CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sayasukagame

Mahakarya Cinta - Keratan Media Faizal

[Copy link]
 Author| Post time 5-2-2009 07:51 AM | Show all posts

BH 16 Jun 08

Video muzik Syurga Cinta Faizal di 8TV malam ini

INGATKAH anda kepada saat cemas yang hampir meragut nyawa Superman Malaysia, Faizal Tahir?

8TV akan menyiarkan cerita di sebalik tabir pembikinan muzik video Faizal untuk lagu Sampai Syurga yang mana berlakunya insiden hampir membuatkan penyanyi itu lemas ketika rakaman dijalankan di Pusat Sukan Akuatik, Shah Alam.

Klip video itu akan mula disiarkan di 8TV, malam ini jam 9.30 malam. Bagaimanapun, peminat penyanyi ini boleh menyaksikan rakaman di sebalik tabir pembikinan muzik video berjudul Aku.Muzik.Kamu...The Faizal Story juga menerusi 8TV pada 22 Jun, jam 10 malam.

Muzik video Sampai Syurga mengisahkan cinta sejati seorang lelaki yang meratapi pemergian kekasihnya. Walaupun diperlihatkan segala kenangan manis mereka bersama, visual dalam muzik video ini sebenarnya menceritakan segala dugaan dan cabaran yang terpaksa lelaki ini hadapi dalam menempuhi kehidupan sehariannya tanpa kekasihnya.

Muzik video ini telah mendapat sentuhan dari pengarah Douglas Khoo, dan menjalani penggambarannya pada 12 Mei 2008 di Commercial Hub Studio dan juga Pusat Akuatik Shah Alam. Apa yang menariknya tentang muzik video ini adalah ia menampilkan kumpulan koir dan juga penggambaran dibuat di dalam air.

Penggambaran muzik video ini ialah satu pengalaman berharga buat Faizal apabila penyanyi itu mendapat peluang bekerjasama dengan perenang berirama kebangsaan, Katrina.

Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar, berkata pihaknya amat teruja dengan penghasilan muzik video ini terutama dengan kegigihan Faizal serta krew yang terbabit dalam penggambaran ini.

揝aya percaya Faizal akan menempah lebih kejayaan. Album dan juga muzik video ini hanyalah suatu permulaan,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2009 07:52 AM | Show all posts

THE STAR Thursday June 19, 2008

Spaniards are Faizal抯 favourite for Euro 2008

PETALING JAYA: The Euro 2008 action has gone into the knock-out stage and the quarter-finals this weekend sees Faizal Tahir, 30, proudly proclaiming that his favourite, Spain, will beat Italy, the reigning World Cup winners.

The local award-winning rock star and TV celebrity, who has kept his faith in Spain抯 attacking football, will be the first to tell you that La Furia Roja (the Red Fury) looks the part to be genuine contenders for Euro 2008.

揟here are several reasons why I抦 backing Spain ... First, they have the Liverpool connection with (Fernando) Torres, (Xabi) Alonso and (Pepe) Reina.
揂side from that, Spain抯 positive, attractive attacking play is awesome and their forwards have frightening pace,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 07:55 AM | Show all posts

Bintang Popular,Jun 30, 2008

Terima kasih sokongan pembaca
Bersama Ramli MS
[email protected]



Saya minta maaf jika ada pihak tersinggung selama tiga tahun di ruangan Aspirasi

ASSALAMUALAIKUM. Hari ini adalah hari terakhir saya menulis menerusi ruangan Aspirasi Ramli MS selepas genap tiga tahun saya menjadi penulis tamu Bintang Popular, akhbar sisipan Berita Minggu. Tulisan saya yang pertama diterbitkan pada keluaran 19 Jun 2005 dengan judul 'Tidak ada insan seni sehebat Ahmad Nawab'. Ketika itu Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB) ialah Datuk Hishamuddin Aun. Kini, beliau memegang jawatan Ketua Pengarang Kumpulan NSTP.

Sehingga hari ini, saya sudah menulis hampir 130 artikel. Terima kasih kepada Pengarang Kumpulan BHSB sekarang, Datuk Manja Ismail kerana terus memberi saya ruang bergelar penulis tamu. Peluang yang saya ini adalah pertama kali saya peroleh selama berkecimpung dalam dunia muzik. Bagi saya, ini satu kepercayaan kepada saya dan amat saya sanjungi.

Bagi tulisan terakhir ini, saya ingin menjelaskan mengenai inti pati Aspirasi Ramli MS. Menerusi ruangan ini, sekiranya anda pernah mengikuti tulisan saya, ada banyak perkara atau isu diperkatakan, termasuklah pengalaman peribadi, bekerja dengan artis, ilmiah mengenai seni, tokoh muzik dan individu yang menjadi rujukan serta insan yang pernah saya nyatakan mengenai pencapaian mereka.

Kenapa antara mereka ada yang dipilih dan sebaliknya? Ada nama mereka saya sebut dalam ruangan ini dan sesetengahnya pula tidak ada. Ada juga gambar mereka menjadi hiasan di ruangan ini dan sebaliknya. Bagi saya, saya melihat pencapaian individu berkenaan dari dulu hingga hari ini masih survive.

Maksud saya, berpuluh tahun karya mereka, baik seorang penyanyi, pencipta lagu atau apa saja yang dilakukannya dalam seni, mereka masih berada dalam arus perdana. Justeru, individu seperti inilah akan menjadi pilihan saya. Setakat pencapaian lima peratus saja, maksudnya hanya popular menerusi satu, dua lagu suatu ketika dulu, hari ini sudah tidak aktif, saya tidak akan menyebut nama mereka dalam ruangan saya.

Aspirasi saya bertujuan untuk mengangkat individu yang masih 慴ernafas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 07:56 AM | Show all posts

murai.com.my

Masak Dengan Faizal di Mandarin

24-Jun-2008 | Oleh: Haswari Ali

KUALA LUMPUR,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 07:57 AM | Show all posts

HM 9/7/08

Faizal Utamakan Nyanyi, Cipta Lagu


Rap
BAKAT nyanyian Faizal Tahir, 28 diakui apabila pem babitannya menerusi album sulung, Aku.Muzik.Kamu me nang empat anugerah di Anugerah Industri Muzik ke-15 (AIM15) April lalu. Begitu juga kemampuannya sebagai komposer walaupun pembabitan dalam arena hiburan masih boleh dianggap setahun jagung.

Dalam bidang pengacaraan, namanya dikenali menerusi program realiti pencarian bakat berkumpulan Gang Starz yang ditangani selama dua musim walaupun Faizal mengakui kurang berminat.

Biasanya apabila penyanyi itu popular, mereka juga diburu produser dan pengarah filem. Justeru bila agaknya Faizal melangkah bidang lakonan? Malah Faizal dikatakan me nerima banyak tawaran berlakon.

Faizal berkata, kecenderungannya lebih terarah pada bidang pengarahan berbanding lakonan. Katanya, walaupun banyak tawaran berlakon diterima tetapi semuanya terpaksa ditolak secara baik berikutan kesibukan waktu selain diri sendiri tidak bersedia.

揝aya sebenarnya tidak percaya pada kebolehan yang pel bagai. Maksud saya, kalau orang itu pandai menyanyi dan mengacara, tidak semestinya dia juga pandai berlakon. Bagi saya, individu yang memberi tumpuan pada sesuatu kerja atau bidang itu akan menjadikan mereka 慽stimewa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 07:58 AM | Show all posts

BH-09/07/08

Alif mahu berguru dengan Faizal Tahir
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff

TARIKH 29 Mei lalu tentunya cukup bermakna buat Muhammad Alif Mohd Satar atau Alif apabila pemenang tempat ketiga rancangan pertandingan One In A Million (OIAM) musim pertama itu akhirnya muncul dengan album sulung, walaupun dalam bentuk mini.

Dengan hanya memuatkan empat lagu, serta dua minus one, Alif mengaku album yang menggunakan namanya sebagai judul itu setidak-tidaknya mengingatkan kembali peminat bahawa kerjaya utamanya ialah tetap sebagai seorang penyanyi, bukannya pelakon atau pengacara.

Dia turut melihat kehadiran album terbitan dan edaran Power Records itu sebagai penanda kepulangannya ke dunia muzik selepas 慴erehat
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-2-2009 08:02 AM | Show all posts

BH 17 Julai

Bukan Kejar Anugerah
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin


CERIA: Faizal dan Roslen pada sesi Memasak Murai-Mandrain Oriental.

Faizal Tahir buat album untuk kepuasan diri sendiri, peminat

DALAM sibuk dilanda pelbagai kontroversi sehingga digam daripada muncul di kaca televisyen selama tiga bulan, penyanyi yang semakin meniti di bibir peminat hiburan tanah air, Faizal Tahir, 30, tidak pernah duduk diam.

Biarpun ditimpa masalah, otaknya masih ligat berkarya. Bukan untuk dirinya sendiri tetapi penyanyi yang lahir daripada program realiti One In A Million (OIAM) itu kini mula diintai dan mendapat kepercayaan artis lain untuk menghasilkan lagu mereka seperti Nikki, Maya Karin, Fazli Zainal serta Farah Asyikin.

Selain album artis lain, Faizal juga ligat mengumpul bahan untuk albumnya sendiri. Namun dia tidak meletakkan sasaran bilakah album keduanya itu bakal selesai.

Dia punya prinsip, melahirkan album untuk kepuasan sendiri bukan untuk mengajar sekalung anugerah. Jika ada rezekinya, anugerah akan datang dengan sendiri. Dia tidak mahu terburu-buru menyiapkan album hanya kerana mengejar tarikh untuk album terbarunya dicalonkan dalam anugerah.

揝aya lebih mengejar kepuasan pendengar dan kepuasan diri sendiri. Bagi saya dalam hal muzik, kualiti adalah penting. Saya tidak meletakkan sasaran untuk menyiapkan album. Album kedua saya itu nanti masih lagi berkonsepkan rock serta lebih matang sesuai dengan umur saya,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 08:03 AM | Show all posts

M.M'sia 3 Ogos

Tiga Kunci Kesihatan Faizal Tahir

SEBAGAI penyanyi popular, Faizal Tahir mengakui kehidupannya selalu sibuk di pentas persembahan. Undangan yang diterima, bukan sahaja melibatkan sekitar ibu kota malah juga ke luar kota.

Bukan itu sahaja, dia yang popular dengan lagu antaranya Sampai Syurga, Mahakarya Cinta dan Batu & Golek itu juga terlibat dalam bidang penciptaan lagu menyebabkan masa senggangnya turut dikongsi untuk menumpukan kepada bidang kreatif yang satu ini.

Tidak itu sahaja, Faizal juga menceburkan diri dalam bidang pengacaraan dan ketika ini, dia terlibat mengendalikan program realiti TV3, Gang Starz musim kedua bersama Fara Fauzana.

Namun kesibukan diri bukan alasan bagi penyanyi yang juga naib juara One In A Million (OIAM) musim pertama itu untuk tidak mengambil berat soal kesihatan dan penjagaan diri.

Malah baginya, kepentingan menjaga kesihatan diri merupakan antara elemen utama demi memastikan ia tidak menjejaskan urusan kerjaya yang seringkali menuntut kekuatan fizikal dan mental.

Perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan tabiat pemakanan seimbang dalam kehidupan seharian, kata Faizal, ia juga membudayakan diri dengan penjagaan kesihatan sejak awal lagi.

Mengamalkan tiga kunci utama dalam penjagaan faktor kesihatan diri, tegas Faizal, amalannya itu mudah, ringkas dan amat menyenangkan.

揝aya banyakkan minum air mineral, menjaga tidur dan tidak lupa pengambilan vitamin C,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2009 08:05 AM | Show all posts

murai.com.my

Anugerah Stail EH! 2008

KUALA LUMPUR, 8 OGOS 2008: Tuah sekali lagi menyebelahi pengacara terkenal Aznil Hj Nawawi, apabila dipilih menjadi Ikon Stail EH! 2008 sempena berlangsungnya Anugerah Stail EH! 2008, di sini, kelmarin.


Aznil mendahului dengan menerima kutipan undian tertinggi sekali gus melayakkan beliau menerima anugerah utama majlis berkenaan selain turut membawa pulang Anugerah Selebriti Mesra Peminat.


Ketika berucap sempena kejayaannya itu, Aznil berkata kejayaan itu adalah didorong oleh sokongan peminat sepanjang pembabitannya dalam dunia hiburan.


"Belum pernah lagi saya dihargai sebegini rupa. Tak tahulah dari sudut mana yang dikatakan saya ini stail. Itu yang pengundi yang menentukan. Saya anggap ini permulaan untuk saya lihat lebih anggun dan stylish," katanya.


Mempertaruhkan 13 kategori, Anugerah Stail EH! 2008 adalah julung kali dianjurkan oleh majalah fesyen dan gaya hidup, EH! Sebagai membuktikan kematangan majalah berkenan selepas lebih 9 tahun berada di pasaran. Pemilihan adalah berdasarkan undian yang dibuat oleh pembaca EH!, juga pengunjung laman web EH! serta menerusi suratkhabar Berita Harian bermula 1 Jun sehingga 31 Julai lalu.


Sementara itu Editor EH!, Asiah Meon, dalam ucapannya berkata, penganjuran Anugerah Stail EH! 2008 adalah sebagai penghargaan kepada dunia fesyen dan hiburan yang memainkan peranan penting kepada selebriti. Penganjuran berkenaan juga bagi menggalakkan selebriti tempatan untuk tampak lebih bergaya.


Selain Aznil, pelakon jelita Dynas turut dipilih untuk memenangi kategori Selebriti Wanita Susuk Tubuh Cantik yang memperlihatkan saingan sengit antara 3 bintang hebat iaitu Erra Fazira, Ziana Zain dan Rozita Che Wan.



Dato' Siti Nurhaliza dan Raja SMS, Mawi, turut tewas menerusi kategori Selebriti Pencapaian Terbaik yang menjadi milik mutlak penyanyi sensasi, Faizal Tahir.


Bagaimanapun, seperti yang diramal pasangan pelakon popular Vanidah Imran & Rashidi Ishak mendapat undian tertinggi dengan menewaskan Sheila Majid & Acis serta Nazril & Sazzy Falak untuk kategori Pasangan Selebriti Paling Diminati.


Model kontroversi, Amber Chia juga menepati ramalan ramai apabila dipilih untuk memenangi kategori Selebriti Wanita Paling Seksi dengan menundukkan pencabar terdekat Fasha Sandha dan Ziana Zain.



Keputusan Rasmi Anugerah Stail EH! 2008


Selebriti Wanita Paling Bergaya
Camelia


Selebriti Lelaki paling Bergaya
Anuar Zain


Selebriti Wanita Susuk Tubuh Cantik
Dynas


Selebriti Lelaki Tubuh Segak
Fahrin Ahmad


Selebriti Mesra Peminat
Aznil Hj Nawawi


Selebriti Wanita Paling Seksi
Amber Chia


Selebriti Lelaki Paling Seksi
Andy Estranged


Selebriti Berbakat Unggul
Elly Suriaty


Selebriti Paling Fotogenik
Rozita Che Wan


Selebriti Pencapaian Terbaik
Faizal Tahir

Selebriti Pilihan Kulit Majalah
Nasha Aziz


Selebriti Kulit Cantik
Zizie Ezzete


Pasangan Selebriti Paling Diminati
Vanidah Imran & Rashidi Ishak

credit to sharina@ rockensteiners.net
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 08:10 AM | Show all posts

Kosmo- 26 Aug 08

Kenangan indah Gang Starz 2


SERASI. Aksi bersahaja 'superman' dan 'supermad' pada pentas final Gang Starz 2.


HALLUUUU! Syukur. Alhamdulillah. Semuanya sudah selesai. Minggu yang cukup mencabar minda dan tenaga Fara sepanjang minggu lepas. Walaupun bercuti dan masih lagi bercuti. Hehehehe!Namun dalam percutian hidup Fara tidak sah kalau tidak diselitkan dengan sedikit yang berkaitan dengan kerjaya.

Okaylah...Fara dahulukan dengan ucapan tahniah kepada kumpulan One Nation Emcees kerana telah berjaya menjadi juara Gang Starz untuk musim yang ke- 2. Apa yang pasti Fara tahu semua orang seakan keliru apabila tidak dapat memastikan yang mana satu antara lima kumpulan yang beraksi di peringkat akhir bakal menjadi juara pada malam Ahad yang lalu.

Fara selaku pengacara bersama Faizal Tahir memang teruja dan panik disaat-saat mengumumkan nama pemenang.

Bukan apa, kes salah sebut nama adalah satu kesalahan yang sangat besar dan sangat ditakuti oleh kebanyakan pengacara yang mengendalikan sebuah pertandingan terutama yang ditayangkan secara langsung ke kaca TV anda.

Bayangkan, andai kata tersalah mahupun kononnya ada gimik sewaktu penggumuman, alih-alih tidak menjadi.Aduh!

Tuhan sahaja yang tahu apa yang akan terjadi waktu itu. Namun, atas tunjuk ajar semua orang yang bertanggungjawab dalam menjayakan Gang Starz musim yang kedua ini Fara dapat menjalankan tugas yang telah diberikan.

Apabila selesai sahaja Gang Starz musim kedua ni nampaknya Fara boleh bernafas sedikit pada hujung minggu kerana tidak perlu lagi berkejar dari Seri Pentas ke Auditorium Shah Alam.

Namun, bohong rasanya kalau Fara katakan yang Fara tidak rindukan suasana dengan kesemua kumpulan yang datang dari serata Asia demi AS$100,000.

D'Reborn(guys, please make sure that Kristy did not frown while singing), Akasia (Mak cik Fara berbangga dengan pencapaian kamu semua), One Nation Emcees (bila buat kenduri nanti Zaidi jangan lupa jemput dan Jojo kalau nak jadi adik ipar yang baik kena buat baik dengan Kak Ngah dulu. Hehehe), Paragon Child dan 3.5 (don't u guys ever forget me especially when you guys are already famous and going places).

'Kak Fara' (walaupun ada di antara mereka yang lebih tua daripada diriku, namun nak juga panggil 'kakak' huhuhu) will always support you guys from behind. To SOUTH TRIO, STEPS, PZG, D'RAZ and 3 VOICES, its nice to know you guys. There's always room to improve in future.

Seperti anda tahu, Fara yang memang suka mengambil kesempatan heheheh gurau jea, mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Farid Ridzuan kerana membuka pintu Gang Starz untuk Fara (walaupun pada awalnya Fara tidak mahu kerana takut untuk mengendalikan program realiti TV. Heheheh, bukan apa takut menangis lebih berbanding peserta), Abang Pian selaku penerbit yang juga antara yang mengajar cara-cara untuk menerbitkan perasaan 'suspen' ketika saat penyingkiran, Cik Marini yang lebih tinggi daripada biasa hehehe.Walaupun adakalanya kami tidak sependapat mengenai pakaian, namun Fara tahu Marini menjalankan tugasnya dengan baik dan dia memang mahukan yang terbaik untuk budak nakal yang selalu buatkan dia pening.

Okay.. Okay... I will make sure I will het the right figure after this heheheh..

Kepada Cik Lia yang banyak bersabar dan paling rajin 'bershopping' demi untuk mendapatkan baju yang sesuai untuk imej Fara Fauzana...Terima kasih yea. Tak lupa pada Mr. Zul dan Felicia termasuklah semua 'rakyat jelata' yang sudi menemani budak buas saban minggu.

Kepada team Gang Starz yang tidak tahu apa itu erti tidur, buat-buat la berehat. U guys deserve it and thank you for all the help.

Akhir sekali, tidak sah kalau Fara tidak berkata sesuatu mengenai pasangan pengacara diriku yang bernama Faizal Tahir. Walaupun di mata semua orang dia ni 'superman', namun ramai juga yang tidak tahu yang mana Fara juga boleh jadi 'supermad' takala 'superhero' yang dinanti tidak muncul tiba terutama disaat raptai konsert (tapi Fara pun ada juga sekali dua terlajak, heheh ampun).

Kalau anda lihat keadaan kami berdua mungkin tidak serasi pada mulanya, tapi Fara dapat rasakan yang kami ada peningkatan dari minggu ke minggu.

Namun sebagai seorang yang lebih muda, maka Fara mahu mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf andai kata ada mengutuk (tidak kira la depan atau di belakang) mengata dan membocorkan rahsia abang kepada umum! Hahahah jangan sedih walaupun 3.5 tak menang yea.Hahahahaha.

Kepada anda pula, andai kata ada salah dan silap dimata anda sepanjang Fara mengacarakan Gang Starz 2 ini.Ampun maaf dipinta yea. Saiz badan Fara ni jea yang besar, namun kalau nak diukur dari segi pengalaman masih lagi kanak-kanak riang.

Bila sebut pasal riang, hati siapa yang tak riang apabila adik kesayangan, Nadeen sudah selamat sampai ke Amerika Syarikat. Andai kata anda berada di KLIA pada hari Selasa lepas pastinya dapat melihat aksi-aksi Hindustan di antara mama dan Nadeen tatkala mereka mahu berpisah.

Tapi Fara bangga bila membuat semua orang hampa kerana gagal membuatkan 'Kak Ngah' menangis di sana heheeh. Tapi mereka tak tahu yang mana sampai jea rumah terus menangis teresak-esak.

Namun hati ni bersyukur bila Nadeen dah mula menghantar nombor telefon barunya di sana. Siap bagi pesanan suruh call dia selalu. Aduh! Nasib baik la Kak Ngah dia ada banyak kad ITalk, bolehlah cakap banyak-banyak bayar kurang.Heheheh. Boleh la ingatkan Nadeen pada hari Merdeka nanti untuk mengibarkan bendera Malaysia di AS. Baru la semangat sikit. Heheh.Salam Merdeka kepada semua.

LAYANNNN
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 08:11 AM | Show all posts

utusan 27/08/08



credit to sharina@ rockensteiners.net
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 08:13 AM | Show all posts

BH 3 Sept 08

Jawablah!: Cukuplah dengan GangStarz



Oleh Farihad Shalla Mahmud

Faizal Tahir tinggalkan dunia pengacaraan, mahu beri lebih tumpuan dalam nyanyian dan penciptaan lagu

BAKAT pengacaraan penyanyi Faizal Tahir terserlah di pentas program realiti Gang Starz. Kebolehannya berkomunikasi dalam dwi bahasa serta kelincahannya dalam mengendalikan acara membuatkan ramai yang mengagumi bakat terpendam bapa kepada dua cahaya mata ini.

Namun, selepas melewati dua musim mengemudi program realiti nyanyian berkumpulan itu bersama pasangannya, Fara Fauzana, Faizal akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan bidang pengacaraan yang semakin sebati dalam dirinya itu.

Hasrat itu diluahkan Faizal ketika si pelantun Mahakarya Cinta itu menjalani rakaman program raya Ghazal Rock, yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, baru-baru ini. Tegasnya, dia nekad dengan keputusan itu dan tidak akan ditarik balik.

Bukan kerana serik ataupun ada perasaan tidak puas hati tersemat di dalam hati. Sebaliknya, Faizal memberikan alasan yang cukup ringkas iaitu dia ingin memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kerjaya nyanyian yang amat dicintainya itu.

Hip: Bila dan apa yang membuatkan Faizal nekad meninggalkan dunia pengacaraan?

Faizal: Sebenarnya keputusan ini dibuat ketika saya sudah pun mengacarakan Gang Starz musim kedua. Tapi saya gagahkan juga meneruskan tanggungjawab yang diamanahkan. Lagipun tahun ini ada dua negara baru iaitu Thailand dan Filipina yang menyertai program ini. Jadi saya ambil kesempatan itu untuk memperkenalkan muzik Malaysia kepada mereka. Apabila ada masa terluang dan berpeluang untuk berbual dengan mereka, saya ambil kesempatan itu untuk menceritakan perkembangan industri muzik kita kepada mereka. Dan memandangkan tugas saya sudah pun selesai, jadi saya ingin umumkan di sini bahawa saya memang tidak mahu lagi menjadi pengacara dan akan memfokuskan kerja saya dalam bidang nyanyian dan penciptaan lagu saja.

Hip: Apakah selama ini bidang pengacaraan sebenarnya menjadi halangan untuk Faizal menyanyi?

Faizal: Bukanlah maksud saya menjadi penghalang tetapi ramai yang tidak tahu bahawa sebenarnya apabila saya berada di atas pentas, memanggil satu demi satu peserta membuat persembahan, hati dan batin saya meronta-ronta. Pada waktu itu, saya sering terfikir adalah lebih baik saya tampil ke depan pentas membuat persembahan dan bukannya melakukan tugas pengacaraan. Dalam hal ini, saya dapat rasakan jiwa saya sebenarnya bukan ke arah pengacaraan. Saya kalau buat sesuatu, tidak suka buat separuh hati atau dalam keadaan sambil lewa. Pada saya, biarlah saya menyanyi dan mencipta lagu saja kerana itulah yang saya minat dan salah satu cara saya untuk menyumbangkan sesuatu kepada industri muzik tanah air.

Hip: Kalau tawaran yang datang meminta Faizal mengacarakan program bual bicara yang berkaitan dengan muzik bagaimana?

Faizal: Seperti yang saya tegaskan tadi, selepas ini saya memang tidak berminat untuk menjadi pengacara. Berilah peluang itu kepada mereka yang minat. Dan saya, biarlah dengan kerja saya untuk menghiburkan orang dengan hasil seni saya. Lagipun saya mempunyai prinsip yang tidak percaya kepada konsep kepelbagaian iaitu seorang artis itu perlu pandai menyanyi, mengacara atau berlakon. Saya lebih senang fokus kepada apa yang saya minat. Sebagai contoh, sebelum ini bukan tak ada tawaran berlakon yang datang tapi saya terpaksa tolak. Ada empat tawaran yang datang kepada saya. Kesemuanya menawarkan watak utama. Tetapi saya terpaksa tolak kerana tidak berminat. Cuma saya ada juga menerima tawaran untuk muncul sebagai cameo dalam filem yang dilakonkan Nabil Raja Lawak, Lu Pikirlah Sendiri. Itupun saya bawakan watak saya sendiri.

Hip: Betulkah sebab nak tumpukan perhatian pada bidang nyanyian atau Faizal sebenarnya ada perselisihan faham dengan produksi atau rakan pengacara, Fara Fauzana?

Faizal: Setakat ini apa yang saya tahu, saya tidak bergaduh dengan mana-mana pihak dan kami bekerja bagaikan sebuah keluarga. Keputusan ini memang sudah lama ada dalam fikiran saya. Bulat sudah tekad saya untuk tidak mahu lagi bergelar pengacara walaupun ada yang datang memujuk. Bidang pengacaraan bukan untuk saya dan hati saya memang tiada ke arah itu.

Hip: Jadi apakah Faizal rasa yang selama Faizal menjadi pengacara adalah sia-sia belaka?

Faizal: Oh tidak! Saya akui sewaktu menjadi pengacara Gang Starz saya banyak belajar pelbagai perkara terutama dari segi keyakinan diri. Sebelum ini saya memang cepat gugup dan gementar apabila berdepan dengan khalayak ramai. Dan selepas mengacarakan program itu selama dua musim, saya dapat rasakan perubahan dalam diri saya.

Hip: Mengenai isu memakai celak sewaktu mengacarakan program final Gang Starz. Komen sikit.?

Faizal: Sebenarnya saya dalam peringkat untuk membuat perubahan dari segi konsep muzik dan imej untuk album kedua nanti dan pemakaian celak adalah salah satu daripadanya. Tapi, ia lebih kepada eye liner sebenarnya. Memandangkan muzik saya lebih ke arah rock, jadi apabila saya memakai celak nampak 慳ttitude
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 08:14 AM | Show all posts

HMetro, 2 September 08

Cukup hanya satu!
Oleh Rudy Imran Shamsudin
[email protected]

Rap
ACAP KALI tiba Ramadan, majoriti artis mengambil kesempatan ini untuk berehat selain menumpukan perhatian terhadap ibadat wajib dan sunat selepas penat bekerja sepanjang tahun.

Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 30 atau Faizal Tahir tidak ketinggalan melakukan perkara sama.

Ketika ditemui di sesi rakaman Ghazal Rock di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam baru-baru ini, Faizal mengharapkan ibadat puasa dilakukan dapat dijalani dengan penuh keberkatan.

"Inilah masa terbaik memandangkan pada waktu sama tidak banyak aktiviti dibuat selain memberi tumpuan kepada kerja rakaman. Itu pun ia dilakukan selepas saya selesai bertarawih.

"Pada minggu awal Ramadan kalau boleh saya mahu berbuka puasa bersama keluarga," katanya.

Faizal yang berkemampuan menulis lagu dan lirik, berkata bulan puasa memberikan lebih masa dan ketenangan untuk mencari ilham menghasilkan karya terbaru bagi dimuatkan dalam album kedua nanti.

Mengenai kerjaya seninya, Faizal mahu komited untuk satu cabang saja apabila mengumumkan mahu meninggalkan bidang pengacaraan, bagi membolehkannya memberikan tumpuan pada bidang nyanyian.

Sukar untuk menidakkan, sebelum ini ramai memuji kemampuan Faizal sepanjang mengendalikan rancangan realiti Gangstarz musim pertama dan kedua yang disiarkan di TV3.

Keputusan mengejutkan Faizal ini pasti mengecewakan peminat setia penyanyi yang cukup popular dengan lagu Maha Karya Cinta itu.

Memberi penjelasan lanjut mengenai keputusan diambil, tegas Faizal sudah tiba masanya dia berbuat demikian bagi memastikan kerjaya nyanyiannya berjalan lancar.



"Terus terang, saya sebenarnya tidak boleh melakukan dua kerja dalam satu masa. Mungkin inilah kelemahan saya. Seperkara lagi sepanjang mengendalikan rancangan Gangstarz, saya berasa sedih dan cemburu apabila setiap kali memanggil peserta keluar mengadakan persembahan.

"Saya berasakan sepatutnya tugas saya bukan memanggil peserta sebaliknya saya yang dipanggil untuk menghiburkan penonton. Perkara ini sudah saya perjelaskan kepada pihak atasan Media Prima Berhad terutama TV3 dan produksi Gangstarz. Mereka faham dan menerima keputusan diambil," katanya.

Keputusan sama dibuat membabitkan bidang lakonan. Dia tidak akan menerima tawaran kecuali ia sekadar penampilan istimewa seperti apa yang dilakukan dalam filem Lu Fikirlah Sendiri.

"Dalam filem itu saya menjadi diri saya sendiri dengan tampil mengadakan persembahan. Sekiranya ada tawaran seperti itu saya akan fikirkan, tetapi tidak berlakon sepenuhnya," katanya lagi.

Bagaimanapun, jelas Faizal, sepanjang pembabitannya sebagai pengacara Gangstarz banyak perkara baik dipelajari. Paling utama apabila dia dapat mempromosikan muzik tempatan kepada orang luar.

Sepanjang dua musim mengendalikan Gangstarz, naib juara One In A Million (OIAM) ini menjelaskan dia banyak bertukar pendapat dengan peserta dari Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina. Dia tidak ketinggalan memberikan albumnya AKU.MUZIK.KAMU kepada mereka sebagai buah tangan.

Menyentuh kritikan imej terbarunya yang kini tampil bercelak seperti disiarkan ruangan Soseh-Soseh, Faizal menjelaskan solekan seperti itu akan dikekalkan sebagai penampilan terbaru.

"Perkara ini sudah lama saya fikirkan dan rasanya ia sesuai dengan konsep muzik bakal saya tampilkan untuk album kedua nanti. Rasanya bercelak tidak perlulah dijadikan isu memandangkan ia sebahagian daripada solekan apabila tampil di atas pentas mahupun fotografi.

"Satu lagi perkara mahu saya kongsi dengan peminat iaitu penampilan baru itu juga ada kaitan dengan tajaan solekan daripada Dior untuk lelaki.

"Saya satu-satunya artis tempatan dipilih Dior untuk menjadi jurucakap mereka bagi jenama solekan terbaru untuk lelaki itu," katanya lagi.

Walaupun mengubah penampilan rupa tetapi tegas Faizal dia akan terus mengekalkan imej Superman, memandangkan tajaan untuk baju yang digayakan selama ini tidak bercanggah dengan wajah terbaru cuba ditampilkan nanti.



5 perkara dilakukan & dielakkan Faizal Tahir sepanjang ramadan



DILAKUKAN

1. Saya suka bawa keluarga membeli juadah di bazar Ramadan. Lokasi pilihan di Stadium Malawati Shah Alam berhampiran kediaman orang tua saya. Sejak kecil sehingga ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), saya tidak ketinggalan membeli makanan kegemaran di sana.

2. Juadah menjadi kemestian saya sepanjang bulan puasa adalah ayam golek, yong tau fu dan air kacang soya yang dijual di pasar Ramadan di Stadium Malawati, Shah Alam.

3. Saya akan memastikan minum banyak air terutama air suam. Saya lebih gemar minum air pada waktu sahur berbanding makan makanan berat seperti nasi.

4. Saya jarang mengambil makanan berat waktu berbuka. Sebaliknya saya akan menjamah kurma terlebih dulu dan menunaikan solat Maghrib. Saya tidak terlalu cerewet mengenai juadah berbuka.

5. Berkumpul bersama rakan lama untuk berbuka menjadi kemestian bagi saya. Lazimnya saya akan memilih satu hari sesuai bagi membolehkan semua kawan lama berkumpul. Lebih manis apabila ada yang membawa keluarga bersama, sekali gus bagi mengeratkan silaturahim sesama kami.



DIELAKKAN

1. Saya mudah rimas jika tidak melakukan sebarang kerja selama berpuasa. Apatah lagi tidur terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan badan lemah.

2. Saya akan mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Biasanya ketika Ramadan, kesesakan di jalan raya agak luar biasa ditambah dengan pembukaan bazar Ramadan. Namun, jika ada jemputan majlis berbuka, saya akan pastikan keluar rumah tiga jam lebih awal.

3. Saya tidak suka menunggu apabila menemani isteri membeli-belah untuk menyediakan kelengkapan hari raya. Justeru saya akan memberikan wang belanja dan isteri akan menguruskan segalanya sendirian.

4. Saya elak pembaziran sepanjang Ramadan. Biasanya apabila berpuasa kita akan menjadi rambang mata dan mahu membeli apa saja, tetapi saya akan beli apa yang dirasakan perlu saja.

5. Agak mengecewakan apabila membeli juadah di bazar Ramadan nampak sedap tetapi sebaik menjamahnya, ia tidak mempunyai rasa. Justeru saya cuma membeli makanan di gerai yang biasa saya kunjungi dan tahu mutu masakannya.



>Profile

Nama penuh: Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir

Panggilan: Faizal Tahir

Tarikh lahir: 26 Oktober 1978

Umur: 30 tahun

Kerjaya: Penyanyi, pengacara, komposer dan penulis lirik

Status: Berkahwin

Isteri: Siti Raihanim Noran

Anak: Mikaeel Zidane dan Siti Raudhah Nur Iman

Album: Aku.Muzik.Kamu

Rancangan Televisyen: Gangstarz

Anugerah: Penyanyi Lelaki Baru Terbaik, Penyanyi Lelaki Popular Anugerah Planet Music 2008, Vokal Lelaki Terbaik Dalam Album, Artis Baru Terbaik, Album Rock Terbaik dan Album Terbaik Anugerah Industri Muzik Ke-15.

credit to rienn@ rockensteiners.net
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 08:15 AM | Show all posts

Metro-17sept08

Faizal kejutkan ibu ubah suai rumah


PROGRAM Casa Impian terbitan TV3 minggu ini menampilkan kelainan kerana membabitkan pengubahsuaian kediaman artis terkenal Faizal Tahir.

Faizal menyertai program berkenaan lantaran ingin memberikan kejutan kepada ibu tercinta.

Beliau masih tinggal bersama biarpun sudah berumahtangga dan mempunyai dua cahaya mata.

Pengubahsuaian itu antara hadiah paling istimewa kepada ibunya yang sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada kerjaya dan peribadi penyanyi popular itu.

Ketibaan Aidilfitri tidak lama lagi tentunya memberikan seribu makna apabila ruang menonton kediaman ibu Faizal diberi sentuhan baru dengan idea dekorasi terbaik.

Sofa sesuai dan susun atur kabinet televisyen diletakkan pada kedudukan yang mampu menjadi titik fokal ruang.

Suasana lebih ceria dengan kehadiran kemasan langsir bergaya masa kini dan menyuntik keindahan pada seluruh ruang berkenaan.

Rancangan realiti pengubahsuaian itu disiarkan TV3 setiap Ahad, jam 12 tengah hari dengan membawakan konsep, wajah dan idea baru hiasan dalaman.

Bagi penonton di rumah yang penyertaan mereka tidak terpilih, jangan risau kerana peluang masih menanti mereka.

Hanya tonton Casa Impian setiap minggu dan kumpul jawapan bagi setiap soalan diberikan pada akhir rancangan 13 episod itu.

credit to ecahaishah@ rockensteiners.net
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 08:16 AM | Show all posts

B*Pop, 14 Sept 08

Maya Darina tak wujud!
Oleh Zubir Mohd Yunus


Farah dan Faizal menunjukkan keratan akhbar 'Maya Darina Dahlan Hain tidak wujud?'.

Faizal Tahir:
"TERUS-TERANG saya katakan, saya terkejut apabila nama saya dikaitkan menerusi satu artikel - 慚aya Darina Dahlan Hain tidak wujud?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 08:19 AM | Show all posts

BH 8/10/08

Seronok beraya bersama peminat

Oleh Rozdan Mazalan
[email protected]

FAIZAL Tahir ceria bersama peminat menjamu selera.

Faizal Tahir bangun seawal jam 6.30 pagi untuk mengunjungi empat peminat terpilih di Melaka, Gemas, Klang dan Petaling Jaya

MERASAI pengalaman beraya bersama peminat adalah masa yang ditunggu-tunggu oleh Faizal Tahir, penyanyi yang semakin digilai bukan saja remaja malah semua peringkat usia.

Sepanjang dua tahun bergelar penyanyi, Faizal berbangga apabila masa yang ditunggu-tunggu untuk berkongsi pengalaman mengunjungi rumah peminat tercapai.

Menurutnya, inilah kali pertama dia diberi peluang apabila penganjur Pepsi dengan kerjasama stesen radio HotFM mencari alternatif untuk menyatukan artis dan peminat sempena Aidilfitri ini.

揚engalaman yang cukup berbeza tahun ini bagi saya selepas bergelar penyanyi memang cukup bermakna. Ini kerana bukan semua penyanyi tanah air diberi peluang mengunjungi rumah peminat yang selama ini menyokong pembabitan dalam industri ini.

揚enghargaan ini juga saya berikan kepada Pepsi. Syarikat minuman ringan ini melantik saya sebagai jurucakapnya hampir dua tahun. Begitu juga dengan stesen radio HotFM yang sentiasa memberi sokongan untuk meningkatkan kerjaya saya dalam bidang muzik ini,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2009 08:21 AM | Show all posts

Media Hiburan keluaran 11 Oct 08




credit to sharina@ rockensteiners.net

[ Last edited by  sayasukagame at 5-2-2009 08:23 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 08:25 AM | Show all posts

Utusan 7/10/08

Rencana seni tiga jejaka




AMAT jarang tiga penyanyi lelaki yang berlainan genre ini disatukan dalam satu sesi fotografi.

Apatah lagi, ketiga-tiga lelaki ini mewakili jalur muzik yang cukup berbeza lantas mereka mempunyai peminat tersendiri.

Mungkin peminat mahupun masyarakat di luar sana mempunyai persepsi tersendiri tentang ketiga-tiga mereka yang mungkin tidak boleh disatukan namun telahan itu semuanya silap.

Sepanjang fotografi yang berlangsung di Carcosa Seri Negara, baik Anuar Zain, Faizal Tahir mahupun Sean Ghazi dilihat mempunyai keserasian yang cukup baik dan terdengar sesekali mereka berbicara serta berkongsi pendapat tentang pelbagai perkara dari muzik sehinggalah ke fesyen.

Sebenarnya, fotografi kali ini mengambil pendekatan untuk membicarakan tentang impak daripada kemenangan anugerah yang pernah dimiliki oleh tiga jejaka ini tatkala ketiga-tiga mereka mempunyai satu persamaan iaitu pernah dinobatkan dengan gelaran Artis Baru Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM).

Mungkin ramai yang akan bertanya apakah rasionalnya isu ini dibicarakan di kala semangat dan suasana Syawal masih hangat terasa. Namun, apa salahnya, sekali-sekala pendekatan itu dilencongkan.

Sememangnya setiap insan seni akan mengidamkan anugerah untuk berada di dalam genggaman tetapi sejauh manakah anugerah itu mampu memberikan impak yang besar dalam karier seni mereka.

Ada yang berjaya dan tidak kurang pula ada yang terus tenggelam. Untuk mengupas isu ini, Anuar, Faizal dan Sean telah masing-masing memberikan buah fikiran mereka.

Bukan alasan goyang kaki
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 08:28 AM | Show all posts

mstar 21/11/08

Faizal mahu jadi pemuzik sejati?

Jumaat November 21, 2008
oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN


GELARAN SUPERMAN sememangnya menjadi trademark Naib Juara One In A Million musim pertama Faizal Tahir.


Namun dek gelaran yang sangat digilainya itu pernah mebawa padah kepadanya apabila dihukum gara-gara tindakannya membuka baju ketika menyanyi pada persembahan pentas sempena konsert ulang tahun 8TV di Central Park Avenue, Petaling Jaya, Selangor 13 Januari lalu.


Didenda melakukan kerja-kerja amal dalam tempoh enam bulan di samping diharam mengadakan persembahan secara langsung di stesen-stesen TV swasta lain, ia sudah cukup memberikannya pengajaran.


Kini setelah hampir 10 bulan peristiwa itu berlalu, bapa kepada dua cahaya mata ini terus ligat mempromosikan single terbarunya, Cuba.


Faizal memang tidak dapat lari dari 'trademarknya' yang menggilai watak Superhero, Superman.

Ibarat ingin menutup buku lama dan membuka buku baru nyata anak jati Kuala Lumpur ini seorang yang optimis tentang perjalanan karier seninya sebagai anak seni.


擝iarlah semua yang tidak baik itu berlalu. Saya ingin buka buku baru.Tahun 2008 banyak tinggalkan kenangan kepada saya.


擜da pahit dan manis dan saya rasa yang manis itu lebih istimewa untuk dikenang,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 08:29 AM | Show all posts

UM, 5 Dis 08

Faizal tebus kesilapan lalu

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]

APABILA Cuba dan Sampai Syurga berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 23 kategori Balada, tiada apa yang mampu diungkapkan oleh Faizal Tahir melainkan memanjat kesyukuran ke hadrat-Nya.

Berbeza dengan tahun lalu, dia hanya menggalas tanggungjawab sebagai penyanyi sahaja, tetapi erusi kedua-dua buah lagu yang dicipta oleh Audi Mok itu.

Ketika di temui baru-baru ini, Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir menjelaskan, kejayaan Cuba dan Sampai Syurga adalah untuk menebus kembali kekecewaannya setelah apa yang menimpanya awal tahun ini.

揝aya agak terkejut sebenarnya apabila dua buah lagu ini berjaya ke peringkat separuh akhir dan saya tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi kerana semua lagu yang bertanding dalam kategori ini semuanya hebat dan handal.

揕agu-lagu seperti Lagu Kita nyanyian Aizat, Teman Terulung (Anuar Zain) dan Dingin (Ziana Zain) juga mampu memberikan cabaran dan saingan sengit kepada Cuba dan Sampai Syurga.

揝aya melihat senario ini sebagai satu yang menyihatkan dan juga menunjukkan bahawa kualiti lagu-lagu kita semakin meningkat,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.195891 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list