CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: syanamir

medical card untuk anak-anak

[Copy link]
Post time 5-12-2011 06:09 PM | Show all posts
Reply 98# virginity


    Check ur pm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2011 10:59 PM | Show all posts
ruginya kalau ambil medical card tanpa ada elaun hospital.... Elaun tue macam duit poket....... kan bagus dapat elaun tue...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 12:34 AM | Show all posts
ING medical card is ok, tp cuma perlu sedikit concern tentang coverage mungkin tak brapa cukup utk pakai sampai tua
Sbb medical inflation setiap thn

Table as below
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 04:16 PM | Show all posts
ING medical card is ok, tp cuma perlu sedikit concern tentang coverage mungkin tak brapa cukup utk p ...
jenglut Post at 6-12-2011 00:34



    Cam gini ING nyer... hmmm thanks jenglut..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 09:28 AM | Show all posts
Salam,

Just nak bagitahu.. prudential ader insurans melindungi baby since dalam perut seawal 18 minggu hingga 35 minggu.. Insured for konginetal baby... eventhough mahal.. tapi bagi saya worth it lahhh... siapa tak mahu lihat anak sihat, riang dan happy kan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 03:59 PM | Show all posts
Baru je sign up PruBsn for my bb
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2011 04:10 PM | Show all posts
Reply 106# anggunrias


    Bagus anggunrias.. Tahniah!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 09:59 AM | Show all posts
Just nak share infor pasal Prudential...(grace period=tempoh bertenang).

selepas polisi diluluskan.. adernya grace period - untuk medikal kad

0 hari : Perlindungan untuk kemalangan bermula serta merta

30 hari: Perlindungan untuk penyakit biasa bermula selain dari 36 penyakit kritikal dan senarai PENYAKIT SPESIFIK di dalam pengecualian. Bayar dahulu claim kemudian

60hari: Perlindungan untuk 36 Penyakit Kritikal bermula

90 hari: Penggunaan Medikal kad bermula untuk selain dari senarai PENYAKIT SPESIFIK di dalam pengecualian

120 hari: Penggunaa Medikal Kad bermula untuk sebarang jenis penyakit tertakluk kepada pengecualian

PENYAKIT SPESIFIK

1. batu karang di dalam sistem kencing dan hempedu
2. Hipertensi atau penyakit kardiovaskular (kecuali serangan jantung)
3. Diabetes melitus
4. Semua ketumbuhan, sista, polip atau barah
5. Pembedahan sinus, septum hidung atau tonsil
6. Hernia, buasir atau fistula
7. Endometriosis atau disfungsi pendarahan uterin

sekian, wassalam.

Harap infor nie cukup berguna untuk semua yg ingin mengambil atau sudah membeli insurans.. Cheers
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2011 10:43 AM | Show all posts
Nie nak share tips sebelum pilih insurans.. dapat dari board kepenggunaan, hak pekerjaan & hak anda (walaupun messagenyer dah lamer tapi masih relevant)

(masa belum jadi ejen, mbk beli jer insurans jadi pak turut.. abah suruh beli kiter beli jer) huhuhuhuhuhu


1. mase korang nk beli mane2 polisi tu, or ketika korang dihampiri oleh mane2 ejen same ade di alam maya ataupun fana ataupun alam saiber mcm porum cari ne... ...korang bace pamplet/brocer whatever yg die refer...

2. tanyer dr A sampai Z, dari alip sampai ro, dr sidji sampai papat... ape jenes polisi la ko citer ne bai, eh nape die kaver mcm ne, eh nape tempoh matang die mcm ne, eh ape jd aaa kalu aku nk withdraw pade sblm tempoh matang etc blalalalalalalala....kalu korang rase mcm ape yg korang tanye tu x menyeluruh, bley refer yg kawan2 laen yg pnah beli insuren, yg pnah claim insuren, yg tawu yg mane yg ok yg mane mcm haram/problemo... jgn tanye kt ejen tu plak ok ke tak polisi insuren kompeni die, sah2 la die kate ok, sbb die makan komisen maaaaaa....

3. ingat, korang bley amek seberape lame masa yg diperlukan utk fikir, utk riki, utk siasat psl polisi mane korang nk amek...kalu ade ejen desak korang, cepat la sign up, kiter bg promosi smpi end this manth je, korang bley kate dairek, go to h*ll!! promosi ko abes, bnyk lagi kompeni laen offer promosi lagi bagos...

4. mase korang di brif psl polisi, psl benefit insuren oleh mane2 ejen, catit sumer yg di ckp, same ade tekandong dlm pamplet/brocer yg die refer or yg tidak ade di situ...maklomla korang tanye mcm2, xkn sume korang tanye tu ade dlm pamplet/brocer die bawak tu kan... so lps korang puas ati ngan benefit insuren tu, korang pon sign up la...en den, biasenyer polisi insuren bley di terminate oleh holder dlm mase _____ hari, depend kpd kompeni tu, slalunyer la...so, lps korang dpt certificate insuren/confirmation/agreement/T&C/ape2 la dr kompeni insuren tu lps korang sign up, korang bace balik setiap klos/T&C agreement tuh..dabel cek ngan ape yg korang dah di brif oleh ejen die sblm tu...cek same tak mcm ape yg korang catit sblm tu...kalu ade yg korang x paham, kol ejen tu soh die explen!  nyah, psal aritu ko ckp polisi ne kaver 100 critikel ilnes, ne dlm agrement kate kaver 36 jek!! ko jgn nk kencin aku!! contohnye la...kalu ejen tu pon ala2 je time explen, korang bley g ripot ngan kompeni die.. ejen ko name _______, no ejen____ (korang bley cek kt bisnes kad die.. ) wat pangai, explen mcm haram, sila ambel tindakan, kalu tidak!!&*^*&%&^%*%*&...korang nak mencarot pon xpe maaaa, kastemer olweys rait!! ...kalu kompeni insuren tu pon layan korang mcm shial, jgn berlengah lagi, tros terminate polisi tuh!! salunye ade money back guarantee...

Thanks to philipinoe2 for marvalos advice....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 09:31 AM | Show all posts
Just nak sharing di pagi Jumaat yang indah.     Dipetik dari Utusan Online: 23.12.2011



Jangka hayat lelaki 71.9, wanita 77 tahun



PUTRAJAYA 22 Dis. - Purata jangka hayat untuk lelaki dan perempuan di Malaysia masing-masing meningkat daripada 70 tahun dan 74.7 tahun pada 2000 kepada 71.9 tahun dan 77 tahun pada 2010.

Ketua Perangkawan, Dr. Abdul Rahman Hasan berkata, wanita keturunan Cina mempunyai jangkaan hayat tertua iaitu 79.8 tahun, diikuti perempuan India (76.2 tahun), perempuan bumiputera (75.3 tahun), lelaki Cina (74.4 tahun), lelaki bumiputera (70.5 tahun) dan lelaki India (68 tahun).

''Indikator demografi menunjukkan bahawa 475,816 bayi dilahirkan pada 2010 berbanding 129,327 yang mati pada tahun sama, ini bermakna pertambahan semula jadi penduduk Malaysia adalah seramai 346,489 orang," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman Laporan Taburan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Mukim 2010 dan Produk Statistik 2011/2012 yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, kadar kesuburan atau kelahiran anak oleh pasangan di Malaysia telah merosot daripada purata tiga orang anak pada 2000 kepada 2.2 orang anak pada tahun 2010.

''Kadar kesuburan bumiputera adalah 2.6 anak, Cina (1.5 anak) dan India (1.7 anak).

''Antara faktor yang menyumbang kepada trend ini adalah peningkatan jumlah wanita yang bekerja, wanita tersebut juga boleh membuat keputusan untuk menentukan saiz keluarga mereka dengan menggunakan teknologi (mencegah kehamilan) yang ada," katanya.

Tambahnya, sebanyak 95 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia tinggal dalam kawasan PBT berbanding 89 peratus pada tahun 2000.

''Daripadanya, 67.5 peratus penduduk terdiri daripada kumpulan umur bekerja iaitu 15 hingga 64 tahun berbanding 63.1 peratus pada tahun 2000.

''Bagi kumpulan umur melebihi 64 tahun, saiz penduduk ialah lima peratus dan umur kosong hingga 14 tahun sebanyak 27.5 peratus," katanya.

Mengulas isu berkaitan, Nor Mohamed berkata, Malaysia belum lagi mencapai tahap negara tua kerana hanya kira-kira lima peratus daripada rakyat berumur 65 tahun ke atas berbanding standard antarabangsa untuk negara tua iaitu tujuh peratus.
''Populasi Malaysia masih muda dan peratusan yang tergolong dalam kumpulan produktif adalah tinggi," katanya.

Enjoiceeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!! Yeay cuti hari Isnin...........
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 01:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by UMMI_MAI at 29-12-2011 13:07

Pru BSN ni ada tak yang dapat duit after few years (medical card n saving/investment) contoh pelan: takaful link plan
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 06:42 PM | Show all posts
i amik prudential...dah 6 thn pun.now anak beranak 6 org sumer pun prudential.mmg sgt puas ati.yup betul..kena cari agen yg sgt2 membantu.kekdg tu masa nak suh kita join,kemain hello patplho kali sehari.bila dah dpt,lesap..nak refer pape pun payah.alhamdulillah my agen mmg sgt2 membantu dlm semua urusan...

yg bagusnya pasal prudential ni, ada saving jgk sok2 utk anak bila umur 18thn...walaupun i ambik tu mmglah mahal (6 beranak, rm1180) tp mmg berbaloila benefitnya...masuk hosp,just byr 10%..min rm300 max rm1000...dah 2 kali operate dgn billing cost yg tinggi tp kena byr sikit aje...dahtu ada saving..yelah,org kata sediakan payung sblm hujan kan...sok2 anak nak further study,tak yah nak mikir sgt mana nak cekau duit...

ni pendapat i ajelah...apapun,terpulang kpd individu...ambil premium mana yg kita rasa mampu..jgn lak terbeban nak byr tiap2 bln sudahle....
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 06:43 PM | Show all posts
oppss..yg i ambik nii individual...tak de family pakej...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 08:59 AM | Show all posts
i amik prudential...dah 6 thn pun.now anak beranak 6 org sumer pun prudential.mmg sgt puas ati.yup b ...
zarasafiya Post at 29-12-2011 18:42


Sharing yang terbaeeekkkkkkkkk.. terima Kasih
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 10:19 AM | Show all posts
Sharing yang terbaeeekkkkkkkkk.. terima Kasih
mbk Post at 30-12-2011 08:59



   sesama..sekadar bagitau apa yg dah alami dan rasai sendiri..benda yg bagus,elok diwar2kan..yang tak bagus,pun kena bagitau jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 12:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by mbk at 30-12-2011 12:39

citer pasal Takaful.. Baca jer lahhhhhhh kalau nak tahu.. Enjoiiceeeeeeeeeeee

Remake: Ibu Mertuaku 2012

Vol: 1: pENGENALAN

“Kassim Selamat???? Siapa Kassim Selamat??” jerkah Nyonya Mansor.

Sabariah teresak-esak.


“Siapa Kassim Selamat? Lawyer? Majistret?” jerkahnya lagi apabila melihat anak perempuan tunggalnya hanya menangis.

Ejen takaful,” jawab Sabariah di dalam sendunya. Masih teresak-esak. Dia langsung tidak menyangka ibunya Nyonya Mansor

memarahinya sebegitu rupa, apabila percintaannya dengan Kassim Selamat sampai ke pengetahuan Nyonya Mansor.

“Apa??? Ejen takaful ??!!!” terperanjat besar Nyonya Mansor.

“Pantang nenek moyang aku berkahwin dengan ejen takaful!” jerit Nyonya Mansor kepada Sabariah.

“Tetapi mak…” Sabariah merintih.

Tidak ada tetapi-tetapi. Sekarang engkau pilih, sama ada engkau kahwin dengan lelaki yang aku suka atau Kassim Selamat?”

Nyonya Mansor memberikan kata dua.

Tanpa menjawab, Sabariah memeluk gambar potret Kassim Selamat yang birainya telah retak dihempas oleh ibunya.

Fahamlah Nyonya Mansor akan jawapan yang diberikan oleh Sabariah.

Lantas Nyonya Mansor memanggil pemandunya, “Lekas kau bawa Kassim Selamat kepada aku sekarang juga.”

BAB1: Penghinaan Dalam Pernikahan

Tiba sahaja di rumah Sabariah, Tok Kadi telah sedia menunggu kehadirannya.

“Mana satu Kassim Selamat?”, tanya Nyonya Mansor dengan mata yang bulat, hampir terangkat kaca matanya.

“Saya Kassim Selamat”, jawab Kassim Selamat.

“Oh, kamu rupanya Kassim Selamat”, ternyata Nyonya Mansor mengenali Kassim Selamat yang pernah mendatanginya untuk

mempromosi takaful melalui anaknya, Sabariah.

Namun tidak sangka lansung yang mereka berdua mempunyai hubungan.

“Bagus. Tok Kadi, nikahkan mereka”, arah Nyonya Mansor.

Maka Tok Kadi pun menjalankan tugasnya. Dengan sekali lafaz, kini Kassim Selamat dan Sabariah sah menjadi suami isteri,

dengan disaksikan oleh sanak saudara Nyonya Mansor.

“Nah, ambil pakaian kau dan ini wang di dalam ini beg. Mulai hari ini, engkau bukan lagi keturunan aku!,“ kata Nyonya Mansor

sambil mencampakkan sebiji beg pakaian dengan sepucuk sampul surat berisi wang RM50,000.00.

BAB2: Semangat Pejuang yang Jelas Matlamatnya

“Aku akan buktikan suatu hari nanti”, getus hati Kassim Selamat, mengenangkan penghinaan ibu Sabariah terhadapnya.

Dia kini sah sebagai suami kepada Sabariah, gadis yang dikenalinya sejak setahun yang lalu. Semenjak kali pertama Kassim

bertemu dengan Sabariah ketika di kampus dahulu, dia sudah terpikat dengan perwatakan Sabariah.

Sabariah juga merupakan antara pelanggan pertamanya yang mengambil polisi takaful dengan Kassim, ketika dia mula-mula

menjadi ejen takaful.

“Tiket bang?” sapa pemeriksa tiket keretapi mematikan lamunannya.

Lantas Kassim menunjukkan 2 keping tiket yang dibelinya tadi.

Sabariah masih terlena di bahunya. Gadis yang dulunya hidup di dalam kemewahan, kini dibuang oleh ibunya sendiri.

Kassim Selamat tahu, tindakannya menyimpang arus setelah tamat belajar dalam bidang undang-undang dahulu sememangnya

penuh onak dan cabaran.

Tambahan pula, memilih untuk menjadi ejen takaful yang dikatakan tidak sesuai langsung untuk graduan undang-undang

sepertinya.

“Apa kau gila Kassim??!!! Sia-sia engkau belajar empat tahun, campur dua tahun di pusat matrikulasi, semua sekali enam tahun.

Buang masa engkau sahaja”, masih ingat lagi kata-kata Nasir, sahabat baik Kassim ketika di universiti dahulu apabila Kassim

mengutarakan perancangannya pada hari terakhir peperiksaan.

Namun, ia tidak mematahkan semangat Kassim. Sabariah juga pada awalnya menegah kemahuannya.

“Abang, Sabariah rasa abang sesuai untuk menjadi peguam. Abang petah berkata-kata.”, pujuk Sabariah ketika mula-mula

Kassim Selamat membayangkan yang dia tidak akan meneruskan bidang guaman untuk kerjayanya.

Namun, semua itu Kassim anggap sebagai cabaran.

Sabariah betul-betul kecewa dengan hasrat kekasihnya untuk meninggalkan bidang guaman yang sama-sama mereka pelajari.

Sabariah yang setahun lebih muda daripadanya telah puas memujuk dan merayu Kassim Selamat supaya melupakan cita-citanya

untuk menjadi usahawan takaful.

Namun sia-sia.

dipetik:http://www.majalahniaga.com/remake-ibu-mertuaku-2012.html#comment-3025
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2011 12:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by mbk at 30-12-2011 12:40

sambungan Remake: Ibu Mertuaku 2012

Vol 2:

Bulan pertama menjadi ejen takaful dahulu, Sabariah merupakan orang pertama yang mengisi borang takaful menjadi pelanggan

Kassim Selamat. Orang kedua adalah Nyonya Mansor, ibu Sabariah.

Namun, ibu Sabariah tidak peduli sangat tentang takaful ketika diberitahu oleh Sabariah tentang kepentingan takaful. Ketika itu,

yang menguruskan segalanya adalah Sabariah. Nyonya Mansor hanya mengeluarkan cek untuk penyertaan takaful tersebut.

Hanya sekali Nyonya Mansor berjumpa dengan Kassim Selamat, itupun hanya untuk menandatangani borang takaful yang

disertainya. Selebihnya diserahkan kepada Sabariah.

Yang tidak diketahui Nyonya Mansor, polisi tersebut bernilai lebih RM500,000.000 dengan premium bulanan kira-kira RM2,000.00.

Caruman tersebut agak tinggi kerana usia Nyonya Manor yang sudah berumur.

Semuanya dilakukan demi untuk memberikan sokongan kepada Kassim Selamat. Untung Kassim Selamat mendapat pelanggan

yang sebegitu.

Kini, dengan azam dan semangat yang berkobar-kobar, Kassim Selamat nekad membawa dirnya dan isteri ke tempat orang.

Keretapi terus membelah malam dan Kassim terlena bersama deru enjin keretapi…

BAB3:Si Ibu Di Dada Akhbar

Lima tahun berlalu..

“Abang, minum air ni”, lunak suara Sabariah mematikan tumpuannya terhadap berita yang dibacanya di dada akhbar.

“Terima kasih,” jawab Kassim, mesra, sambil membetul tempat duduknya.

Apa berita hari ni bang?” tanya Sabariah.

“Biasalah, tiada apa yang menarik” jawab Kassim.

Tiba-tiba Kassim kaget. Gambar seorang wanita tua yang betul-betul dikenalinya. Lebih-lebih lagi kacamata wanita tua itu yang

masih tidak berubah semenjak lima tahun dahulu kali terakhir dia melihatnya.

“Sabariah, cuba lihat ni”, kata Kassim sambil menunjukkan berita bertajuk “Wanita Hidap Penyakit Misteri Perlukan Bantuan

Kewangan”.

“Emak…!”, terperanjat besar Sabariah.

BAB4: Dari Zero Menjadi Hero Takaful

Kini mereka kembali. Kembali dengan sebuah kereta mewah, keluaran terbaru.

Sampai sahaja dalam rumah, Nyonya Mansor dilihat terbaring lesu di ruang tamu. Berbeza dengan lima tahun dahulu, ruang tamu

yang dulunya penuh dengan perabot, kini kosong. Hampir kosong.

Lantas Sabariah meluru ke arah ibunya sambil menangis teresak-esak.

“Kassim”, terpacul suara dari mulut Nyonya Mansor.

“Ampunkan mak Kassim, mak dah tua”, rintih Nyonya Mansor.

Melalui pembantu rumah yang dikenalinya semenjak kecil, Sabariah mendapat tahu Nyonya Mansor telah lima bulan menghidap

penyakit misteri. Ketika mula-mula menghidapinya dahulu, Dr. Ismadi, sepupu Sabariah yang pernah menaruh hati kepada

Sabariah meminta sejumlah wang yang besar untuk memulihkannya.

Namun, selepas habis digadai kereta, harta benda dan tanah milik Nyonya Mansor, Dr. Ismadi hilang tanpa berita. Mujurlah

rumah tempat Nyonya Mansor berteduh tidak sempat diusik.

Barang-barang perabot di rumah itu habis dijual untuk menampung pembiayaan setiap hari. Dengar khabarnya, Dr. Ismadi

sebenarnya tidak puas hati tindakan Nyonya Mansor menikahkan Sabariah dengan Kassim Selamat.

BAB5: Nyonya Mansor dan RM100,000

“Abang, macam mana tuntutan polisi takaful mak itu?”, tanya Sabariah apabila Kassim Selamat pulang dari pejabat takaful.

“Alhamdulillah, selesai”, jawab Kasssim Selamat tersenyum.

Mujurlah polisi takaful yang pernah diambil oleh Nyonya Mansor dahulu masih berkuat kuasa. Walaupun duit di dalam akaun bank

Nyonya Mansor sudah tidak cukup untuk menampung pembayaran polisi berkenaan, namun nilai tunai polisi berkenaan yang

tinggi dibayar secara automatik kepada syarikat takaful.

Itulah kelebihan yang ada pada takaful berbanding isnurans konvensional.

Dengan polisi tersebut, Kassim Selamat menjalankan tugasnya sebagai ejen takaful merangkap menantu kepada Nyonya

Mansor, membuat tuntutan terhadap perlindungan penyakit kritikal yang terkandung di dalam polisi takaful tersebut.

Setelah permohonannya diproses, syarikat takaful mengesahkan bahawa penyakit yang dialami Nyonya Mansor merupakan salah

satu daripada 40 penyakit yang dilindungi oleh takaful.

Maka, tuntutan sebanyak RM100,000.00 telah diluluskan oleh syarikat takaful. Dengan wang RM100,000.00 tersebut, Sabariah

membawa ibunya untuk menjalankan rawatan di luar negara.

Kini hidup mereka sekeluarga bertambah bahagia.

Nynya Mansor menerima kembali Sabariah dan suaminya

THE END

DIPETIK DARI: http://www.majalahniaga.com/remake-ibu-mertuaku-2012.html#comment-3025
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 09:43 PM | Show all posts
ruginya kalau ambil medical card tanpa ada elaun hospital.... Elaun tue macam duit poket....... kan  ...
mbk Post at 5-12-2011 22:59


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 09:45 PM | Show all posts
Reply 108# mbk


   ye..saya pnh wat pembedahan buang tonsil thn 2008 dulu...thank u prudential!
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 03:34 PM | Show all posts
Reply  mbk


   ye..saya pnh wat pembedahan buang tonsil thn 2008 dulu...thank u prudential!
zarasafiya Post at 30-12-2011 21:45



    Prudential, we listen, we care
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.116104 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list