Bagi aku, personally, Kamen Rider Black (Satria Baja Hitam) yang paling terkesan, terutama dari sudut penceritaan & lakonan. Tak dapat dinafikan, penjiwaan watak hero Kotaro Minami lakonan oleh Tetsuo Kurata memang menjadi. Mau tak sedih kena berlawan dengan abg tiri sendiri & dapat tau yang bapa yang dikenali selama ni hanyalah bapa angkat manakala makbapak sebenar mati dibunuh Gorgom. Sedih gile ... tapi premis storyline dia pun berbanding mana2 siri Kamen Rider dulu & kini memang lebih tragis.
Cuma Kamen Rider Black RX, sekuelnya tak berapa nak mantap sangat, sebab dah mula diserapkan elemen komedi untuk tarik minat golongan kanak2.
Still, Kotaro Minami adalah hero Kamen Rider yang paling menyengat!
Tetsuo Kurata mula dipilih setelah sesi ujibakat seluruh Jepun yang melibatkan seramai 8000 pesaing. Difahamkan beliau membuat keputusan untuk pergi ujibakat setelah dipujuk kawannya setelah dia gagal ujian kelayakan ke Universiti. Tuah memihak kepada Tetsuo Kurata yang baru berumur 19 tahun yang baru tamat pengajian sekolah menengah tinggi.
Beliau yamg tiada pengalaman berlakon mengambil kelas lakonan serta memasuki bengkel latihan beladiri bagi menjiwai watak Kotaro Minami. Antara pengalaman yang paling tak dapat dilupakan Tetsuo ialah antara babak pertama lakonan beliau sebagai Kotaro, dia terpaksa mengulang lebih 20 kali adegan Kotaro meletakkan motosikalnya di depan rumah & berjalan ke pintu. Pengarah menegur dia kerana cara gaya dia berjalan tak seperti hero sebagaimana yang dikehendaki pengarah!
Apa pun, bagi anakmuda ini, siri Kamen Rider Black mengubah beliau & zaman remajanya mematangkan beliau sebagai antara aktor tersohor Jepun sekitar akhir 1980an-awal 1990an. Kini, walaupun telah bersara dari dunia hiburan, Tetsuo masih terlibat aktif dalam dunia teater serta menjalankan perniagaan restoran steakhouse Billy the Kid di Tokyo.
Dah jadi bapak orang pun menten hensem Last edited by robotech on 18-10-2012 01:57 PM
Kimi wa mita ka ai ga makka ni moeru no o?
Kurai yami no soko de kiken na wana ga matsu
Shinjiru yatsu wa justice shinjitsu no ooja
Yume o mitsuzukeru koto ga ore no fantasy
Ikiru koto ga suki sa aoku ukabu cosmo
Toki o koero sora o kakero kono hoshi no tame
Atsuku moyase namida nagase asu to iu hi ni
Kamen Rider Black Kamen Rider Black
Kuroku hikaru body haato ni ti ga kayou
Kaze ga hakobu uta ni kimoti ga futo yureru
Shinpai shitagaru magician ayashige na esper
Tatakau toki wa soldier ore no hokori sa
Kono tikyu ga suki sa kokoro yurushita tomo
Towa ni mamore wakasa hajike kono ai no tame
Ima o moyase tsuyoku ikiro kyu to iu hi o
Kamen Rider Black Kamen Rider Black
Shinjiru yatsu wa justice shinjitsu no ooja
Yume o mitsuzukeru koto ga ore no fantasy
Ikiru koto ga suki sa aoku ukabu cosmo
Toki o koero sora o kakero kono hoshi no tame
Atsuku moyase namida nagase asu to iu hi ni
Kamen Rider Black, Kamen Rider Black
P/S: Lagu tema siri ini dinyanyikan sendiri oleh hero kita, Tetsuo Kurata ...
dalam citer baja hitam tu, nobuhiko tu abang angkat bukan abang tiri. lahir hari sama cuma kotaro lahir lewat beberapa minit je. bapak nobuhiko amik kotaro jadi anak angkat lepas ibu bapa kotaro meninggal dunia.
black rx memang tak best sgt dari segi plot. aksi lawan dia lebih best dari baja hitam sebab byk efek dan senjata tapi jalan ceritanya lebih childish dan komedi, cuma dekat2 nak habis je best.
tetsuo kurata, pelakon watak kotaro juga kata dia lebih suka jalan cerita black dari black rx sebab black rx
kamen rider baru era kuuga hingga decade pun best jugak, plot cerita bersambung2, penuh misteri dan lebih dramatik(kecuali hibiki yg sgt bosan dan den-o yg sgt childish)
cuma yg baru era double hingga fourze buat masa ni lebih childish dan komedi ceritanya a la siri super sentai.
tapi yg baru keluar skang ni kamen rider wizard nampak menarik jugak aksi dan jalan ceritanya.
sebenarnya.... siri Kamen Rider Zaman Showa... Memang ada satu Cerita Kamen Rider Mengembara di Negeri arab... mengambarkan Israel sebagai Oragnisasi Jahat macam '' Shocker ''
HangPC2 posted on 25-11-2012 07:32 PM
Kamen Rider Zaman '' Penegak Keadilan '' Macho dan Kool....
mana2 kamen rider yang menjadi hero utama dan wataknya menjadi tajuk siri tersebut tak kira baru atau lama kesemuanya adalah hero penegak keadilan.
watak2 rider kedua dan selebihnya biasanya ada sesetengahnya yang jahat atau pun anti hero
pasal muka jambu rider baru tu tak leh wat apa dah, dah fesyen kat area2 jepun korea skang ni dah macam tu terpaksalah diorang ikut perkembangan fesyen semasa.
RED 666 posted on 14-7-2009 06:27 PM
ko rasa kamen rider black tu lagi best dari yg skang ni sebab masa KR black ditayangkan di tv ko tu ...
setuju dengan tuan. aku juga layan zaman KR Black, siap ponteng sekolah.
tapi KR sekarang tak kalah hebatnya juga. KR Blade, Kuuga dan lain2 lebih canggih. Ia disampaikan dalam bentuk drama bersiri dengan resaksa yang lebih kuat bertahan.
Teknik transform penuh gaya memang agak outdated pada masa kini...berbeza zaman dulu, nak bercantum pon kena ada aksi (Dragon Ball).
Cakap pasal drama, aku suka Flashman punya kisah yang mana endingnya cuma si Kuning jumpa parent dan membiarkan yang lainnya terhenti begitu saja. patut teruskan sambungannya kan.
yowa2 posted on 12-12-2012 11:20 AM
setuju dengan tuan. aku juga layan zaman KR Black, siap ponteng sekolah.
tapi KR sekarang tak kal ...
kisah flashman tu cukuplah sampai situ saja sebab episod last tu diorang dah sampai had untuk berada di bumi.
kalau tak pueh gak layan je siri2 power rangers yg bersepah2 tu, lebih kurang je.
format cerita kamen rider zaman rider no.1 hingga black rx(70an hingga akhir 80an) setiap minggu:
dunia sedang aman damai, tiba-tiba muncullah resaksa.
resaksa buat kacau dan onar sana-sini, semua org takut
kemudian tibalah kuman rider eh, kamen rider menentang resaksa.
bila dah lama lelawan, kamen rider buat posing pelik-pelik
kamen rider pun mem'flying kick' resaksa sampai mati
resakse mati, kamen rider balik rumah, dunia pun aman damai
sekian
tapi sekali-sekali ada juga episod bersambung dua hingga tiga episod jika ada plot-plot penting dan dramatik sama gak cam citer atromen.
cerita kamen rider zaman sekarang bermula tahun 2000 ke atas lebih kepada stail drama bersiri. lawan2 ikut suka awal atau akhir cerita sebab jalan cerita dier bersambung2.
sapa2 yang kata kamen rider zaman sekarang ni tak best sebenarnya memang tak pernah nak tengok dan ikut citer tu sebetul-betulnya dari mula sampai habis. tengok pun main lompat-lompat je sebab tu tak dapat nak paham jalan citer.
RED 666 posted on 13-12-2012 05:45 PM
kisah flashman tu cukuplah sampai situ saja sebab episod last tu diorang dah sampai had untuk be ...
dari segi jalan cerita rider skarang bukannya tak best cuma part girly aktor dan tarlalu banyak gajet/kad serta terlalu banyak tranformation yg agak annoying sket bagi peminat lama KR macam aku.nampaknya TOEI bimbang sgt kalau rider takde tranformation yg lain figurine diorang tak laku.
Ini dia video audition untuk aktor utama siri Kamen Rider Black.Kurata mng dlm audition tu di hadapan juri utama iaitu pengasas kamen rider Shotaro Ishinomori
tak tahulah kriteria untuk aktor sekarang macam mana.Mungkin yg ada rupa macam Gackt akan dipilih