adanya MOF, peluang anda utk membekalkan barangan kepada agensi kerajaan amatlah luas... tanpa had, tanpa sempadan.
dan sijil MOF juga perlu untuk anda meluaskan pemasaran anda di sykt swasta yg lain. kebanyakkan mereka memerlukan anda berdaftar dgn mereka sebagai vendor dan antara syarat yg perlu adalah mempunyai sijil MOF cth TM, TNB, Bank, Universiti, Felda, Felcra, Mardi, LHDN, EPF, SOCSO dan perbadanan lain seperti infocrat ... dll. |
|
|
|
|
|
|
|
dan kepada usahawan yg lain,
selagi anda bernama usahawan, mempunyai produk atau perkhidmatan, berdaftarlah dengan MOF. kita tidak tahu bila kita akan gunakannya..
cth. jika anda mahir dlm masakan, anda boleh jadi caterer atau menjalankan perniagaan kantin.
jika anda mahir menjahit, anda boleh jahit langsir, pakaian.
atau, jika anda byk contact - anda hanya perlu - suruh supplllier tu htr terus ke ofis customer, dan bil anda. pernah ke anda kepejabat govt dan melihat cina htr printer, paper ect. ada antara mereka yg menghantarnya sebagai supplier kpd syktt yg mendaftar kpd mof. kebanyakkan supplier, jika tahu itu adalah govt project, mereka tak kisah kalau bayar back to back. dan anda pula jika mendapat kontrak jgnlah risau pasal modal. banyak bank yg offer loan utk kontrak ni.
byk supplier di negara kita ni adalah cina, dan memerlukan agnt utk memasuki pasaran kerajaan.
saya pernah diminta mencari photostat machine utk disewa selama setahun. oleh krn ini bukan line saya, saya minta supplier yg menyewa photostat di ofis utk htr terus kpd agensi govt itu. segala servis dn sewa, supplier cina tu bil saya dan saya akan invoiskan kpd agency tersebut (of coz with margin). agency tersebut jika ada problem akan terus call technician supplier tersebut (melayu)
3 bulan sebelum kontrak habis, saya suruh technician melayu tu daftar sykt, daftar mof, kemudian introducekan kpd pegawai yg keluakan LO. technician tu pandai sikit, dia tak daftar atas nama dia, tapi nama mak dia. selebihnya tak yah lah citer, mesti sumer dah bole agak. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dan mereka yang daftar Kem Kewangan automatik berdaftar dengan e-perolehan persekutuan. Tapi kena beli kad ep dan pembaca kad jika nak guna ep. Tapi masih banyak pejabat kerajaan dan pembekal yang tak ep enable lagi kerana kurang mahir. Benda ni boleh belajar sendiri dan diajar oleh pegawai dan syarikat konsesi tu tapi kena bayar lagi...dan lagi...dan lagi... tiada jaminan dapat projek ikut ep tapi jika anda dapat kena bagi komisen (ala bayar tol) kat syarikat konsesi tu.
Banyak juga usahawan yang offline je lepas dapat sijil (tak guna ep). Ni menyebabkan syarikat yang pandai ep berebut kontrak dalam ep dan mark up harga gila2 dengan persaingan yang kecil.
Agaknya tu sebab la ada skru driver yang ribu-ribu tapi terlepas kes BPR ....agaknya je la. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|