TEKA-TEKI sudah terjawab. Pergi, ciptaan Pete Teoh dan lirik Amran Omar diangkat sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24 yang ...
delima Post at 17-1-2010 11:51
Thanx delima.......hehehe....cikgu harun lum cukup ilmu lg nak berkarya gan lbih kreatif.....tuh yg persembahan x de sengat....insyaallah, bila dah byk pengalamn nanti, ok lah tuh...
apa yang paling berharga adalah pengalaman untuk membuat persembahan di atas pentas AJL yang berprestij.....anggaplah komen2 itu sebagai penyuntik semangat untuk terus mencapai kejayaan dan memperbaik ...
delima Post at 17-1-2010 13:01
hujan lebat kat kuching pagi ni.... hehheeh..apa la kaitan...
hari ni apiz shooting vc baru....
let's hope there wont be any controversy surrounding it like MJ!!
salam all... citer dr kosmo.. citer sama.. gambor lain cikit..
Pemenang AF7 bikin Konsert Roket
Oleh JESSABELL SOO [email protected]
PEMENANG tempat pertama, kedua dan ketiga AF7 Hafiz, Akim dan Aril bergambar dengan bekas pengetua mereka Tiara.
BELUM setahun bergelar artis, Hafiz, Aril dan Akim boleh dikatakan antara peserta program realiti, Akademi Fantasia (AF) yang paling bertuah. Bukan sahaja bakal beraksi bersama di atas pentas konsert, mereka juga akan dilihat dalam program realiti TV, Roket! Destinasi: Bintang yang akan disiarkan bermula 22 Januari ini.
Konsert itu yang berkongsi judul sama dengan program TV tersebut pula akan berlangsung pada 31 Januari di Borneo Rainforest, Sunway, pukul 8.30 malam. Ada sebabnya mengapa syarikat produksi Ten on Ten Pictures dengan kerjasama Astro Ria mahu menghasilkan tujuh episod program itu.
Selain mahu memaparkan kepada audiens bagaimana sesebuah produksi konsert itu berjalan, Roket! Destinasi: Bintang yang dikenali sebagai program realiti TV pembikinan konsert juga akan menunjukkan kepada peminat kehidupan terbaru idola pujaan masing-masing.
"Enam episod pertama akan menayangkan proses latihan dan persiapan yang dilakukan oleh ketiga-tiga artis untuk konsert sulung mereka. Episod terakhir pula akan menayangkan sedikit sebanyak konsert yang akan berlangsung pada 31 Januari nanti," kata Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi pada sidang media mengumumkan berita itu.
Ditayangkan pada setiap Jumaat, Hafiz, Aril dan Akim dipilih untuk menjayakan konsert itu kerana mereka bertiga kini di bawah pengurusan bersama Astro Entertaiment Sdn. Bhd. (AESB) dan Enfiniti. Pelaksanaan konsert serta program itu juga dilihat sebagai perancangan jangka masa panjang kepada mereka bertiga untuk meneruskan karier sebagai artis.
"Kami (bersama Astro Entertainment Sdn. Bhd.) merasakan konsert dan program ini bagus untuk mereka kerana ia adalah lanjutan selepas AF. Kami mahu terus melatih mereka bagaimana untuk terus hidup dalam industri muzik. Kami menggalakkan mereka untuk menjadi artis yang dapat menyumbang dan membentuk masa depan mereka sendiri," tambah pemilik Enfiniti Productions Sdn. Bhd., Datin Seri Tiara Jacquelina yang turut hadir.
Memulakan latihan sejak November tahun lalu, Hafiz, Akim dan Aril juga diberi peluang untuk mengemukakan idea serta berbincang dengan tenaga pengajar mereka yang terdiri daripada Stephen Rahman-Hughes, Pat Ibrahim, Juliza Adzlizan dan Tiara sendiri.
ARIL, Akim dan Hafiz sangat bertuah kerana mendapat peluang untuk menjayakan sebuah konsert sendiri walaupun masih baru dalam dunia hiburan.
"Mereka akan diberi latihan dari segi vokal, tarian, motivasi serta komunikasi. Mereka juga boleh memilih penata cahaya serta lagu-lagu yang ingin disampaikan. Disebabkan pentas persembahan mereka dibina di atas air dengan bentuk runway, mereka akan memberi cabaran untuk persembahan mereka itu," tambah Tiara.
Konsert selama 90 minit itu juga akan menggabungkan tiga elemen iaitu muzik, tarian dan fesyen. Buat masa ini, Hafiz, Aril dan Akim belum membuat keputusan terhadap lagu-lagu yang ingin disampaikan. Apa yang penting bagi mereka adalah kualiti persembahan.
"Bagi kami, kehadiran penonton tidak begitu penting kerana kami hanya mahu menghiburkan peminat dengan persembahan berkualiti. Memanglah kami berdebar kerana ini percubaan pertama kami. Namun, kami menerimanya sebagai cabaran kerana bersyukur atas peluang yang diberikan," ujar Akim sambil disokong Hafiz.
Sama seperti ketika berada dalam pertandingan AF7, kali ini kehidupan mereka juga akan dirakamkan. Adakah mereka sudah bersedia untuk dijadikan bahan tontonan sekali lagi? "Pengalaman kali ini adalah berbeza daripada AF. Jika dulu dalam AF, hidup kami lebih tertutup.
"Untuk program ini, keseluruhan program adalah mengenai kami bertiga. Tidak ada lakonan. Kami akan menunjukkan kehidupan kami sekarang sebagai artis. Kami juga lebih terbuka untuk menyuarakan pendapat berbanding AF dulu," jelas Aril.
Kepada mereka yang berminat menyaksikan konsert Roket! Destinasi: Bintang tiket konsert dijual pada harga RM38 termasuk satu minuman. Tiket boleh didapati di pejabat Enfiniti Productions di Phileo Damansara 1, atau hubungi talian 03-7958 7877 dan e-mel [email protected].
salam & mowning KPH...
conan aku dh e-mail a few gegambors..ko check ok..
but taklah cantikksss sgt....coz aku pun tak pelan nak gi..so
guna hp jer..nanti aku free aku e-mail lagi
salam & mowning KPH...
conan aku dh e-mail a few gegambors..ko check ok..
but taklah cantikksss sgt....coz aku pun tak pelan nak gi..so
guna hp jer..nanti aku free aku e-mail lagi
CHINESEMALAY Post at 18-1-2010 09:19
ok la cm gambor ko ni.. kalo aku pakai enpon kompom besor semut je muka adek...
santai gile dorg ni kat sini.. citer ah sket.. adek nyanyi lagu ape.. ape dorg tgk wat time tu..