|
[Pulau Pinang]
'Rumah Sembang Pasemboq Utara V173'- Happy New Year 2023 -
[Copy link]
|
|
Polis siasat pasangan panjat Menara Merdeka 118
Mohamed Basyir
[email protected]
MENARA Merdeka 118. FOTO arkib NSTP
Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan terhadap pasangan dari Rusia yang dipercayai menceroboh bagi memanjat Menara Merdeka 118, di sini, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahaya Othman berkata, pihaknya akan memanggil pasangan berkenaan untuk dirakam keterangan.
"Kedua-dua individu berkenaan akan disiasat atas tuduhan menceroboh," katanya kepada The New Straits Times, di sini, hari ini.
Terdahulu, gambar pasangan itu, Ivan Beerkus dan Angela Nikolau dari puncak bangunan kedua tertinggi di dunia dimuat naik di laman web.
Pasangan itu dipercayai menggunakan dron untuk mengambil gambar dan memanjat tangga dari dalam menara itu untuk naik ke puncak.
Dalam hantaran dimuat naik Ivan di laman sesawang itu, dia memaklumkan pengalaman berada di atas puncak menara berkenalan adalah sesuatu yang 'gila.'
Sementara itu, Angela menerusi hantaran di Twitter memaklumkan dia tidak ditahan semasa memanjat menara berkenaan yang belum lagi dibuka kepada umum.
"Saya sudah melakukan perbuatan gila dan tidak ditahan, ia pengalaman menakutkan tetapi dengan penamat yang mengembirakan," katanya.
Pasangan itu dikenali dengan lagak aksi di beberapa bangunan tinggi di seluruh dunia.
Disiarkan pada: Disember 28, 2022 @ 6:23pm
|
|
|
|
|
|
|
|
Sesi persekolahan penggal 3 bermula 1 Januari - Fadhlina
Oleh NILAM NUR ATIKAH OSHMAN 28 Disember 2022 06:39pm
Fadhlina Sidek.
SHAH ALAM - Kalendar Akademik Penggal 3 Sesi 2022-2023 akan bermula pada 1 Januari 2023 bagi sekolah-sekolah dalam Kumpulan A.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menerusi ciapan di Twitternya pada Rabu.
Menurutnya, sekolah-sekolah dalam kumpulan B pula akan memulakan sesi persekolahan pada 3 Januari.
“Saya ucapkan selamat kembali ke sekolah tidak lama lagi,” katanya.
Berdasarkan infografik yang dikongsi, Kumpulan A adalah sekolah-sekolah yang berada di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Bagi kumpulan B, sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan memaklumkan penangguhan pembukaan sekolah bagi sesi persekolahan Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 pada 12 Mac 2023 (Kumpulan A) dan 13 Mac (Kumpulan B).
Kata KPM, ini bagi pengoperasian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dapat dilaksanakan dengan lancar.
|
|
|
|
|
|
|
|
3 jan maknanya selasa dpn dah mula sekolah. |
|
|
|
|
|
|
|
mesti masing2 liat nk pegi sekolah |
|
|
|
|
|
|
|
Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya
Penduduk, Sani Mamat, 44, membersihkan kedai kopi dan kedai runcitnya di Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat yang dinaiki air sehingga 1.5m semasa banjir. - NSTP/Siti Rohana Idris
|
|
|
|
|
|
|
|
Bajet 2023 dibentang 24 Februari
Oleh Suzalina Halid - Disember 28, 2022 @ 7:35pm [email protected]
Suasana di Dewan Rakyat pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Majlis Parlimen ke -15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, 19 Disember lalu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan dijadual membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Februari, tahun depan.
Mengesahkan perkara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, berkata bajet itu akan dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, tiga minggu diperuntukkan bagi keseluruhan proses pembentangan Bajet 2023 termasuk perbahasan sebelum diluluskan.
"Ya, Bajet 2023 akan dibentang pada 24 Februari depan kerana sebelum ini hanya bajet mini dibentang bagi perbelanjaan perkhidmatan dan pembayaran gaji.
"Secara keseluruhan, proses pembentangan bajet dan perbahasan termasuk urusan jawatankuasa serta dasar akan mengambil masa 21 hari," katanya kepada BH di sini, hari ini.
Johari berkata, persidangan Dewan Rakyat akan bermula 13 Februari depan dan berlangsung selama 29 hari.
Beliau berkata, mesyuarat pertama Parlimen ke-15 akan membuka tirainya dengan titah ucapan diraja oleh Yang di-Pertuan Agong.
Pada 20 Disember lalu, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022.
|
|
|
|
|
|
|
|
pic KL sewaktu dilanda banjir kilat |
|
|
|
|
|
|
|
Banjir: Hanya dua PPS beroperasi di dua negeri malam ini
28 Disember 2022 09:51pm
Anggota Pasukan Bomba Sukarelawan dan Badan Bukan Kerajaan membantu membersihkan asrama pelajar Madrasah Darul Bayan, Pondok Pinang Merah Paka, Dungun selepas banjir mulai surut di kawasan tersebut pada Sabtu. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Terengganu dan Sabah semakin pulih apabila hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi di setiap negeri berkenaan setakat malam ini, manakala di Kelantan telah tutup sepenuhnya.
Di TERENGGANU, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Masjid Kampung La di Besut masih kekal seramai 53 orang daripada 12 keluarga.
Kesemua mangsa dijangka berada di PPS itu dalam tempoh yang lama kerana kebanyakan rumah mereka dihanyutkan banjir.
Di SABAH, jumlah mangsa yang terjejas dengan fenomena air pasang besar menurun kepada 688 orang yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2, Sandakan berbanding 1,454 orang berlindung di PPS sama, petang tadi.
Sementara itu di KELANTAN, PPS terakhir di Pusat Tarbiyah Pohon Buluh, Pasir Mas yang menempatkan 17 orang daripada lima keluarga petang tadi ditutup sepenuhya kira-kira 6.15 petang selepas kediaman kesemua mangsa banjir yang terjejas selamat untuk didiami semula. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan kt semua tempat dah ok dr banjir |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum
Selamat pagi |
|
|
|
|
|
|
|
waalaikumsalam kak
selamat pagi
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|