|
[Pulau Pinang]
'Rumah Sembang Pasemboq Utara V143'
[Copy link]
|
|
Tak wajib pelitup muka Ahad ini
Oleh Noor Atiqah Sulaiman - April 27, 2022 @ 4:27pm [email protected]
Penunggang motosikal memakai pelitup muka ketika berada di atas jalan raya. - Foto NSTP/AZIAH AZMEE
PUTRAJAYA: Pemakaian pelitup muka di luar bangunan tidak lagi diwajibkan, bermula Ahad ini.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata pemakaian pelitup muka digalakkan di luar bangunan, terutama di kawasan sesak seperti bazar Ramadan, pasar malam serta stadium.
"Selain itu, pemakaian pelitup muka masih diwajibkan apabila berada di dalam bangunan, termasuk gedung beli belah dan pengangkutan awam, termasuk e-hailing.
"Penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan peraturan-peraturan di bawahnya akan dikenakan ke atas individu yang gagal mematuhi arahan pemakaian pelitup muka," katanya dalam sidang media khas hari ini.
Pelitup muka tidak diwajibkan di luar bangunan. Gambar orang ramai berbuka di Dataran Sungai Kelantan. - Foto NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sfhzuraz at 27-4-2022 08:47 PM
'Boleh masuk premis tanpa mengira status vaksinasi mulai 1 Mei'
Oleh Fahmy A Rosli - April 27, 2022 @ 4:25pm [email protected]
Kemasukan individu ke mana-mana premis dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi, berkuat kuasa 1 Mei ini . - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kemasukan individu ke mana-mana premis dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi, berkuat kuasa 1 Mei ini.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin ketika mengumumkan ketetapan itu, berkata bagaimanapun individu yang tidak dibenarkan masuk ke premis merangkumi mereka yang positif COVID-19 walaupun mempunyai status vaksinasi lengkap.
Selain itu, katanya, individu lain yang tidak dibenarkan adalah mereka dalam tempoh Pemerhatian di Rumah (HSO), termasuk pengembara tanpa vaksinasi lengkap yang baru tiba di Malaysia.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Putrajaya hari ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
sfhzuraz replied at 27-4-2022 06:05 PM
Tak wajib pelitup muka Ahad ini
Oleh Noor Atiqah Sulaiman - April 27, 2022 @ 4:27pm [email protected]. ...
Dalam bangunan kena pakai...maksudnya sama je lah mcm sekarang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Harga petrol RON97 naik 13 sen seliter, RON95 dan diesel kekal
| | 27 April 2022
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 13 sen seliter kepada RM3.94 seliter bagi tempoh seminggu bermula Khamis hingga 4 Mei.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan harga petrol RON95 dan diesel pula masing-masing kekal pada harga RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.
"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.
"Sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran,” menurut kenyataan itu.
Harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism.
MOF turut memaklumkan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... 95-dan-diesel-kekal
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
|
|
|
|
|
|
|
pesta penang selalunya ms cuti sek hjg thn sahaja
|
|
|
|
|
|
|
|
kaka dah tepek nov x yah tepek dah
|
|
|
|
|
|
|
|
mattzzx replied at 27-4-2022 02:14 PM
@sfhzuraz @novelloverzz @NaylaArisha @amiraira
Tak seru nama kita pun |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum
Check in rumah baru !!
Alhamdulillah sudah 25 Ramadhan
Berbaki 5 hari lagi sebelum Syawal menjelma
Dah balik kampung ke tuuuu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hari ni berbuka dekat coffee Bean
Makan kek je dengan cold brew latte.
Kawan pulak minum double choc
Minta minta lah boleh tidur malam ni
Pastu moreh singgah burger king
Burger apa semua dah habis
Tinggal lah mozzarella stick dengan onion ring
Pun boleh lahhh
Ye tak makan nasi ke lauk apa apa ke
Sebab takut terlebih kenyang nanti tak boleh tidur
Esok sahur lah makan banyak sikit
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
siputpepel replied at 27-4-2022 11:14 PM
Hari ni berbuka dekat coffee Bean
Makan kek je dengan cold brew latte.
Kawan pulak minum double ch ...
So delicious...... |
|
|
|
|
|
|
|
Tp mcm x nak. Hr ni pun mai lmbt
bunga2 nk berenti tu nov. saja dtg lambat.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|