|
BINCANG MENGENAI SEMUA PERIHAL KOPERASI [merged wif tok^dalang]
[Copy link]
|
|
Indeks 100 koperasi terbaik diperkenal
SHAH ALAM 20 Nov. |
|
|
|
|
|
|
|
Indeks Peratus Koperasi tahun depan
SHAH ALAM: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan memperkenalkan Indeks Peratus Koperasi tahun depan ke arah memperkasa pembangunan koperasi dan berdaya maju untuk dipertemukan dengan koperasi peringkat antarabangsa.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata indeks itu akan mempunyai penarafan dengan kriteria ditetapkan Jabatan Pembangunan Koperasi, dikenali sebagai Suruhanjaya Pembangunan Koperasi bermula 1 Januari depan.
Katanya, semua koperasi yang akan disenaraikan dapat mengetahui kedudukan masing-masing, seterusnya membantu setiap koperasi memajukan organisasi masing-masing.
Pada masa sama, penggunaan indeks yang tidak asing di kalangan negara yang menganggotai International Cooperative Alliance (ICA) itu membolehkan kementerian dan jabatan menyediakan koperasi yang berdaya maju untuk ditemukan dengan koperasi negara lain.
"Ia akan dapat mewujudkan rangkaian perniagaan antara satu sama lain. Ini satu pendekatan bagi membolehkan koperasi bergerak pada peringkat antarabangsa.
"Dalam dunia globalisasi, ada perniagaan berbentuk pasaran bebas dan pendekatan koperasi boleh mengurangkan keburukan perdagangan seperti itu," katanya pada sidang media selepas merasmikan pejabat cawangan Bank Persatuan di sini semalam.
Mohamed Khaled berkata, walaupun ada pelbagai jenis koperasi di Malaysia, sistem penyenaraian akan turut mengambil kira bilangan anggota koperasi, modal berbayar dan kemajuannya.
Katanya, selain hanya membayar zakat perniagaan kepada pihak berkuasa agama setempat seperti Lembaga Zakat Selangor (LZS), koperasi boleh merangka program bersama dengan pihak berkuasa agama untuk membantu golongan miskin bagi meningkatkan ekonomi mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Indeks Peratus Koperasi tahun depan
SHAH ALAM: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan memperkenalkan Indeks Peratus Koperasi tahun depan ke arah memperkasa pembangunan koperasi dan berdaya maju untuk dipertemukan dengan koperasi peringkat antarabangsa.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata indeks itu akan mempunyai penarafan dengan kriteria ditetapkan Jabatan Pembangunan Koperasi, dikenali sebagai Suruhanjaya Pembangunan Koperasi bermula 1 Januari depan.
Katanya, semua koperasi yang akan disenaraikan dapat mengetahui kedudukan masing-masing, seterusnya membantu setiap koperasi memajukan organisasi masing-masing.
Pada masa sama, penggunaan indeks yang tidak asing di kalangan negara yang menganggotai International Cooperative Alliance (ICA) itu membolehkan kementerian dan jabatan menyediakan koperasi yang berdaya maju untuk ditemukan dengan koperasi negara lain.
"Ia akan dapat mewujudkan rangkaian perniagaan antara satu sama lain. Ini satu pendekatan bagi membolehkan koperasi bergerak pada peringkat antarabangsa.
"Dalam dunia globalisasi, ada perniagaan berbentuk pasaran bebas dan pendekatan koperasi boleh mengurangkan keburukan perdagangan seperti itu," katanya pada sidang media selepas merasmikan pejabat cawangan Bank Persatuan di sini semalam.
Mohamed Khaled berkata, walaupun ada pelbagai jenis koperasi di Malaysia, sistem penyenaraian akan turut mengambil kira bilangan anggota koperasi, modal berbayar dan kemajuannya.
Katanya, selain hanya membayar zakat perniagaan kepada pihak berkuasa agama setempat seperti Lembaga Zakat Selangor (LZS), koperasi boleh merangka program bersama dengan pihak berkuasa agama untuk membantu golongan miskin bagi meningkatkan ekonomi mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Kementerian wujud dana bangun koperasi
KUANTAN 25 Nov. |
|
|
|
|
|
|
|
Ahli koperasi majukan diri
Oleh Mohd Rafi Mamat
KEJAYAAN ahli dalam bidang perniagaan antara matlamat utama penubuhan Koperasi Wanita Pahang Berhad (KWPB) yang kini mempunyai lebih 400 ahli di seluruh negeri. Pelbagai kursus dianjurkan setiap tahun bagi memberi pendedahan serta pengalaman kepada ahli yang mahu menceburi bidang perniagaan.
Pengerusi KWPB, Datuk Melati Ali, berkata selain kursus penyediaan makanan seperti roti, pastri dan kek, pihaknya menganjurkan kursus teknologi maklumat (IT) dan perakaunan. Menurutnya, kursus IT dan perakaunan penting sebelum menceburi sebarang jenis perniagaan.
揔ursus yang dianjurkan diharap menjadi bekalan kepada usahawan wanita yang mahu menjadi ahli perniagaan. Perniagaan perlu persediaan kerana cabaran yang dihadapi amat getir tetapi keuntungannya amat lumayan, |
|
|
|
|
|
|
|
Pahang Terap Budaya Koperasi Berita Harian - 26 November 2007 KUANTAN: Budaya koperasi kini menjadi agenda utama Kerajaan Pahang melalui Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) negeri bagi memastikan masyarakat berminat menyertai koperasi yang menyediakan pelbagai manfaat untuk ahlinya.
Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Shahiruddin Ab Moin, berkata kerajaan akan memberi tumpuan kepada kempen kesedaran terutama membabitkan masyarakat luar bandar.
Katanya, ini kerana kerajaan negeri melalui JPK sentiasa mengadakan program termasuk ceramah dan kempen kesedaran bagi memastikan orang ramai berminat dan memahami pentingnya menyertai koperasi.
"Bagi memastikan orang ramai khususnya jabatan kerajaan atau swasta menyertai koperasi, kita akan menggandakan kempen kerana banyak faedah diperoleh ahli menerusi pemberian dividen.
"emberian dividen dapat membantu ahli menambah pendapatan, walaupun hasil diterima tidak tinggi berbanding dividen yang diraih daripada amanah saham.
"Dalam hal ini, pembabitan masyarakat dalam budaya koperasi perlu ada," katanya selepas menyaksikan Pertandingan Memancing anjuran JPK Pahang di Taman Esplanade, di sini kelmarin.
Hadir sama, Pengarah JPK Pahang, Zahari Omar.
Seramai 400 pemancing dari seluruh negeri menyertai pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai RM3,000 dan hadiah sampingan.
Shahiruddin berkata, jika dilihat pertandingan memancing tidak membabitkan JPK, tetapi penyertaan kaki pancing diharap bukan saja bertumpu kepada hobi memancing, malah memahami kepentingan menyertai koperasi.
"Kita harap pertandingan memancing dapat memberikan pendedahan terbaik kepada kaki pancing yang berminat menyertai koperasi kerana mendapat pulangan pada masa depan menerusi dividen," katanya.
[ Last edited by ianho at 2-12-2007 05:45 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Akta jamin koperasi lebih kukuh, mapan
SURUHANJAYA Koperasi Malaysia (SKM) bertanggungjawab mengekalkan kestabilan dalam sektor koperasi untuk memastikan perkhidmatan yang disediakan kepada anggota tidak terganggu dan kepentingan anggota tidak tergugat.
Berikutan penubuhan SKM, Akta Koperasi 1993 perlu dipinda bagi memperkemaskan perundangan dan memperkukuhkan pengawalseliaan ke atas sektor koperasi dalam menghadapi cabaran pembangunan sosio-ekonomi serta merealisasikan sektor koperasi sebagai sektor ketiga dalam pembangunan negara.
Akta Koperasi dipinda untuk diselaraskan dengan penubuhan SKM. Pindaan dibuat untuk membolehkan urusan pengawalseliaan dan pemantauan ke atas sektor koperasi dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan ke arah memperkukuhkan sektor koperasi supaya lebih mapan, stabil dan teratur dalam urusan pentadbiran aktiviti dan perniagaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Mengenali Akta Koperasi 1993 (Pindaan) 2007
Melalui pindaan Akta Koperasi 1993, kerajaan mengambil langkah mengurangkan syarat keperluan bagi pendaftaran koperasi dari segi keanggotaan daripada 10 kepada 50 orang serta membolehkan individu menyertai lebih daripada satu koperasi kredit bagi menggalakkan tabungan.
Pindaan ini juga membolehkan koperasi menerima deposit daripada bukan anggota tertakluk kepada syarat dan melabur dalam mana-mana koperasi lain tanpa kelulusan SKM.
Kerajaan mengambil langkah meminda Akta Koperasi 1993 dengan matlamat memastikan urus tadbir koperasi dipertingkatkan.
Ini kerana koperasi yang sihat, stabil dan berdaya saing dalam aktiviti dan perniagaannya amat berkait rapat dengan pengurusan dan pentadbiran sesuatu koperasi.
Pindaan ke atas Akta Koperasi bertujuan menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan koperasi bukan mengekang atau menghalang.
ciri-ciri pindaan membabitkan:
- Meningkatkan tadbir urus koperasi.
- Meningkatkan keperluan berhemah untuk dipatuhi koperasi bagi memperkukuhkan kedudukan kewangan.
- Meningkatkan kuasa kawal selia ke atas koperasi bagi menjadikannya lebih efisyen dan berdaya saing dengan sektor lain.
- Meningkatkan peruntukan penalti terhadap kesalahan yang dilakukan mengikut undang-undang koperasi berdasarkan berat kesalahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kadar penalti paling tinggi sebanyak RM5 juta ke atas kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 10(a) dan Seksyen 10(b) Akta Koperasi 1993 dikenakan kepada mana-mana orang (individu atau syarikat) yang mengemukakan diri menggunakan perkataan koperasi.
Kedua-dua kesalahan ini bertujuan menjatuhkan dan mencemarkan imej gerakan koperasi dan penalti diperuntukkan dalam pindaan Akta Koperasi 2007 supaya tidak digunakan oleh mereka yang berkepentingan.
Sementara bagi kesalahan lain, kadar penalti maksimum yang dikenakan tidak melebihi RM1 juta.
Kenaikan kadar penalti ini bersesuaian dengan jumlah urus niaga koperasi masa kini membabitkan urus niaga puluhan juta ringgit setiap bulan.
Oleh itu, kadar denda RM1 juta ini masih kecil berbanding jumlah niaga yang terbabit.
- Pelanggaran kesalahan bukan saja dikenakan kepada koperasi, malah anggota lembaga, Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Juruaudit dan pegawai koperasi berkenaan.
Koperasi dilarang menanggung kerugian akibat salah tindakan mana-mana pegawainya bagi apa-apa liabiliti berikutan pelanggaran undang-undang yang dilakukan.
Peruntukan yang dibuat di atas adalah untuk melindungi sebilangan besar anggota koperasi yang menyumbang modal atau melabur dalam koperasi dan menaruh penuh keyakinan terhadap pelaburan dalam koperasi yang dianggotainya.
Dalam menimbang perkara ini, kerajaan meletakkan awam sebagai keutamaan apabila melaksanakan sesuatu dan memastikan keadilan berlaku dalam koperasi bahawa hanya mereka yang bersalah dihukum, bukan kepada institusi, iaitu koperasi, yang mana akan membabitkan semua anggota dihukum.
Peruntukan denda dan sebagainya dinaikkan selaras dengan peruntukan denda bagi kesalahan lain dalam perundangan lain seperti Akta Syarikat dan sebagainya.
Dengan cara ini, kerajaan berpendapat koperasi juga perlu diberi perhatian yang sama rata dengan sektor lain di negara ini.
Peruntukan yang dipinda juga bertujuan memastikan sektor koperasi tidak mengalami kerugian yang sama seperti yang berlaku sebelum ini.
Banyak koperasi yang pada masa ini disebabkan kecuaian anggota Lembaga tidak dapat mengembalikan wang anggota yang menyimpan beberapa tahun dalam koperasi dan mereka mengadu kepada kerajaan untuk membantu menyelesaikan masalah sebegini.
Kes yang berlaku ke atas Bank Rakyat, Koperasi Pengambilan Deposit, Bank Pusat Kerjasama, pelaburan yang tidak mendapat kelulusan terlebih dulu daripada Ketua Pendaftar bukan saja menyebabkan koperasi berkenaan mengalami kerugian, malah kerajaan terpaksa menyediakan jutaan ringgit dalam bentuk pinjaman dan geran bagi mengatasi permasalahan itu.
Bagi mengelakkan perkara sama berulang, apatah lagi dengan penaiktarafan Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) sebagai Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), sewajarnya peruntukan dalam Akta Koperasi diubahsuai dan dipinda bagi memantapkan fungsi SKM sebagai badan yang bertanggungjawab mengekalkan kestabilan dalam sektor koperasi. |
|
|
|
|
|
|
|
Pahang Terap Budaya Koperasi
KUANTAN: Budaya koperasi kini menjadi agenda utama Kerajaan Pahang melalui Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) negeri bagi memastikan masyarakat berminat menyertai koperasi yang menyediakan pelbagai manfaat untuk ahlinya.
Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Shahiruddin Ab Moin, berkata kerajaan akan memberi tumpuan kepada kempen kesedaran terutama membabitkan masyarakat luar bandar.
Katanya, ini kerana kerajaan negeri melalui JPK sentiasa mengadakan program termasuk ceramah dan kempen kesedaran bagi memastikan orang ramai berminat dan memahami pentingnya menyertai koperasi.
"Bagi memastikan orang ramai khususnya jabatan kerajaan atau swasta menyertai koperasi, kita akan menggandakan kempen kerana banyak faedah diperoleh ahli menerusi pemberian dividen.
"Pemberian dividen dapat membantu ahli menambah pendapatan, walaupun hasil diterima tidak tinggi berbanding dividen yang diraih daripada amanah saham.
"Dalam hal ini, pembabitan masyarakat dalam budaya koperasi perlu ada," katanya selepas menyaksikan Pertandingan Memancing anjuran JPK Pahang di Taman Esplanade, di sini kelmarin.
Hadir sama, Pengarah JPK Pahang, Zahari Omar.
Seramai 400 pemancing dari seluruh negeri menyertai pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai RM3,000 dan hadiah sampingan.
Shahiruddin berkata, jika dilihat pertandingan memancing tidak membabitkan JPK, tetapi penyertaan kaki pancing diharap bukan saja bertumpu kepada hobi memancing, malah memahami kepentingan menyertai koperasi.
"Kita harap pertandingan memancing dapat memberikan pendedahan terbaik kepada kaki pancing yang berminat menyertai koperasi kerana mendapat pulangan pada masa depan menerusi dividen," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Peniaga Pasar Tani Digalak Tubuh Koperasi
PEKAN: Peniaga Pasar Tani di negeri ini perlu menubuhkan koperasi bagi memastikan kebajikan mereka dalam bidang perniagaan yang diceburi terus terjamin.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan Masyarakat dan Hal Ehwal Orang Asli, Datuk Ishak Muhamad, berkata melalui koperasi, masalah kewangan yang sering dihadapi peniaga pasar tani dapat diatasi.
Katanya, rangkaian perniagaan serta kerjasama di kalangan peniaga juga dapat dibentuk apabila peniaga berada di bawah satu bumbung koperasi.
"Peniaga juga dapat berkongsi maklumat terkini terutama membabitkan harga produk yang dipasarkan selain bertukar pandangan dengan agensi berkaitan seperti Fama, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan.
"Dengan ada koperasi, peniaga akan lebih mudah mendapat apa juga bentuk pinjaman yang disediakan oleh pihak bank," katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Pasar Tani Pekan anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Daerah, di sini, semalam.
Turut hadir Pegawai Fama Daerah, Rosli Zakaria.
Ishak berkata, dengan adanya koperasi pasar tani, imej peniaga dalam bidang pertanian, ternakan dan perikanan akan lebih menyerlah.
Beliau berkata peniaga pasar tani juga perlu sentiasa memikirkan peluang perniagaan di luar negara sebaliknya tidak hanya memberi tumpuan di Pasar Tani dan pasar malam saja.
"Usaha Fama daerah meningkatkan imej pasar tani begitu membanggakan, bermula daripada pasar tani biasa kini mula melangkah kepada pasar tani mega yang berupaya memberi pulangan lebih lumayan kepada peniaga.
"Imej daerah ini yang terkenal dengan hasil ikan patin, pisang lemak manis, laksa, kuih tradisional akan lebih menyerlah dengan ada pasar tani mega," katanya.
Dalam perkembangan sama, Rosli berkata, dengan ada koperasi pasar tani daerah awal tahun depan ia berupaya membela nasib lebih 110 peniaga yang memasarkan produk tradisional dari kampung.
Beliau berkata, Fama yakin dengan ada koperasi dan pasar tani mega tahun depan akan dapat mengubah imej peniaga kepada golongan yang lebih terjamin dari segi pendapatan.
"Fama juga berharap peniaga dapat melonjak untuk mengusahakan perniagaan yang lebih besar sebaliknya tidak bertumpu kepada aktiviti berniaga di pasar tani saja.
"Kemudahan pinjaman yang disediakan pihak bank perlu digunakan sepenuhnya oleh peniaga dalam usaha mereka melangkah lebih jauh dalam bidang yang diceburi," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Lulusan MRSM tubuh koperasi
Oleh Syuhada Choo Abdullah
Asmara jadi platform ahli termasuk keluarga berbakti kepada masyarakat
SEKUMPULAN bekas warga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mengambil inisiatif menubuhkan Koperasi Anak Sains Mara Berhad (Asmara) bagi meneruskan kesinambungan warisan institusi pendidikan itu yang sudah melahirkan kira-kira 62,000 lulusan sejak 1977.
Penasihat Jawatankuasa Protem Asmara, Datuk Md Mydin Md Sheriff, berkata penyertaan koperasi itu terbuka kepada bekas lulusan MRSM di seluruh negara bersama ahli keluarga mereka, selain kakitangannya yang sudah bersara mahu pun masih berkhidmat.
Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Mara berkata, kelulusan permohonan penubuhan Asmara sudah diterima daripada Jabatan Pembangunan Koperasi Wilayah Persekutuan, Oktober lalu.
揝ecara umum, rata-rata bekas lulusan MRSM sudah tamat pengajian dari universiti dalam dan luar negara serta berjaya dalam pelbagai bidang kerjaya masing-masing seperti perniagaan, perubatan dan politik, malah ramai yang menduduki jawatan kepemimpinan tertinggi di organisasi mereka.
揓usteru, Asmara boleh disifatkan sebagai satu platform mengumpulkan seramai mungkin bekas lulusan MRSM, termasuk ahli keluarga mereka, untuk berbakti semula kepada masyarakat. |
|
|
|
|
|
|
|
SEKTOR BARU MANTAPKAN KOPERASI
HARI ini, 1 Januari 2008 Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan rasminya beroperasi menggantikan Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia atau JPK. Sejak 30 November lalu sebanyak enam siri rencana diterbitkan berhubung penubuhan SKM dan latar belakang penubuhannya. Dalam siri yang terakhir ini, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, sendiri menjelaskan mengapa gerakan koperasi di negara ini perlu dipacu oleh sebuah suruhanjaya. Ikuti wawancara penuh bersama beliau.
BAGAIMANA Datuk Seri melihat kedudukan pergerakan koperasi yang sudah mencecah usia lebih 85 tahun pada masa kini?
Walaupun sudah mencecah usia 85 tahun, saya melihat pergerakan koperasi di negara ini masih belum mencapai taraf yang boleh dibanggakan hingga ke peringkat global seperti gerakan koperasi di negara maju di dunia, contohnya United Kingdom, Jepun, Korea Selatan, Eropah, Belanda, Switzerland dan New Zealand.
Tiada satu pun koperasi di negara ini yang tersenarai dalam ranking Global 300 koperasi berjaya di dunia yang diadakan oleh International Co-Operative Alliance (ICA).
Justeru, gerakan koperasi di negara ini memerlukan suatu bentuk reformasi dalam menuju ke arah ini. Walaupun kita sudah melaksanakan pelbagai pendekatan untuk membangunkan sektor koperasi, saya dapati masih banyak yang perlu diperbaiki.
Kita lihat hari ini koperasi sudah terbabit dalam pelbagai sektor ekonomi termasuk perbankan, perumahan, pengangkutan, perladangan, pengguna, pembinaan dan juga bidang industri kecil dan sederhana. Kemajuan dicapai ini hasil usaha kerajaan yang merangka dan melaksanakan pelbagai program bagi memastikan pergerakan ini terus proaktif dalam pembangunan negara.
Saya mahu melihat gerakan koperasi di negara ini melalui reformasi dengan berubah daripada aktiviti konvensional kepada pelbagai bidang ekonomi dan seboleh-bolehnya berusaha menembusi pasaran global.
Bagaimana hala tuju gerakan koperasi di bawah SKM?
Penubuhan SKM adalah satu mekanisme untuk membawa gerakan koperasi di negara ini daripada tahap sedia ada kepada suatu tahap yang boleh dibanggakan seperti negara maju di dunia.
Oleh itu, hala tuju gerakan koperasi adalah selaras dengan pencapaian matlamat Dasar Koperasi Negara dalam menjadikan sektor koperasi sebagai sektor ketiga terpenting dalam pembangunan ekonomi negara, peranan dalam RMK-9 dan memainkan peranan dalam agenda pembangunan nasional.
Salah satu objektif penubuhan SKM adalah untuk memberi lebih fokus kepada pembangunan koperasi. Oleh itu, hala tuju program pembangunan koperasi adalah ke arah:
|
|
|
|
|
|
|
|
............................ sambungan ..................
Bagaimana SKM dapat menangani kemelut yang tidak dapat diselesaikan oleh JPK masa kini?
SKM menggantikan JPK adalah bertujuan untuk melahirkan sebuah agensi yang lebih berwibawa, berkuasa, mempunyai bidang yang lebih luas, fleksibel, mampu membuat keputusan yang cekap dan pantas, mempunyai tenaga pengurusan yang lebih komited, mengkhusus dalam sesuatu bidang serta berkemahiran. Untuk itu, satu cadangan penstrukturan organisasi SKM dikemukakan untuk pertimbangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi memenuhi keperluan dan menjalankan fungsi berkenaan.
SKM juga mengambil kira kebajikan dan peluang yang perlu diberikan kepada kakitangan JPK, penstrukturan organisasi SKM memberi peluang kenaikan pangkat dan mewujudkan pengkhususan kerja yang lebih jelas dan tersusun.
SKM akan ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah untuk memastikan fungsi dan tanggungjawab SKM dijalankan secara lebih berkesan. Komposisi Lembaga Pengarah SKM terdiri daripada Pengerusi Eksekutif, Timbalan Pengerusi Eksekutif, empat ahli wakil kerajaan dan enam ahli wakil dari sektor swasta di mana dua daripadanya mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang koperasi.
SKM bertanggungjawab mengekalkan kestabilan dalam sektor koperasi untuk memastikan perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi kepada anggota tidak terganggu dan kepentingan anggota tidak tergugat.
Lazimnya, ketidakstabilan di dalam sektor koperasi timbul apabila koperasi mengalami masalah mudah tunai iaitu menyediakan kemudahan kepada koperasi yang memerlukan dengan mewujudkan Kumpulan Wang Likuiditi Pusat (CLF). Di bawah kaedah ini, koperasi tertentu seperti koperasi kredit dan koperasi bersaiz besar akan mencarum (bergantung kepada saiz liabiliti yang layak) ke dalam CLF. Koperasi yang mempunyai masalah kecairan boleh meminjam daripada CLF dengan syarat dan peraturan yang akan ditentukan oleh SKM. Risiko kredit bagi pinjaman mudah tunai ini akan ditanggung oleh SKM. SKM akan melantik ejen, termasuk koperasi tertentu, jika sesuai, yang berkebolehan untuk menguruskan dana ini bagi pihaknya.
SKM bertanggungjawab untuk menyediakan persekitaran yang kondusif untuk memudahkan koperasi memainkan peranan dengan lebih aktif, termasuk memperluaskan akses kepada pembiayaan oleh koperasi yang memerlukan pembiayaan untuk mengembangkan perniagaan dan aktiviti mereka, lebihan dana semua koperasi didepositkan kepada Akaun Deposit Koperasi yang akan diwujudkan - semua koperasi akan diwajibkan supaya mendeposit lebihan dana mereka yang tidak digunakan ke dalam Akaun Deposit Koperasi (Co-operative Deposit Account-CDA). Ia adalah satu kaedah di mana lebihan dana dalam sektor koperasi akan digembleng dan kemudian digunakan untuk membiayai pinjaman kepada koperasi yang memerlukan dana untuk mengembangkan aktiviti perniagaan.
Pada pendapat Datuk Seri bagaimana sektor koperasi boleh berjaya dan mencapai taraf global?
SKM diharap boleh meletakkan gerakan koperasi untuk memainkan peranan yang lebih berkesan dan mendominasi dalam sesuatu bidang atau sektor tertentu. Matlamat ini boleh dicapai dengan adanya pakatan strategik atau gabungan di kalangan koperasi supaya mereka boleh berniaga dalam skala besar dan mempunyai daya saing yang tinggi. Banyak contoh koperasi di dunia bergabung menjalankan sesuatu industri dan berjaya mempengaruhi pasaran domestik dan antarabangsa.
Contohnya, The Co-operative Group Limited yang beroperasi di seluruh United Kingdom. ia adalah strategi perniagaan yang berasaskan permuafakatan dan gabungan koperasi terdiri daripada tujuh koperasi.
Fontera Co-operative Group di New Zealand yang mempunyai 12,000 anggota menjalankan industri tenusu. Ia adalah perusahaan kelima terbesar di dunia dan paling berpengaruh dalam menentukan pasaran dagangan tenusu antarabangsa.
Koperasi di Malaysia perlu mencontohi koperasi yang berjaya ini. Walaupun sesetengahnya masih baru tetapi telah berusaha melakukan perubahan dan lonjakan dalam industri serta perusahaan yang diceburi.
Saya percaya dengan kesepakatan dan gabungan secara strategik, koperasi di negara ini mampu menjadi entiti perniagaan yang berjaya di masa hadapan dan mampu tersenarai dalam ranking global 300 atau mana-mana global ranking yang dibuat oleh ICA.
Dalam hubungan ini, di bawah SKM nanti kita akan memperkenalkan Indeks 100 Koperasi Terbaik dengan kriteria tersendiri sebagai satu kaedah penanda aras dalam sektor koperasi seperti yang dilakukan ICA. |
|
|
|
|
|
|
|
Aset Bank Persatuan Dijangka Naik
Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Aset koperasi berdaftar di Terengganu RM283j - Peningkatan 50 peratus dicapai hasil pertumbuhan pemilikan tanah dan bangunan Berita Harian - 1 Januari 2008
KUALA TERENGGANU: Jumlah aset koperasi yang berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) negeri meningkat sebanyak 50 peratus daripada RM189 juta pada 2004 kepada RM283 juta sehingga Jun lalu.
Pengarah JPK negeri, Mohamad Kamil Hassan Hilmi, berkata pertumbuhan aset tanah dan bangunan itu meningkat dengan ketara di ibu negeri dan bandar utama di Terengganu.
Katanya, bagi tempoh sama bilangan koperasi yang mendaftar meningkat sebanyak 30 peratus daripada 246 kepada 320, manakala jumlah anggota bertambah daripada 205,101 kepada 242,402 orang.
Beliau berkata, jumlah saham dan yuran meningkat sebanyak 22 peratus daripada RM108 juta pada tahun 2004 kepada 132 juta menunjukkan peningkatan drastik koperasi di negeri itu.
"Mulai 1 Januari ini Suruhanjaya Koperasi Malaysia akan beroperasi selaras usaha kerajaan memastikan projek yang bakal dilaksanakan koperasi mampu mencatatkan keuntungan untuk kepentingan anggota.
"Malah pelbagai manfaat boleh dinikmati anggota kerana mempunyai pelbagai kelebihan yang boleh dilihat dalam masa yang singkat," katanya ketika ditemui pada Program Kesedaran Berkoperasi Majlis Pembangunan Usahawan Daerah (MPUD) Kuala Nerus, di Dewan Teater Pusat Dagangan Terengganu (TTC), di sini, semalam.
Majlis perasmian disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Peniaga Kecil negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said.
Pada majlis itu seramai 100 penduduk Kuala Nerus mengikuti program berkenaan yang menerangkan kepada peserta mengenai kebaikan menubuhkan koperasi.
Mohamad Kamil berkata, program itu bertujuan memberi pendedahan, pengetahuan dan kesedaran masyarakat mengenai amalan dan faedah berkoperasi sekali gus menambahkan keanggotaan baru serta mewujudkan semangat kerjasama dan permuafakatan di kalangan rakyat.
Sementara itu, Abdul Rahin berkata, dengan penubuhan SKM pihaknya mensasarkan setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) mempunyai sekurang-kurangnya satu Pusat Asas Tani (PAT) bagi memastikan semua pihak mampu mendapat kebaikan daripada penubuhan koperasi.
Beliau berkata, antara kemudahan yang disediakan adalah meluluskan pinjaman sehingga RM5 juta dan mendapat faedah antara satu dan enam peratus daripada keuntungan lepas cukai.
"Bantuan geran juga diberikan bagi membantu anggota yang berminat dengan menawarkan cagaran dalam bentuk aset dan projek yang bakal dilaksanakan.
"Koperasi Orang Miskin yang ditubuhkan juga sudah menunjukkan kemajuan kerana sasaran penubuhan bagi membasmi garis kemiskinan sudah dapat diatasi seperti pencari air nira nipah di Marang yang mampu mendapat hasil sehingga RM1,800 sebulan," katanya.
Abdul Rahin berkata, anggota koperasi juga diajar cara untuk menjana keuntungan dan diberi tunjuk ajar dalam menjalankan perniagaan menerusi Yayasan Pembangunan Usahawan negeri (YPU).
Bagaimanapun katanya, Koperasi Orang Buta dan Orang Kurang Upaya (OKU) di Taman Rahmat, Marang, dekat sini, bagi melaksanakan program penanaman kenaf seluas empat hektar akan ditimbang kerana masalah penglihatan komuniti itu menyukarkan kerja penuaian kelak.
"Kita akan fikirkan cara yang terbaik untuk kebaikan mereka kerana kejayaan daripada program yang dijalankan akan mendapat kebaikan bersama dengan bantuan ahli dan kerajaan negeri," katanya.
FAKTA NOMBOR: Koperasi
|
|
|
|
|
|
|
|
JPK Diminta Campur Tangan Atasi Kemelut Pengurusan Koperasi Berita Harian - 3 Januari 2008
SEREMBAN: Seramai 124 ahli Koperasi Usahasama Berhad Felda Palong 2, dekat Gemas mahu Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) Negeri Sembilan segera campur tangan dalam menyelesaikan kemelut pengurusan koperasi itu yang gagal mengadakan mesyuarat agung sejak 11 tahun lalu.
Jurucakap kumpulan berkenaan, Mohd Nor Zakaria, 50, berkata kegagalan pengurusan koperasi mengadakan mesyuarat dan membentangkan laporan kewangan menimbulkan keraguan di kalangan ahli mengenai perkembangan terkini ahli mengenai perkembangan terkini koperasi yang dianggotai mereka.
Beliau berkata, pihaknya sudah mengemukakan perkara itu kepada pengetahuan JPK negeri dan Pengarah JPK Negeri, Hazilah Hassn sudah mengarahkan supaya pengurusan mengadakan mesyuarat agung khas, Julai lalu tetapi sehingga hari ini arahan itu tidak diendahkan.
"Kita berharap JPK negeri segera campur tangan kerana sehingga hari ini pihak pengurusan koperasi masih belum mengadakan mesyuarat agunga khas sebagaimana yang diarahkan.
"Sehubungan dengan itu, seramai 124 ahli koperasi sudah tidak menandatangani surat sebagai sokongan supaya mesyuarat itu diadakan segera demi kepentingan mereka sebagai ahli yang prihatin," katanya ketika ditemui di sini.
Mohd Nor berkata, pihaknya juga sudah membuat laporan polis di Balai Polis Gemas pada April lalu dengan harapan pihak berkuasa itu dapat membuat siasatan kerana bimbang berlaku salah guna kuasa dan penyelewengan dalam koperasi berkenaan.
"Pengurusan koperasi perlu memberi penjelasan kepada ahli mengenai perjalanan koperasi termasuk laporan kewangan menerusi mesyuarat agung kerana ahli berhak mengetahui kedudukan sebenar terkini koperasi.
"Ahli juga mempunyai hak untuk mengetahui pencapaian dan prestasi koperasi terutama dari segi kewangan kerana ia membabitkan pelaburan yang sudah dibuat oleh mereka ketika menganggotai koperasi berkenaan.
"Saya berharap JPK negeri dapat turun padang untuk meneliti secara lebih dekat mengenai koperasi ini supaya tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan diri hingga menjejaskan hak dan kepentingan ahli," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Penubuhan SKM: Lonjakan Bersejarah Dalam Gerakan Koperasi
Usaha kerajaan menaik taraf Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) sebagai Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) baru-baru ini merupakan langkah yang tepat ke arah matlamat melahirkan gerakan koperasi yang berwibawa dan memastikan pengendalian sebuah koperasi tidak menyimpang dari objektif asal penubuhannya.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam taklimat mengenai SKM menjelaskan, SKM yang ditubuhkan ini diberi kuasa memantau operasi semua syarikat koperasi termasuk mewajibkan semua pemindahan dana, modal atau aset dilaporkan kepada suruhanjaya itu.
Khaled juga berkata, penubuhan SKM akan menggalakkan lebih ramai anggota masyarakat menyertai koperasi sekali gus merealisasikan hasrat kerajaan untuk mengembangkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) terutama di kalangan ahli.
Beliau berkata, operasi menyeluruh SKM akan mewujudkan kestabilan dan keseimbangan dalam sektor berkenaan sejajar dengan dasar pembangunan keusahawanan koperasi yang meletakkan sektor ini sebagai penyumbang ketiga ekonomi negara.
Dengan tertubuhnya SKM, kerajaan berkeyakinan matlamat untuk menjadikan koperasi sebagai satu entiti keusahawanan yang akan mampu menjana ekonomi negara dan merealisasikan pembangunan sosiol, akan tercapai. SEJARAH AWAL PENUBUHAN KOPERASI Idea penubuhan koperasi di negara ini telah mula diperkenalkan sejak zaman pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu. Kerajaan Inggeris telah memperkenalkan Gerakan Koperasi Semenanjung Tanah Melayu untuk menggalakkan penduduk berjimat cermat sambil menyediakan sistem peminjaman secara kerjasama kepada mereka yang menjadi ahli. Syarikat Kerjasama Jimat Cermat, Pinjaman Wang Pekerja-pekerja Jabatan Pos serta Telekom Berhad yang kini dikenali sebagai Koperasi Telekom Malaysia Berhad, merupakan antara koperasi pertama di negara ini dan telah didaftarkan pada 21 Julai 1922. Selepas Pemansuhan Ordinan Koperasi 1948 dan penguatkuasaan Akta Koperasi 1993, perkataan 慘operasi |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|