CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yays

Bank Rakyat umum dividen 20% tahun ni

[Copy link]
Post time 18-5-2009 08:16 PM | Show all posts

Balas #100 gunduk\ catat

ko kira nasib baik...
bukan semua yg buat loan dpt...
ikut ada kekosongan ler tuh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2009 09:11 AM | Show all posts
Originally posted by mytrade at 18-5-2009 17:42


tunggu ler kajian tu abis...
harap2 BR ni dahulukan pemegang saham sediada dan limitkan pnambahan modal....klu tk mau abis kroni krana sapu licin....

  


Mlm tadi aku dah buat cashflow....
Aku dah standby RM100K utk penambahan modal....once BR buka pintu on de dot bank draf aku keluar....
Aisehman...ko plak target cam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 09:32 AM | Show all posts
Originally posted by koko2 at 19-5-2009 09:11


Mlm tadi aku dah buat cashflow....
Aku dah standby RM100K utk penambahan modal....once BR buka pintu on de dot bank draf aku keluar....
Aisehman...ko plak target cam ni...


kih..kih....ada ker akta monopoli....mcm microsoft kena kat US aritu......
Ok la tu....klu tk buat mcm tu org berebut plak...klu limitkan had smua org dapat sama....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 03:38 PM | Show all posts
Aku dah pi bank rakyat td tanya psl saham tue. Officer tue ckp tak boleh tambah dah....
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 07:39 AM | Show all posts

Balas #104 yuyin05\ catat

Mungkin tak keluar lagi utk penambahan syer baru tu..dalam paper pun dia cakap baru nak kaji tambah modal pusingan kan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 06:50 PM | Show all posts
Originally posted by eyzlyn at 5-4-2009 02:19
tak boleh nak expect tinggi la kan tahun ni, they all still blh maintain jugak 15%.
ok, lets go shopping


cepat je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2009 12:45 AM | Show all posts

Reply #106 mantan's post

belum sempat kuarkan lagi la, next month baru nak balik kampung kuarkan. ( 3 tahun punya dividen )..huhuhu.. pakcik kayo kejap
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 03:56 AM | Show all posts
cepat kumpul dan simpan duit....
Tambah RM500j tahun depan?

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN
[email protected]

KUALA LUMPUR 26 Julai - Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) dijangka meningkatkan modal berbayarnya sebanyak RM500 juta lagi dengan menawarkan langganan saham kepentingan kepada ahli dan pelanggan selewat-lewatnya awal tahun depan.

Penambahan itu akan meningkatkan modal berbayar Bank Rakyat kepada RM2.5 bilion, jumlah yang dianggap sebagai besar dan mencabar untuk mengekalkan pemberian dividen tahunan. Setakat ini, Bank Rakyat kini mempunyai 785,673 ahli termasuk koperasi yang menjadi sekutunya.

Bagaimanapun, kata Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat, jumlah itu tertakluk kepada keputusan lembaga pengarahnya yang masih menghalusi dengan teliti mengenai cadangan penambahan modal berbayar bank itu.

Keupayaan Bank Rakyat menawarkan dividen tinggi sehingga 15 peratus menyebabkan terdapat banyak permintaan untuk memiliki atau menambah pegangan bank tersebut. Difahamkan bank koperasi itu kini mempunyai 50,000 orang dalam senarai menunggu mewakili nilai pegangan kepentingan sebanyak RM1 bilion.

Beliau berkata, pihaknya juga belum membuat sebarang permohonan kepada Bank Negara Malaysia (BNM).

''Seperti yang dikatakan sebelum ini, sekarang modal berbayar Bank Rakyat ialah RM2 bilion dan dana pemegang saham berjumlah hampir RM5 bilion, sudahpun mencukupi untuk menyokong operasi bank ini.

''Bagaimanapun, permintaan yang terlalu tinggi menyebabkan kami terpaksa menimbang permintaan ahli-ahli dan orang ramai.

''Kita masih lagi belum membuat keputusan. Kalau semua bersetuju, kemungkinan saham kepentingan bagi tambahan modal tersebut akan dibuka pada awal tahun depan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Langkah menambah modal saham berbayar itu dijangka tidak akan mengundang masalah memandangkan Bank Rakyat sudah mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.

Bank Rakyat merupakan bank koperasi paling kukuh di Malaysia dengan aset berjumlah RM46.8 bilion bagi tempoh sehingga akhir Jun lalu dan jumlah itu tertinggi dalam institusi perbankan Islam.

Jika Bank Rakyat memutuskan untuk menambah modal berbayar, langkah itu merupakan kali keempat bank berbuat demikian. Bank itu asalnya beroperasi dengan modal berbayar RM500 juta, sebelum dinaikkan kepada RM1.5 bilion dan akhirnya RM2 bilion.

Meskipun belum ada satu keputusan muktamad, tetapi Kamaruzaman membayangkan Bank Rakyat kemungkinan besar akan mengehadkan langgan kepentingan baru yang akan dibuka kepada ahli-ahlinya untuk memastikan agihan yang adil manakala sebahagian lagi akan diberikan kepada para pelanggan Bank Rakyat.

Ditanya kenapa Bank Rakyat tidak menaikkan modal berbayar pada angka yang jauh lebih tinggi, Kamaruzaman berkata: ''Tindakan itu akan menyukarkan bank nanti kerana Bank Rakyat mempunyai tanggungjawab untuk membayar dividen setiap tahun''.

Beliau berkata, dalam situasi yang tidak menentu bukanlah menjadi suatu perkara mudah untuk mengembang dana.

''Kami memperuntukan satu jumlah yang besar setiap tahun untuk membayar dividen (15 peratus) ketika bank-bank lain hanya memberi dua hingga tiga peratus bagi penyimpan deposit.

''Meskipun kita boleh meningkatkan pelaburan tetapi keuntungan bukan boleh diraih dalam sekelip mata sahaja,'' ujarnya.

Jadi, katanya, apabila Bank Rakyat menambah modal berbayarnya bermakna bank perlu bekerja lebih kuat untuk memastikan ia mampu membayar dividen.

Ditanya mengenai pencapaian positif Bank Rakyat yang berterusan, beliau secara peribadi berpendapat, bank itu masih sebenarnya baru sahaja meniti perjalanannya menuju ke puncak.

''Kita mempunyai matlamat utama iaitu mengekalkan momentum pertumbuhan 15 peratus setahun dan keupayaan membayar sekurang-kurangnya 10 peratus dividen.

''Kalau ini mampu dikekalkan, baru Bank Rakyat boleh dikatakan berjaya berada di landasannya,'' jelas beliau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2009 12:40 PM | Show all posts
ha thanks a lot for the info!
jom kita kumpul duit serbu bank rakyat taun depan
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 03:11 PM | Show all posts
cepat pergi daftar utk tambah saham..
giler..50k org dah que..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 10:29 PM | Show all posts
Camner nak masuk ni....camna nak queue....jgn la bolot sorang2...hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2009 03:09 PM | Show all posts
ni saham i-Qiradh tu ke???
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 06:51 AM | Show all posts
sapa akan pegi miting Bank Rakyat?
lupa plak nak bawa form pengesahan nk p miting.
kat penang 24hb ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 08:26 AM | Show all posts
113# Mas916

ni meting utk pembayaran dividen thn depan ke..? meting thnan tu kan..?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 09:02 AM | Show all posts
114# koko2

ehhh....pn koko x dpt surat ka?
a'aa miting tahunan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 09:47 AM | Show all posts
mas, kl leh msk line beli saham br nih, kasitau aku tau.. tak de lah byk, sket sket je ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2009 09:50 AM | Show all posts
115# Mas916

aku dah pindah umah...surat mesti BR anta alamat lama...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 11:29 AM | Show all posts
116# adnil

informer aku sakit la ni...
susah la nak tau info terkini.

rajin2 la masuk sini...mesti ada org akan war2kan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 05:58 PM | Show all posts
miting nak bg duit la tu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 01:07 PM | Show all posts
agak-agak brp % lak thn ni yek?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.096984 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list