|
Rekaan Teknologi di EU
- tahon 1769, James Watt mereka jentera berkuasa wap yang menggantikan kenderaan jenis lama.
- 1804, Travithick membuat kepala kereta api, makanya dia menjadi org mula2 sekalik menggunakan kereta api barang n landasan.
- lampu gas dikeluarkan di London tahon 1807 n tahon 1820, lampu dlm bangunan dh menjadi benda biasa di England.
- Morse membuat telegraf elektrik tahon 1832, n antara tahon 1865 sampai 1866, dua kawat telegraf telah dibentang menyeberangi lautan atlantik.
- tahon 1876, Alex Graham Bell mencipta telefon n 1895, Marconi merekacipta telegraf tanpa kawat.
- 1839, Kirkpatrick MacMullen mencipta basikal mula2 sekali.
- tahon 1839 jugak, sharikat kapal E & O menetapkan pelayaran antara England dgn Alexandria.
- helikopter kuasa wap direka tahon 1842 oleh WH Phillips.
- 1851, Charles Page tlh membuat jentera kereta api elektrik menarik beberapa buah gerabak selaju 19 km/j.
- terusan dibuka pd 1869, juga mengubah cara perhubungan timor n barat.
- rekaan jentera diesel oleh rudolph diesel tahon 1895 menjadikan kenderaan lebih murah.
- hasilnya perusahaan membuat kenderaan menjadi maju serta merta n daimler mencipta kenderaan moden pada 1887 di Jerman.
- rekaan kapal terbang juga telah dimajukan pd 1903, bila dua adik beradik wright mencipta smula kapal terbang n menerbangkannya.
- banyak lagi rekaan2 len, yg sempat dicatit ini saja lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini mengenai Revolusi Perancis... ikot nota kitab LCE kita memang dia x ada persoalan lagik mcm peringkat ijazah, dia beri siap2 saja secara ringkas... kalau peringkat ijazah len pula caranya sb mereka lihat sama ada betol ka rakyat yg jatuhkan pemerintahan beraja atau faktor2 len tp kita lihat dolu lah nooooo caranya bagaimana secara asasnya.....
Revolusi Perancis
- mula kuron-18 M, masyarakat kawasan EU mula berfikiran bebas.
- hal ini melahirkan pemberontakan2 melawan kuasa2 kerajaan di merata2 tempat utamanya di France n Amerika.
- tahon 1789-1793, ketegangan politaik meletus di France menjadi pemberontakan2.
- peristiwa2 pemberontakan2 ini akhirnya menyebabkan king Louise n permaisurinya dipancong (guillotine) di khalayak umom.
punca pemberontakan
- peperangan masa zaman raja Louise XIV menyebabkan kenaikan cukai n para pembesar negeri mula mengenakan cukai yg tinggi kepada para peladang, hal ini menyebabkan mereka memberontak.
- tauladan yg didapati dr Amerika masa cuba membebaskan diri dari kuasa pusat di England menyebabkan rakyat Prancis memberontak.
- zaman berfikir melahirkan ahli2 falsafah macam Voltaire n Rosseau yg mengajarkan prinsip2 persamaan, persaudaraan, n kebebasan kpd masyarakat.
- disebabkan satu pemberontakan terbesar skalik di France, jadinya kebuluran yg dahsyat pd awal tahon mulanya pemberontakan itu, org awam ramai mati sb itu.
Pemberontakan
- pemberontakan mulanya pada tahon 1793, masa itu angkatan tentera gila melakukan pencerobohan.
- mereka membunoh orang2 bangsawan n menghukom bunoh raja serta permaisurinya.
- kerajaan di EU banyak rs terancam dengan hal ini sb takot rakyat dalam negara mereka pula akan buat benda sama kpd mereka (raja2).
- mereka mula mengisytiharkan peperangan dgn France n askar2 France dapat kemenangan pula. |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman Ketakutan di France
- mula tahon 1793-1795, dua tahun ini menjadi tahun yg menakutkan bg penduduk dalam France.
- kerajaan yg didirikan lepas pemberontakan walaupon pd dasarnya berniat baik tp didapati juga pd tiap2 hari ada lebih kurang 300 org dihantar pemerintah baru ke tempat pemancungan kepala.
- org awam mula rs bosan maka mereka cuba carik org len yg boleh mengamankan keadaan, maka mereka pilih napoleon.
Kesan Pemberontakan France
- raja negara France digulingkan, para pemberontak mendirikan kerajaan yg bercirikan demokrasi pula lepas itu.
- pemberontak2 ini juga mula mengira menggunakan perpuluhan.
- kenaikan napoleon. |
|
|
|
|
|
|
|
Gambaran Kepala King Louise XIV Dipancong
King Louise XIV
|
|
|
|
|
|
|
|
Napoleon
- lahir pd tahon 1763 di Corsica Island, sbenarnya kawasan org Italia tp ditakluki France.
- makanya Napoleon dikira rakyat France.
- Napoleon bukanlah cerdik sgt ms belajar skolah langsong x ada tanda2 pon dia akan jd org besar ms depan.
- kemudian dia belajar di sekolah ketenteraan Perancis n dia jadi askar.
- Napoleon lawan pemberontakan2 di France n juga menang dengan pihak luar bg pihak France.
Kebangkitan
- masa itu France diperintah oleh sekumpulan pengarah.
- tugas mereka tidak dijalankan dengan baik.
- makanya kerajaan sebegitu dihapuskan n Napoleon membangunkan kerajaan baru lagi sekali n beliau sniri jd wakil negara pertama skalik.
- beliau kemudian menggunakan pemerintahan rejim tentera pulak di seluroh kawasan France.
- pengaruh dia makin meningkat n seorang ketua agama katolik France ke Vatican bg meminta Pope menabalkan Napoleon jadi pemerintah France pd 1804.
Pembaharuan Napoleon
- walaupon ms Napoleon, France perang dengan beberapa negara EU laiin, Napoleon masih ada jasa kpd France.
- dia ada buat perjanjian Concordat dengan Pope n agama katolik jd agama rasmi negara tp agama lain2 boleh dianuti penduduk France.
- kenaikan pangkat2 paderi dalam France mesti dijalankan oleh Napoleon sniri, Pope hanya boleh mencalonkan org yg nak dipangkatkan.
- sekolah diberi nama Lycees dibangunkan n pembelajaran peringkat tinggi dimajukan sehingga terbinanya University of France.
- wujud smula anugerah gelaran pangkat2 kehormatan macam zaman raja2 dolu n mereka masih diiktiraf di republik France.
- undang2 France dimajukan n ada undang2 Tort (yg didapati oleh Napoleon ms ke Mesir).
- peguam negara France masa itu membukukan undang2 Napoleon dengan bahasa latin.
Kejatuhan
- walaupon Napoleon berjaya menjadi pemerintah hampir separuh dr kwsn EU tp dia tidak dapat menguasai atau mengalahkan England.
- bila dia x berjaya mendaratkan askar di daratan England, dia cb halang kemasukan bekalan makanan pula ke England sana dgn tutop smua pelabuhan di EU kpd kapal2 Inggeris serta memboikot barangan dr England dlm kawasan ditadbirnya.
- perkara itu langsong xberi kesan kpd England sb England pon berkuasa di perairan antarabangsa.
- pd akhirnya, negara2 taklukan France di EU memberontak menentang pemerintahan Napoleon.
- Napoleon kalah n dibuang negara ke pulau Elba di Italia.
- ahli2 politaik EU mula mengadakan perjanjian keamanan di Vienna (Peace of Vienna) n perjanjian itu ambil masa setahun untuk disempurnakan.
- masa itu Napoleon kembali jadi pemerintah selama 101 hari tp kemudian kalah balik dalam perang waterloo 1815.
- dia dihantar ke pulau st. helena n meninggal di situ, ada org kata sb keracunan arsenik. |
|
|
|
|
|
|
|
Kemerdekaan US
- sblom tahon 1783, US terdiri drpd 13 buah kawasan jajahan yang diduduki oleh orang dr England (koloni) antara tahon 1584-1733.
- kawasan tersebut adalah virginia, new york, new jersey, plymouth, connecticut, massachusetts, new haven, rhode island, delaware, pennsylvania, north n south carolina, n georgia.
- 1775, sampai 1783, berlaku perang kemerdekaan US.
- perang berakhir dengan England tewas serta kawasan2 yg ada koloni orang2 berasal dr England n kawasan2 kerajaan Celt itu merdeka.
- kerajaan2 koloni 13 itu kemudian bersekutu melantik G. Washington jd presiden pertama.
- koloni lain kemudian ditambah masuk dalam persekutuan sampai jd 48 negeri atau wilayah koloni mcm hari ini.
- Louisiana dibeli oleh US dr France pd 1803, n Florida diperolehi dr Spanyol pd 1819.
- New Mexico, Arizona, n California diperolehi masa perang dengan negara koloni Mexico pd 1846-1848.
Kesulitan dihadapi US
- sbg negara muda masa itu, US menghadapi banyak juga kesulitan antara tahon 1783 n 1785, masalah ekonomi berlaku dalam persekutuan tersebut kerana tiada perniagaan dengan kepulauan dikuasai sharikat Hindia Barat Inggeris.
- atas sb itu, persekutuan tidak dapat mengutip cukai pengurusan pemerintahan dgn sempurna.
- perselisihan faham juga terjadi satu pihaknya antara persekutuan US dengan England, dengan Spanyol, n dengan France di pihak lain2.
- US waktu itu masih menjalankan pertanian tp dalam ms yg singkat mereka berjaya memajukan perusahaan.
- mereka membuat perjanjian2 dengan England n Sepanyol serta membuat undang2 menahan warga France dalam kawasan US, serta menguatkuasakan undang2 melarang gangguan hak politaik.
- tahon 1791 n 1814, terciptanya rekaan mesin enjin yg digerakkan kuasa elektrik untuk meraut benang juga mesin enjin untuk mengasingkan kapas dengan bijinya serta tenggala besi.
- dengan penciptaan peralatan baru, US masuk dalam dunia ekonomi baru.
perang dgn England 1812
- tahon 1812, US mengisytiharkan perang dgn Britain.
- sebabnya, org US fikir kerajaan Great Britain (teraju adalah England) menghasut org Red Indian (natives) melawan mereka serta org US hendak menakluki Kanada.
- peperangan itu, dua2 pihak England n US seri, kawasan2 jajahan n daerah2 yg ditawan diserahkan balik masing2.
- tamatnya perang, perasaan kebangsaan negara US bangkit dalam kalangan penduduk dalam persekutuan.
- cukai2 barangan import dinaikkan bg melindungi perusahaan US.
Kebangkitan Orang Awam US
- wujud gabungan pekerja2 orang kulit puteh mcm working men's party ditubuhkan di NY pd 1829 n merebak ke negeri2 lain dlm US.
- banyak tujuan penubuhan pertubuhan begitu misalnya utk pendidikan percuma kpd penduduk n penghapusan undang2 penjara bg si penghutang.
- tahon 1883, trade union diperkenalkan menggantikan pertubohan pekerja.
Kesulitan2 Lain US
- Persekutuan perlu menyelesaikan masalah imigran2 dr luar yg berpindah masok dalam negeri2 bersekutu.
- hal itu mengancam demografi pendudok dalam US.
- perselisihan paham antara penduduk di Utara n Selatan koloni.
- kemuncaknya perselisihan Utara n Selatan US pd zaman Abraham Lincoln jd president n menyebabkan perang saudara.
Perbezaan Utara n Selatan
Utara
- menganuti Kristian puak Puritan, mereka juga golongan pengusaha.
- org utara menentang hamba abdi
- ladang kecil2 saja
- mereka mau bank yang teratur
- org utara x kisah dengan cukai untuk perlindungan perniagaan
Selatan
- suka guna hamba abdi
- suka ladang besar2
- banyaknya adalah petani tuan2 tanah n bukan golongan Puritan
- x suka dengan cukai2
- menentang bank berpusat
Abraham Lincoln
- dilantik jd president tahon 1860, menentang hamba abdi.
- sebab itu, South Carolina keluar dr persekutuan atau US n lain2 negeri sebelah selatan ikot keluar kemudiannya.
- org sebelah US selatan melantik president sniri nama dia Jefferson Davis yg membentuk US Selatan serta mengisytiharkan kemerdekaan.
- pihak US Utara menyoal asasi sb apa isytihar kemerdekaan US Selatan, n jawapannya adalah perang dgn org2 Utara. |
|
|
|
|
|
|
|
Perang Saudara US
- tahon 1861, pecahlah perang.
- mulanya askar selatan sudah hentam askar utara.
- tahon 1862, askar utara menang dlm perang masyhur di gettysburg menewaskan selatan.
- tahon 1863, mississipi jatuh ke tangan utara.
- askar utara kemudian melaksanakan sekatan memaksa selatan menyerah diri tahon 1865.
Kesan perang saudara
- hamba abdi org afrika dihapuskan n jalan ke arah demokrasi dikukuhkan.
- walaupon masalah hamba abdi sudah dihaposkan tp masalah org kulit itam masih berlaku beberapa lamanya
- US kemudian jadi maju dlm ekonomi pantasnya meninggalkan negara len2 jauh ke belakang.
- masa yg singkat, lincoln mengisytiharkan di gettysburg: "pemerintahan oleh org ramai untuk org ramai selama2nya."
- sejarah US berikutnya berdasarkan perisytiharan itu.
Fahaman Asingan - Monroe Doctrine
- US ambil jalan tidak campuri hal dalaman EU sehingga perang dunia I.
- dasar ini mula skali diamalakan oleh G.Washington dan bersambung sampai ke perang dunia I.
- doktrin ini menyebabkan US bebas dr penderitaan sebab perang mcm yg berlaku di EU serta membawa kpd kemajuan negara.
- melalui doktrin monroe, diisytiharkan prinsip: "Amerika untuk org Amerika" sekaligus menutup dunia US drpd EU. |
|
|
|
|
|
|
|
Jerman
Jerman Jadi Jajahan
- sejak zaman Frederick the Great of Prussia, orang2 Prussia bercita2 ingin menyatukan seluroh negara2 org Jerman dalam taklukan empayar Prussia.
- cita2 itu tercapai pd 1871 atas usaha William I n penasihatnya iaitu Otto von Bismarck.
- dlm beberapa peperangan mereka dh mengalahkan Austria n France.
- mereka dapat Hanover dr Austria n Alsace serta sebagian Lorraine dr France.
- William I dr Prussia mengisytiharkan dirinya maharaja Jerman I pd Januari 18 tahon 1871.
Keluasan Kerajaan Kemaharajaan
- bila William naik takhta, Jerman ada 25 wilayah dengan 4 buah merupakan wilayah beraja atau negara beraja seeprti Bavaria, Saxony, Wurtenberg, n Prussia sniri.
- 5 buah wilayah lagi dalam pemerintahan grand duke n raja2 kecil.
- 3 buah bandar bebas mcm hamburg, bremen, lubeck, n alsace lorraine yg sebenarnya wilayah France.
Masalah Dihadapi
- perjuangan golongan katolik yg menganggap Pope sbg ketua agama n negara mereka.
- perkembangan fahaman sosialis menyusahkan kerajaan n kemaharajaan.
- ketiadaan jajahan taklok luar
- keperluan membina angkatan laut n darat yg kuat untuk kemaharajaan.
Perjuangan Katolik
- Pope mengeluarkan dogma of infallibility, kesalahan dalam kepercayaan keagamaan n akhlak.
- prinsip ini menuntut gereja2 dalam negeri2 dihuni org katolik dilindungi.
- bishop2 di jerman mengikut prinsip ini serta dipatuhi org2 katolik dalam kemaharajaan jerman.
- sebabnya wujud perselisihan adalah kerajaan cuba mengecilkan pertubuhan2 agama dalam negeri2.
- kesannya, tahon 1872, orang2 Jesuit dihalau keluar dr jerman n pertubuhan mereka dibubar.
- setahun lepas itu, undang2 ketat diluluskan berkenaan org katolik.
Undang2 Mei
- menetapkan bahawa gereja katolik tiada hak nak mendenda bersangkot paut hal keagamaan.
- seminari2 paderi berada bawah pemantauan kerajaan.
- kerajaan ada kuasa veto melantik paderi sniri.
- siapa saja bebas kuar dr kepercayaan kristian katolik.
- tata tertib gereja adalah bawah perintah kerajaan bukan Pope.
- ini undang2 diluluskan pd 1875.
- undang2 perkahwinan ikot undang2 negeri dalam kemaharajaan adalah wajib n tiada sbarang dana kerajaan untuk gereja lagi.
- perintah agama n perkumpulan agama dibubar.
- 1878, undang2 keras menentang kegiatan keagamaan katolik dibatalkan smpai tahon 1883 n pastu hilang begitu saja.
perkembangan fahaman sosialis
- berkembang cepat dalam kerajaan Jerman, makanya kerajaan cuba menghapuskannya dengan beberapa undang2 mnyekat fahaman ini tahon 1878.
- oleh itu, fahaman ini bergerak bawah tanah saja slama 12 tahon hingga Bismarck berhenti jd chancellor Jerman pd 1890.
- 1878-1890, Bismarck meluluskan undang2 membantu pekerja2 bg memalingkan mereka dr fahaman sosialis.
- undang2 itu adalah undang2 insurance sakit 1883, insurance kemalangan 1884, n insurance org2 tua x leh kerja lagik 1889.
- lepas Bismarck berhenti, maharaja William II meluluskan undang2 meninggikan taraf pekerja.
- maka mahkamah perusahaan tertuboh pd 1890
- pemeriksaan kilang2 dilicinkan lagik pd tahon 1891, n tertubuhnya pejabat buroh tahon 1892.
- melalui undang2 ini, hati pekerja cb ditawan oleh maharaja William II namun tiada jaya.
- fahaman sosialis berkembang lg rancak n jd bertambah kuat.
Jerman seberang Laut
- 1883, Jerman dapat tanah jajahan di barat daya Afrika.
Ketenteraan Jerman
- undnag2 cukai diluluskan pd 1879 melindungi perusahaan n ladang2 menjadikan Jerman no.2 lepas US sbg negara kaya ms itu
- dasar ketenteraan masa itu juga jelas.
- cuba membangunkan angkatan laut bercita2 tinggi.
- 1913, undang2 tentera n belanja ketenteraan diluluskan.
- undang2 meluluskan pengambilan 4000 org ketua askar n 15,000 org ketua askar x bertauliah, serta ada 117,000 anggota tentera.
- kekuatan tentera meningkat dr 544,000 kpd 870,000 org tentera smuanya.
- perkembangan ketenteraan ini menimbulkan permusuhan antara jerman dengan bangsa negara lain.
- akhirnya membawa tercetus perang dunia I. |
|
|
|
|
|
|
|
Russia
Pemerintahan Czar (maharaja Russia)
- Czar berkuasa mutlak dalam Russia menjadi ketua negara juga ketua gereja negara.
- pentadbiran dalam negara Russia beberapa tahon sblom WWI adalah kurang baik.
- bila rakyat Russia memohon Czar Nikolai II melakukan perubahan dalam pentadbiran, permohonan mereka bukan didengar sebaliknya mereka kena tindas pula.
- kaum petani berasa tidak puas ati.
- pekerja2 gudang juga berdendam dengan kerajaan sebab perbuatan kapitalis (kaum pemodal).
Nikolai II
- tahon 1917, timbol mogok n rusuhan di st. petersburg sb kerahan tenaga x henti2 menyebabkan masalah kekurangan pekerja, perjalanan kereta api terganggu.
- simpanan minyak untok menggerakkan jentera kilang sebagainya kurang, bekalan makanan pon menyusot bila WWI tercetus.
- mogok n rusohan 1917 ini kemudian diikoti oleh pemberontakan tentera sekaligus mengakhiri pemerintahan Czar Russia.
Kerajaan Smentara Russia
- kerajaan ni ditubohkan dr Mac 1917 sampai November 1917.
- dalam pd tu, krajaan ni mengalami salah faham dengan petrogard soviet atau majlis pekerja2 serta wakil2 tentera.
- salah faham lagi memuncak bila Lenin n sahabat2 dia sampai di Switzerland.
- rancangan mereka adalah untok memindahkan kuasa kerajaan smentara kpd rakyat Russia, supaya Russia menarik diri dr peperangan, rampasan tanah untok petani2, serta perusahaan Russia dikawal oleh majlis masharakat kerajaan Russia.
golongan Bolshevik
- percubaan pertama rampasan kuasa pemerintahan oleh golongan bolshevik tidak berkesan pd 1917.
- ramai pemimpin golongan bolshevik ditangkap tp Lenin dapat lepas diri.
- pemberontakan cubaan rampas kuasa kedua kaum bolshevik berlaku pd 6 nov 1917.
- kata sejarawan, kaum bolshevik diketuai jawatankuasa pemberontakan tentera laut dr kronstadt n workers' red guard.
- mereka dpt tawan pejabat2 pemerintahan juga ambil alih istana musim sejuk dgn kekerasan, mereka juga tangkap ahli2 pemerintahan sementara baru dapat kuasai Russia.
Russia Lepas Pemberontakan
1) zaman tentera komunis memerintah 1917-1921
zaman ini tanah2 diagih2kan kpd kaum2 tani Russia n baki2nya menjadi hak milikan negara. smua tanah2 gereja dirampas serta pelajaran agama dihaposkan. hutang kerajaan lampau dihaposkan n pekerja2 berkuasa menentukan hal2 dalam gudang.
2) zaman dasar baru ekonomi 1921-1928
dasar negara dipinda kepada separa kapitalis. hal ni bg membolehkan petani2 menjual lebihan hasil mereka n perniagaan dijalankan secara x ada cukai. ladang2 persendirian kecil diperbaiki mengguna pekerja upahan terhad. dalam lapangan perkilangan n perusahaan, jentera2 dikembalikan smula pd tuan2nya n penubuhan kewangan sniri dibenarkan di bandar st.petersburg. matawang negara juga ditetapkan nilaiannya.
3) zaman serangan baru sosialis 1928
serangan sosial kemudian digantikan dengan rancangan lima tahon serta diikuti lg beberapa rancangan. rancangan2 di Russia itu banyak jugak berkesan n diikuti pulak org di serata2 dunia menjelang zaman moden. |
|
|
|
|
|
|
|
apala perancis ni, tak hormat raja, raja sendiri pun kena pancung |
|
|
|
|
|
|
|
WWI
penyebab
Kongres Vienna
- di kongres Vienna 1815, kuasa2 besar dunia waktu itu berkumpol n buat aturan tempatan di EU tanpa mengendahkan semnagat kebangsaan orang2 dalam wilayah (negara) situ.
- makanya terjadi pemberontakan di beberapa buah wilayah (negara) EU yg mengancam keamanan.
perselisihan perniagaan
- ini adalah satu akibat bila negara2 kuasa besar waktu itu berebut2 nak dapatkan bahan mentah n pasaran jualan barang2 mereka.
- barangan jerman waktu2 itu mula dijual di sluroh dunia mengancam british.
perlumbaan senjata
- penjajahan jerman di EU jugak salah satu penyebab.
- emperor William II cb menjadikan jerman sbg kuasa utama dunia.
- maka dia menubuhkan angkatan darat n lautan jerman.
- bangsa2 EU lain mula rasa terancam maka mereka pon berlumba2 sediakan angkatan tentera jugak.
perikatan
- sebab selalu curiga satu sama lain, maka bangsa2 EU mula membentuk perikatan.
- tahon 1913, sluroh EU jatuh dalam dua bahagian kumpolan bersenjata iaitu perikatan 3 negara n persefahaman 3 negara.
- perikatan ini terdiri drpd jerman, austria, n italia manakala yg dalam perikatan persefahaman 3 negara pula adalah russia, france, n england.
- bila EU terbahagi dua, maka perselisihan timbul lah sampai boleh bawa kpd perang kpd sluroh dunia bukan di EU saja, namun perkara ini tertangguh sampai 1914.
penyebab baru perang
- sebab mula2nya adalah pembunuhan prince of austria, franz ferdinand serta isterinya di sarajevo sblom upacara pertabalan menjadi raja austria.
- austria menudoh serbia terlibat n mengisytihar perang atas serbia.
- serbia minta bantuan russia n russia segera antar askar ke austria.
- sb austria berada dalam perlindungan negara pihak berikat iaiatu jerman, maka jerman mengisytihar perang pulak kpd russia n france.
- bila belgium jatuh dalam taklukan jerman pd 4 ogos 1914, Great Britain mengisytihar perang pula dengan Jerman.
peperangan
- perang terjadi dalam 6 medan pertempuran sebelah barat.
- sebelah timor, othmaniah n italia jugak terlibat.
- mulanya britain n france lawan jerman.
- lepas tu US pon turot terlibat.
- bila US masok, kemenangan tentulah berpihak kpd pihak berikat.
- kemenangan jerman dolu2 berubah pula jd kekalahan dlm perang.
- perjanjian damai kemudian ditandatangani pd 11 nov 1918 n smua angkatan perang berhenti perang.
perjanjian versailles
- perjanjian tahon 1919 ni menamatkan perang n menyebabkan tertubohnya liga bangsa2 (skarang UN) n mahkamah dunia.
- harapannya masa depan perselisihan diselesaikan cara baik n bukan perang.
- ikot perjanjian ni, jerman mengaku bertanggungjawab memulakan perang n mesti serahkan smua jajahan takluknya pd bangsa2 EU yg menang n stuju bayar pampasan sbg ganti rugi kpd pihak2 berikat.
akibat WWI
- orang2 awam di EU berasa kecewa n mau undang2 baru tp lambatlah hendak dipulihkan keadaan.
- peperangan telah menyentuh hal ekonomi kehidupan org2 merata tempat.
- harga barangan mula naik di seluruh dunia utamanya EU, rumah2 kediaman jd kurang, kenderaan pon kurang, matawang digunakan di sluruh EU tidak menentu nilainya.
- oleh itu timbul pemberontakan2 di serata2 EU.
- komunis n kemudiannya fasis (adhikara) bangkit di Italia.
- keadaan sm terjadi di GB, wilayah2 dalam Jerman, n France.
Kegagalan Liga Bangsa
- sebab kegagalan adalah liga ini hanya disertai negara2 yg menang perang sj, negara kalah menang x sertai.
- ada bangsa2 EU yg x menjadi ahli liga itu.
- liga itu x boleh paksa ahli2 yg x mau terima keputusan mesyuarat liga.
- perlembagaan liga x berfungsi.
- liga ni cuma satu badan politaik dunia x cukop untuk memantau keadaan ekonomi orang2 awam. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by genot at 3-4-2010 18:26
British di India
(halnya British di India, ini waktu dipanggil British lar, England sudah paksa Ireland, Scotland, n Wales bersatu dengannya jadi UK, Britain (Gaelic land) sniri sdh dihijack Inggeris)
sblom ni kita sudah sebut sikit pasal sharikat Hindia Timor British di India n mereka pon pernah memerintah India selatan dalam dua peperangan di Karnatik (India Tengah) n dapat pulak memerintah wilayah (negara) Bengal melalui perang Plassey 1775.
kita juga sudah tgk, bahawa Mir Ja'afar dilantik British menjadi pemerintah boneka British di Bengal. satu masa Mir Ja'afar x dapat memberi perkenan lagik kpd permintaan sharikat Hindia Timor British yang tamak maka dia pon dijatuhkan oleh British, digantikan dgn menantunya Mir Qassim.
Mir Qassim pon cubalah hendak melepaskan diri dr pemantauan n campor tangan British maka dia membentuk satu perikatan dengan kesultanan Delhi n Nawab (raja kecil) di Oudh melawan British. walau bagaimanapon, mereka yg bersekutu sesama mereka kalah dgn British dalam perang Buxar.
sebab kekalahan itu, makanya British mendapat hak memungut cukai di Bengal, Orissa (Kalinga), n Bihar. British bukan saja dapat mengambil Bengal menjadi koloninya, malahan juga seluroh benua India.
Perkembangan British India
pertambahan wilayah koloni British juga terjadi bila sultan Tippu shah di Mysore dikalahkan oleh Lord Wellesly. Wellesly memulangkan smula kawasan pentadbiran sultan Tippu shah kepada raja hindu yg dahulu serta meletakkan orang2 sharikat di beberapa wilayah jajahan supaya senang ditadbir.
pembentukan presidency juga dijalankan oleh L. Wellesly. kemudian terjadi pemberontakan org2 maharata yg ditumpaskan oleh L. Hastings sbg wakil raja. Pemberontakan di wilayah Bengal juga berjaya diselesaikan.
wakil raja yang penting lepas tu adalah L. Dalhousie, dia dapat perintah kawasan2 yang ditakluki masuk dalam jajahan British India n bila dia dh tamat pegang jawatan, British berjaya menakluki Punjab, Sindh, n Burma. Kuasa British mula masuk ke kerajaan Burma di Asia Tenggara.
Pemberontakan 1857
tahon ini penduduk2 dalam benua India memberontak terhadap British. stengah org anggap pemberontakan ni dilakukan oleh askar, tp ada jugak yg anggap ini permulaan bg perang merebut kemerdekaan benua India.
Punca Pemberontakan
Politaik
L. Dalhousie dah menundukkan banyak wilayah di India n memasukkannya bawah wilayah pentadbiran British mengikut doctrine of lapse. ikot undang2 ini jika seorang pemerintah sesuatu kawasan ninggal, n x ada waris ikot undang2 sah maka kerajaannya akan jatuh trus dalam tangan British. undang2 yg x pasal2 ini menyebabkan ramai org x puas hati dgn British n jd seteru British.
Ekonomi
pembebasan cukai2 tanah dr cukai kerajaan wilayah n daerah menyebabkan ramai zamindar (tuan tanah) jatuh miskin. di Oudh, pegawai2 raja n para pekerja bergaji telah ilang pencen n elaun mereka. org2 di Oudh pon mula la berdendam dgn British.
Sosial
penganut2 Hindu Orthodox (adat) utamanya golongan Brahmin berasa bahawa L. Dalhousie cuba hendak menghapuskan cara idop mulia masyarakat Hindu.
Ketenteraan
perasaan x puas hati dalam kalangan askar2 Hindu atau Sipahi yg berkhidmat dengan British bila mereka dipaksa berkhidmat di dalam n luar negara utamanya yang berkasta Brahmin sb mereka secara adatnya x boleh seberang lautan.
selain itu senapang rifle buatan enfield yg digunakan masa itu mempunyai peluru yg disapu lemak haiwan atau grease. askar2 kena gigit hujong peluru n ada kabar angin mengatakan minyak grease diperbuat dr lemak lembu n babi, perkara ini sensitif kpd orang Indu beragama Hindu n Islam.
tokoh dalam ini adalah mangal pandey, seorang berkasta brahmin ada dalam movie tajuk mangal pandey pong, aku x tahu jika orang sebelah Jakarata tahu ini, mana la tau kot2 bershukarno melampau sgt... lol
Pemberontakan
walaupon dh ada kegelisahan di satu dua tempat tp pemberontakan pertama meletus di Meerut pd 10 Mei 1857 n kemudian merebak ke seluroh utara India.
pemberontak membunoh beramai2 orang EU di tempat2 itu n kemudian mara ke Delhi sambil mengisytiharkan Bahadur II sbg maharaja sluroh India Utara.
pemberontak2 itu tapi tak ada rancangan yg teratur jd hal ni memudahkan British menewaskan mereka.
Kesan Pemberontakan
walaupon pemberontakan menghalau kuasa asing dr India Utara dh gagal, hal itu memberikan sikit angin perubahan dalam sejarah India moden.
tamat saja pemberontakan, pemerintahan sharikat hindia timor british berubah kpd pemerintahan berpusat kerajaan baginda raja England. askar2 British ditambah dalam angkatan tentera di India Utara n mula lah pelampau2 wujud dalam arena politaik India menjelang zaman moden. |
|
|
|
|
|
|
|
British Raja (Kerajaan British India)
semangat kejatidirian Indu
British menetapkan kedudukan di India sekitar tahon 1858 (wujud pemerintahan bertindih). stengah abad lepas itu, benua India mengecapi keamanan n ketenteraman dalam negeri2. peemrintahan kerajaan asing dalam sebuah benua lain bukanlah mudah sepanjang masa, sb orang2 Indu yg berpelajaran Inggeris mula menuntut kebebasan bagi penduduk2 dalam benua India itu memilih pemerintah yg disukai dlm ms singkat.
tahon 1885, kongres kerajaan India telah ditubohkan, bertujuan menuntut kpd British Raj supaya membenarkan perlantikan lebih banyak wakil2 rakyat Indu mewakili majlis meshuarat n majlis wakil raja2 indu.
mola abad ke-20, kongres ini mula mendesak British Raj memberi mereka hak pentadbiran sniri. oleh itu, British Raj yg menjadi pemerintah India mengambil langkah menghapuskan gerakan kejatidirian n menubohkan lembaga undang2 pindaan dikenali sbg Minto Reform (minto-morley).
bawah undang2 pindaan minto itu, majlis meshuarat daerah2 India ditubohkan n pegawai2 bukan kakitangan kerajaan British Raj mendapat hak bersuara. pindaan undang2 minto ini pon sbenarnya x memuaskan ati pemimpin2 Indu n mereka meneruskan perjuangan melobi kebebasan.
berikotnya, berlaku lagi pindaan undang2 oleh montegue chelmsford 1919. pindaan ini memberikan tanggungjawaban kpd kerajaan pusat n kerajaan2 negri dalam benua India tiada kuasa lagik. akibatnya puak2 penduduk Indu tidak puas ati n mula memberontak melawan British Raj.
hal ini mewujudkan undang2 Rowlatt lebih kurang mcm undang2 ISA n darurat, yang mana org2 disyaki saja akan ditangkap n dipenjara tanpa perbicaraan. |
|
|
|
|
|
|
|
Mahatma Gandhi
haaaa, ini tokoh kepala botak dihormatilah oleh smua Indu x kira agama, x kira la bangsa apa, Tamil ka, Malayalam ka, Gujerat ka, Karnataka ka, sapa2 saja pown. dia ini berbangsa Gujerat dh tentu lar mari dr wilayah Gujerat kan, n dr kasta Vaisya (upanama dia Gandhi, maksud dia tumbuhan2). rasanya sluroh dunia pon hormati dia.
aku skolah swasta ms form 6 dolu di KL, cikgu pengurus skolah nama dia A.Kumareshan pon ada simpan gambar tuk wan ini dalam biliknya walaupon dia rakyat Malaysia n bukan etnik Indu Gujerat tp etnik Tamil (India Selatan). aku pon sangatlah respek kat cikgu Kumareshan sb dia x mengaku melayu mcm org2 yg baru masok kat sg.ramal n kat pinggiran gombak, haha.
gandhi meninggal kena tembak dengan orang Brahmin (adat) sebab mereka x suka tindakan mencemar duli orang2 Brahman serta ada membela seorang harijan (kasta rendah) di rumahnya walaupon mereka x boleh terlibat dengan orang2 kasta shudra n khandala.
waktu2 British Raj, Gandhi jadik ketua kongres. tahon 1919, dia memulakan pertubuhan bersama kongres diberi nama satya-graham bg membawa negara2 dalam India mencapai kemerdekaan.
pihak British Raj cuba menghapuskan pergerakan tersebot. dalam usaha menghalang org ramai ke perhimpunan di Jallianvala Bagh, Jeneral Amritsar, Dyer memrintahkan tembak org2 ramai tersebot. 1500 org mati n cedera. lepas kejadian tersebot, pendudok2 India Utara tidak mahu kerjasama dgn kerajaan India (British Raj) baik dalam lapangan undang2, pendidikan, n maktab2. mereka memulaukan smua institusi kerajaan n berhenti membayar cukai.
Britain terpaksa melantik suruhanjaya yg dikenali sbg suruhanjaya simon ng membuat syor pindaan. tahon 1935, undang2 baru diluloskan menyatakan bahawa wilayah2 (negara) dalam India boleh berkerajaan sendiri smula n kerajaan pusat (Britain) pula bertanggungjawab atas undang2 yang diluluskan badan penaja undang2.
Kebebasan Penoh
WWII pon berlaku, Britain memerlukan bantuan India dalam peperangan lalu mereka pon tampil dengan cadangan hendak membebaskan India. British Raj menetapkan tarikh untuk meninggalkan India.
masa yg sama seorang org2 Muslim di Indu (India) bawah pimpinan Mohd Ali Jinnah menuntut kawasan mereka di Barat, iaitu Pakistan. banyak percubaan dilakukan British bg mengelakkan benua Indu (India) pecah dua tp terpaksa juga disetujui pd akhirnya bila keadaan meruncing ( setiausaha yg terlibat dalam rintisan idea negara moden orang Islam ini adalah seorang wartawan EU keturunan kahin Ashkhenazi penganut Islam namanya Leopold Weiss aka Mohd Assad).
15 Ogos 1947, India (semua negara2 dalamnya bersatu) mendapat kemerdekaan penoh n L. Mounbaten yg merupakan wizurai British yg terakhir menjadi Governor General di India. Javaharlal Nehru ( org Brahmin Kashmiri atau saravat) jd PM pertama bg negara India.
javaharlal nehru
|
|
|
|
|
|
|
|
Stamford Raffles
rasanya org jakarata2 pon kenal org hini. dia anak nakhoda kapal n lahir atas kapal pak dia di Jamaica tahon 1781, heran, dia lahir di Jamaica tp x itam la pulok
dia ni asalnya dr keluarga miskin n mula kerja jadik kerani di office English East Indies Company di London ms berusia 14 tahon. syoknya hidup dia awal2 sudah kerja elok jadik clerk lagik.
masa Pulau Pinang berada bawah pemantauan ketua majlis 1805, Raffles jadik setiausaha ketua tersebut dgn gaji 1,000 pound setahon, wow!
dalam pelayaran ke Pulau Pinang, dia belajar bahasa melayu yg rasmi digunakan di Pulau Pinang. tahon 1807, dia jadik setiausaha pemerintah koloni Pulau Pinang. |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman Pemberontakan di France
masa peperangan, Belanda dialahkan oleh France. England takot France akan merampas jajahan2 Belanda di Timor. maka mereka mula menduduki Tanjung Harapan, Ceylon (Si Lanka), n Melaka yg dolunya berada bawah pentadbiran sharikat Belanda. walau bagaimanapon, Pulau Jowo masih dalam pentadbiran Belanda tapi dengan kawalan dr France.
satu angkatan tentera dihantar ke Jowo pd 1811 oleh Minto yg jadik Gabenor Jeneral di India. Jowo dirampas dr Belanda. lepas itu Jowo, rasanya Surabaya kowt aku masok dalam jajahan British selama lima tahon. Raffles lak menjadi Lieutenant Governor di Bangkahulu dalam Sumatera.
Singapore
masa dolu2 Belanda memborong smua perniagaan di Hindia Timor. British pula dh ada koloni Pulau Pinang, Bengkahulu, n Pulau Prince of Wales tp x cukop lah sebab kedudukan tempat2 ni jauh2 pulak n sukar nak tadbir satu perniagaan besar dalam Hindia Timor.
makanya British nak kena cari satu pusat baru bg pentadbirannya di Hindia Timor atau lenyap saja. Hastings yg jadik governor general di India masa itu bersetuju menukarkan Bangkahulu dengan Melaka n menjadikannya tempat perhentian yg baru di Riau.
Raffles diamanahkan menjaga perkara itu tanpa menimbulkan kemarahan Belanda. Raffles sampai ke S'pore pd 28 Januari 1819 n buat perjanjian dengan temenggung negri johore n tengku long (yg waktu itu diakui oleh Raffles sbg sultan sah).
melalui perjanjian itu, orang British dapat kebenaran bina kilang2 di S'pore dgn bayaran 3000 dollar selat kpd temenggong n 5000 dollar selat kpd sultan johore. tahon 1824, British bayar wang tunai kpd temenggong n sultan johore bg hak di S'pore n pulau2 kecil berhampiran.
Melaka
1824, Britain menandatangani perjanjian dengan Belanda. Britain menyerahkan bangkaulu kpd Belanda n membuat perakuan tidak akan bukak kolono (jajahan) di S'pore. maka Belanda menyerahkan smua tempat2 perhentian mereka di India n Melaka.
Negeri2 Selat
(Bawah British)
tahon 1826, S'pore n Melaka dimasukkan sekalik dengan Pulau Pinang jadik Negeri Selat (Straits Settlements). negeri2 ini diperintah oleh Gabenor Jeneral India sampai 1867. lepas itu negeri2 selat ni terus masuk dalam wilayah kemahkotaan Great Britain. tahon 1826-1867, negeri2 selat maju dalam perniagaan n penduduk pon jd moden ikot perkembangan Great Britain. Ini 3 negeri, Pulau Pinang, Melaka, S'pore adalah koloni (jajahan) British pd ketika itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Campur Tangan British dalam Kesultanan2
di Semenanjung
British sudah lama lah cuba mengikut dasar2 x mau campur tangan hal ehwal negara2 di semenanjung. tapi permintaan untuk campor tangan kuasa ketenteraan disuarakan oleh pedagang2 British di negri selat (koloni) utamanya selepas pentadbiran negeri2 selat tersbeut dipindahkan dr India terus ke Great Britain pd 1867.
pemindahan kuasa terus ke Britain menyebabkan mudah pedagang2 british nak menekan pejabat tanah jajahan london supaya terus ambil negeri2 selat dimasukkan dalam pentadbiran pejabat tersebut selepas 1867.
Sebab British masok campor
1. kata mereka kesultanan2 melayu waktu itu tiada undang2 lagi mundor.
2. kaum2 pedagang2 british di negeri2 selat mau memperluas perniagaan sampai ke kesultanan2 sekitar dalam semenanjung n mengaut untong.
3. takot sultan2 tersebut akan berpihak kepada Perancis jika mereka lambat ambil langkah bersenjata.
4. mereka nak masukkan kesultanan2 di semenanjung ke dalam lingkongan pengaruh mereka.
5. pegawai2 british di negeri selat sniri mau campor tangan dilaksanakan.
6. mustahil bg negeri2 selat maju jika jiran2nya maseh mundor n ketinggalan ke belakang jika tiada campor tangan (wtf?).
7. semua sebab2 atas adalah usaha menghalalkan campor tangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Mula Campor Tangan
Perak
kesultanan ini mula2 dahulu dikacau n dicampur tangan. kawasan bawah pemerintahan kesultanan ini ada banyak lombong2 bijih timah, hal ni menarik kemasukan pedagang2 dr China. ada dua kumpolan besar kongsi China waktu itu iaitu Ghee Hin (Hakka) n Hai San (Kantonis) slalu berperang2 satu sama lain.
kemuncak perang dua2 puak kongsi China itu pada 1862, kongsi Ghee Hin kena halau dr kawasan lombong2 orang kaya2. walaupon gobenor Cavenagh masok campor bg pihak kongsi Ghee Hin n mereka dapat pampasan dr sultan Perak tp perang 2 kongsi itu mula balik pd 1867-1872.
masa yg sama, kesultanan Perak mengalami masalah perebutan takhta kesultanan. sultan Ali dr Perak mangkat tahon 1871 n timbol empat org waris menuntut takhta. mereka ialah
1) raja muda Abdullah
2) raja Yusof
3) bendahara Isma'el
4) sorang montri
British menyokong montri tersebut yg akhirnya jadik sultan. masa itu, sir andrew clarke dilantik oleh pejabat tanah jajahan n menjadi gabenor negeri2 selat untuk mengkaji kemungkinan mewujudkan jawatan resident bg pihak British dalam kesultanan2 melayu di semenanjung.
ia berjumpa dengan orang besar n ketua orang2 perak di pangkor. pd 1874 n dapat tandatangan drpd mereka. ikot perjanjian tersebot yg dipanggil perjanjian pangkor:
1. sultan abdullah dilantik jd sultan
2. sultan isma'el diberi pangkat n wang sara diri
3. daerah dinding n sekeping tanah depannya hendaklah diserahkan jadi koloni (jajahan) british
4. penting sekalik, sultan mesti terima resident british yg menasihati sultan dalam urusan pentadbiran kecuali adat istiadat n hal2 keagamaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Perjanjian Pangkor, 20 Jan 1874
punca gambar: arkib negara m'sia
http://sembangkuala.wordpress.com
|
|
|
|
|
|
|
| |
|