|
satu je aku tanye = lambang bulan bintang tu ---- boleh ke 'represent' Allah??? mcm kristian sem ...
unekspekted_XII Post at 16-6-2011 17:06 
abis tu kambing hitam yg black metal sembah tu bkn lambang iblis ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# hasell
nice one pal.... |
|
|
|
|
|
|
|
Rahsia Bintang Enam Israel

Jumaat 24 April 09, merupakan hari bersejarah dalam hidup saya dan rombongan apabila ia merupakan hari pertama di dalam hidup kami menjejaki kaki ke al-Aqsa. Saya menunaikan solat Tahyatul Masjid. Sebelum khutbah bermula, kami mendengar bayan (syarahan) yang disampaikan oleh Imam al-Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Sunainah. Di dalam bayannya, beliau mengutuk Israel dengan suara yang lantang
Ketika khutbah bermula, beliau menegaskan agar semua anak-anak muda Palestin balik merujuk kepada sejarah kerana orang Yahudi telah mula mahu menipu sejarah. Mereka mengatakan bahawa tanah Palestin adalah tanah asal mereka.
Ketika selesai menunaikan solat Jumaat, saya dan rombongan berjalan-jalan sekitar al-Aqsa. Saya menghampiri mimbar al-Aqsa. Ia merupakan mimbar lama hampir berumur 1000 tahun.
Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem , beliau membawa dua mimbar dari Halab ( Aleppo ) Syria , tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid . Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib. Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid ini telah di dalam amanah Islam semula
Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s)
Ketika saya menghampiri mimbar Salahuddin di al-Aqsa ini, saya mengerutkan dahi. Kenapa di mimbar ini ada bintang enam? lambing negara Israel.
Gelagat saya diperhatikan salah seorang penjaga al-Aqsa. Dia menghampiri saya, memberi salam dan memegang bahu saya.
"Aku tahu apa yang engkau fikirikan" kata beliau.
'Kamu tentu hairan kenapa ada lambang Israel di mimbar ini kan "? Beliau menambah.
Saya hanya menganggukkan kepala.
Penjaga ini menarik tangan saya, pergi ke tepi masjid. Dia kemudian menudingkan jarinya ke arah tingkap berhampiran dengan syiling al-Aqsa.
" Cuba kamu lihat, ditingkap itu pun ada lambang bintang enam ini, di dinding ini pun ada," katanya sambil menunjukkan arah dinding al-Aqsa.
"Emmm, kenapa ya?" Tanya saya ingin mengetahui lanjut.
"Sebenarnya, bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan'an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan'an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan'an yang telah Islam. "
"Orang Kan'an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada. "
"Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan marmar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun. Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan'an di sini ".
Penjaga ini menerangkan kepada saya dengan panjang lebar.
"Oh, baru saya faham. Rupanya bintang enam ini bukannya lambang asal Israel ." Kata saya.
Apa ada pada lambang? Ia merupakan simbol. Orang yang memakai lambang sesuatu kaum dia akan termasuk di dalam kaum itu.
Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang.
Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud,
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum,
maka dia akan tergolong di dalam kaum itu".
Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini. Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kan'an adalah penduduk asal di sini.
Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda Palestin agar kembali mendalami sejarah.
Apabila sejarah tidak diajar, maka akhirnya, sesorang akan hilang jatidirinya. Inilah yang sedang berlaku bagi penduduk Palestin yang bersekolah di sekolah rasmi. Enam puluh tahun berada di dalam jajahan Israel bermakna sudah masuk generasi ketiga tanah ini dijajah.
Saya bertemu dengan penduduk Palestin yang merasa selesa berada di bawah Israel kerana semua kelengkapan telah cukup dan keadaan di sini lebih selesa dari negara Arab lain. Tidak sedikit yang lebih bangga memakai passport Israel dari memakai passport Palestin atau Jordan .
Pada mereka, saudara di Gaza hal mereka. Sebab itu, dari Palestin sendiri, tidak banyak bantuan yang datang ke Gaza . Orang kaya semakin kaya dengan syarikatnya. Coca cola tidak diboikot di Palestin. Iklan terpampang besar di sana sini.
Benarlah kata hukama':-
"Jika mahu membunuh tanamam, racunlah akarnya, jika mahu membunuh bangsa, racunlah sejarah mereka"
Jika ini dibiarkan, maka generasi Palestin yang akan datang akan lebih selesa bersama Israel dari bersama orang Arab. Semoga, iman dan ilmu akan menyelamatkan mereka. Dan semoga ia menjadi iktibar buat kita di Malaysia .
Nota: Terima kasih Hasell atas perkongsian ini .. dan ini sekadar nasi tambah.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rahsia Bintang Enam Israel
Jumaat 24 April 09, merupakan hari bersejarah dalam hidup saya dan r ...
acescripters Post at 17-12-2011 00:30 
 |
|
|
|
|
|
|
|
hehe bangga diri
kelakar pulak nengok korang gaduh..
abes aku belek thread ni tak pi kej ...
dune1989 Post at 28-12-2011 17:56 
As usual so much info to read yet so little time. EB pun dah brp kali lambat gi keje pasal baca thread ni... |
|
|
|
|
|
|
|
As usual so much info to read yet so little time. EB pun dah brp kali lambat gi keje pasal baca ...
EmakBonda Post at 28-12-2011 07:53 PM 
ehehe, skrg ni pon terbaca... abes kaku dua jam depan laptop.. naseb baik ada staf hehehe 
best2... seronok baca |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 105# dune1989
main2 tidak ape punyeee 
heh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply dune1989
main2 tidak ape punyeee
heh
thessailly Post at 29-12-2011 02:34 AM 
hang baru bangun ka, aku baru nak masuk tidoq ni haha |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 109# dune1989
tak la..baru sampe rumah...gila ngantuk ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply dune1989
tak la..baru sampe rumah...gila ngantuk ni...
thessailly Post at 29-12-2011 03:22 AM 
bangun!  |
|
|
|
|
|
|
|
masa ke Jerusalem hari tu pun, tourist guide tu cakap pasal lambang bintang 6 ni milik org Islam asa ...
lipsofanangel Post at 30-12-2011 12:34 PM 
cite la lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
kt pusat islam banyak geometri segi 6 ni. tergugat akidah orang keje pusat islam  |
|
|
|
|
|
|
|
Elokla buat thread ni sebab saya pun pakai pendant star of david. Sapa yg tak tau ingat aku ni pengikut freemason. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pakai pun atas sebab menguatkan gelombang mineral pada batu loket ni. Dalam keadaan loket gemstone berbentuk star of david biasan mineral properties yg terbentuk dan terbias dgn sgt aktif. |
|
|
|
|
|
|
|
banyak sgt gaduh smpai aku xphm.. semua salah kunekspendek |
|
|
|
|
|
|
|
bagusla kalau yg tak jelas sudah dijelaskan.. tapi jangan la sampai mengutuk orang itu dan ini bodoh, buta sejarah dan sebagainya.. itulah gunanya orang pandai, untuk mengajar yang bodoh.. yang salah kita perbetulkan.. orang jatuh dalam lubang, kita tolong keluarkan, bukan sekadar gelak saja.. sekadar peringatan.. yup sharing is caring.. thanks kepada yg sudi kongsikan ilmu.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
terkesima ak dengan thread nie. respek kt korang. byk info aku dapat dlm thread nie. nice wotk TT n yg lain yg sudi share info.  
ak ad persoalan. kalau ad yang tau harap blh tlg jwb ek.
kn dlm islam yg penting ialah nawaitu kita. so, kalo kita pakai lambang star of David nie dgn nawaitu sebagai memperingati nabi Daud as, adakah hukum nya haram? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
heran..asal masuk je si berok sekor ni..mesti bertekak2... |
|
|
|
|
|
|
| |
|