CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AyieBoyZ

.: Separuh Akhir Muzik-Muzik23 :. [Etnik Kreatif]

[Copy link]
Post time 26-11-2008 04:56 PM | Show all posts

Reply #99 hantunangis's post

akakakaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2008 04:56 PM | Show all posts

Reply #100 beta_carotene's post

terpaksa la miming
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 05:17 PM | Show all posts

Reply #100 beta_carotene's post

yelah nk sesuaikan dgn lagu.kirenye mcm sorunk lelaki yg mengalami gangguan sexual orientation gitu.so, blhlah die mkp bagi cam pompuan.mengharap sinar kan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 05:18 PM | Show all posts

Reply #98 jac_diehard_fan's post

pagi esk nye?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2008 09:30 PM | Show all posts
REVIEW AyieBoyZ
Separuh Akhir Muzik-Muzik <Etnik Kreatif>


Lagu : Doa Dalam Lagu
Penyanyi : Mawi & Heliza

Komen :
  • Muzik- Pengaruh yg kuat kearah muzik padang pasir. Sedikit sentuhan moden,namun sangat ringkas dan biasa. Kadangkala kedengaran muzik lagu yangdiulang-ulang. Kurang daya kreativiti. Permulaan lagu - unik danpengakhiran yang memuaskan. Percubaan yang agak baik dari Ajai, namunmasih banyak yang perlu diperbaiki.
  • Lirik - Lirik laguini mungkin membuatkan lagu ini menarik utk didengar. Tajuk lagu inimengungkapkan keseluruhan maksud lagu ini - iaitu memohon dengan iramadan lagu. Petikan "Ya Rindu.. Ya Nyawa.. Ya Kalbu.." Cemerlang!Walaupun liriknya ringkas, tapi cukup untuk menunjukkan seorang perinduyang merayu kepada kekasihnya. Tapi, mungkin ada sedikit kekeliruan,kerana jika diteliti, lirik lagu ini mungkin lebih sesuai untuk laguyang berentak perlahan. Walau bagaimanapun, ia tidak mencacatkan laguini secara keseluruhan.
  • Vokal - Suara Mawi memenuhikehendak lagu ini, walaupun kadangkala kedengaran agak mendatar. Helizaberjaya dengan lenggoknya. Permulaan lagu ini sangat cemerlang! Mawidan Heliza membuktikan keserasiannya dalam lagu ini dari awal lagu lagi.
  • Kelebihan utk ke AJL - Untuk mengekalkan rating, lagu ini berkemungkinan besar utk dipilih.
  • Kelemahan- Lagu ini biasa saja jika dibandingkan dengan lagu-lagu padang pasiryang lain. Mungkin juga juri Muzik-Muzik kali ini mahu mencari kelainandan keaslian irama etnik yang sebenar.

Lagu : Jarak Rindu
Penyanyi : Azfar

Komen :

  • Muzik- Pertama kali mendengar lagu ini, saya sangat teruja dengan permulaanmuziknya. Walaupun rancak, ia padat dengan irama melayu. Menarik! Muziklagu ini menyelamatkan lagu ini. M.Nasir mungkin sudah menempah tiketke AJL!
  • Lirik - Lirik yangbiasa dan ringkas. Namun, sesuai dengan irama lagu ini. Menceritakanmengenai sepasang kekasih yang berjauhan. Lirik lagu ini bergerak seiasekata bersama irama lagu ini.
  • Vokal- Nyanyian Azfar seperti dia kurang selesa dengan lagu ini. Saya sangatterganggu dengan cara nyanyiannya, yang seperti menyebut satu persatusuku kata-suku kata pada setiap patah perkataan lagu ini. Namun, secarakeseluruhannya, nyanyian Azfar dilihat berpotensi utk diketengahkandalam genre-genre lagu sebegini. Walaupun kadangkala kedengaran sengau,dia menutup kelemahannya dengan suaranya yang mendayu.
  • Kelebihan utk ke AJL - Irama Melayu yang rancak pada lagu ini mungkin dapat menarik perhatian juri.
  • Kelemahan -

Lagu : Puteri Tarian Kasih
Penyanyi : Anis Aneesa

Komen :

  • Muzik- Lagu irama melayu yang agak cliche, namun agak menarik. Saya sangatsukakan selingan kompang / gendang dalam lagu ini. Sebenarnya, lagu iniagak kuat jika juri mahukan muzik melayu yang menebal. Kepelbagaianbunyi dalam lagu ini mengindahkan lagu ini. Cubaan berani dari AdnanAbu Hassan!
  • Lirik -Liriknya ringkas, tapi sampai ke hati. Berjaya menceritakan raut wajah,kelembutan, tarian dan keperibadian Puteri yang digambarkan dalam laguini. Namun, tetap cliche dengan lagu2 irama melayu sebelum ini. Kurangoriginaliti.
  • Vokal -Penjelajahan Anis Aneesa ke Pertandingan Realiti Sare Ga Ma Pa di Indiabaru-baru ini nampaknya menambahkan kemerduan suaranya. Saya sangatsukakan suara 'manja' yang diserlahkannya dalam lagu ini. Kadangkala,suara terlalu meleret.
  • Kelebihanutk ke AJL - Jika melihat trend pemilihan lagu berdasarkan SeparuhAkhir Muzik-Muzik tahun2 lepas, lagu ini mempunyai harapan yang cerahutk ke AJL.
  • Kelemahan - Agak cliche.

Lagu : Songo
Penyanyi : Amy Search

Komen :
  • Muzik - Muzik lagu ini penuh misteri. Alunan gong dalam irama lagu ini cantik! Tidak banyak yang boleh saya komen utk lagu ini.
  • Lirik - Sekali lagi, lirik lagu ini penuh misteri, semisteri tajuknya. Sangat puitis, dan Ahmad Farid boleh diketengahkan.  
  • Vokal- Suara Amy kedengaran tiada klimaks. Mengundang kebosanan jikadidengar beberapa kali. Amy dilihat kurang bermain dengan vokalnya.
  • Kelebihan utk ke AJL - Unik dan baru! Lagu ini lain dari yang lain.
  • Kelemahan -

Lagu : Panas
Penyanyi : Ifa Raziah

Komen :
  • Muzik- Irama lagu ini mungkin mahu menandingi lagu Makhluk Tuhan PalingSeksi, tapi tidak berjaya. Lagu ini kurang keaslian, kerana muziknyamempunyai persamaan yang agak ketara dengan lagu Ifa Raziah yangterdahulu. Intro lagu ini agak kreatif.
  • Lirik- Lirik yang ringkas. Kadangkala agak lemah, lirik lagu ini jelas dannyata tanpa dibayangi maksud yang tersirat. Mungkin lirik sebeginisesuai utk lagu-lagu berentak dangdut begini.
  • Vokal - Ifa membawa lagu ini sesuai dengan tuntutan lagu ini - Seksi, rancak dan berani.
  • Kelebihanutk ke AJL - Sudah agak lama AJL sepi dari irama dangdut. Mungkin laguini akan dipilih sebagai kelainan dalam AJL kali ini.
  • Kelemahan - Sangat lemah jika dibandingkan dengan lagu-lagu yang lain.

Lagu : Dusta Berkalang
Penyanyi : Aiman

Komen :
  • Muzik- Sejujurnya saya tidak pernah mendengar lagu ini sebelum ini.Permulaan Namun, secara keseluruhannya, muzik lagu ini sangat menarikdan kuat. Hafiz Hamidun berjaya menghasilkan sebuah lagi lagu yangberkualiti! Tahniah!
  • Lirik- Kolaburasi Hafiz Hamidun dan Ahmad Fedtri sangat cemerlang! Liriklagu ini sama kuat dengan muzik lagu ini! Walaupun ringkas, namunpadat. Frasa-frasa pendek dalam lagu ini sudah cukup puitis. Lagu inisebenarnya menasihatkan pendengar supaya terhindar dari noda dan dustadunia. Menghiburkan!
  • Vokal- Melihat kembali video2 Aiman di Akademi Nasyid, saya merasakansuaranya lebih sesuai utk menyanyikan lagu berentak perlahan. Namun,dia berjaya memberikan keadilan kepada lagu ini! Vokalnya cemerlang danenerginya penuh sepanjang lagu ini! Moga Aiman dapat menyanyikan laguini dengan baik pada malam Separuh Akhir nanti.
  • Kelebihan utk ke AJL - Lagu terkuat dalam kategori ini!
  • Kelemahan -

Lagu : Mengharap Sinar
Penyanyi : Dior

Komen :
  • Muzik- Permulaan lagu ini MENGUJAKAN! Saya sendiri terkejut dengankenyataan, bahawa lagu ini juga kuat dalam kategori ini. Rentaknyapantas, moden dan kreatif. Agak kurang 'kemelayuan' atau 'irama etnik',namun lenggok muziknya agak unik. Percubaan pertama Dior ternyata agakberkesan! Intresting song.
  • Lirik- Liriknya puitis dan kena dengan perjalanan lagu ini. Sebagai penulisyang baru, ia sudah boleh dibanggakan. Saya tidak terkejut lagu iniberjaya di AJL!
  • Vokal -Mungkin tuntutan lagu ini utk bersuara agak 'soprano', namun Dior tidakperlu terlalu mendayu dalam menyanyi lagu ini. Saya fikir, suara'lelaki' seperti Mawi lebih sesuai utk lagu ini.
  • Kelebihanutk ke AJL - Agak terkejut kerana saya tidak pernah mengambil perhatianpada lagu ini, tetapi percayalah, ada uniknya pada lagu ini utkmelangkah ke AJL.
  • Kelemahan - Kelembutann.... yang tidak diperlukan....

Lagu : Lambaian
Penyanyi : Fazli Zainal

Komen :
  • Muzik- Biasa. Itu yang mampu saya katakan. Lagu ini boleh diindahkan lagi,mungkin dengan serunai, atau alat muzik yang lebih lembut. Tapi muziklagu ini bergerak seiring dengan lirik lagu. Permulaan lagu ini sedikitmenarik perhatian, namun muzik tiba-tiba menjadi mendatar ketika suaraFazli Zainal mula menyanyi. It's not that bad actually, kerana lagu danlirik lagu ini seperti terjalin erat. Lagu yang baik tapi masih bolehdiperbaiki.
  • Lirik -Menujukan lagu ini untuk mangsa kebuluran di Darfur, Ahmad Fedtrisekali lagu membuktikan kredibilitinya dalam menulis lagu. Lirik yangpuitis, mendalam tapi ringkas yang berjaya menangkap di kalbu! Sayadapat merasakan keperitan mangsa-mangsa di Darfur melalui lagu ini,jelas dan nyata. Kekuatan lagu ini terletak kepada liriknya.
  • Vokal- Suara Fazli Zainal sangat berkesan. Bermula dengan nada rendah, dansemakin lama semakin tinggi.. simbolik kepada rintihan dan launganuntuk kemerdekaan dan kebebasan. Pilihan penyanyi yang tepat. Back upsinger / Koir juga mencantikkan lagi lagu ini.
  • Kelebihan utk ke AJL - Lirik lagu ini yang kuat dan terkesan.
  • Kelemahan - Irama lagu ini yang biasa dan kurang 'irama etnik'.
KESELURUHANNYA- Kebanyakan lagu yang bertanding dalam kategori ini pada tahun iniagak unik, namun saingannya kurang, mungkin kerana kekurangan lagu yangbetul2 kuat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2008 09:30 PM | Show all posts
saje je tempek..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2008 09:22 AM | Show all posts
Originally posted by supernaturalee at 26-11-2008 05:17 PM
yelah nk sesuaikan dgn lagu.kirenye mcm sorunk lelaki yg mengalami gangguan sexual orientation gitu.so, blhlah die mkp bagi cam pompuan.mengharap sinar kan?

setuju... ala2 kekeliruan identiti gitiewww... dia mengharap sinar agar dapat menjadiikkk jantanzz sejatikk
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 09:58 AM | Show all posts

Reply #107 hantunangis's post

gambo besau die dlm thread keluaran terbaru - mengharap sinar dh tgk?pose gitu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2008 09:59 AM | Show all posts

Reply #106 AyieBoyZ's post

bagus
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 02:26 PM | Show all posts
ptg ni uols jgn lupe nengok "muzik muzik : separuh akhir etnik kreatif special"
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 02:33 PM | Show all posts
Originally posted by hantunangis at 26-11-2008 04:31 PM
adakah akan berdandan bagai seorang puteri dari kayangan yang mengharapkan sinar kebahgiaan abadi


ayat tak hengat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2008 02:41 PM | Show all posts

Reply #110 supernaturalee's post

haah... mesti tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 03:17 PM | Show all posts

Reply #110 supernaturalee's post

mesti ade intebiu ngan dior neh kekdahnya die pakai baju hape ptg ni yeeh
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 05:17 PM | Show all posts

Reply #113 jac_diehard_fan's post

dlm kul 6pm br dpt tgk.hrp nye sempat le.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2008 08:08 PM | Show all posts

Reply #113 jac_diehard_fan's post

GELI! GELI GILE AK TGK DIOR TD!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 09:00 PM | Show all posts
Tinggal 24 JAM saja lagi dari sekarang......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2008 09:01 PM | Show all posts

Balas #115 AyieBoyZ\ catat

Apa yg menggelikan tu Ayie?... kita tak sempat tgk, ujann.. gaya & suaranya mcm p*ndan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 12:08 AM | Show all posts

Reply #115 AyieBoyZ's post

aper yg geli tu?

telepas tgk MM tadi
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 12:40 AM | Show all posts
Dusta Berkalang (Aiman)
Jarak Rindu (Azfar)
Puteri Tarian Kasih (Anis Aneesa)
Mengharap Sinar (Dior)

semoga lagu2 ni dpt masuk finaleeee
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 08:00 AM | Show all posts
Harap MAWI dan HELIZA tak dpt masuk final...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.112973 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list