|
70 terima sijil penghargaan
Oleh Badrul Hizar Ab Jabar
![](http://www.bharian.com.my/Monday/Skuad/20080331090207/mainpix1.jpg)
BERSEMANGAT: Abdullah diiringi Musa memeriksa perbarisan kehormat sempena sambutan Hari Polis Ke-201 di Dataran Kawat, Pulapol, baru-baru ini.
TUJUH puluh anggota, termasuk pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta kakitangan awam dan pelajar sekolah menerima pelbagai sijil penghargaan Juara Penuh Disiplin 2008 yang disampaikan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-201, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Bukit Beruang, Melaka baru-baru ini.
Majlis yang berlangsung dengan penuh istiadat itu dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan terdiri 48 anggota yang dilakukan Timbalan Ketua Polis negeri, Pemangku Senior Asisten Komisioner II, Rusli Ahmad sebelum penyampaian Anugerah Juara Penuh Disiplin/Surat Penghargaan serta nyanyian Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Sang Saka Biru.
Rusli ketika membacakan perutusan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata sesuai dengan perkembangan globalisasi, PDRM kini menempuh pelbagai bentuk cabaran ketika menjalankan tugas mengawal keselamatan negara.
Berikutan ledakan maklumat dan perkembangan teknologi semasa, setiap pegawai dan anggota PDRM dikehendaki mempersiapkan diri dalam pelbagai bidang termasuk teknologi maklumat dan komunIkasi (ICT) seiring Pelan Strategik Lima Tahun (PS5T) yang dilancarkan pada sambutan Hari Polis ke-200, tahun lalu.
Setiap anggota PDRM wajar melakukan perubahan kerana PS5T merangkumi objektif seperti inisiatif komprehensif untuk mengurangkan kadar jenayah, penyalahgunaan dadah dan meningkatkan keberkesanan sistem penghantaran, memantapkan integriti serta memperkasakan keselamatan awam di negara ini.
Pada majlis itu, Rusli turut menyerahkan lencana baru dengan motto, 'Intergriti Amalan Kita' bagi menggantikan lencana lama, 'Saya Anti Rasuah' kepada Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Johari Yahya dan beberapa Ketua Polis Daerah lain sebagai tanda simbolik penggunaannya bagi seluruh warga PDRM serentak di semua balai polis negeri.
![](http://www.bharian.com.my/Monday/Skuad/20080331090207/mainpix2.jpg)
BERBEZA: Nazatul Asyikin Radzi Ahmad menunjukan lencana Integriti Amalan Kita menggantikan lencana Saya ANTI Rasuah.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Balai Polis Masjid Tanah, Alor Gajah dipilih sebagai Juara Kategori Balai Polis Contoh manakala Naib Juara adalah Balai Polis Simpang Bekoh, Jasin, penerima anugerah masing-masing diwakili Cif Inspektor Rosman Said dan Sarjan Mohd Sajalli Mohd Dekan.
Bagi kategori Penyeliaan, penerimanya adalah Sarjan Mejar Rossali Osman dari Balai Polis Simpang Ampat, (Alor Gajah); Sarjan Idris Shoud (IPD Melaka Tengah) dan Lans Koperal Loh Kim Hock (Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Balai Polis Jasin).
Tiga Konstabel, Che Ku Abd Razak Che Ku Ali (Alor Gajah), R Murugan (Melaka Tengah) dan Sia Kim Chia (Melaka Tengah) pula dianugerahkan Kategori Sukarelawan Polis Cemerlang.
Sementara itu, tiga guru bertuah, Ruhaiza Marzuki dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Dol Said, Alor Gajah, Ibrahim Ab Rahman (SMK Rahmat, Kampung Sungai Baru, Alor Gajah) dan Zaiman Husin (SM Teknik Jasin) memenangi kategori Pegawai Kadet Polis Cemerlang.
![](http://www.bharian.com.my/Monday/Skuad/20080331090207/mainpix3.jpg)
IKRAR: Sebahagian anggota polis yang menyertai Sambutan Hari Polis ke-201.
Anak murid Ruhaiza, Mohd Najib Basir, 19, pula memenangi kategori Ahli Kadet Polis Cemerlang bagi tempat pertama di samping pemenang kedua, Moor Baizura Zulkefli, 17, dari SMK Iskandar Shah, Jasin.
Selain 19 penerima Anugerah Juara Disiplin terbabit, 51 pegawai dan anggota yang memberi perkhidmatan cemerlang sepanjang bertugas termasuk berjaya menumpaskan kumpulan penjenayah Kamal Bachang dan Andry, baru-baru ini turut menerima surat penghargaan. |
|
|
|
|
|
|
|
PDRM bina pangkalan latihan unit udara
Oleh Suhaila Ismail
![](http://www.bharian.com.my/Monday/Skuad/20080324065250/mainpix1.jpg)
TAKLImAT: Ismail (kanan) memberi penerangan mengenai projek pembinaan Pusat Latihan Unit Udara PDRM di pekarangan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, baru-baru ini.
DALAM usaha memperkasakan lagi bidang kepolisan negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membina Kompleks Pangkalan Latihan Unit Udara Polis Ipoh, berdekatan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, dengan kos projek bernilai lebih RM100 juta.
Kompleks itu bakal menjadi pusat latihan utama bagi Unit Udara Polis yang mempunyai kekuatan 111 pegawai dan serta 254 anggota yang berperanan melengkapkan tugas kepolisan bagi memastikan kesejahteraan masyarakat dan negara terus terjamin.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar, berkata unit itu mempunyai empat pangkalan di seluruh negara iaitu di Sungai Besi, Kota Kinabalu, Kuching, Sarawak serta Ipoh, di Perak.
Unit terbabit ketika ini mempunyai 24 pesawat iaitu 14 kapal terbang jenis Cessna 172 SP, Cessna Caravan CE 208 dan Pilatus Porter PC 6 B2 H4 serta 10 helikopter jenis Ecureuil AS 355N dan AS 355 F2.
Ismail berkata, pangkalan Unit Udara Polis Ipoh ditubuhkan pada Jun 1991 dengan menjadikan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh sebagai tapak penerbangan berdasarkan beberapa faktor yang bersesuaian.
Lapangan terbang itu akan dilengkapi dengan kemudahan peralatan untuk penerbangan siang dan malam, selain mempunyai infrastruktur lengkap seperti menara kawalan udara, bomba, apron, stesen kaji cuaca dan kawalan keselamatan terjamin.
"Pangkalan di Ipoh ini berfungsi sebagai pusat melatih juruterbang unit udara PDRM hingga ke tahap mendapatkan lesen penerbangan persendirian dan latihan asas pemerhati udara.
"Ini bermakna setiap peserta kursus yang menamatkan latihan di sini bakal menjadi juruterbang dan pemerhati udara yang profesional dan berkeupayaan melaksanakan tugas sebagai pegawai polis dengan berkesan dan berwibawa," katanya sempena upacara pecah tanah Kompleks Pangkalan Latihan Unit Udara Polis di Ipoh, baru-baru ini.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah.
Seiring dengan kemajuan semasa, Unit Udara PDRM katanya, turut memainkan peranan terutama dalam memantau kawalan trafik dari udara ketika musim perayaan dan juga aspek pencegahan jenayah, bencana alam, kemalangan serta tugas lain yang memerlukan bantuan dan pemerhatian dari udara.
Sehubungan itu, Ismail berkata, projek pembinaan kompleks itu membabitkan kawasan seluas 16 hektar, iaitu bekas tanah milik Kem Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA), berhampiran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah kena dan tepat pada masanya bagi PDRM menyediakan khidmat terbaik kepada rakyat dan negara.
"Projek ini sudah tersenarai sejak beberapa tahun lalu, tetapi terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
"Pada peringkat awal juga terdapat sedikit masalah mengenai persempadanan semula kawasan tetapi dengan kerjasama dan campur tangan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan Menteri Besar sendiri, masalah itu dapat diselesaikan dengan cepat," katanya.
Ismail berkata, pangkalan itu akan dilengkapi dengan kemudahan serba moden termasuk pejabat pentadbiran, dewan kuliah, bangunan asrama, hangar serta kuarters.
"Kita mengharapkan dengan pembinaan kompleks baru ini, semua pegawai dan anggota pangkalan Unit Udara Polis dapat meningkatkan lagi keazaman dan prestasi kerja ke tahap lebih cemerlang setanding dengan institusi penerbangan swasta lain," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #96 yusri191090's post
Cik Yip tu jelita macam dalam avatar dia tu ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #99 yipun78's post
waa... respek la Yip menderma darah... Tak jumpa Ketua Turus, terjumpa Ketua Mark & Spencer ya... ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #97 higen's post
Bagus tu... derma kalau boleh... rekrut-rekrut harus berkorban lebih sikit ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #104 kiuros's post
derma darah aje, bukan derma dara pon..... yep sempat ler jumpa Cif Mark n Spencer tu lagi sedut darah wa ..... huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
si pon dan razhar meroyan kat sini nak jadi hero kutuk polis rupanya.... memang nyamuk lahabau betul..... ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #107 yipun78's post
errkkkkk.....![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #110 kuihkoci's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #113 higen's post
Syabas! Way to go man.... teruskan amalan... brapa rekrut derma? |
|
|
|
|
|
|
|
Thursday July 24, 2008
[url=http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/7/24/nation/21906549&sec=nation]慠oyal |
|
|
|
|
|
|
|
Gelaran 'Diraja' angkat maruah, martabat polis
HARI ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencatat satu lagi sejarah, apabila menyambut jubli emas penganugerahan gelaran ‘Diraja’ kepada pasukan itu.
Sesungguhnya pengurniaan gelaran itu oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad kepada pasukan itu pada 24 Julai 1958 amat besar maknanya, sekali gus mengangkat maruah dan martabat PDRM.
Pada majlis penganugerahan bersejarah itu, Almarhum baginda mengisytiharkan nama Pasukan Polis Persekutuan ketika itu ditukar kepada Polis Diraja Persekutuan atau ‘The Royal Federation of Malayan Police’.
Majlis itu diadakan pada perbarisan khas terdiri daripada 700 pegawai dan anggota di Pusat Latihan Polis Jalan Gurney (kini Jalan Semarak) di ibu negara. Serentak penganugerahan itu, bendera baru Polis Diraja Persekutuan Tanah Melayu dikibar. Selepas terbentuknya Malaysia pada 16 September 1963, nama itu ditukar kepada PDRM dan kekal sehingga kini.
Gelaran Diraja diberikan sebagai menghargai taat setia, kegigihan, perjuangan dan pengorbanan pegawai dan anggota polis, terutama dalam menghadapi pemberontakan bersenjata anggota komunis sepanjang 10 tahun negara berhadapan Darurat pada 1948 hingga 1960. Ia juga tanda pengiktirafan dan penghormatan tinggi kerana pada ketika itu hanya tiga pasukan polis dalam Komanwel menerima gelaran Diraja.
Sebagai pasukan keselamatan terbesar pada ketika itu dengan kekuatan 161,281 anggota iaitu 31,164 anggota tetap, 44,117 Polis Khas (SC) dan 86,000 Polis Tambahan (AP), pasukan polis diberi peranan utama menentang percubaan Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menegakkan sebuah negara komunis di Tanah Melayu dengan kekerasan senjata. Perjuangan kental pasukan itu berjaya menghapuskan 5,972 pengganas.
Bagaimanapun, dalam perjuangan menegakkan agama, bangsa dan negara serta mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara, sebanyak 1,346 anggota pasukan itu turut gugur, manakala 1,601 lagi cedera.
Sejak tarikh keramat penganugerahan gelaran itu, peranan pasukan polis terus cemerlang, termasuk pada awal kemerdekaan, ketika peristiwa 13 Mei 1969, peletakan senjata PKM hinggalah ke era Malaysia moden.
PDRM yang kini berusia 201 tahun, terus tegas dan berwibawa dalam melaksanakan peranan dan fungsinya seperti digariskan Seksyen 3(3) Akta Polis dalam memelihara undang-undang dan ketenteraman, mengekalkan keamanan dan keselamatan negara, mencegah dan mengesan jenayah, menangkap dan mendakwa pesalah serta mengumpul risikan keselamatan.
Semangat keperwiraan pegawai dan anggota polis tetap kental dan bersemangat di bawah naungan gelaran Diraja. Semangat itu tersemat di setiap sanubari warga PDRM melalui pemakaian lencana baru ‘Integriti Amalan Kita’ dan slogan baru ‘Tegas, Adil dan Berhemah’, yang meletakkan pasukan itu setanding pasukan polis lain di dunia. |
|
|
|
|
|
|
|
Bertentang Mata: Anugerah ibaratkan amanahJalal Ali Abdul Rahim dan Petah Wazzan Iskandar
PDRM sentiasa maju ikut peredaran masa, lebih telus dalam era globalisasi
HARI ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) meraikan ulang tahun ke-50 penganugerahan gelaran Diraja. Apakah makna anugerah itu kepada pasukan itu. Wartawan Berita Harian, Jalal Ali Abdul Rahim dan Petah Wazzan Iskandar menemubual Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bagi mengupas mengenainya.
BOLEH Tan Sri terangkan sejarah penganugerahan Diraja untuk pasukan polis?
Pada 24 Julai 1958, pasukan polis yang dulu dikenali Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu dikurniakan gelaran Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman Almarhum Tuanku Muhamad. Penganugerahan itu atas usaha pasukan menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Ini penting untuk rakyat hidup bebas dan aman, selain ekonomi terus berkembang.
Apa pentingnya gelaran Diraja itu kepada PDRM?
Ini penganugerahan tertinggi negara kepada PDRM dan kita berbangga menerimanya kerana bukan semua institusi atau jabatan mendapat gelaran itu. Bagi kita, ia bukan saja pengiktirafan kepada pasukan, tetapi amanah disematkan pada jiwa kami. Ini balasan terhadap perjuangan PDRM memerangi komunis. Walaupun tiada lagi ancaman komunis, polis masih memegang tonggak keselamatan negara dan memelihara undang-undang.
Pada pandangan Tan Sri, apakah kedudukan PDRM ketika ini.
PDRM sentiasa maju mengikut peredaran masa, tidak seperti dulu. Sekarang kita lebih terbuka dan telus kerana era globalisasi. Malah, usaha membanteras jenayah sudah menjadi semakin kompleks. Selaras itu, kita merancang Pelan Strategik Lima Tahun untuk meningkatkan kesiapsiagaan pasukan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Dalam hal ini, kerajaan amat prihatin dan memastikan keperluan anggota dan pasukan sentiasa diutamakan. Kita tidak alpa, kita ada tanggungjawab dan saya memberi jaminan kita akan melaksanakannya.
PDRM sudah melalui pelbagai era, daripada ancaman komunis, peristiwa 13 Mei 1969, kes Memali dan Al-Maunah. Apakah pengajaran daripada pengalaman ini?
Ancaman terbahagi kepada dua, iaitu keselamatan dan ketenteraman awam. Dalam ancaman keselamatan, kebangkitan dilakukan secara bersenjata dan nyata serta mudah mengenal pasti musuh. Bagaimanapun, dalam situasi ketenteraman awam, ia lebih membabitkan ‘bersemuka’ dengan rakyat. Ini boleh berlaku bila-bila masa, selalunya berkaitan agama, perkauman, kesatuan sekerja, demonstrasi dan boleh menggugat ketenteraman majoriti rakyat, khususnya negara berbilang kaum seperti Malaysia.
Apakah kesan cogan kata ‘Tegas, Adil dan Berhemah’ menggantikan ‘Mesra, Cepat dan Betul’ dan lencana ‘Saya Antirasuah’ kepada ‘Integriti Amalan Kita’?
Makna integriti bagi saya amat luas seperti antirasuah, kelakuan semasa menjalankan tugas, kesediaan untuk menjalankan tugas dan melayan orang dengan baik, beretika, jujur, amanah dan tidak bohong. Penukaran dibuat kerana kita mahu perubahan secara menyeluruh untuk membentuk keperibadian anggota dan pegawai, supaya mereka dapat menghayati perjuangan dan amanah yang diletakkan di bahu mereka. Tetapi itu tidak bermakna, kita kena lembut khususnya dalam menghadapi musuh.
Apakah peranan PDRM pula pada peringkat antarabangsa?
Dalam zaman serba moden dan era globalisasi, kita perlu mempunyai hubungan rapat dengan pasukan polis luar negara, terutama dari segi pertukaran maklumat, jenayah rentas sempadan, keganasan dan jenayah kolar putih. Kerana itulah, kita ada Interpol dan Aseanapol. Tugas polis dalam dunia tanpa sempadan semakin mencabar. Tanpa bantuan dan kerjasama antara negara, polis akan gagal dalam peranan mereka. |
|
|
|
|
|
|
| |
|