CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BeachBoys

Memories of Terengganu@Terenjanu@Terenkanu

[Copy link]
Post time 22-5-2010 07:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 22-5-2010 20:45

Dikatakan pada tahun 1911 penduduk kuala berang seramai 100 ribu orang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2010 08:22 PM | Show all posts
Di Asia Tenggara dan Kepulauan Melayu, kita akan temui tokoh-tokoh tasawuf yang memainkan peranan penting di dalam politik dan pentadbiran negara. Pada zaman keagungan empayar Islam Acheh pada abad ke-16 dan 17, kita dapat melihat bagaimana peranan yang dimainkan oleh Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri, Syeikh Abd Rauf Singkel dan lain-lain lagi.

Sejarah kedatangan Islam di Terengganu, malah di Semenanjung Tanah Melayu juga berkait rapat dengan usaha dakwah golongan Tasawuf. Ia bermula di Kuala Berang yang menjadi pusat tamadun dan kerohanian Islam pertama.

Kira-kira 700 tahun dahulu, penduduk Kuala Berang dipercayai menganut agama Buddha, kemudian Hindu dan akhirnya menerima Islam.

Dakwah Islam ini telah dibawa oleh seorang ulama yang sangat berjasa kepada Nusantara ini bernama Syarif Muhammad al-Baghdadi.

Beliau merupakan keturunan Saidina Hasan daripada sebelah bapanya dan Saidina Husin daripada sebelah ibunya.

Syarif Muhammad dipercayai telah meninggalkan takhtanya dan kerajaan Baghdad untuk beruzlah di Mekah. Selepas Mekah, Syarif Muhammad menuju ke Hadratulmaut di Yaman dan kemudiannya ke Nusantara iaitu di Hulu Terengganu. Beliau berdakwah menyampaikan Islam kepada masyarakat dan berjihad menjatuhkan kerajaan Seri Wijaya Majapahit.

Setelah berjaya menjatuhkan kerajaan Hindu, beliau telah mendirikan sebuah kerajaan Islam dan seterusnya membina sebuah pusat pemerintahan yang dinamakan “Kota Tamir” yang terletak di kawasan seluas 300 ekar. Ramai di kalangan para pembesar dan raja-raja Hindu yang memeluk Islam dan menjadi pengikut yang kuat.

Pemerintahan dan perjuangan Baginda Syarif Muhammad diteruskan pula oleh keturunannya yang bernama Syarif Abdul Qahar bin Syarif Muhammad (Tok Paloh), kemudian diamanahkan kepada cucunya Syarif Abdullah bin Syarif Qahar (Tok Pauh) dan seterusnya kepada cicitnya Syarif Abdul Malik yang juga disebut Syeikh Abdul Malik atau Tok Pulau Manis. Kesemuanya adalah wali Allah dan dimuliakan Allah dengan diberikan pelbagai karamah.

Tok Pulau Manis kemudiannya menubuhkan pula ‘Kota Pulau Manis’ dan mendirikan institusi pendidikan agama yang tertua dan terbesar di Tanah Melayu ketika itu. Beliau telah mengambil jalan wara’ dengan menyerahkan pemerintahan kerajaannya kepada menantunya iaitu Tun Jenal yang berkahwin dengan anaknya Siti Zubaidah. Tun Jenal ditabalkan sebagai raja di Tanjung Baru, Hulu Terengganu dan bergelar Sultan Zainal Abidin 1.

Seorang lagi ulama tasawuf Terengganu ialah Tokku Paloh, seorang guru mursyid Tariqat Naqsyabandiah yang banyak berjasa terhadap kerajaan Terengganu dan rakyat jelata di dalam usaha menentang kerajaan British.

Salah satu peristiwa yang masyhur ialah ketika pihak Inggeris mahu berunding dengan Raja Melayu mengenai satu tempat bernama Bukit Besar yang ingin mereka miliki. Raja atau Sultan Terengganu pada ketika itu ialah Sultan Zainal Abidin III dan regu baginda ialah Tokku Paloh. Bila Inggeris bertemu baginda dan menyatakan hasrat mereka, lantas Sultan bertitah, “Negeri ini ada tuannya, hendaklah berunding dengannya terlebih dahulu.” Maksud baginda ialah Tokku Paloh.

Pihak Inggeris pun bertemu dengan Tokku Paloh dan berunding mengenai hal itu. Tokku Paloh mengatakan bahawa mereka boleh ‘mengambil’ Bukit Besar dengan syarat bukit itu dibawa balik ke negeri mereka, punggahlah tanahnya ke dalam kapal.

Pihak Inggeris amat marah lalu bangun untuk meninggalkan majlis tersebut. Tapi dengan izin Allah dan karamah Tokku Paloh, kerusi yang diduduki pihak Inggeris melekat pada punggung mereka. Lalu Tokku Paloh menyindir, “Bukan Bukit Besar sahaja yang kamu mahu ambil, tapi kerusi kamipun kamu mahu ambil juga”. Pergilah pihak Inggeris dengan penuh rasa malu.

Kemudian, mereka mahu berunding buat kali kedua tapi ia mestilah diadakan di atas kapal mereka yang besar itu. Bila diajukan jemputan kepada Tokku Paloh, beliau mengatakan kapal besar tak mampu bertahan kalau ia naik. Pihak Inggeris ketawa mendengar kata-kata Tokku Paloh itu.

Namun dengan izin Allah dan karamahnya, setiap kali Tokku Paloh menyengetkan serbannya ke kanan atau ke kiri, maka kapal yangbesar itu turut senget mengikut perbuatan Tokku Paloh. Hal itu menimbulkan perasaan cemas di pihak Inggeris sehingga rundingan dibatalkan serta merta.

Begitu juga dengan murid Tokku Paloh, Haji Abd. Rahman Limbong yang telah memainkan peranan penting dalam kebangkitan tahun 1921-1928 Masihi di Terengganu dalam mempertahankan Islam dari anasir penjajahan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2010 08:24 PM | Show all posts
Reply 101# cmf_BeachBoys

dinasti al-kamil yg berpusat di Kota Temir adalah empayar khilafah Islam pertama di nusantara! kenapa ramai yg tak tahu pasal ni?? sebab sejarah ini digelapkan oleh penjajah yang datang ke tanah melayu dulu... menaungi kerajaan2 islam kecil yg lain seperti Cirebon, Banten, Mataram, Pagar Ruyung.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2010 08:26 PM | Show all posts
TOKKU PULAU MANIS

Nama Tokku Pulau Manis sememangnya telah begitu masyhur di kalangan penduduk Terengganu sebagai seorang ulama dan juga pejuang tanah air pada waktu penjajahan British dahulu. Namun begitu, tidak ramai yang mengenali susur galur dan juga sejarah hidup ulama Melayu ini.Nama beliau yang sebenar ialah Shaikh Abdul Malik bin Abdullah. Shaikh Abdul Malik adalah berasal dari keturunan Syarif Muhammad al-Baghdadi yang merupakan seorang raja di Baghdad. Kemudian beliau telah merantau ke Terengganu dan menjadi pemerintah di Terengganu yang dikenali dengan Kerajaan Temir.


Pada tahun 1650, Shaikh Abdul Malik telah dilahirkan di Kampung Pauh, Kuala Berang. Beliau merupakan putera kepada Tuanku Syarif Abdullah iaitu seorang pemerintah dan ulama kerajaan Temir pada masa itu. Beliau diberi nama Syarif Abdul Malik bin Tuanku Syarif Abdullah bin Tuanku Syarif Abdul Qahar bin Tuanku Syarif Muhammad Al-Baghdadi, pengasas kerajaan Islam pertama di Terengganu. Beliau adalah berketurunan dari nasab Rasulullah s.a.w.

Kehidupan Shaikh Abdul Malik di istana adalah juga merupakan tempat umat Islam menerima ilmu, tarbiyyah dan menjadi pusat pertadbiran kerajaan. Dalam meniti usianya di istana, beliau banyak memerhati dengan penuh teliti setiap butir perkataan dan gerak-geri ayahandanya yang merupakan sebagai gurunya yang pertama. Dari sehari ke sehari, beliau membesar di dalam suasana yang penuh seimbang antara agama dan politik yang memungkinkan beliau menjadi matang melebihi usianya. Malahan begitu, beliau juga tidak begitu berminat untuk bermain sebagaimana kanak-kanak yang seusia dengannya. Akan tetapi, beliau lebih berminat untuk mentelaah kitab, mendampingi ayahandanya dan melakukan ibadat. Hasil dari Sifat-sifatnya yang mulia dan daya intelektualnya yang bijak itu telah memperlihatkan yang beliau akan menjadi seorang pemimpin yang hebat pada suatu masa nanti. Ia bukan sahaja terlihat dalam bidang agama dan kerohanian tetapi juga dalam soal pentadbiran dan kepimpinan.

Atas didikan dan pengawasan yang penuh kasih sayang dari kedua-dua ibu bapanya, tambahan pula dengan perihal dirinya yang amat menarik, dengan tubuhnya yang sederhana dan wajahnya yang menarik membuatkannya menjadi sanjungan dan perbualan sesiapa sahaja yang melihatnya. Selain itu, beliau mempunyai perwatakan yang halus budi pekerti, amat kuat ingatan, cintakan ibadah dan suka bersendirian yang menjadikannya lebih dipandang tinggi oleh penduduk setempat. Apabila beliau semakin menginjak dewasa, beliau disuruh pula oleh ayahandanya mengikuti bapa saudaranya yang bernama Ismail untuk sama-sama pergi berniaga. Ia bertujuan agar beliau dapat meluaskan pandangannya melalui pemerhatian dan pengalaman yang dilaluinya.

Setelah sekelian lama menuntut ilmu dengan ayahandanya dan juga ulama tempatan, Shaikh Abdul Malik disuruh pula oleh ayahandanya belayar ke Aceh untuk menuntut ilmu di sana yang juga lebih dikenali sebagai Serambi Mekah, merupakan sebuah pusat penyebaran ilmu di Nusantara bahkan juga tempat pengajian pertama sebelum seseorang itu melanjutkan pelajaran ke Mekah. Dalam usianya seawal 20-an, beliau telah meninggalkan tanah airnya dan belayar ke Aceh bersama dengan sahabat-sahbatnya. Di sana, Shaikh Abdul Malik telah berguru dengan Syeikh Abdul Rauf Ali al-Fansuri yang juga dikenali sebagai Tok Shaikh Kuala yang merupakan ulama besar di Nusantara pada waktu itu.

Apabila Shaikh Abdul Rauf melihat keadaan beliau yang telah dapat menguasai beberapa ilmu seperti hadith, tafsir, nahu, saraf, fiqh dan tasawuf dengan baik, beliau pun dibaicah oleh Shaikh Abdul Malik dengan tarekat Shatariah dan diperintahkan untuk melakukan suluk bersama dengan tiga muridnya yang lain iaitu Shaikh Yusuf Khalawati al-Mankatsi dari Bugis Mekasar, Shaikh Abdul Muhyi Pamijihan dari Cerebon Tegal dan Shaikh Burhanuddin Ulakkan dari Sumatera Barat. Ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh sehingga tercapai beberapa maqam padanya. Akhirnya, Shaikh Abdul Malik telah dilantik sebagai khalifah tarekat Shatariah dan diperintahkan untuk mengembangkannya di Terengganu apabila pulang ke negerinya.

Setelah sekian lama menuntut ilmu dengan Shaikh Abdul Rauf dan telah selesai dalam pengajiannya di bawah bimbingan gurunya itu, Shaikh Abdul Malik diperintahkan oleh gurunya itu untuk menyambung pengajiannya di Mekah dan Madinah. Pada usia sekitar 30-an, beliau dan beberapa orang sahabatnya telah belayar ke Mekah setelah mendapat keizinan dari gurunya. Di Mekah, Shaikh Abdul Malik telah berguru dengan ulama-ulama yang besar dan salah seorang darinya ialah Shaikh Ibrahim al-Kurani yang merupakan guru kepada Shaikh cAbdul Rauf Singkel dan pengganti kepada Shaikh Ahmad Qusyasyi.

Pada tahun 1690 M, gurunya iaitu Shaikh Ibrahim al-Kurani telah kembali ke RahmatuLlah. Pemergian gurunya yang dikasihi itu amat dirasai tambahan pula gurunya itu juga amat kasih kepada dirinya selama beliau menuntut bersamanya. Pada usianya menjangkau 40 tahun, Syarif Abdul Malik kembali ke tanah airnya. Setibanya beliau di pelabuhan di Kuala Berang, Shaikh Abdul Malik telah disambut oleh ahli keluarganya dan rakyat jelata. Apabila melihat keadaan diri ayahandanya yang telah uzur, beliau menyedari bahawa tanggungjawab berat yang bakal dipikulnya makin hampir.

Setelah beberapa bulan pulang dari Mekah, ayahandanya telah menjodohkan Shaikh Abdul Malik dengan Puteri Mahpuri, anak kepada seorang pembesar yang berasal dari kerabat Diraja Johor yang kemudiannya telah menetap di Terengganu, iaitu di Kampung Batu Hampar. Mertuanya bergelar Tok Raja Lila.

Selepas berkahwin, beliau telah membawa isterinya ke istananya di Kota Tamir. Perkahwinan mereka adalah berdasarkan iman dan kasih sayang. Mereka dikurniakan beberapa orang putera dan puteri. Dari perkahwinan yang dalam suasana iman, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu tiga lelaki iaitu Badaruddin, Imam Yusuf, dan Haji Yaakob (Tok Bongkok) serta seorang anak perempuan yang bernama Siti Zubaidah. Ada juga yang meriwayatkan bahawa Tok Pulau Manis tiada anak perempuan. Walhal, yang berkahwin dengan Sultan Zainal Abidin 1 itu adalah anak angkat Tok Pulau Manis yang dipelihara selepas kematian ayahnya, Wan Ismail Datu.


Setelah ayahandanya mangkat, Shaikh Abdul Malik telah dilantik menjadi pemerintah kerajaan Islam Temir ketika itu. Beliau menerima tanggungjawab itu dengan perasaan yang amat berat. Bebanan tanggungjawab yang diterimanya itu membuatkannya menjadi semakin sibuk. Banyak urusan yang terpaksa dilakukannya telah memungkinkan beliau merasa tidak senang duduk. Jiwanya yang lebih cenderung kepada mengajar, berdakwah, mengarang dan beruzlah telah meresahkan lagi hatinya. Setelah beliau bermunajat kepada Allah dan memohon petunjuk daripadaNya, akhirnya beliau telah membuat keputusan untuk mencari pengganti dirinya.

Setelah itu, Shaikh Abdul Malik pun bermesyuarat dengan para pembesarnya dan menyatakan hasratnya yang ingin turun takhta dan menggantikannya dengan Tun Jenal yang merupakan anak seorang pembesar Johor pada ketika itu dan juga muridnya sendiri. Para pembesar menerima permintaan Shaikh Abdul Malik. Namun, mereka telah meletakkan dua syarat kepada beliau. Pertama, Shaikh Abdul Malik mesti tetap menjadi penasihat dan guru kepada istana. Kedua, Tun Jenal dikehendaki mengahwini puterinya Siti Zubaidah untuk memastikan keturunannya terus memerintah di Terengganu.

Dalam usia sekitar 80-an, Tok Pulau Manis banyak menumpukan kepada mengajar, mengarang kitab dan menyebarkan tarekat Shatariah. Anaknya yang bernama Badaruddin telah diangkat menjadi Shaikh tarekat Shatariah dan telah diizinkan untuk membaicah dan membimbing suluk para muridnya.

Dari sehari ke sehari, kesihatannya mula terjejas dan menjadi semakin tenat dan uzur. Beliau banyak menghabiskan usianya yang ada dengan berkhalwat dengan Allah Taala. Setelah dirasakan kesihatannya semakin bertambah buruk, beliau pun telah menghimpunkan ahli keluarganya, murid-muridnya serta penduduk tempatan, beliau telah berpesan agar mereka kuat berpegang dengan ajaran agama dan hendaklah menyebarkan segala ilmu yang ada serta dipesan agar menjaga negeri Terengganu dengan cara memberi ilmu kepada rakyat dan jangan dijauhi orang-orang yang jahil.

Pada pagi Jumaat di tahun 1736 M/ 1149 H, Tok Pulau Manis telah pulang ke Rahmatullah dalam usia 86 tahun. Berita kematian Tok Pulau Manis itu telah tersebar ke pengetahuan istana raja, maka bergegaslah Sultan Zainal Abidin 1 dan para pembesarnya ke kampung Pulau Manis untuk menziarahi jenazah ulama dan wali Allah itu buat kali terakhir. Selepas jenazahnya disembahyangkan, jasadnya disemadikan kemudian jenazahnya dibawa ke makan dengan diiringi sultan, para pembesar dan rakyat jelata. Setelah itu, Sultan Zainal cAbidin 1 telah memerintahkan agar pembinaan makam Tok Pulau Manis dengan diletakkan batu ’bereluk’ di sekelilingnya. Makamnya juga hendaklah ditutupi dengan kain kelambu berwarna kuning.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2010 08:37 PM | Show all posts
Aku kongsikan gambar-gambar makam Tok Ku Pulau Manis untuk tatapan korang semua... Wali agung / pemerintah terakhir empayar Islam Temir...







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2010 08:48 PM | Show all posts


Penjajahan
Penjajahan British ke atas Terengganu merupakan satu peristiwa penuh intrik dalam sejarah Malaysia bermula dari lawatan Sweetenham dalam tahun1908. Terengganu merupakan negeri terakhir menerima Penasihat British  melalui kebijaksanaan politik pemerintah Terengganu khususnya Sultan Zainal Abidin II. Sejarah mencatitkan penolakan kerajaan Terengganu kepada intipati Ketetapan Sulit  Inggeris-Siam 1887 yang menyerahkan Terengganu dari Siam kepada Inggeris. Kerajaan Terengganu berpegang kepada kedaulatannya dan menganggap penghantaran bunga emas ke Siam dari tahun 1781 hingga 1869 merupakan lambang persahabatan bukan penaungan. Hanya selepas 9  tahun daripada penerimaan wakil British dalam tahun1910 barulah Terengganu di bawah Sultan Muhammad dalam suasana yang agak pelik menandatangani perjanjian pada Mei 1919 di Singapura menerima Konsul British yang pertama iaitu J.L Humphrey. Begitupun penjajahan ini diwarnai oleh penentangan rakyat dan pentadbir terutama daripada golongan ulama yang berakhir dengan pengunduran Sultan Muhammad daripada takhta kerajaan pada 21 Mei 1920 dan Pemberontakan Tani 1928.  Kedegilan negeri ini menerima British mungkin antara penyebab Terengganu dibiarkan mundur walaupun ianya memberikan keuntungan ekonomi kepada Inggeris khususnya melalui bijih besi dan balak.

Pemberontakan Tani

Pemberontakan Tani dalam tahun1928 di Kuala Berang jarang sekali disebut dalam sejarah Terengganu moden. Namun ia merupakan satu peristiwa penting penentangan rakyat terhadap pentadbiran British di Terengganu. Dari aspek senibina ia mempunyai kepentingan khususnya tentang keujudan penempatan yang penting di kawasan-kawasan pemberontakan sebelum merdeka. Catitan Clifford [1961] menyebut " Lapuran Banci 1911 mencatat pada tahun itu lembah Terengganu berhampiran Air Terjun Jenagor diduduki 100,000 orang..." Jenagor adalah satu kawasan dalam Kuala Berang. Penempatan 100,000 penduduk bukanlah suatu penempatan yang kecil dan kemungkinan keujudan satu sistem perancangan mungkin tersedia.  Ini berbeza dengan keadaan Kuala Berang yang tertinggal setelah kemasukan British hinggalah selepas kemerdekaan dicapai. Secara peribadi saya berpendapat kemunduran Kuala Berang berkait dengan balas dendam British ke atas kawasan-kawasan yang memberontak - satu fenomena yang dapat dilihat dalam pembangunan daerah-daerah penentang lain juga.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2010 01:16 AM | Show all posts
bukan negeri terawal kedah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2010 01:34 AM | Show all posts
bukan negeri terawal kedah ke?
sekngucing Post at 23-5-2010 01:16


Persekutuan Langkasuka, termasuklah hampir semua negeri di Selatan Thai, Utara Malaysia, n Pantai Timor... Kedah awalnya cuma pelabuhan sebelah Barat sebelum pecah dr Langkasuka jd negara autonomi lebih kurang macam itu lah pd sekitar abad ke-6 M.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2010 02:36 AM | Show all posts
umat melayu smpai ke singgora sana kan genot? tp dah dipecahkan siam kapir
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2010 03:11 AM | Show all posts
umat melayu smpai ke singgora sana kan genot? tp dah dipecahkan siam kapir
sekngucing Post at 23-5-2010 02:36


ya, tp bukan semestinya begitu
nanti2 lah aku tepek kat tempat2 sesuai...
aku bru ja tukar maklumat dg keturunan gabenor Ligor (Nakhon Si Thammarat)...
orang tu ada di Iran skarang ni, tp keturunan yg lain2 pun masih wujud di Kedah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2010 10:31 AM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 23-5-2010 13:03

Dari catatan 'Han Shu (Buku Dinasti Han)' (Edisi: 28), karya Ban Gu (32-92) sejak abad pertama wujud jalan maritim antara China dengan India Ketika itu, Semenanjung Tanah MelayuSelat Melaka menjadi laluan dan tempat persinggahan. Nama 'Duyuan' sebenarnya ialah Duyung di Terengganu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2010 12:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 23-5-2010 12:58

  Laksamana Cheng Ho / Sanpokong ( / )
  1414M, Sanpokang : Sungai Nerus Zaman Dinasti Ming (1368M-1644M)


Satu pelayaran rombongan raksasa yang dipimpin oleh Laksamana Cheng Ho kali ke 4 (1413M - 1415M) telah melalui Terengganu (Ding-Jia-Lu) seperti pelan pelayaran yang dikembarkan didalam peta  yang dicatitkan oleh pegawai Laksamana.  Mengikut catatan buku "Ying Ya Sheng Lan" (Pemandangan Indah di Seberang Samudera) telah ditulis oleh Mohd Fuad (Ma Huan) seorang Pegawai Rombongan pada 1451M dan buku "Xing Cha Sheng Lan"(Menikmati Pemandangan Indah Dengan Rakit Sakti) telah ditulis oleh Faizil (Fei Xin) seorang lagi Pegawai Kanan pada 1436M, mencatatkan kami bahawa rombongan utusan seramai 27,800 orang kali ke 4 ini disertai lebih daripada dua ratus buah kapal : -

(1) Kapal Bao(14 Layar), panjangnya 120 meter dan lebar 50 meter.
(2) Kapal Kuda (6 Layar), panjangnya 104.7 meter, lebar 42.4 meter, kedalamannya 6 meter, berat bersih 14,586 tan dan berat muatannya sebanyak 7,000 tan.
(3) Kapal Kargo (6 Layar), panjangnya 79.2 meter, lebarnya pula 34 meter, kedalamannya 6 meter, berat bersih 7,081 tan dan berat muatan 3,500 tan.
(4) Kapal Passanger (5 Layar), panjangnya 67.9 meter, lebarnya 26.6 meter, kedalamannya 5 meter, berat bersih 4,033 tan dan berat muatan 2,000 tan.
(5) Kapal Perang (3 Layar), panjangnya 50.9 meter, lebar 19.2 meter, kedalamannya 4 meter, berat bersih 1,703 tan dan berat muatannya 850 tan. Sebenarnya Perahu Besar Terengganu menyerupai kapal perang ini.
(6) Perahu Air (1 Layar), panjangnya 42 meter dan lebarnya 16 meter.
(7) Perahu Berkayuh 8 Besar, panjangnya 42 meter, dan lebarnya 16 meter.
(8) Perahu Berkayuh 6, panjangnya 34 meter dan lebarnya 13 meter dan
(9) Perahu Berkayuh 8, panjangnya 34 meter, lebarnya pula 13 meter.

  Misi pelayaran Laksamana Cheng Ho ialah : -   
(1) Mengukuhkan perhubungan persahabatan antara Negara Cina dengan Negara-negara di Asia Tenggara, Lautan India, Benua Arab/Parsi dan Afrika Timur.
(2) Menunjukkan kekuatan Negara Cina serta mewujudkan pendamaian antara satu sama lain.
(3) Memajukan perdagangan antarabangsa.
(4) Memperkenalkan hasil pengeluaran tempatan.
(5) Menjamin keselamatan pedagang Maritim.

  Disamping itu Laksamana Cheng Ho juga menjalankan kegiatan dakwahnya dengan menyebarkan Agama Islam di Nusantara seperti Empayar Serivijaya, Majapahit, Melaka, Terengganu, Fo-Lo-Ann, Kedah dan lain-lain, dimana sebelum ini dipengaruhi oleh agama Hindu/Buddha.

Sebenarnya Laksamana Cheng Ho diberi satu tugas penting untuk mencari anak saudara kepada Maharaja Yok Lok (Maharaja Ke 3 Dinasti Ming) iaitu Maharaja Huai-Choo Yun Wan (Kian Wan) yang telah lari dari Istana di Namking pada tahun 1402M. Pada masa itu Kian Wan berumur lebih kurang 20 tahun dan telah dilantik oleh datuknya Maharaja pertama Dinasti Ming Choo Yuan Zhang tahun 1399M kerana ayahnya telah meninggal dunia terlebih dahulu.  Laksamana Cheng Ho beranggapan bahawa Kian Wan dan orang-orangnya telah lari ke Terengganu kerana terdapat maklumat berkenaan Ku-Du-Kun (Dinasti Han), Koli (Dinasti Sui), Fo-Lo-Ann (Dinasti Song), Ting-Ya-Nung (Dinasti Song), Ding-Jia-Lu (Dinasti Yuan), Pai-Jai (Dinasti Yuan), San-Jiao-Ye (Dinasti Yuan) yang telah lama dicatatkan dalam Buku Sejarah Lama Cina. Laksamana Cheng Ho pun tahu Fo-Lo-Ann (Berang) adalah sebuah pusat perniagaan saudagar Cina, Arab, India dan lain-lain.  

Armada Cheng Ho singgah di Laut hadapan Kuala Terengganu dan Laksamana memerintah anak kapalnya masuk ke dalam Sungai Terengganu untuk menjalankan misinya. Selain daripada mencari sasarannya, anak kapal mengambil air tawar di Kawasan Jeram Sungai Nerus dimana mereka mendarat disitu lalu mereka tertarik dengan pemandangan alam sekitarnya.  Laksamana Cheng Ho berasal dari Keluarga Ma yang beragama Islam di Daerah Kunyan, Negeri Yunan. Datuknya berbangsa Arab bernama Saidichi Shansiding ("Zheng He Lun Chong" m/s-369, dicatatkan oleh Universiti Yun Nam pada Nov. 1992).

Beliau telah dibawa oleh Ganghis Khan ke Negara Cina untuk bertugas pada awalnya sebagai seorang Pegawai Kanan Tempatan di DATU (Beijing) pada Zaman Dinasti Yuan (Monggol) dan tidak lama kemudian dilantik sebagai Raja Xian Yang oleh Maharaja Kublai Khan untuk memerintah Negeri Yunan, Cina.  Pada Zaman Dinsti Ming, Cheng Ho pula ditugaskan sebagai Laksamana dengan misinya bagi mengutuskannya ke Negara di Selatan dan Barat. Semenjak umurnya masih kecil lagi Cheng Ho/Mohd Ho diberi nama Sanpo hinggalah kini masyarakat masih memanggilnya dengan panggilan ini oleh kerana kemashurannya dalam bidang pelayaran, perutusan dan kepahlawanan beliau di jolok dengan panggilan Cheng Ho Sanpokong.  

Kesimpulannya kami berpendapat bahawa selepas kegiatan pelayaran Laksamana Cheng Ho Sanpokong Orang Tionghua berhijrah ke Asia Tenggara. Mereka mewujudkan ekonomi tempatan dalam perusahaan perindustrian dan pertanian. Contohnya di Negeri Terengganu terutama di Kg. Cepoh (dekat Pulau Bahagia), masyarakat Cina menanam lada dan tebu secara komercial. Hasil tanaman lada dieksport dan tebu diproses menjadi gula. Mereka juga mengusahakan kilang bata di Tepoh dan memberi maklumat berkenaan pembinaan kapal dan rumah dengan menggunakan rasuk. Dari segi perdagangan pula, cara mengeksport hasil tempatan dan cara menggunakan wang syiling dimulai oleh Komuniti Cina.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2010 01:03 PM | Show all posts
Reply 112# cmf_BeachBoys

laksamana cheng ho pernah ke mengadakan misi ke fo-lo-an untuk mencari huyun hayat/ ainun hayat..... berkaitan dgn empayar temir juga...... seribu rahsia masih tersimpan rapi..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2010 01:07 PM | Show all posts
Semenanjung Tanah Melayu terletak di Kawasan pelayaran yang dikenali sebagai Laluan Sutera Maritim (Lampiran A) antara Negara Cina dan Timur Tengah dan laluan ini seringkali dilalui oleh kapal-kapal saudagar Cina, Arab, Parsi, dan India. Pada zaman silam, orang Cina belayar dengan berpandukan alat kompas yang telah dicipta pada Zaman Dinasti Qin sebelum Masihi. Manakala orang Arab pula belayar dengan berpandukan bintang-bintang di langit untuk mengetahui arah yang hendak ditujuinya. Terdapat beberapa buah catatan oleh penulis Cina ada menyebut mengenai nama dan perihal negeri-negeri lama di dalam buku yang berusia beribu tahun dahulu dan kini masih boleh dibaca dan difahami oleh kami semua. Buku-buku lama ini memberi banyak maklumat yang berharga dalam usaha mengkaji sejarah negara-negara lama di Semenanjung Melayu terutama Negeri Terengganu Darul Iman.

Catatan Cina yang paling awal ialah "Han Shu" 1 (Buku Dinasti Han yang ditulis Bangu). Nama tempat dinyatakan pada buku No.28 ialah Kua-Du-Kun (Kuala Dungun). Sebenarnya nama ini ada juga dinyatakan di dalam beberapa buah buku lain pada masa itu seperti "Wu Shi Why Kok Chuan" 2 (Kesan Negara Luar pada zaman Wu) "Fu Nam Yei Whu Chi" 3 (Catatan Barangan yang aneh di Funam), "Swee Chin Chuan" 4 (Kesan Swee Chin), "Pei Tang Shu Chow" 5 dan "Yee Wan Lui Chi" 6.

Pada zaman Dinasti Sui (581M - 618M) dan Dinasti Tang (618M - 907M) Negara lama Chih-Tu (Tanah Merah) di Kelantan, ada tercatat di dalam buku lama mengenai hubungan dengan Negara Cina pada zaman silam. "Chih Tu Kok Chuan" 7 (Hikayat Tanah Merah) mengandungi 1,700 perkataan yang menceritakan Negara Tanah Merah yang berjiran dengan Terengganu di Pantai Timur. Antara maklumatnya ialah mengenai lokasi, jarak pelayaran, masyarakat, sejarah ekonomi, kebudayaan alam sekitar, adat istiadat dan lain-lain dan catatannya agak menyeluruh pada zaman itu.

Buku-buku catatan di Zaman Dinasti Sui dan Dinasti Tang turut menyatakan mengenai Benua Terengganu yang boleh dibuat kajian. Antara buku-buku itu ialah "Sui Shu" 8 (Buku Dinasti Sui), "Tang Shu" 9 (Buku Dinasti Tang), "Tong Tain" 10 dan "Hikayat Tanah Merah" 7.

Pada zaman Dinasti Song dan Dinasti Yuan pula terdapat beberapa orang pengarang yang masyhur memberi maklumat secara lebih terperinci berkenaan dengan Benua Terengganu. Mereka adalah Chao Jukua11, Chau Chufei12, Chao Ganwai13, Tan Yuachan14, Chau Chichong15, Wang Tayuan16 dan lain-lain lagi. Pada masa itu Chao Jukua memegang jawatan penting iaitu Syahbandar Zaytun17 (Chuanchow). Beliau telah mengarang dan mencatatkan semua perkara di dalam bukunya "Chuan Fan Chi" 11 pada tahun 1225M. Penulis Chau Chufei12 mula menghasilkan bukunya yang bertajuk "Ling Wai Tai Ta"12, yang menyebut tentang nama Fo-Lo-Ann23 yang seringkali disebut dalam buku-buku lain .

Catatan yang paling sempurna telah ditulis oleh Wang Tayuan dalam dua naskah bukunya bernama "Dau Yi Zhi Lue" 16 (Catatan Tentang Pulau-Pulau Lama) dan "Dau Yi Zhi" 16 (Catatan Tambahan Tentang Pulau-Pulau Luar). Pada ketika itu, Wang Tayuan adalah seorang pemuda yang minat mengembara. Beliau telah dua kali pergi keluar Negara selama 18 tahun, dan dia mencatat banyak perkara yang dilihat sepanjang perjalanannya. Negara-negara yang dilawati ialah Semenanjung Melayu, Filipina, Borneo, Jawa, Sumatera, India, Parsi, Laut Merah dan Afrika Timur. Negara-negara yang dia jelajahi pada masa itu adalah lebih daripada 220 buah negara. Antaranya Wu-Zi-Ba18 (Melaka), Tamalin19 (Tembeling), Peng-Heng20 (Pahang), Ci-Lan-Tan21 (Kelantan), Ting-Jia-Lu22 (Terengganu), Fo-Lo-Ann23 (Kuala Berang), Pai-Jia24 (Paka) dan lain-lain.

Di samping itu, Artifak yang telah dijumpai di Terengganu memberi satu bukti yang kukuh sekali mengenai sejauhmana hubungan antara Terengganu dengan Negara Cina.

http://tganu-kite.blogspot.com/2010/04/sejarah-terengganu.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2010 01:11 PM | Show all posts
Beliau telah mengarang dan mencatatkan semua perkara di dalam bukunya "Chuan Fan Chi" 11 pada tahun 1225M. Penulis Chau Chufei12 mula menghasilkan bukunya yang bertajuk "Ling Wai Tai Ta"12, yang menyebut tentang nama Fo-Lo-Ann23 yang seringkali disebut dalam buku-buku lain ...
cmf_BeachBoys Post at 23-5-2010 13:07


fo-lo-an... pernah jadi pelabuhan yg hebat satu ketika dulu.... pelabuhan entreport... tapi tidak ramau yg tahu... inilah 'sejarah yg digelapkan'
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2010 01:37 PM | Show all posts
Reply  cmf_BeachBoys

laksamana cheng ho pernah ke mengadakan misi ke fo-lo-an untuk mencari huyu ...
morpheus Post at 23-5-2010 13:03


huyun hayat?ape tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2010 02:06 PM | Show all posts
NABI KHIDIR DITEMUKAN 'AINUN HAYAT'

Pada saat Raja Iskandar Dzul Qarnain pada tahun 322 S. M. berjalan di atas bumi menuju ke tepi bumi*, Allah mewakilkan seorang malaikat yang bernama Rofa'il untuk mendampingi Raja Iskandar Dzul Qarnain. Di tengah perjalanan mereka berbincang-bincang, Raja Iskandar Dzul Qarnain berkata kepada malaikat Rofa'il: "Wahai malaikat Rofa'il ceritakan kepadaku tentang ibadah para malaikat di langit", malaikat Rofa'il berkata, "Ibadah para mailaikat di langit di antaranya ada yang berdiri tidak mengangkat kepalanya selama-lamanya, dan ada pula yang rukuk tidak mengangkat kepala selama-lamanya".

Kemudian raja berkata, "Alanglah senangnya seandainya aku hidup bertahun-tahun dalam beribadah kepada Allah".

Lalu malaikat Rofa'il berkata, "Sesungguhnya Allah telah menciptakan sumber air bumi, namanya 'Ainul Hayat' yang bererti, sumber air hidup. Maka barang siapa yang meminumnya seteguk, maka tidak akan mati sampai hari kiamat atau sehingga ia mohon kepada Allah agar supaya dimatikan".

Kemudianya raja bertanya kepada malaikat Rofa'il, "Apakah kau tahu tempat "Ainun Hayat itu?". mailaikat Rofa'il menjawab, "Bahwa sesungguhnya Ainun Hayat itu berada di bumi yang gelap".

Setelah raja mendengar keterangan dari malaikat Rofa'il tentang Ainul hayat, maka raja segera mengumpulkan 'Alim Ulama' pada zaman itu, dan raja bertanya kepada mereka tentang Ainul Hayat itu tetapi mereka menjawab, "Kita tidak tahu khabranya, namun seoarng yang alim di antara mereka menjawab, "Sesungguhnya aku pernah membaca di dalam wasiat nabi Adam As, beliau berkata bahwa sesungguhnya Allah meletakkan Ainul Hayat di bumi yang gelap".

"Di manakah tempat bumi gelap itu?" tanya raja. Seorang yang alim menjawab, "Di tempat keluarnya matahari".

Kemudian raja bersiap-siap untuk mendatangi tempat itu, lalu raja bertanya kepada sahabatnya. "Kuda apa yang sangat tajam penglihatannya di waktu gelap?". Para sahabat menjawab, "Kuda betina yang perawan".

Kemudian raja mengumpulkan 1000 ekor kuda betina yang perawan-perawan, lalu raja memilih-milih di antara tenteranya yang seramai 6000 orang dipilih yang cendikiawan dan yang ahli mencambuk.

Di antara mereka adalah Nabi Khidir As, bahkan beliau menjabat sebagai Perdana Menteri.

Kemudian berjalanlah mereka dan Nabi Khidir berjalan di depan pasukannya dan mereka jumpai dalam perjalanan, bahwa tempat keluarnya matahari itu tepat pada arah kiblat.

Kemudian mereka tidak berhenti-henti menempuh perjalanan dalam waktu 12 tahun, sehingga sampai ditepi bumi yang gelap itu, ternyata gelapnya itu memancar seperti asap, bukan seperti gelapnya waktu malam.

Kemudian seorang yang sangat cendikiawan mencegah Raja masuk ke tempat gelap itu dan tentara-tentaranya berkata kepada raja."Wahai Raja, sesungguhnya raja-raja yang terdahulu tidak ada yang masuk tempat yang gelap ini karena tempat yang gelap ini berbahaya." Lalu Raja berkata: " Kita harus memasukinya, tidak boleh tidak."

Kemudian ketika Raja hendak masuk, maka meraka semua membiarkannya. Kemudian Raja berkata kepada pasukannya: " Diamlah, tunggulah kalian ditempat ini selama 12 tahun, jika aku bisa datang pada kalian dalam masa 12 tahun itu, maka kedatanganku dan menunggu kalian termasuk baik, dan jika aku tidak datang sampai 12 tahun, maka pulanglah kembali ke negeri kalian". Kemudian raja bertanya kepada Malaikat Rofa'il: " Apabila kita melewati tempat yang gelap ini, apakah kita dapat melihat kawan-kawan kita?". "Tidak bisa kelihatan",jawab malaikat Rofa'il," akan tetapi aku memberimu sebuah merjan atau mutiara, jika merjan itu ke atas bumi, maka mutiara tersebut dapat menjerit dengan suara yang keras, dengan demikian maka kawan-kawan kalian yang tersesat jalan dapat kembali kepada kalian."

Kemudian Raja Iskandar Dzul Qurnain masuk ke tempat yang gelap itu bersama sekelompok pasukannya, mereka berjalan di tempat yang gelap itu selama 18 hari tidak pernah melihat matahari dan bulan, tidak pernah melihat malam dan siang, tidak pernah melihat burung dan binatang liar, sedangkan raja berjalan dengan didampingi oleh Nabi Khidlir As.

Di saat mereka berjalan, maka Allah memberi wahyu keapda Nabi Khidlir As," Bahwa sesungguhnya Ainul Hayat itu berada di sebelah kanan jurang dan Ainul Hayat ini Aku khususkan untuk kamu".

Setelah Nabi Khidlir menerima wahyu tersebut, kemudian beliau berkata kepada sahabat-sahabatnya: "Berhentilah kalian di tempat kalian masing-masing dan janganlah kalian meninggalkan tempat kalian sehingga aku datang kepada kalian."

Kemudian beliau berjalan menuju kesebelah kanan jurang, maka dapatilah oleh beliau sebuah Ainul Hayat yang dicarinya itu. Kemudian Nabi Khidlir As turun dari kudanya dan beliau langsung melepas pakaiannya dan turun ke "Ainul Hayat" (sumber air hidup) tersebut, dan beliau terus mandi dan minum sumber air hidup tersebut, maka dirasakan oleh beliau airnya lebih manis daripada madu.

Setelah beliau mandi dan minum Ainul hayat tersebut, kemudian beliau keluar dari tempat Ainul Hayat itu terus menemui Raja Iskandar Dzulkarnain, sedangkan raja tidak  tahu apa yang sedang terjadi pada Nabi Khidlir As. tentang melihat Ainul Hayat dan mandi.



(Menurut riwayat yang diceritakan oleh Wahab bin Munabbah), dia berkata, bahwa Nabi Khidlir As. adalah anak dari bibi Raja Iskandar Dzul Qarnain. Dan raja Iskandar Dzulkarnain keliling di dalam tempat yang gelap itu selama 40 hari, tiba-tiba tampak oleh Raja sinar seperti kilat, maka terlihat oleh Raja bumi yang berpasir merah dan terdengar oleh raja suara gemercik di bawah kaki kuda, kemudian Raja bertanya kepada Malaikat Rofa'il: "Gemercik ini adalah suara benda apabila seseorang mengambilnya, niscaya ia akan menyesal dan apabila tidak mengambilnya, niscaya ia akan menyesal juga."

Kemudian di antara pasukan ada yang membawanya namun sedikit, setelah mereka keluar dari tempat yang gelap itu, ternyata bahwa benda tersebut adalah yakut yang berwarna merah dan jamberut yang berwarna hijau, maka menyesallah pasukan yang mengambil itu karena mengambilnya hanya sedikit, demikianlah pula pasukan yang tidak mengambilnya, bahkan lebih menyesal.

* Sebelum Columbus menemukan benus Amerika pada tahun 1492, pada saat itu anggapan orang bumi tidak bulat.

Diriwayatkan oleh Ats-tsa ' Labi dari Iman Ali Rodliayllohu ' anhu.

1. Cerita ini dikutib dari kitab "Baidai'iz karangan Syeikh Muhammad bin Ahmad bin Iyas halaman 166 - 168
Penerbit: Usaha Keluarga s Semarang

11. Cerita dari Kitab Nuzhatul Majalis
Karangan Syeikh Abdul Rohman Ash-Shafuri
Penerbit Darul Fikri Bairut
Halaman 257 - 258.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2010 02:07 PM | Show all posts
Post Last Edit by morpheus at 23-5-2010 14:10

-double post-
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 12:05 AM | Show all posts
Hulu Terengganu dikenali sebagai FO-LO-AN sejak abad ke 12 lagi berdasarkan buku sejarah cina bernama “ Ling Wai-Tai Ta” karangan Cau- Cu-Fei pada tahun 1178. Pada masa itu daerah ini adalah sebagai Bandar perlabuhan yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari segenap pelusuk alam Melayu, Timur Tengah Foloan yang disebut dalam buku tersebut ialah Kuala Berang.

Berdasarkan buku sejarah berkenaan, hal ehwal Foloan diceritakan seperti berikut:

“ Hasil keluaran Negeri itu (Foloan) termasuklah “ Su” dan “ Can”(Jenis-jenis kayu Gahru), kayu laka, Gading dan lain-lain seumpamanya, dan hasil-hasil itu diperniagakan dengan emas, perak,porselin,besi, bahan-bahan membuat barnis, arak,beras,gula dan gandum. Tiap-tiap tahun kerajaan Foloan itu menghantar ufti kepada kerajaan “ San Fo Cin” ( Seri Wijaya)

Negeri itu (Foloan) berjiran dengan “ Peng-Heng” (Pahang). Teng-ya-nu” (Terengganu)” dan Ci-lan-tan (Kelantan) dan negeri-negeri itu bersamaan keadaannya.

Berdasarkan keterangan itu ternyatalah Kuala Berang pernah menjadi pusat perniagaan yang utama diAsia Tenggara disamping Seri Wijaya dalam kurun masihi yang ke 12. Selain daripada itu, disinilah juga berlakunya Perlantikan Kesultanan Terengganu Pertama.

Daerah ini juga terbukti merupakan tempat terawalmenerima Agama Islam disemenanjung Tanah Melayu berdasarkan catitan pada Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303 M (702 H) yang dijumpai di Kampong Buloh,Kuala Berang Hulu Terengganu.

Di samping itu Daerah Hulu Terengganu juga pernah menjadi tempat kunjungan dan tempat bermastautin tokoh-tokoh ulama seperti yang dibuktikan dengan penemuan makam-makam lama seperti Makam Tok Raja Ri dikampong Kuala Por, makam Tok Pauh di kampong Pauh, Makam Tok Gajah di kampong Pasir Nering, Makam Tok Berlian Mahmud di kampong Kemat, Makam Tun Indera di kampong Kuala Por dan makam Sharif Mohammad al Baghdad di kampong Jenagor.

Hulu Terengganu juga pernah menjadi tumpuan pahlawan-pahlawan Melayu seperti Tok Gajah, Dato Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau dan lain-lain lagi diawal abad ke 19. Daerah ini dijadikan sebagai kubu dan tempat persembunyian mereka bagi mengatur strategi menentang penjajahan Inggeris pada ketika itu. Antara peristiwa yang masih menjadi ingatan sehingga ke hari ini ialah peristiwa Padang Kacong di Kuala Telemong.

Selain itu, terdapat juga penemuan-penemuan seperti kapal Batu di Gerdong yang boleh dikaitkan dengan peristiwa bersejarah. Tempat ini kini dipelihara agar ianya dapat dihayati oleh generasi yang akan datang.

Kesultanan Terengganu Pertama

Sultan Zainal Abidin 1 adalah putera Tun Habib Abdul Majid, Bendaraha Johor. Baginda telah dilantik sebagai Sultan Terengganu yang pertama di Kampong Tanjung Baru, Hulu Terengganu pada tahun 1708 masihi. Menurut catatan, beliau telah dilantik sebagai Sultan Terengganu oleh Chayang, Raja Pattani. Manakala menurut Tuhfatul Nafis baginda telah ditabalkan oleh Daeng Menambun setelah mendapat perintah dari Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Johor. Pusat pemerintah baginda ialah di Tanjung Baru. Sebelum berpindah ke kampong Langgar kemudian ke kampong Pulau Manis dan Cabang Tiga.

Seterusnya baginda berpindah Ke Kuala Terengganu dan menetap disatu tempat yang kemudiannya dikenali sebagai Kota Lama. Baginda mempunyai beberapa orang isteri iaitu perempuan Muar, Nang Rugayah (Cik Puan Besar), anak Tuk Pulau Manis dan anak Dato’ Wan Ismail. Anakanda baginda ialah Ku Embong. Baginda mangkat pada tahun 1733 dan jenazah baginda dimakamkan diatas Bukit Keledang Kuala Terengganu.

a) Makam Rok Raja Ri

Makam ini terletak diKuala Por kira-kira 2 km daripada Bandar Kuala Berang.Beliau berkemungkinan orang yang menisytiharkan perundangan
Di Batu Bersurat (Raja Mandalika). Pendapat lain pula menyatakan Tok Raja Ri seorang pendakwah dan pembesar Istana yang datang bersama Pergisyhtiharan Batu Bersurat.

b) Makam Tok Pauh

Nama Tok Pauh yang sebenarnya ialah Sheikh Abdullah Bin Abdul Kahar berasal dari Negeri Arab. Beliau ialah bapa kepada Tok Pulau Manis (Sheikh Abdul Malek Bin Abdullah). Beliau seorang ulama yang terkenal
dan adalah dijangka hayatnya dalam tahun 1960-an. Makam beliau terletak di kampong Pauh 6 km dari Bandar Kuala Berang.

c) Makam Tok Gajah

Nama Tok Gajah yang sebenarnya Imam Rasu Bin Shahrum dan gelarannya ialah orang kaya Iman Indera Gajah Pahang. Beliau ialah salah seorang daripada pahlawan-pahlawan Pahang yang terlibat dalam pemberontakan di Negeri Pahang tahun 1893 – 1895. Semasa beliau berumur 56 tahun iaitu tahun 1901. Beliau meninggal dunia di Kampong Pasir Nering, terletak kira-kira 8 km dari Bandar Kuala Berang.

d) Makam Tok Belian Mahmud

Tok Belian Mahmud dipercayai seorang pembesar dan pemerintah di Tersat. Beliau juga seorang pahlawan yang datang bersama Sultan Zainal Abidin 1 pada tahun 1726 M. Makam beliau terletak di Kampong Kemat kira-kira 13 Km dari Bandar Kuala Berang.

e) Makam Tok Tun Indera

Tun Indera dipercayai seorang pembesar dan pemerintah Daerah serta seorang pahlawan yang datang semasa perlantikan Sultan Zainal Abidin 1 diantara tahun 1726 M. Makam beliau di Kampong Kuala Menjing, Tersat kira-kira 9 km dari Bandar Kuala Berang.

f) Makam Syarif Muhammad Al-Baghdad

Makam tersebut terletak kira-kira 15 km dari Bandar Kuala Berang, ditebing sebelah kiri mudik Ke Empangan Kenyir tidak jauh bersetentangan dengan Batu Belah. Beliau berasal dari Negeri Arab dipercayai pendakwah Islam yang awal di Daerah Hulu Terengganu. Beliau juga merupakan moyang kepada Tok Pulau Manis ( Syeikh Abdul Malek Bin Abdullah)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 12:18 AM | Show all posts
Apabila kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada 1511M, undang-undang dan peraturan Islam ini masih diteruskan pemakaiannya oleh Kesultanan Melayu di negeri-negeri lain. Ia digubal di negeri masing-masing seperti Qanun Pahang (1596M), di Kedah dengan Tembera Dato Seri Paduka Tuan (1078H/ 1667M), Undang-undang 99 dan 12 di Perak. Hukum Qanun Dato Setar (1099H/ 1784M), Qanun Johor (1789M), Qanun Kelantan 1168H. Di Terengganu ia diguna pakai semenjak kesultanan pertama Terengganu yang mencatatkan nama Sultan Zainal Abidin 1 (1708-1733) pada tahun 1120 hijrah (bersamaan tahun 1708) sehinggalah undang-undang Islam itu diperkukuhkan pada tahun 1911M iaitu dengan penggubalan Undang-undang diri Terengganu.
Sistem pentadbiran undang-undang Islam di Tanah Melayu sudah sofistikated dan tersusun kemas mengikut institusi pemerintahan di Timur Tengah. Ia telah matang sebelum kedatangan British. Beberapa orang Qadi telah dilantik secara formal bagi menguruskan pentadbiran kekeluargaan. Mereka mempunyai bidang kuasa membicarakan kes-kes melibatkan keluarga dan rumah-tangga serta beberapa kesalahan Islam di “Mahkamah Syariah”. Para hakim juga dilantik yang mempunyai bidang kuasa bagi membicarakan kes-kes jenayah bagi mahkamah jenayah negeri yang dikenali “Mahkamah Adat” yang berlandaskan undang-undang Islam dan adat tempatan. Kes rayuan dari dua mahkamah ini diangkat kepada Sultan dan di bantu oleh mufti dan dibicarakan di “Mahkamah Balai”. Jawatan Syaikhul Islam atau mufti serta dibantu oleh qadi. Mufti yang boleh memberikan fatwa dan menasihati sultan khususnya melibatkan kes ulang-bicara di Mahkamah Balai. Mufti merupakan ketua eksekutif kehakiman dan pentadbiran agama sebelum kedatangan British.

Khatib dan bilal berperanan untuk menguat-kuasakan undang-undang Islam disetiap mukim dan daerah dan disamping berkuasa memungut zakat. Penghulu, penggawa dan hulubalang adalah antara penguatkuasa undang-undang Islam.

Di Terengganu, Mahkamah Balai yang menjadikan undang-undang Islam sebagai rujukan telah mula diwujudkan sejak pemerintahan Baginda Sultan Omar (1839-1875M)lagi. Negeri Terengganu mula mencapai zaman kegemilangan apabila berada di bawah pemerintahan Sultan Omar Apabila Baginda Omar mangkat, takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh Sultan Ahmad Shah II (1876–1881). Sultan Ahmad Shah pula digantikan oleh putera baginda, Sultan Zainal Abidin III (1881–1918). Ketika pemerintahan baginda, undang-undang Islam dikuatkuasakan sepenuhnya. Negeri Terengganu ketika itu tergolong dalam senarai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Oleh sebab itu, tidak wujud satu pusat pemerintahan sebagaimana Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang negeri-negeri tersebut bergabung dan diletakkan di bawah satu pusat pentadbiran. Tetapi bagi Terengganu, ia bebas, merdeka dan Sultan serta para pembesarnya pula berkuasa penuh dalam hal ehwal pentadbiran negerinya.

Sultan Zainal Abidin III mentadbir negeri Terengganu berasaskan hukum Islam kerana baginda sendiri terkenal sebagai seorang yang kuat berpegang kepada ajaran agama Islam. J. de Vere Allen pernah menghuraikan cara Sultan Zainal Abidin III menjatuhkan hukuman. Dalam kes-kes jenayah, keterangan daripada dua pihak didengar oleh baginda tetapi akhirnya dirujukkan kepada al-Quran untuk mendapatkan satu keputusan menjalankan hukuman itu. Jenis-jenis hukuman yang mungkin dikenakan ialah mati, penjara, denda dera dan kalau berlaku kesalahan zina, perempuan yang bersalah itu akan ditanam setakat pinggang di halaman pasar untuk satu hari, orang ramai diizinkan merejam pesalah itu dengan batu. Hukuman dera dikhaskan untuk pesalah-pesalah muda dan kadang-kadang perempuan. Deraan dikenakan di bahagian punggung tanpa membuang pakaian. Jumlah yang mati dihukum dalam masa 27 tahun pemerintahan baginda ialah hanya 5 orang. Kejayaan ini disebabkan keinginan daripada golongan pemerintah dan kegigihan para ulama sehingga timbul kesedaran dan keyakinan rakyat terhadap kesempurnaan dan keadilan hukum Allah.

Tok guru-tok guru dijadikan rujukan seperti Tok Syeikh Duyung (Syeikh al-Ulama) yang menjadi Mufti Negeri dan Tok Ku Paloh (Syed Abdul Rahman) yang menjadi menteri dan juga penasihat khas kepada baginda. Di samping itu, baginda juga berpegang kuat kepada ibadat dan amalan keagamaan. Menurut M. C. ff. Sheppard, baginda digambarkan sebagai “not only attend the chief mosque in person but never missed the five hours of prayer and enforced a similar observance on his people.” Hubungan alim ulama dengan pihak Sultan menyebabkan sukar bagi pihak Inggeris untuk mencampuri hal ehwal politik negeri Terengganu berbanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu
British beberapa kali cuba melibatkan diri dalam kerajaan Terengganu. Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan "Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu" yang di antara lain menyatakan Sultan Yang DiPertuan Besar Terengganu memiliki kuasa kerajaan dan jajahan serta adalah ketua tertinggi kerajaan Terengganu. Raja sahaja berkuasa melantik dan memecat menteri dan pegawai-pegawainya. Sultan ditegah membuat sebarang perjanjian untuk melepaskan kuasa negeri kepada kerajaan lain atau kepada bangsa Eropah. Seandainya dilakukan juga oleh Sultan, maka pemerintahannya tidak perlu ditaati lagi.

Undang-undang ini yang diberinama “Itqan al-Muluk Bi- Ta’dil al-Suluk” antaranya mengukuhkan pengistiharan Terengganu sebagai sebuah negeri Melayu Islam dengan peraturan dan undang-undang Islam. Secara langsung dan tegas untuk menolak campur-tangan British di Terengganu. W. Conlay sebagai wakil British yang datang ke Kuala Terengganu pada Julai 1909M tidak mampu berbuat apa-apa dan gagal mencampuri urusan pemerintahan Baginda ketika itu.
Dibawah ini penulis lampirkan sebahagian dari 'Undang-Undang bagi diri Kerajaan Terengganu' yang diguna pakai sehingga kini meskipun ada tambahan dan pindaan.


       

Secara jelas di sebut dalam fasal :51 mengenai ugama negeri Terengganu iaitu " Sesungguhnya telah disifatkan dan disebutkan dan ditetapkan selama-lamanya kerajaan Terengganu ini kerajaan Islamiyyah 'Melayuwiyyah' ialah yang dikatakan ugama negeri dan kerajaan"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.284828 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list