CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dCrook

Agama Orang Melayu Zaman Silam

[Copy link]
 Author| Post time 31-1-2008 05:33 PM | Show all posts
Many other peoples in different quarters of the world-American Indians, Malays, and so on-treat with pretended or real honor the game animal they slay, or attempt to cajole it or deceive it,

[63. Milligan, Fetish Folk of West Africa, p. 215.

64. Taplin, Narrinyeri, p. 138.

65. Roscoe, The Baganda, pp. 288-289.

66. Batchelor, Ainus and Their Folk-lore, pp. 486-496.]

just as they would attempt to cajole or deceive one of their own species if success seemed likely, in order that its spirit or its blood kin may not avenge its slaughter. Malays will cry out to a tiger which they have trapped that "Mohammed set the trap,"


Quotation di atas aku dapat dari http://www.sacred-texts.com/sha/anim/anim07.htm . Agak  kelakar gak sbb orang melayu time tu masih percaya pada semangat binatang walaupun dan jadi islam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2008 03:30 AM | Show all posts
Originally posted by *Orseas_Urushaat 31-1-2008 08:31 AM
Off-topic: Walaupun dia Muslim, tapi dia ada jugak menyembah dewi laut, utk keselamatan pelayaran dia


Kehidupan Cina-Muslim (terutamanya suku Hui) di negara China sampai sekarang masih dipengaruhi unsur-unsur kebudayaan Cina yang bertentangan dengan ajaran Islam
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2008 06:26 AM | Show all posts
KEPERCAYAAN

Menurut E.B.Taylor, kepercayaan terhadap makhluk halus atau roh merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula tumbuh dalam alam pemikiran manusia primitif. Kepercayaan animisme merupakan satu bentuk kebudayaan sejagat (cultural universals) yang wujud di kalangan suku-suku primitif.

Di kalangan kepercayanan penduduk nusantara, terdapat anggapan bahawa roh orang yang telah mati boleh masuk ke dalam tubuh binatang. Suku Nias di Sumatera misalnya percaya seekor tikus yang sering keluar masuk rumah dianggap sebagai roh orang yang telah mati beranak. Kadang-kala roh itu akan memasuki tubuh babi atau harimau dan dipercayai binatang itu akan menganggu orang yang pernah menjadi musuh si mati pada masa hidupnya. Mereka percaya roh si mati akan menjelma kembali ke dalam tubuh makhluk lain. Jikalau roh itu baik, maka akan menjelma menjadi haiwan yang jinak. Namun, jika roh itu jahat, maka akan menjelma di dalam tubuh haiwan yang liar.

Ia juga dikatakan sebagai penjelmaan dewa-dewa sama ada yang jahat atau pun yang baik. Islam telah mengubah pandangan dunia orang melayu daripada mempercayai dewa-dewa seperti yang mereka anuti pada zaman hindu kepada mempercayai Tuhan yang Maha Esa.

Salah satu contoh yang dapat kita lihat di sini adalah kepercayaan terhadap keramat. Keramat ini adalah amalan kepercayaan asal penduduk tempatan terhadap roh dan semangat. Keramat adalah kepercayaan Brahma dikalangan penganut Hindu iaitu kuasa untuk melakukan sesuatu yang ajaib boleh dicapai dengan beramal dengan mengenepikan kebendaan dan kemewahan dunia. Oleh yang demikian, maka tidak menghairankan jika negeri-negeri dimana kepercayaan Brahma pernah berkembang suatu ketika dahulu (seperti di kepulauan Melayu), kepercayaan terhadap keramat mendapat sambutan dikalangan penduduknya.

Pada masa yang sama, kepercayaan terhadap keramat kebetulan pula adalah secocok dengan kepercayaan ahli sihir dan dukun. Namun, pemujaan keramat di kalangan penganut Islam adalah disebabkan kebanyakan daripada mereka memuliakan pemimpin-pemimpin Sufi yang dianggap sebagai keramat dengan menziarahi kubur-kubur mereka.

Upacara di makam keramat biasanya terdiri dari campuran unsur-unsur Islam dan bukan Islam. Doa dan bacaan ayat-ayat Al-Quran adalah daripada unsur Islam yang diamalkan dalam upacara itu. Mengikat kain serta benang berwarna-warni atau membuat dapur batu di pintu makam itu sebagai tanda memohon berkat pula adalah amalan yang dibawa oleh orang India-Muslim.

Persembahan biasa yang terdiri daripada telur warna merah dan nasi kunyit ialah bercorak keMelayuan. Meskipun kepercayaan lama tidak dapat dihapuskan sepenuhnya, namun kebudayaan Islam telah berjaya mempengaruhi bentuk-bentuk kepercayaan Melayu lama dengan memperkenalkan konsep Allah sebagai Tuhan Yang Maha Esa dan Muhammad sebagai rasulNya.

Misalnya dalam jampi atau mantera telah dimasukkan konsep Islam sebagai menggantikan fahaman ketuhanan, animisme dan Hinduisme. Namun begitu, unsur dewa-dewi sebagai makhluk alam ghaib seperti hantu dan jembalang masih lagi mempengaruhi alam pemikiran masyarakat Melayu hingga dewasa ini. Walaupun ada fahaman dan amalan baru, namun kepercayaan dan upacara pribumi tidak tersingkir. Penafsiran baru dan sisa dari kepercayaan lama turut berkembang dalam struktur kepercayaan masyarakat Melayu yang kompleks itu.

[ Last edited by  ijad_adiputera at 1-2-2008 06:36 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2008 07:07 AM | Show all posts
Suatu ketika dahulu, kepercayaan animisme pernah bertapak kuat di negeri Perak. Terdapat nama-nama tempat di negeri Perak yang dinamakan bersempena dengan nama makhluk dalam kepercayaan animisme orang Melayu dahulu kala...

BOTA - Sebuah tempat yang terletak di tepi Sungai Perak. Bota terbahagi kepada 2 kawasan - Bota Kiri dan Bota Kanan)

Mengikut kepercayaan penduduk tempatan, nama kawasan ini diambil bersempena sejenis gergasi yang wujud di sini. Bota ialah sejenis gergasi besar yang hidup dalam tanah, menyembunyikan diri dalam gua di dalam tanah. Bota akan keluar daripada tempat persembunyiannya pada waktu tertentu sahaja dan amat meminati kanak-kanak yang tidak memakai seluar.

Kebanyakan masanya dihabiskan di dalam tanah dan jarang dilihat oleh manusia. Menurut nenek-nenek tua di kawasan ini, badan gergasi Bota ini menyerupai warna tanah itu sendiri terutama di kawasan berlumpur, ditepi rimbunan buluh kuning dan di tepian sawah padi di mana ikan puyu dan ikan tilan biasa ditemui. Makanannya ditemui di dalam tanah juga dan sesekali akan mencari makanan dalam bentuk daging manusia atau haiwan. Manusia dan haiwan bukanlah makanan kegemarannya kerana ia hanya keluar sekali-sekala saja terutama pada rembang petang.

Gergasi Bota ini dikaitkan dengan kehilangan seseorang. Jika seseorang penduduk didapati hilang, mereka percaya Bota yang bertanggungjawab dan penduduk tersebut telah melanggar pantang 'kewujudan' Bota di sesuatu kawasan. Anehnya Bota ini tidak banyak tapi boleh berada di mana-mana sahaja terutama di kawasan Sungai Perak.

MAMBANG DI AWAN - Sebuah kawasan bekas lombong bijih timah yang terletak di sebelah kiri bandar Kampar.

Mambang ialah sejenis hantu yang terdapat dalam pelbagai warna dan disebut mengikut tempatnya. Contohnya, Mambang Segera, Mambang Laut, Mambang Darat, Mambang Udara, Mambang Biru, Mambang Merah, Mambang Hijau & banyak lagi. Ketika Tok Pawang, Tok Bomoh atau Tok Dukun sedang menurun untuk mengubati penyakit, maka nama-nama Mambang perlu disebut. Jika tidak disebut, penyakit tak akan sembuh.

"Wahai Mambang Laut, Mambang Darat, Mambang di Awan! Aku tahu asal-usulmu. Kamu datang dari laut, darat & di atas awan. Tumpang Cucu nak berubat. Berkat perkasa Baginda Ali. Nyahkan Si Jembalang dari perut si Fulan ini. Fuuuuuuuuuh!!"

Tok Pawang, Tok Bomoh atau Tok Dukun akan meniup 3 kali iaitu di sebelah kiri, kanan dan depan. Menurut kepercayaan orang zaman dahulu, adalah dianggap lebih mujarab sekiranya tersembur dengan air liur sekali.

[ Last edited by  ijad_adiputera at 1-2-2008 07:14 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2008 09:00 AM | Show all posts
Originally posted by ijad_adiputera at 1-2-2008 07:07 AM
"Wahai Mambang Laut, Mambang Darat, Mambang di Awan! Aku tahuasal-usulmu. Kamu datang dari laut, darat & di atas awan. TumpangCucu nak berubat. Berkat perkasa Baginda Ali. Nyahkan Si Jembalang dariperut si Fulan ini. Fuuuuuuuuuh!!"


Tak sangka ada elemen syiah dekat dalam masyarakat melayu sunni hehehe..

Kenapa mereka digelar sebagai kaum Gergasi? Boleh tak tolong terangkan?


kalau ikut merong mahawangsa, ade dikatakan pasal kaum gergasi nih..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2008 12:39 AM | Show all posts
Originally posted by dCrook at 1-2-2008 09:00 AM
Tak sangka ada elemen syiah dekat dalam masyarakat melayu sunni hehehe..


Aku pernah terbaca dari satu sumber dulu. Dikatakan segolongan ulama Syiah pernah cuba menyebarkan mazhab Syiah di Melaka. Bila Sultan Pasai dapat tahu, baginda telah menghantar sekumpulan ulama Sunni sebagai tindakan untuk menghalang golongan ulama Syiah tersebut daripada menyebarkan mazhab Syiah di Melaka.

Mungkin itulah sebabnya kenapa ada elemen Syiah dalam kebudayaan masyarakat Melayu di Semenanjung...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2008 11:57 AM | Show all posts
Originally posted by ijad_adiputera at 2-2-2008 12:39 AM


Aku pernah terbaca dari satu sumber dulu. Dikatakan segolongan ulama Syiah pernah cuba menyebarkan mazhab Syiah di Melaka. Bila Sultan Pasai dapat tahu, baginda telah menghantar sekumpulan ul ...



pengaruh Syiah yang paling kuat kat Kedah lah....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2008 05:29 PM | Show all posts
"Mambang Di Awan".

Nama tempat yg sangat cantik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2008 02:27 AM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 2-2-2008 11:57 AM
pengaruh Syiah yang paling kuat kat Kedah lah....


Sekarang ni bukan kat Perlis ke?
Tapi kenapa Syiah kuat kat Kedah ek??

Originally posted by *Orseas_Urusha at 2-2-2008 05:29 PM
"Mambang Di Awan".

Nama tempat yg sangat cantik.


Memang pun,... tapi itulah tempat jin bertandang...
Dekat sangat dengan Kampar, kampung orang...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 02:35 AM | Show all posts
Originally posted by ijad_adiputera at 3-2-2008 02:27 AM


Sekarang ni bukan kat Perlis ke?
Tapi kenapa Syiah kuat kat Kedah ek??



Memang pun,... tapi itulah tempat jin bertandang...
Dekat sangat dengan Kampar, kampung oran ...


Kampung saya di Kuala Kurau, Kerian....

Maybe nanti kita bleh buat perjumpaan besar keluarga2 Melayu Patani!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2008 10:56 AM | Show all posts
Originally posted by ijad_adiputera at 3-2-2008 02:27 AM


Sekarang ni bukan kat Perlis ke?
Tapi kenapa Syiah kuat kat Kedah ek??


Orang kate perlis ni kuat dengan wahabi hehehe.. tapi tak semestinya btol kan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 11:14 AM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 2-2-2008 11:57 AM



pengaruh Syiah yang paling kuat kat Kedah lah....


Dari Sumber apa anda mengatakan pengaruh Syiah kuat di Kedah.Adakah maksud anda pengaruh pada zaman Kedah Tua atau pengaruh pada masa kini.Jika dizaman Kedah sebelum 1136 memang benar.Pasai pun pada masa itu turut bermazhab Syiah.Jika anda bermaksud zaman sekarang ini, saya nasihatkan supaya jangan buat spekulasi tanpa bukti kukuh.Oleh kerana Ulama Sunnah tidak menerima ajaran Syiah yang berkembang di Kedah dan Pasai sejak 900 masehi sebagai salah satu dari ajaran Islam ,mereka telah sepakat menghantar sekumpulan Ulama.Jika tak salah saya berjumlah 8 orang.Salah seorang daripadanya bernama Syeikh Abdullah Rafae'i Qibrary(Abdullah Yamani) telah bertanggungjawab menyebarkan ajaran Sunnah waljamaah ke Kedah.Seorang lagi sahabatnya menyebarkan ajaran itu di Nagara Pasai.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 11:19 AM | Show all posts
Originally posted by dCrook at 3-2-2008 10:56 AM


Orang kate perlis ni kuat dengan wahabi hehehe.. tapi tak semestinya btol kan?


Ulama diorang yang menamakannya dengan Wahabi tetapi orang lain lebih mengenali mereka sebagai Kaum Muda.Namun bukan semua penduduk Perlis beraliran Wahabi.Wujud juga mazhab Imam Hambali selain Syafie di Perlis.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 11:25 AM | Show all posts
Originally posted by dCrook at 1-2-2008 09:00 AM


Tak sangka ada elemen syiah dekat dalam masyarakat melayu sunni hehehe..



kalau ikut merong mahawangsa, ade dikatakan pasal kaum gergasi nih..


Mungkin disebabkan tingkahlaku mereka yang kasar menyebabkan mereka digelar sedemikian rupa.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 11:28 AM | Show all posts
Gelaran Mambang diberikan Kepada Setul di utara Perlis.Perlis pula diberikan gelaran Indera.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 11:32 AM | Show all posts
Setul Mambang Segara terkenal dengan seni pembuatan Kapalnya.Jika Sungai Merbuk menjadi pusat perdagangan Maritim,Kuala Pak Bara pula menjadi tempat pembinaan Kapal-kapal untuk tujuan itu.Jika Setul berada di dalam Malaysia pastinya negara akan mempunyai sebuah lagi tempat pembinaan kapal layar terbaik dunia selain Pulau Duyung Terengganu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2008 12:11 PM | Show all posts

Reply #104 ijad_adiputera's post

Ijad has produced this good article(KEPERCAYAAN)
...Syabas. I enjoy reading it.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2008 08:39 PM | Show all posts
kelmarin aku dengar dekat Radio 24 , temuramah dengan Prof. Emiritus Khoo Kay Kim (Betul ke aku eja?).. Kenapa Kedah Tua tak ditekankan sekuat Melaka di dalam sejarah malaysia kerana kurangnya dokumen2 atau catitan tentang kerajaan tersebut berbanding melaka yang catitannya masih banyak terutama sekali di dalam dokumen kerajaan China dan juga Majapahit.. Byk benda2 lain yang disebutkan termasuklah Sejarah yang cendong kepada Ideologi dan tidak neutral
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2008 10:36 PM | Show all posts
Originally posted by sayapghaib at 3-2-2008 11:14 AM

Dari Sumber apa anda mengatakan pengaruh Syiah kuat di Kedah.Adakah maksud anda pengaruh pada zaman Kedah Tua atau pengaruh pada masa kini.Jika dizaman Kedah sebelum 1136 memang benar.Pasai pun pada masa itu turut bermazhab Syiah.Jika anda bermaksud zaman sekarang ini, saya nasihatkan supaya jangan buat spekulasi tanpa bukti kukuh.Oleh kerana Ulama Sunnah tidak menerima ajaran Syiah yang berkembang di Kedah dan Pasai sejak 900 masehi sebagai salah satu dari ajaran Islam ,mereka telah sepakat menghantar sekumpulan Ulama.Jika tak salah saya berjumlah 8 orang.Salah seorang daripadanya bernama Syeikh Abdullah Rafae'i Qibrary(Abdullah Yamani) telah bertanggungjawab menyebarkan ajaran Sunnah waljamaah ke Kedah.Seorang lagi sahabatnya menyebarkan ajaran itu di Nagara Pasai.



ini yang saya cuba maksudkan...  sebab banyak kesan sejarah tinggalan Syiah @ Parsi kat Kedah....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 09:36 AM | Show all posts

Reply #112 dCrook's post

mmg ada pelik dgn kat kl..
kalau ikut pengalamn masa duk kat sana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.580190 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list