CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: richard303

"Assalamualaikum" atau "Salamun Alaikum"

[Copy link]
Post time 25-10-2010 02:16 PM | Show all posts
Tuhan suruh berwudu pada 4 anggota tapi ASWJ kata tak cukup kena tambah cuci telingga. Kerana Quran tak sempurna.
ramsys Post at 22-10-2010 22:49


Salam...

Bila anda menolak hadith, maka terjadilah punca kecelaruan anda dalam memahami Hujjah Ulama dan anda mulalah menabur fitnah!

Mana ada Ulama ASWJ kata kena tambah cuci telinga kerana Al-Quran tak sempurna? Itu FITNAH anda. Cuci telinga itu Sunnah bukan yang wajib.

Disini sy ingin menunjukkan kesilapan mnm77 sehingga menyebabkan percanggahan ayat2 Al-Quran itu sendiri.

Didalam ayat Q66:3 Tuhan memilih ganti nama “Nabi” dan bukan “Rasul”. Sekiranya kita mengunakan kritiria yg diberi tuhan @Q64:12 dan Q33:45 maka Nabi tidak menerima apa2 pun dari Tuhan kecuali Quran. Jika benar Nabi ada menerima selain Al-Quran (iaitu Hadith) untok disampaikan maka ayat Q64:12 sudah bercanggah dengan ayat Q33:45. Ini tidak mungkin terjadi.

mnm77 menterjemahkan ayat Q66:3 kebahasa melayu tetapi dengan sengaja meninggalkan kalimah “Hadith” (dalam bahasa Arab) bagi mengelirukan pembaca. Perkataan “Hadith” jika diterjemahkan kepada bahasa melayu bererti; kenyataan, menceritakan, perkataan, kata2, bicara dan apa2 yg bersangkutan dengan percakapan. Dan sekarang cuba kita gantikan perkataan “Hadith” itu dengan mana2 terjemahan bahasa melayu yg sy berikan. Adakah ianya akan memberi sebarang erti yg logik didalam kontek ayat Q66:3 itu sendiri?


Apa yang saudara tulis dan saya bold  di atas itu menunjukkan NABI juga membuat kenyataan, menceritakan, berkata-kata, bicara dan memang semua itu TERMASUK DALAM KATEGORI HADITH NABI.

Apabila kita gantikan HADITH tu dengan istilah Melayu (kenyataan, menceritakan, perkataan, kata2, bicara dan apa2 yg bersangkutan dengan percakapan), ia tidak merubah maksud ayat tersebut. Itulah yang dinamakan HADITH. Kerana anda yang gagal memahaminya anda menuduh saya membuat kesilapan menyebabkan percanggahan ayat2 Al-Quran.

Sekiranya benar nabi ada menerima sesuatu (Hadith) dari Tuhan mengapa perlu ianya dirahsiakan? Juga mengapa hanya diberitahu kepada salah saorang isteri2nya? Bukan kah ianya sepatut dihebahkan kepada semua?


Itu menunjukkan hadith tersebut khusus untuk isteri Nabi tertentu sahaja, bukan untuk semua orang. Namun apa yang pasti, Nabi juga menyampaikan HADITH selain dari Al-Quran. Itu point yang saya buktikan menerusi Al-Quran sendiri untuk menolak hujjah anda yang mana anda kata Nabi tidak menyampaikan hadith!

Ini membuktikan bahawa Tuhan hanya menurukkan Al-Quran (dan tidak ada yg lain) sebagai panduan dan petunjuk bagi kita.


Al-Quran sendiri menceritakan Nabi menyampaikan Hadith. Al-Quran juga perintah kita Taat Rasul. Maka benarlah Al-Quran dan Hadith sebagai panduan dan petunjuk bagi kita.
   
WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2010 02:26 PM | Show all posts
Berbalik kepada isu Assalamualaikum...

Kita lihat dua ayat berkaitan Salamun dan As-Salamu dalam Surah Maryam:

وَسَلَـٰمٌ عَلَيۡهِ يَوۡمَ وُلِدَ وَيَوۡمَ يَمُوتُ وَيَوۡمَ يُبۡعَثُ حَيًّ۬ا
Dan kesejahteraan (Salamun) atas dirinya pada hari ia dilahirkan, dan pada hari ia meninggal dan pada hari ia dibangkitkan hidup kembali. (Maryam, 15)

dan

وَٱلسَّلَـٰمُ عَلَىَّ يَوۡمَ وُلِدتُّ وَيَوۡمَ أَمُوتُ وَيَوۡمَ أُبۡعَثُ حَيًّ۬ا

Dan kesejahteraan (As-Salaamu) semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali". (Maryam, 33)


Dua ayat di atas seakan-akan sama. Ayat 15 merujuk kepada ucapan Salam (Salamun) yang Allah ungkapkan kepada Nabi Isa AS (sebagai pihak ketiga)

Ayat 33 merujuk kepada ucapan Salam (As-Salamu) yang diucap oleh Nabi Isa AS sendiri.

Kita boleh lihat dan bezakan cara guna Salamun dan As-Salamu di atas....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 07:33 PM | Show all posts
salam,

Mana ada Ulama ASWJ kata kena tambah cuci telinga kerana Al-Quran tak sempurna? Itu FITNAH anda. Cuci telinga itu Sunnah bukan yang wajib.

Istilah itu tidak penting, selagi ada tambahan kepada yg sudah termaktub ia bermakna yg asas itu tidak cukup sempurna. Kita semua yg dikategorikan sebagai  orang awam mana bolih pandai2 tambah cuci telinga tanpa tunjuk ajar dari Az-Zirk anda. Kamu  sendiri  kata dalam hal ugama tanya pada Az-Zirk, mereka ni kan pakar.

Kerana anda yang gagal memahaminya anda menuduh saya membuat kesilapan menyebabkan percanggahan ayat2 Al-Quran.

Sy ingat kamu yg tak faham.
Didalam ayat Q66:3 Tuhan memilih ganti nama “Nabi” dan bukan “Rasul”. Sekiranya kita mengunakan kritiria yg diberi tuhan @Q64:12 dan Q33:45 maka Nabi tidak menerima apa2 pun dari Tuhan kecuali Quran. Jika benar Nabi ada menerima selain Al-Quran (iaitu Hadith seperti dalam kitab Bukhari) untok disampaikan maka ayat Q64:12 sudah bercanggah dengan ayat Q33:45. Ini tidak mungkin terjadi.

Itu menunjukkan hadith tersebut khusus untuk isteri Nabi tertentu sahaja,

Seperti yg sy jelaskan Nabi sebagai ketua komuniti dia mengajar pengikutnya. Dia dirujuk untok berbagai perkara termasuk menjadi hakim jika berlaku perbalahan. Dalam hal ini Nabi akan mengeluarkan kenyataan/statement/kata2 (dalam bahasa Arab bererti  Hadith). Segala yg diputuskan olih Nabi adalah berlandaskan Al-Quran. Ayat Q66:3 menunjukkan Nabi berkata2 (Hadith) tapi ianya bukan merujuk kepada kata2 (Hadith) seperti yg terdapat didalam kitab Bukhari.

Al-Quran sendiri menceritakan Nabi menyampaikan Hadith. Al-Quran juga perintah kita Taat Rasul. Maka benarlah Al-Quran dan Hadith sebagai panduan dan petunjuk bagi kita.

Nabi bukan bisu sudah pasti Nabi bercakap2 =Hadith, tapi bukan Hadith seperti yg terdapat dalam kitab Bukhari.

Tuhan kata tugas Rasul HANYA menyampaikan wahyu Allah.
Q64:12  Dan taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, jika kamu berpaling maka sesungguhnya kewajiban Rasul Kami hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang.
Q24:54 “…………..Dan tidak lain kewajiban rasul itu melainkan menyampaikan (amanat Allah) dengan terang.”

Allah mengunakan kalimah “HANYA” dan “TIADA LAIN” untok menunjukkan bahawa Rasul diberi SATU tugas sahaja, ia itu menyampaikan wahyu.

Menurut Tuhan Nabi juga disuruh menyampaikan Al-Quran sahaja.
Q27:92 "Dan supaya aku membacakan Al Qur'an (kepada manusia)……..”
Q21:45  "Katakanlah (hai Muhammad): ""Sesungguhnya aku hanya memberi peringatan kepada kamu sekalian dengan wahyu ………"""
Q33:45  Hai Nabi sesungguhnya kami mengutusmu untuk menjadi saksi, dan pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan

Jelas sekali ayat2 diatas menunjukkan bahawa Nabi ditugaskan untok memberi peringatan dengan Al-Quran sahaja dan bukan Hadith seperti didalam kitab Bukhari.

Terlalu banyak ayat2 didalam Al-Quran  dimana Tuhan mengatakan tugas Rasul HANYA menyampaikan wahyu sahaja. Tetapi kamu dengan ayat “Taat Rasul” saja sudah bolih buat kesimpulan bahawa ia bererti taat kepada “Hadith” seperti didalam kitab Bukhari.  Apa kamu masih tak percaya dengan ayat2 Allah?

Tuhan suruh kita sembahyang dengan nada suara yg sederhana tapi kamu sembahyang senyap2. Kamu lebih suka mengikut Hadith Bukhari dan ketepikan perentah Allah.

Q3:78  "Sesungguhnya di antara mereka ada segolongan yang memutar-mutar lidahnya membaca Al Kitab, supaya kamu menyangka yang dibacanya itu sebagian dari Al Kitab, padahal ia bukan dari Al Kitab dan mereka mengatakan: ""Ia (yang dibaca itu datang) dari sisi Allah"", padahal ia bukan dari sisi Allah. Mereka berkata dusta terhadap Allah, sedang mereka mengetahui."
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 11:07 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 28-10-2010 11:30
Nabi bukan bisu sudah pasti Nabi bercakap2 =Hadith, tapi bukan Hadith seperti yg terdapat dalam kitab Bukhari
ramsys Post at 27-10-2010 19:33


Salam...

Anda hanya mencari alasan untuk menolak hadith dengan mengulang hujjah-hujjah yang sama. Saya sudah malas nak ulang balik hujjah yang lepas-lepas.

Sila jawab soalan saya yang ini:

Adakah semua yang Nabi cakap tu adalah Al-Quran?
Dari mana idea anda tahu Hadith Nabi tidak direkodkan seperti yang terkandung dalam Kitab Hadith Sahih Bukhari?


Allah mengunakan kalimah “HANYA” dan “TIADA LAIN” untok menunjukkan bahawa Rasul diberi SATU tugas sahaja, ia itu menyampaikan wahyu.


Inilah jadinya ambil ayat yang mana suka saja. Ayat yang lain tinggalkan kah? Taat Rasul merangkumi IKUTAN (Ittiba):
Sesungguhnya kamu hanya memberi peringatan kepada orang-orang yang mahu mengikuti peringatan dan yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah walaupun dia tidak melihat-Nya. (Ya Seen, 11)
Ikutilah orang yang tiada minta balasan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Ya Seen, 21)

Untuk orang yang TIDAK MAHU ikut, tugas Rasul hanya menyampaikan. Itulah maksud ayat Al-Quran. Untuk yang MAHU IKUT, tugas Rasul bukan sekadar untuk sampaikan saja, tetapi pastikan ummatnya IKUT. Macamana nak Solat dan Ruku'? Nak ikut Siapa?

Tuhan suruh kita sembahyang dengan nada suara yg sederhana tapi kamu sembahyang senyap2. Kamu lebih suka mengikut Hadith Bukhari dan ketepikan perentah Allah.


Apabila saya berhujjah dengan orang macam awak ni, setakat ni saya tidak bawakan Hadith pun. Kenapa anda perlu mengelat menjawab soalan saya sambil FITNAH saya ketepikan Perintah Allah? Kita masih membincang isu HADITH, dan saya membuktikan dari Al-Quran sendiri yang Nabi menyampaikan HADITH, TAPI anda masih berhujjah MENOLAK HADITH sebagai PEGANGAN orang Islam. Pada masa yang sama anda klaim ikut Al-Quran. Menolak hadith itu pegangan anda, maka saya menolak pegagangan anda tu yang bercanggah dengan Al-Quran.

Apabila anda menolak hadith, anda tidak dapat menjawab persoalan saya yang terdahulu berdasarkan Al-Quran, maka pegangan anda tu LEMAH. SAMPAI SEKARANG ANDA BELUM JAWAB SILA JELASKAN YANG NI:

وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرۡكَعُواْ مَعَ ٱلرَّٲكِعِينَ

Dan dirikanlah Solat, tunaikanlah Zakat dan Ruku’lah beserta orang-orang yang Ruku’. (Al-Baqarah, 43)

Maka dengan itu sampailah masanya anda menerangkan bagaimana anda Ruku' sepertimana perintah Al-Quran

Selagi anda tidak menjawab, dan selagi anda mengelat serta memfitnah, selagi itu HUJJAH anda untuk Tolak Hadith TIDAK TERPAKAI.

ADAKAH ANDA TOLAK PERINTAH ALLAH?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 10:45 PM | Show all posts
salam,

Contoh Nabi menyampaikan selain dari Al-Quran:
وَإِذۡ أَسَرَّ ٱلنَّبِىُّ إِلَىٰ بَعۡضِ أَزۡوَٲجِهِۦ حَدِيثً۬ا
Dan apabila Nabi memberitahu secara rahsia kepada seorang daripada isteri-isterinya mengenai sesuatu hadith (At-Tahrim, 3)

Contoh ayat di atas adalah Nabi menyampaikan perkara yang bukan terkandung dalam Al-Quran


Disini sy ingin tunjukkan terjemahan pekata ayat Q66:3 dan kemudian kita bandingkan dengan terjemahan yg mnm77 berikan.

وَإِذْ أَسَرَّ النَّبِيُّ إِلَى بَعْضِ أَزْوَاجِهِ حَدِيثًا
Q66:3 Waith asarra alnnabiyyu ila baAAdi azwajihi hadeethan

Terjemahan pekata.

وَإِذْ : (Waith) Dan ketika
أَسَر : (asarra) merahsiakan
النَّبِيُّ : (alnnabiyyu) Nabi
إِلَى : (ila) kepada
بَعْضِ : (baAAdi) sebahagian/ seorang
أَزْوَاجِهِ : (azwajihi) isteri2nya
حَدِيثًا : (hadeethan) membicara/memberitahu

Mengikut Q66:3, seperti terjemahan pekata, kalimah “Hadith” hanya digunakan sekali sahaja dalam ayat tersebut dan urutan kalimah “Hadith” berada selepas kalimah “Isteri2nya”, seperti yg mnm77 berikan. Tetapi bila diterjemahkan ke bahasa melayu perkataan “Hadith” itu berada selepas perkataan “Nabi” bagi menunjukkan Nabi yg bercakap. Ini adalah kerana cara susunan tutur bicara bahasa melayu itu sendiri.

Sekarang kita buat perbandingan terjemahan dari mnm77 dengan terjemahan olih 10 ulama Indonesia serta Abdullah Yusuf Ali (dalam bahasa Ingeris).

(Terjemahan dibuat olih 10 orang ulama Indonesia)
Q66:3 "Dan (ingatlah) ketika Nabi membicarakan secara rahasia kepada salah seorang dari istri-istrinya (Hafshah).

Perkataan membicarakan disini adalah “Hadith” dalam bahasa Arab. Dan perkataan “Hadith” tidak lagi digunakan selepas “isteri2nya”.

Q66:3 (Y. Ali) When the Prophet disclosed a matter in confidence to one of his consorts,

Serupa juga dengan terjemahan A.Y. Ali. Perkataan “disclosed” bererti memberitahu=”Hadith” digunakan selepas Prophet=Nabi dan tidak digunakan ditempat yg lain.

(Terjemahan mnm77)
Dan apabila Nabi memberitahu secara rahsia kepada seorang daripada isteri-isterinya mengenai sesuatu hadith (At-Tahrim, 3)

Dalam terjemahan mnm77 kalimah “Hadith” digunakan  2 kali. Satu perkataan yg bererti “memberitahu” dan satu lagi kalimah “Hadith” yg sengaja ditinggalkan dalam bahasa Arab selepas perkataan “ isteri2nya”.

Sekarang cuba kita bandingkan terjemahan pekata dengan terjemahan olih 10 ulama Indonesia, A.Y. Ali dan mnm77. Kita akan dapati hanya terjemahan mnm77 sahaja yg mengunakan kalimah “Hadith” sebanyak 2 kali berbanding dengan Quran dan terjemahan yg lain2. Amat jelas sekali bahawa terjemahan mnm77 berlawanan dengan Quran itu sendiri.

Secara terang2 mnm77 cuba memutar belit ayat2 Quran supaya diada2kan apa yg tidak ada.

Maka benarlah Al-Quran dan Hadith sebagai panduan dan petunjuk bagi kita.


Statement dari orang yg tidak percaya kepada ayat2 Allah dan memerlukan sesuatu selain Allah.

Allah berfirman:-
Q2:2  "Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,"

Apakah kita perlu ragu2 dengan kata2 Allah bahawa hanya Al-Quran sahajalah petunjuk darinya.

Q2:159  Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati,

Q12:111  …………Al Qur'an itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.

Q16:64  Dan Kami tidak menurunkan kepadamu Al Kitab (Al Qur'an) ini, melainkan agar kamu dapat menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan itu dan menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.

Q16:89  ……….Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Qur'an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri.

Q16:102  "Katakanlah: ""Ruhul Qudus (Jibril) menurunkan Al Qur'an itu dari Tuhanmu dengan benar, untuk meneguhkan (hati) orang-orang yang telah beriman, dan menjadi petunjuk serta kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)""".

Q17:9  Sesungguhnya Al Qur'an ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi kabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar,

Q27:1-2  Thaa Siin (Surat) ini adalah ayat-ayat Al Qur'an, dan (ayat-ayat) Kitab yang menjelaskan, untuk menjadi petunjuk dan berita gembira untuk orang-orang yang beriman,

Q27:77  Dan sesungguhnya Al Qur'an itu benar-benar menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.

Q31:3  menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang berbuat kebaikan.

Q41:44  "……. Katakanlah: ""Al Qur'an itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman. …………

Q45:20   Al Qur'an ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini.

Berapa banyak perlu Allah berfirman sebelum kamu percaya HANYA Quran sahaja sebagai petunjuk bagi kita. Tidak ada yg lain Allah sebut selain Qurannya.

Q6:155   Dan Al Qur'an itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat,

Tuhan hanya menyuruh kita ikut Qurannya sahaja. Tidak disebut “Hadith”(seperti didalam kitab Bukhari) pun.

Q20:123  ………. Maka jika datang kepadamu petunjuk daripada-Ku, lalu barang siapa yang mengikut petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka."

Ikut petunjuk Allah, iaitu Qurannya kita pasti tidak akan sesat. Ikut yg lain pasti sesat.

Q12:106  Dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah

Quran sahaja tidak cukup bagi mereka, kena ada “Hadith” seperti didalam kitab Bukhari baru Islam itu sempurna.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 11:32 PM | Show all posts
salam,

Adakah semua yang Nabi cakap tu adalah Al-Quran?
Dari mana idea anda tahu Hadith Nabi tidak direkodkan seperti yang terkandung dalam Kitab Hadith Sahih Bukhari?


Bezakan kata2 Nabi ketika menyampaikan Quran dengan kata2 Nabi sebagai orang biasa.

Sama ada Hadith Nabi direkodkan ataupun tidak itu bukan persoalannya. Yg peting bagaimana kamu tahu yg direkodkan itu betul2 datang dari Nabi? Bagaimana kamu tahu yg direkodkan itu betul ataupun tidak? Bagaimana kamu tahu yg perawi2 itu benar2 bolih dipercayai? Dan yg paling penting sekali adakah Hadith2 itu bercanggah dengan Quran?

Maka dengan itu sampailah masanya anda menerangkan bagaimana anda Ruku' sepertimana perintah Al-Quran


Sy dah katakan yg kamu tidak percaya Quran itu terperinci jadi tak payahlah sy jelaskan bagaimana sy beribadat. Yg pastinya ia tak serupa dengan apa yg kamu lakukan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2010 09:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 29-10-2010 10:06
Bezakan kata2 Nabi ketika menyampaikan Quran dengan kata2 Nabi sebagai orang biasa.
ramsys Post at 28-10-2010 23:32


Salam

Adakah kamu maksudkan Nabi boleh dipercayai hanya ketika menyampaikan Al-Quran. Untuk selain dari al-Quran, kata-kata Nabi tidak boleh dipercayai dan dijadikan panduan untuk faham Agama? Adakah sebegitu rendahnya sifat Nabi yang Allah pilih untuk menjadi UTUSAN?

Na'uzubillah!


Sama ada Hadith Nabi direkodkan ataupun tidak itu bukan persoalannya. Yg peting bagaimana kamu tahu yg direkodkan itu betul2 datang dari Nabi? Bagaimana kamu tahu yg direkodkan itu betul ataupun tidak? Bagaimana kamu tahu yg perawi2 itu benar2 bolih dipercayai? Dan yg paling penting sekali adakah Hadith2 itu bercanggah dengan Quran?



Jika kamu mempelajari usul hadith, tentu tidak timbul persoalan ni. Kalau saya nak jelaskan di sini, dah sangat off topik. Mari saya tanya kamu soalan mudah untuk difikirkan. Kalau kamu mampu menjawabnya, Insya Allah kamu akan faham juga boleh dipercayai atau tidak.

Siapa sebenarnya mak dan bapa kamu? Adakah kamu menyaksikan sendiri ibu kamu melahirkan kamu? Adakah kamu berakal ketika dilahirkan?
Adakah kamu mempercayai pengakuan mak bapa kamu dan apa yang direkodkan?
Begitu juga untuk nenek moyang kamu.
Ataupun kamu tidak mempercayai ibu bapa nenek moyang kamu kerana tidak disebutkan dalam Al-Quran?

Dalam keluarga, ibu bapa, masyarakat dan saksi saksi yang dipercayai adalah diambil kira.

Dalam agama, orang-orang yang thiqah (dipercayai melalui akhlak, perbuatan dan percakapan mereka, menurut perintah Allah dan Rasul) adalah dipercayai. Merekalah yang menyampaikan dari Nabi.
   
Sy dah katakan yg kamu tidak percaya Quran itu terperinci jadi tak payahlah sy jelaskan bagaimana sy beribadat. Yg pastinya ia tak serupa dengan apa yg kamu lakukan.


Kamu masih MENGELAT dan MEMFITNAH. Saya kata Al-Quran TERPERINCI HUKUM-nya. Yang menjelaskan perlaksanaan HUKUM adalah AS-SUNNAH menerusi KETAATAN PADA RASUL.

Kalau kamu benar-benar IKHLAS dan JUJUR, kamu tidak perlu MENGELAT dan MEMFITNAH. JELASKAN SAJA.

Al-Quran Surah Al-Baqarah
Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: "Kami telah beriman." Dan bila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka mereka mengatakan: "Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok". (14)
Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan mereka. (15)
Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk. (16)

KAMU CUKUP BERANI TOLAK HADITH TAPI TAKUT UNTUK MENJELASKAN BAGAIMANA KAMU RUKU'

Saya masih menanti penjelasan jujur dari kamu wahai RAMSYS

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 10:33 PM | Show all posts
salam,

Adakah kamu maksudkan Nabi boleh dipercayai hanya ketika menyampaikan Al-Quran. Untuk selain dari al-Quran, kata-kata Nabi tidak boleh dipercayai dan dijadikan panduan untuk faham Agama? Adakah sebegitu rendahnya sifat Nabi yang Allah pilih untuk menjadi UTUSAN?


kamu ni memang pandai menokok tambah. Sy cuma kata :-
Bezakan kata2 Nabi ketika menyampaikan Quran dengan kata2 Nabi sebagai orang biasa.
ramsys Post at 28-10-2010 23:32  


Sy tak katapun kata2 Nabi tak bolih dipercayai. Ada sy tulis begitu? Walau bagai manapun sy diperingatkan  didalam Quran yg Nabi ada beberapa kali ditegur dan diperbetulkan. Dan Quran juga memberitahu:-
Q48:2  supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus,

Siapa sebenarnya mak dan bapa kamu? Adakah kamu menyaksikan sendiri ibu kamu melahirkan kamu? Adakah kamu berakal ketika dilahirkan?
Adakah kamu mempercayai pengakuan mak bapa kamu dan apa yang direkodkan?
Begitu juga untuk nenek moyang kamu.
Ataupun kamu tidak mempercayai ibu bapa nenek moyang kamu kerana tidak disebutkan dalam Al-Quran?


Tak kan setakat ini kemampuan kamu nak bertanya?

Dalam agama, orang-orang yang thiqah (dipercayai melalui akhlak, perbuatan dan percakapan mereka, menurut perintah Allah dan Rasul) adalah dipercayai. Merekalah yang menyampaikan dari Nabi.


Soalan sy:-
1. Bagaimana kamu tahu yg Hadith2 itu benar2 datangnya dari Nabi?
2. Bagaimana kamu tahu yg Hadith2 itu ditulis dengan betul?
3. Bagaimana kamu tahu yg perawi2 tersebut bolih dipercayai?
4. Bagaimana kamu tahu yg Hadith2 tidak bercanggah dengan Quran?

Tolong perjelaskan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2010 10:35 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 1-11-2010 10:37
kamu ni memang pandai menokok tambah.
ramsys Post at 29-10-2010 22:33


Saya tidak menokok tambah apa yang kamu kata. SAYA TANYA SOALAN:
Adakah kamu maksudkan Nabi boleh dipercayai hanya ketika menyampaikan Al-Quran. Untuk selain dari al-Quran, kata-kata Nabi tidak boleh dipercayai dan dijadikan panduan untuk faham Agama? Adakah sebegitu rendahnya sifat Nabi yang Allah pilih untuk menjadi UTUSAN?
   
Sepatutnya anda menjelaskan, sebab saya nakkan penjelasan dan kepastian SEBALIKNYA anda lebih SUKA TUDUH SAYA TOKOK TAMBAH!

Tak kan setakat ini kemampuan kamu nak bertanya?


Jika soalan itu senang bagi anda, sila JAWAB jangan MENGELAT.

Soalan sy:-


Insya-Allah kita boleh bincang. Sila jawab persoalan saya yang terdahulu:
Bagaimana anda Ruku' dan siapa yang anda ikut dalam Ruku' anda?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2010 10:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 1-11-2010 11:00
Dalam terjemahan mnm77 kalimah “Hadith” digunakan  2 kali. Satu perkataan yg bererti “memberitahu” dan satu lagi kalimah “Hadith” yg sengaja ditinggalkan dalam bahasa Arab selepas perkataan “ isteri2nya”.

Secara terang2 mnm77 cuba memutar belit ayat2 Quran supaya diada2kan apa yg tidak ada.
ramsys Post at 28-10-2010 22:45


Oh yaa satu lagi TUDUHAN dari RAMSYS yang saya terlepas.... mari kita lihat tuduhan itu

(Terjemahan mnm77)
Dan apabila Nabi memberitahu secara rahsia kepada seorang daripada isteri-isterinya mengenai sesuatu hadith (At-Tahrim, 3)

Ini pula terjemahan per kata dari Ramsys:
Terjemahan pekata.

وَإِذْ : (Waith) Dan ketika
أَسَر : (asarra) merahsiakan
النَّبِيُّ : (alnnabiyyu) Nabi
إِلَى : (ila) kepada
بَعْضِ : (baAAdi) sebahagian/ seorang
أَزْوَاجِهِ : (azwajihi) isteri2nya
حَدِيثًا : (hadeethan) membicara/memberitahu


Nampak jelas saudara Ramsys tidak dapat membezakan antara 'asarra' dan 'hadithan'.

Terjemahan per kata di atas itu betul, tetapi bila dijadikan ayat:
Dan ketika merahsiakan Nabi kepada sebahagian/ seorang isteri2nya membicara

Nampak keJAGGALan dalam bahaha Melayu sebab grammar bahasa Melayu TAK sama dengan grammar bahasa Arab. Terjemahan 'membicara' patutnya digantikan dengan suatu pembicaraan/hadith

Asarra = merahsiakan/memberitahu secara rahsia
Hadithan = sesuatu hadith/sesuatu pembicaraan
   
Mari kita lihat seterusnya terjemahan yang Ramsys bawa:
(Terjemahan dibuat olih 10 orang ulama Indonesia)
Q66:3 "Dan (ingatlah) ketika Nabi membicarakan secara rahasia kepada salah seorang dari istri-istrinya (Hafshah).


Dia TIDAK menyatakan senarai 10 terjemah indon yang dia bawa tu. Cuba lihat dengan teliti, mana dia terjemahan 'hadithan' yang ramsys bawa tu? TIADA. Ramsys telah ambil terjemahan yang dikeluarkan kalimah hadithan untuk merumuskan sesuatu!

Sebenarnya terjemahan di atas masih boleh diterima dari segi maksud. Saya tidak menolak terjemahan tersebut kerana ia membawa maksud yang sama:
'bicara secara rahsia akan sesuatu pembicaraan' = boleh diringkaskan kepada ayat yang lebih mudah iaitu 'bicara secara rahsia'

Dan yang paling menarik, web e-bacaan milik anti-Hadith sendiri menterjemah:
http://www.e-bacaan.com/bacaan066.htm
66:3. Dan apabila Nabi memberitahu secara rahsia kepada seorang daripada isteri-isterinya mengenai sesuatu hadis


Sekarang anti-Hadith sama anti-Hadith pun boleh keliru dengan terjemahan. Sebab mereka bergantung kepada terjemahan orang lain, lepas tu ambil terjemahan tertentu untuk menangkan hujjah mereka sendiri sahaja dan kemudiannya sesama mereka sendiri pun mereka boleh tolak terjemahan!

cuba memutar belit ayat2 Quran supaya diada2kan apa yg tidak ada.


Sekarang anda lihat, siapa yang MEMUTAR BELIT ayat-ayat Al-Quran? Siapa yang bermain-main dengan terjemah Indo/e-bacaan/per kata?

RAMSYS atau saya?

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2010 11:48 AM | Show all posts
Berbalik kepada isu Assalamualaikum...

Kita lihat dua ayat berkaitan Salamun dan As-Salamu dalam Surah Maryam:

وَسَلَـٰمٌ عَلَيۡهِ يَوۡمَ وُلِدَ وَيَوۡمَ يَمُوتُ وَيَوۡمَ يُبۡعَثُ حَيًّ۬ا
Dan kesejahteraan (Salamun) atas dirinya pada hari ia dilahirkan, dan pada hari ia meninggal dan pada hari ia dibangkitkan hidup kembali. (Maryam, 15)

dan

وَٱلسَّلَـٰمُ عَلَىَّ يَوۡمَ وُلِدتُّ وَيَوۡمَ أَمُوتُ وَيَوۡمَ أُبۡعَثُ حَيًّ۬ا

Dan kesejahteraan (As-Salaamu) semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali". (Maryam, 33)


Dua ayat di atas seakan-akan sama. Ayat 15 merujuk kepada ucapan Salam (Salamun) yang Allah ungkapkan kepada Nabi Isa AS (sebagai pihak ketiga)

Ayat 33 merujuk kepada ucapan Salam (As-Salamu) yang diucap oleh Nabi Isa AS sendiri.

Kita boleh lihat dan bezakan cara guna Salamun dan As-Salamu di atas....

Jika saudara RAMSYS masih nak sambung isu Asarra dan Hadithan itu saya cadangkan kita bincang di thread sebelah:
http://mforum.cari.com.my/viewth ... age%3D1&page=11

Di sini kita beri tumpuan kepada isu Assalamu dan Salamun

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 11:27 AM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 3-11-2010 11:30

Salam,


Nampak jelas saudara Ramsys tidak dapat membezakan antara 'asarra' dan 'hadithan'.

Terjemahan per kata di atas itu betul, tetapi bila dijadikan ayat:
Dan ketika merahsiakan Nabi kepada sebahagian/ seorang isteri2nya membicara

Nampak keJAGGALan dalam bahaha Melayu sebab grammar bahasa Melayu TAK sama dengan grammar bahasa Arab. Terjemahan 'membicara' patutnya digantikan dengan suatu pembicaraan/hadith

Asarra = merahsiakan/memberitahu secara rahsia
Hadithan = sesuatu hadith/sesuatu pembicaraan
   
Mari kita lihat seterusnya terjemahan yang Ramsys bawa:

(Terjemahan dibuat olih 10 orang ulama Indonesia)
Q66:3 "Dan (ingatlah) ketika Nabi membicarakan secara rahasia kepada salah seorang dari istri-istrinya (Hafshah).


Dia TIDAK menyatakan senarai 10 terjemah indon yang dia bawa tu. Cuba lihat dengan teliti, mana dia terjemahan 'hadithan' yang ramsys bawa tu? TIADA. Ramsys telah ambil terjemahan yang dikeluarkan kalimah hadithan untuk merumuskan sesuatu!

Sebenarnya terjemahan di atas masih boleh diterima dari segi maksud. Saya tidak menolak terjemahan tersebut kerana ia membawa maksud yang sama:
'bicara secara rahsia akan sesuatu pembicaraan' = boleh diringkaskan kepada ayat yang lebih mudah iaitu 'bicara secara rahsia'

Dan yang paling menarik, web e-bacaan milik anti-Hadith sendiri menterjemah:
http://www.e-bacaan.com/bacaan066.htm

66:3. Dan apabila Nabi memberitahu secara rahsia kepada seorang daripada isteri-isterinya mengenai sesuatu hadis


Sekarang anti-Hadith sama anti-Hadith pun boleh keliru dengan terjemahan. Sebab mereka bergantung kepada terjemahan orang lain, lepas tu ambil terjemahan tertentu untuk menangkan hujjah mereka sendiri sahaja dan kemudiannya sesama mereka sendiri pun mereka boleh tolak terjemahan!


Maaf, menyampuk pula. Saya datangkan TERJEMAHAN ZAHIR/LITERAL yg lebih tepat yaitu:


Q66:3 Dan ketika telah merahsiakan oleh nabi kpd sebahagian isteri-isterinya akan SUATU HADIS/PERBICARAAN.

وَإِذْ : Dan ketika
أَسَر : Telah merahsiakan (Fe'el madhi. mesti pakai "TELAH" supaya lebih jelas kata kerjanya. Di bina atas fathah)
النَّبِيُّ :  Oleh Nabi (mesti pakai "OLEH" supaya lebih jelas katakerjanya. hukumnya marfu'. dan alamat rafa'nya ialah dommah/baris depan)
إِلَى : kepada (Huruf Jar)
بَعْضِ : sebahagian (Majrurun ilai hi/Yg di majrurkan kpd nya. alamat jarnya ialah baris kasrah/bawah)
أَزْوَاجِهِ : isteri2nya (Mudhofun Ilai Hi/Yg di sandarkan kpd nya. alamat jarnya ialah kasrah/baris bawah)
حَدِيثًا : Akan Suatu Hadis/Perbicaraan (Isim Hal. Mesti pakai "AKAN" supaya lebih jelas katakerjanya. Isim Hal di gunakan utk menerangkan sesutu hal/keadaan. hukumnya mansub. alamat nasabnya ialah fathah/baris atas.)

E-Bacaan bukanlah sebuah terjemahan zahir/literal yg baik kerana mungkin penterjemahnya tidak pernah mempelajari grammar/nahu bahasa arab. tapi terjemahan E-Bacaan tiada tokok tambah &perubahan seperti yg terdapat di dlm buku terjemahan/tafsir golongan sunni yg banyak sekali perubahan &tokok tambah dari lafaz arabnya yg asal.




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 06:41 PM | Show all posts
salam,

Saya tidak menokok tambah apa yang kamu kata. SAYA TANYA SOALAN:

Maaf sekira tak setuju tapi itu kesimpulan yg sy buat.

Soalan sy:-
Yg peting bagaimana kamu tahu yg direkodkan itu betul2 datang dari Nabi? Bagaimana kamu tahu yg direkodkan itu betul ataupun tidak? Bagaimana kamu tahu yg perawi2 itu benar2 bolih dipercayai? Dan yg paling penting sekali adakah Hadith2 itu bercanggah dengan Quran?


Jawapan kamu:-
Siapa sebenarnya mak dan bapa kamu? Adakah kamu menyaksikan sendiri ibu kamu melahirkan kamu? Adakah kamu berakal ketika dilahirkan?
Adakah kamu mempercayai pengakuan mak bapa kamu dan apa yang direkodkan?
Begitu juga untuk nenek moyang kamu.
Ataupun kamu tidak mempercayai ibu bapa nenek moyang kamu kerana tidak disebutkan dalam Al-Quran?
Dalam agama, orang-orang yang thiqah (dipercayai melalui akhlak, perbuatan dan percakapan mereka, menurut perintah Allah dan Rasul) adalah dipercayai. Merekalah yang menyampaikan dari Nabi.

Ini jawapan yg lazim diterima bagi soalan yg sy berikan.
Ini yg dikatakan "Blind Faith". Kita hanya disuruh ikut sesuatu perkara sebagai "Authority".
Jangan dipersoalkan.

Bayangkan masa Nabi menyampaikan dakwahnya dan orang2 Quraish meminta Nabi bukti yg Islam itu benar dan jawapan Nabi (serupa macam kamu jawab), Nabi tanya meraka pasal mak, bapak, nenek dan datuk mereka. Apa ini satu jawapan? Sy lihat macam satu alasan saja.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 07:00 PM | Show all posts
salam,

Cara yg Tuhan ajarkan kepada Nabi:-
Q6:54  "Apabila datang kepada engkau orang2 yang beriman kepada ayat2 Kami, maka ucapkanlah kepada mereka; Salaamun-alaikum.".......
(terjemahan olih Prof. Dr. H. Mahmud Yunus)

Tidak kah kita patut mengikuti contoh yg diajar olih Allah?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 11:03 AM | Show all posts
Ini jawapan yg lazim diterima bagi soalan yg sy berikan.
Ini yg dikatakan "Blind Faith". Kita hanya disuruh ikut sesuatu perkara sebagai "Authority".
Jangan dipersoalkan.

Bayangkan masa Nabi menyampaikan dakwahnya dan orang2 Quraish meminta Nabi bukti yg Islam itu benar dan jawapan Nabi (serupa macam kamu jawab), Nabi tanya meraka pasal mak, bapak, nenek dan datuk mereka. Apa ini satu jawapan? Sy lihat macam satu alasan saja.
ramsys Post at 3-11-2010 18:41


Salam...

Maaf, itu BELUM lagi JAWAPAN. Ia cuma sekadar perbandingan macamana kita mengambil kesaksian dari orang lain. Ia bukan 'blind faith' bila ada kesaksian yang tidak boleh dipertikaikan.

Itu bukan alasan. Zaman Nabi, mereka boleh jumpa Nabi sendiri. Tidak timbul isu periwayatan. Zaman terkemudian timbul isu periwayatan kerana kita BUKAN LAGI hidup di zaman Nabi.

Soalan saya masih anda belum jawab. Bila anda sedia menjawabnya, maka kita boleh sambung dengan soalan anda yang terkemudian.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 11:06 AM | Show all posts
وَإِذْ : Dan ketika
أَسَر : Telah merahsiakan (Fe'el madhi. mesti pakai "TELAH" supaya lebih jelas kata kerjanya. Di bina atas fathah)
النَّبِيُّ :  Oleh Nabi (mesti pakai "OLEH" supaya lebih jelas katakerjanya. hukumnya marfu'. dan alamat rafa'nya ialah dommah/baris depan)
إِلَى : kepada (Huruf Jar)
بَعْضِ : sebahagian (Majrurun ilai hi/Yg di majrurkan kpd nya. alamat jarnya ialah baris kasrah/bawah)
أَزْوَاجِهِ : isteri2nya (Mudhofun Ilai Hi/Yg di sandarkan kpd nya. alamat jarnya ialah kasrah/baris bawah)
حَدِيثًا : Akan Suatu Hadis/Perbicaraan (Isim Hal. Mesti pakai "AKAN" supaya lebih jelas katakerjanya. Isim Hal di gunakan utk menerangkan sesutu hal/keadaan. hukumnya mansub. alamat nasabnya ialah fathah/baris atas.)
sirrikhafi Post at 3-11-2010 11:27


Salam...

Yang ini jelas dan saya suka penjelasan yang sebegini dengan kemahiran NAHU bahasa Arab. Terima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2010 10:53 PM | Show all posts
salam,

Sekarang anda lihat, siapa yang MEMUTAR BELIT ayat-ayat Al-Quran? Siapa yang bermain-main dengan terjemah Indo/e-bacaan/per kata?

RAMSYS atau saya?


Sy sertakan terjemahan dari A. Yusuf Ali.(bahasa Ingeris)
Q66:3  When the Prophet disclosed a matter in confidence to one of his consorts,

Dan terjemahan bahasa Melayu dari Prof. Dr. H. Mahmud Yunus.
Q66:3   (Ingatlah) ketika Nabi merahsiakan suatu berita kepada setengah isteri2nya (Hafsah).
(Maaf pada mulanya sy quote dari 10 ulama Indonesia. Kesilapan sy)

Kamu bolih rujuk terjemahan mereka2 ini dan kamu akan dapati sy tidak menambah ataupun mengurangkan satu ayatpun. Tolong tunjukkan dimana sy menambah ataupun mengurangkan atau memutar belit ayat2 diatas. Apakah terjemahan mereka2 yg pakar didalam bidang ini tidak bolih dipakai?                                                                     

Sekarang terdapat perbezaan terjemahan diantara yg kamu guna dan yg sy rujuk.
Yg mana satu harus diguna?
Yg mana satu yg lebih tepat?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2010 10:30 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 8-11-2010 10:34
Sy sertakan terjemahan dari A. Yusuf Ali.(bahasa Ingeris)
Q66:3  When the Prophet disclosed a matter in confidence to one of his consorts,

Dan terjemahan bahasa Melayu dari Prof. Dr. H. Mahmud Yunus.
Q66:3   (Ingatlah) ketika Nabi merahsiakan suatu berita kepada setengah isteri2nya (Hafsah).
(Maaf pada mulanya sy quote dari 10 ulama Indonesia. Kesilapan sy)

Kamu bolih rujuk terjemahan mereka2 ini dan kamu akan dapati sy tidak menambah ataupun mengurangkan satu ayatpun. Tolong tunjukkan dimana sy menambah ataupun mengurangkan atau memutar belit ayat2 diatas. Apakah terjemahan mereka2 yg pakar didalam bidang ini tidak bolih dipakai?                                                                  

Sekarang terdapat perbezaan terjemahan diantara yg kamu guna dan yg sy rujuk.
Yg mana satu harus diguna?
Yg mana satu yg lebih tepat?
ramsys Post at 4-11-2010 22:53


Salam...

Apabila dinamakan TERJEMAHAN, maka boleh timbul RALAT dalam terjemahan ATAU boleh timbul VARIASI perkataan-perkataan yang seerti digunakan dalam terjemahan. Bagi yang bergantung kepada terjemahan, bila timbul masalah wajarlah dirujuk kepada orang yang lebih BERILMU.

Maka wajar DIRUJUK kepada yang AHLI dalam ILMU AL-QURAN bagi menjelaskan makna yang sebenarnya jika timbul persoalan, keraguan atau pertelagahan. Namun, orang yang mahir bahasa Arab akan dapat faham lebih mudah kerana Al-Quran itu diturunkan dalam bahasa Arab.

Q66:3  When the Prophet disclosed a matter in confidence to one of his consorts,

Dan terjemahan bahasa Melayu dari Prof. Dr. H. Mahmud Yunus.
Q66:3   (Ingatlah) ketika Nabi merahsiakan suatu berita kepada setengah isteri2nya (Hafsah).

Apakah terjemahan mereka2 yg pakar didalam bidang ini tidak bolih dipakai?


Pada saya, terjemahan di atas boleh dipakai kerana ia membawa MAKSUD yang sama. Seperti yang saya jelaskan sebelum ini post #110
asarra = (telah) memberitahu secara rahsia/merahsiakan / disclosed in confidence
hadithan = (akan) sesuatu pembicaraan/hadith/berita / a matter

Maka, yang ingin disampaikan adalah NABI JUGA MENYAMPAIKAN HADITH selain dari AL-QURAN

Soalan LAMA saya masih anda belum jawab. Bila anda sedia menjawabnya, maka kita boleh sambung dengan soalan-soalan anda yang baru pula.
Bagaimana anda Ruku' dan siapa yang anda ikut dalam Ruku' anda?

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 1.898125 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list