|
Kisah kematian Kamal Attarturk - Fakta atau mitos?
[Copy link]
|
|
Part 6: Bala tentera Greece berhenti berehat untuk tempoh 2 minggu dan mula bergerak semula pada 14 Ogos 1921 untuk menghapuskan saki baki tentera Ankara. Sebenarnya mereka bercadang untuk berehat selama 1 bulan tetapi 'Black Jumbo" perisik British di Ankara melaporkan bahawa tentera Ankara sedang giat menyusun bala tentera baru dengan pantas.
Pasukan peninjau tentera Greece bertembung dengan barisan hadapan pertahanan Turki dan melaporkan kekuatan tentangan melebihi jangkaan. Ternyata dalam tempoh 2 minggu, tentera Turki telah berjaya mengumpulkan kembali kekuatan dan mengatur barisan pertahanan yang amat kukuh di Sakarya. greece terus mengempur hebat selama 14 hari mengambil kedudukan pertahanan di beberapa tempat stratejik. Ada yang berjaya dirampas semula tetapi tentera Turki sudah semakin lemah kerana bilangan askarnya tidak ramai berbanding Greece. Inonu mengarahkan tentera berkuda mempergiatkan serangan di barisan belakang mensasarkan jalinan lojistik tentera Greece. Konvoi bekalan makanan, peluru, oven roti di serang.
Apabila satu kedudukan stratejik di Gunung Mangal akhirnya ditawan oleh tentera Greece, Gen Ismet Inonu menyiapkan arahan untuk berundur untuk mengelakkan keseluruhan tentera dikepung. Pasukan yang asalnya bertahan di Gunung Mangal sudah berundur dan membentuk pertahanan dikaki gunung untuk memperlambatkan kemaraan Greece agar pengunduran dapat dilaksanakan dengan selamat. Tetapi satu perkara pelik telah berlaku. Battalion Greece yang menawan Gunung Mangal tidak meneruskan serangan. Sebaliknya mereka mengali lubang pertahanan.
Ternyata Greece sudah tidak cukup kekuatan untuk menyerang lagi. Tenteranya ramai yang mati, lapar dan bekalan peluru juga amat berkurangan. panglima tentera Greece memikirkan bahawa walaupun sekiranya mereka boleh mengambil Sakarya, mereka tak akan dapat meneruskan perjalanan ke Ankara. Mereka perlu berundur ke satu kedudukan selamat terlebih dahulu selagi ada kekuatan.
Pengunduran tentera Greece juga melibatkan banyak pertempuran. Ismet inonu yang menyedari tentera Greece akan berundur, segera mengarahkan tenteranya mengejar dan berusaha menutup laluan lari tentera Greece. Walaupun tentera Turki juga amat lemah dan keletihan tetapi untuk melemahkan musuh, merampas sebanyak mana senjata dan menaikkan semangat tentera ianya dilakukan juga. Sebolehnya mereka mahu memusnahkan terus bala tentera Greece sebelum mereka dapat menyusun pertahanan yang kebal tetapi tidak berjaya. Greece berundur ke barat dan bertapak kukuh di Afyon dan Eskisehir. Mereka membina barisan pertahanan di Afyon dengan bantuan jurutera British. Standoff ini berlarutan selama 1 tahun dengan masing masing membina semula kekuatan.
Dalam tempoh ini tentera Turki berjaya membeli sebuah pesawat peninjau baru dengan kutipan tabung pegawai-pegawainya. Pesawat ini akan banyak berjasa apabila Turki melancarkan serangan mengejut besar-besaran ke atas Afyon nanti.
End of part 6. |
|
|
|
|
|
|
|
Pada tahun 1938, Turki sudah mampu membina kapal selam sendiri.
Moden dengan kaya ni lain.
Boogey Post at 29-11-2010 12:46
sejak abad ke 19 lagi turki dah bina kapal selam sendiri,ape nak heran kapal selam kerajaan ottoman yg pertama menggunakan turpedo |
|
|
|
|
|
|
|
adeorg ckp,kalau kita masih ikut perintah allah kita xkan dapat kemajuan sebab tu empayar ...
copy_paste Post at 25-11-2010 13:56
Kalau tak silap, itu kata Karl Marx dan mereka-mereka yang terpengaruh dengan ajaran arus tu.
Osman Gazi yang merupakan pengasas empayar Osmaniah ialah seorang yang alim dan salih. Beliau menyatukan bangsa Turki yang pada awalnya terdiri dari pelbagai puak nomad yang berbeza. Puak Nomad ialah puak yang hidup berpindah randah tanpa kampung halaman dan menyara diri dengan menternak kambing. Oleh itu mereka tidak punya sebarang teknologi selain dari teknologi penternakan. tetapi Osman Gazi telah memberikan puaknya satu visi gergasi untuk membina satu tamadun yang akan sentiasa diingati dan digeruni. Dan visi ini di perturunkan sebagai warisan kepada generasi seterusnya. Dalam tempoh hanya 100 tahun, puak nomad yang hanya tahu membina khemah dari kulit ini telah mampu membina satu tamadun bermuila di kota Bursa dan kemudian berkembang ke Constantinople. fatih Sultan Mehmet yang Menawan Constantople juga seorang yang alim dan salih. Beliau ialah anak murid kepada ulamak dan sufi terkenal bernama AkShemsettin.
Jadi nilai lah sendiri kebenaran atau kesesatan statement yang dirujuk. |
|
|
|
|
|
|
|
sejak abad ke 19 lagi turki dah bina kapal selam sendiri,ape nak heran kapal selam kerajaa ...
copy_paste Post at 29-11-2010 13:07
Benar Tentera Osmaniah sudah memiliki kapal perang dan kapal selam sebelum peperangan dunia pertama tetapi ianya bukan dibina sendiri. Kilangnya bukan milik Turki. Lebih kurang macam kita la juga di zaman dulu. Ada keretapi untuk angkut bijih timah tetapi kita tak reti buat sendiri keretapi tu. Kilang, kapal korek, janakuasa letrik semua kita tak reti buat. Cuma sekarang je kita dah reti.
Yang tahun 1938 tu ialah tahun orang Turki boleh buat sendiri. Ertinya tahu design dan manufacture sendiri di kilang dan limbungan milik sendiri tanpa bergantung kepada jurutera asing. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak silap, itu kata Karl Marx dan mereka-mereka yang terpengaruh dengan ajaran arus tu. ...
Boogey Post at 29-11-2010 13:19
inilah kesesatan statmen,walaupun ianya kebenaran dan hakikat .tapi ini adalah statmen yang salah |
|
|
|
|
|
|
|
Benar Tentera Osmaniah sudah memiliki kapal perang dan kapal selam sebelum peperangan dunia ...
Boogey Post at 29-11-2010 13:28
zaman tu baru nak maju,kita jerk x maju2 lagi hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
inilah kesesatan statmen,walaupun ianya kebenaran dan hakikat .tapi ini adalah statmen yan ...
copy_paste Post at 29-11-2010 13:43
Tak faham. Maksudnya bagaimana? Itu bukan pemikiran arus kiri ekstrim yang mengatakan ugama ialah umpama candu yang malalaikan?
Apapah yang dimaksudkan dengan kebenaran dan hakikat tu? Kamu bersetuju dengan pandangan Karl Marx atau kamu hanya bersetuju bahawa pandangan itu milik Karl Marx? Apa yang salah? Pandangan Karl marx yang salah atau statement saya yang salah atau statement karl marx yang salah? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by copy_paste at 29-11-2010 14:40
Tak faham. Maksudnya bagaimana? Itu bukan pemikiran arus kiri ekstrim yang mengatakan ugama ia ...
Boogey Post at 29-11-2010 13:57
secara peribadi saya lebih percayakan agama,secara berkias(perli) saya sokong hehehehee.
sebenarnye hakikat dan kebenaran tu susah org nak akuinya,jika dia bebenar mencari kebenaran dia akn jumpa juga.
1000000000000001 alasan kita boleh menolak kebenaran sebenarnya |
|
|
|
|
|
|
|
Ya. kebenaran perlu di cari. Kerana itu kita perlu banyak membaca dan mengkaji. Ilmu akan menjadi penyuloh. Iman akan menunjukkan arah. |
|
|
|
|
|
|
|
Part 7:
Proses pengunduran tentera Greece berlansung dengan jayanya dan tentera Turki mengambil alih kedudukan yang ditinggalkan Greece. Kedua-dua pihak memperkemaskan barisan pertahanan dan perang diplomatik pula bermula.
Wakil kerajaan Ankara telah bersidang dengan wakil Azerbeycan, Gurcistan, Ermenistan dan Rusya untuk menandatangani perjanjian sempadan. Ankara juga telah menandatangani perjanjian damai dengan Perancis dimana Perancis akan mengundurkan tenteranya dari wilayah yang dikuasainya di selatan dan meninggalkan sebahagian senjata secara percuma dan sebahagian lagi dijual. Apabila Perancis berundur, Itali juga mengundurkan tenteranya dari turki untuk menumpu kepada jajahannya yang lain. Berita ini tidak menggembirakan Rusya yang lantas menghantar rombongan khas untuk menyiasat apakah perjanjian ini menandakan bahawa Akrara telah berjaya memaksa perpecahan imperialist ataupun adakah ini menandakan Ankara mula tunduk secara damai kepada barat.
Rombongan Rusya tiba di Ankara dan disambut oleh Mustafa Kamal. Beliau menunjukkan salina perjanjian dengan Perancis dan menerangkan bahawa perjanjian ini bukan untuk menafikan persahabatan dengan Rusya malah tujuannya ialah untuk memulakan era perdamaian di Turki.
Dewan Rakyat yang berpusat di Ankara juga menghantar wakil ke Istanbul untuk berbincang dengan Tevfik Pasya agar boleh bersepakat apabila menghadiri pertemuan dengan negara asing. Setelah berbincang, Tevfik Pasya mempelawa wakil Ankara menghadap Sultan Vahdettin. Dalam pertemuan itu, wakil Ankara memohon Sultan Vahdettin mengiktiraf perjuangan dan pemerintahan Ankara tetapi kecewa apabila Sultan Vahdettin tidak mengucapkan sepatah perkataan pun malah enggan memandang ke arah mereka.
Perancis, Ingeris dan Itali telah membentangkan usul perjanjian damai antara Greece dan Turki. Berdasarkan usul tersebut, bahagian Trakya (Utara daripada Istanbul) termasuk Edirne, Kirklareli dan gelibolu diserahkan kepada Greece. Jaminan kepada kaum minoriti, penubuhan negara Ermenia di timur Turki, tiada kehadiran tentera Turki di tebing selat Bosphorus dan tentera Turki dihadkan kepada 85,000 orang sahaja. Sekiranya Turki menerima syarat-syarat ini, tentera Greece akan berundur dari Anatolia.
Mustafa Kamal dan Inonu menolak keras syarat-syarat yang dibentangkan. Kerajaan Greece menerima syarat yang ditawarkan kerana menghadapi kesukaran kewangan untuk menampung perbelanjaan tenteranya yang ramai di Anatolia. Mereka juga sebenarnya kurang senang dengan perjanjian yang akan menyebabkan mereka kehilangan Izmir dan Bursa.
Sementara itu digarisan pertahanan, tentera Turki sedang bersiap sedia untuk melancarkan serangan besar-besaran menghalau tentera Greece dari Anatolia. Walaupun berjaya memperolehi banyak senjata dan bekalan tetapi kerja memindahkannya ke garisan pertahanan mengambil masa yang lama kerana mereka tidak mempunyai lori dan hanya menggunakan kereta lembu dan keldai. Pelan serangan telah dirangka. Pelan yang ber risiko tinggi itu hanya dibincangkan dengan beberapa pegawai atasan sahaja. Pada 14Ogos 1922, mereka akan memulakan pelaksanaannya.Hasil daripada perjanjian pembelian senjata dengan Perancis, sebanyak 300 lori tentera dan bekalan peluru tiba di Inebolu.
Tentera Greece masih hampir dua kali ganda lebih ramai daripada tentera Turki dan senjata mereka juga masih lebih banyak. Sekiranya Turki ingin melancarkan serangan, tenteranya perlu 4 kali lebih ramai tetapi serangan tidak boleh ditangguhkan lagi.
End Part 7. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila nak sambung niii.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok tak de komen perbincangan, aku tak sambung lar. |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana ni.....betul ker mayat atarturk tu timbul tak bole tanam? |
|
|
|
|
|
|
|
pade aku laa.. karut je cite ni..
sebab :
Allah maha penyayang...
dalam sejarah manusia.. lebih ramai lagi orang yang lebih kejam dari Kamal Attarturk = yang belt sampai kerajaan abbasiyah runtuh dan satu negeri dibunuh dulu.. sultan2 yang murtad... DAN orang2 yang bunuh khalifah2 selepas nabi... ------ takde pulak disiksa didunia mayatnye
... mayat dorang tak pulak terapung atas tanah..
Cerita2 ni sume hanye hendak menutup kelemahan 'khalifah' itu sendiri.. dengan keruntuhan akhlaknye.. pegangang agamanye etc... === so.. dorang blame 'attarturk'.
fikir2 kan laaa |
|
|
|
|
|
|
|
masih tunggu sambungannye |
|
|
|
|
|
|
|
Part 8: Peperangan Eskisehir
Pada 14 Ogos, Inonu megeluarkan arahan pelaksanaan pelan serangan kepada semua pegawai turusnya. Serangan akan dibuat di 3 bahagian. Utara, tengah dan selatan. Serangan utama akan dilaksanakan di selatan Afyon sementara yang lain untuk mengaburi tentera Greece. Askar seramai 100,000 orang akan bergerak pada malam hari ke kedudukan di selatan dan bersembunyi di sana. Untuk mengelakkan kebocoran maklumat, semua penempatan di sepanjang laluan di kosongkan terlebih dahulu. Pada malam hari mereka bergerak dan siang hari mereka bersembunyi. Pesawat terbang Turki juga mengawal ruang udara mengejar pesawat perintis Greece.
Pada 24 Ogos, kesemua 100,000 askar sudah berada dikedudukan baru mereka. Pada 24 Ogos pasukan berkuda menyusup ke belakang garisan pertahanan musuh dengan menggunakan laluan gembala di pergunungan. Mereka kemudian akan berpecah kepada beberapa kumpulan. Pada 25 Ogos, pelabuhan ditutup. Tentera berkuda bersiap sedia untuk menutup laluan keretapi dan memusnahkan talian telefon dan telegraf pada hari serangan bermula. Semua hubungan dengan dunia luar akan ditutup. Tentera Greece juga akan terputus hubungan diantara mereka.
Pada 26 Ogos jam 3 pagi, tentera Turki bersiap sedia, meriam di anjakkan ke hadapan dan Inonu mengambil posisinya ditempat tinggi untuk memantau serangan. Pada jam 5 pagi, Mustafa Kemal yang disangka berada di Ankara, mengisaraykan kepada Inonu untuk memulakannya. Tembakan meriam pertama kedengaran. Beberapa meriam Turki mengikuti untuk penyelarasan jarak. Pada jam 5.30 pagi, semua 200 meriam melepaskan tembakan bertubi tubi ke barisan pertahanan tentera Greece. Selepas 30 minit, askar-askar pula menyerbu kedudukan tentera Greece. Pada jam 9 pagi, semua kedudukan stratejik tentera Greece berjaya ditawan. menjelang waktu ini jeneral Greece sudah menyedari bahawa serangan utama Turki di selatan dan menghantar batalion simpanan. Tetapi batalion simpanan itu pula telah diserbu tentera berkuda ketika berkejar ke Afyon. Pada pagi ke esokan harinya tentera Turki telah membolosi benteng pertahanan tentera Greece di selatan Afyon dan sedang bergerak untuk mengepung dari belakang. Dalam kacau bilau serangan mengejut dan kehilangan sistem komunikasi, tentera Greece bertempiaran lari ke Dumlu Pinar tanpa menyedari ianya telah ditawan tentera berkuda. Ada yang cuba melarikan diri ke arah Izmir di selatan tetapi akhirnya terkepung juga. Tentera Greece berjaya dimusnahkan pada 30 Ogos dengan lebih kurang 100,000 askar menyerah diri dan 150,000 terkorban.
Dengan termusnahnya tentera Greece, tiada lagi halangan dan mereka mara untuk membebaskan Izmir. Kerajaan British dan kerajaan Greece hanya mengetahui tentang serangan tentera Turki pada 28 Ogos iaitu 2 hari selepas serangan bermula. Sebaik sahaja mengetahui benteng pertahanannya musnah, Greece segera bertindak mengosongkan bandar Izmir dan Bursa. Tentera Turki memasuki Izmir pada 9 September dan disambut dengan meriah. Tentera Turki yang lain bergerak ke arah Bursa dan kemudian Istanbul.
Istanbul terletak dibawah kawalan bersama tentera British, Perancis dan Itali. Apabila mengetahui kemaraan tentera Turki, semua tentera diletakkan dibawah keadaan bersiap sedia. Tentera Turki yang kelihatan bersemangat tinggi selepas merasai kejayaan besar mula membina benteng pertahanan berdekatan kedudukan tentera Berikat. Perang saraf pun bermula. Mustafa Kamal tidak mahu dituduh memulakan peperangan baru dengan tentera Berikat tetapi sebaliknya akan menunggu tentera Berikat menyerang dulu.
British memberi amaran akan melepaskan tembakan sekiranya tentera Turki mengekalkan kedudukannya dan tidak berundur segera. Perancis dan itali lebih suka mengambil langkah diplomatik dan menghantar wakil berjumpa dengan Mustafa Kamal di Izmir.
PM British memberi masa 24 jam untuk Turki berundur dan mengarahkan General Harrington mengambil langkah ketenteraan apabila tamat tempoh 24 jam. Tempoh 24 jam tamat dan General Harrington enggan melepaskan sebarang tembakan kerana dalam tempoh tersebut Perancis dan itali telah sepakat mengundurkan tentera mereka dan tinggal tentera British sahaja.
Perancis membawa usul perjanjian damai yang ditandatangi di Mudanya dan tentera British berundur dari Istanbul dan di ambil alih oleh tentera Turki.
End of Part 8 |
|
|
|
|
|
|
|
Part Akhir: Ke arah penubuhan Republik Turki
Apabila tentera Greece kalah, Sultan Vahdettin menulis kepada General Harrington memohon suaka politik dan meninggalkan Istanbul pada tahun 1922 untuk berpindah ke England. Dari sana beliau ke Malta dan akhirnya mangkat di San Remo pada tahun 1926.
Setelah Sultan Vahdettin melarikan diri, warisnya Sultan Abdul Majid dilantik menjadi Sultan. Apabila kesultanan Osmaniah ditamatkan pada 3 March 1924, beliau dan keluarganya di buang negara dan menetap di Paris.
Di penghujung pemerintahan Osmaniah,Sultan Abdul Majid mewariskan kepada republik Turki negara yang mempunyai penduduk seramai 13 juta, sistem pertanian yang mundur, pelabuhan dan sistem keretapi diuruskan oleh syarikat asing, 1 Universiti, 153 middle school dan high school. Kadar literasi keseluruhan 7% dan kurang 1% wanita yg literate. Hanya ada 230 pelajar wanita di high school.
Apabila Mustafa Kamal Ataturk mati pada tahun 1938, Turki telah memiliki kilang besi, industri pertahanan, pembinaan pesawat terbang dan kapal selam. Pelabuhan dan sistem rel dimiliki negara. Sejak 15 tahun pembangunan pada kadar 10% setahun, wanita boleh mengundi dan memiliki hak sama seperti lelaki.
Tamat |
|
|
|
|
|
|
|
Tak ada ke orang nak tambah atau bangkang? |
|
|
|
|
|
|
|
aku bangkang - sebab attarturk mati dikatakan mcm tu punye hine... bab2 mati ni orang isle suke pitnah |
|
|
|
|
|
|
| |
|