CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: serulingsenja

Tukar Jantina : Ashraf Tak Boleh Jadi Aleesha![ashraf meninggal pg 12]

   Close [Copy link]
Post time 19-7-2011 07:49 PM | Show all posts
kegelian sungguh aku dgn org zaman skrg ni lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2011 07:50 PM | Show all posts
tangan halus ya amatttt
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 07:56 PM | Show all posts
Tompang tanya,tompang tanya!!!

Apakah hukumnya jika tidak memakai tudung serta memakai baju lengan pendek apabila kita sudah tukar jantina dari laki ke pompuan?Haram ke tak?

Lawak betui...lepas jadi pondan,boleh pula tutup aurat yg sepatutnya aurat utk wanita tulen saja.Hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 09:53 PM | Show all posts
kalu d luluskn bsr kesan nya nati. bila dia further study nati n nk ltk dia d hostel laki o popuan? unless kalu dia menyewa sdiri. tandas mana lak yg nk dia nk guna? kalu semayang d masjid d bhgian laki o wanita? x temasuk lg rmai yg cam dia akn blumba2 nk bt camni gak. mmg x leh nk halalkn benda yg sah2 haram.............
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 09:56 PM | Show all posts
tak paham aku
daiman Post at 19-7-2011 08:17


budak2 gi main jauh2.
da besor nanti baru boleh faham
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 10:31 PM | Show all posts
muka mcm makcik2 je..gigih ubah diri..kalo cantik bbaloi la gak..ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2011 10:35 PM | Show all posts
Aku ingat kalau di luluskan bahaya gak ...

Berlambak2 forumners kat sini yang akan apply tukar jantina

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2011 06:24 AM | Show all posts
Reply 107# Ayun_Maiden

MOHD ASHRAF HAFIZ...mahu rayu keputusan mahkamah.
      
KUALA TERENGGANU: “Jika kematian adalah penyelesaian, tolonglah ambil nyawanya, tapi (sebelum itu) ambil nyawa saya dan suami dulu kerana kami juga sebahagian daripada punca masalah ini,” kata ibu Mohd Ashraf Abd Aziz, 25, yang permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi di sini, kelmarin.
    Wanita berusia 50 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Mak Yah berkata, hati dia dan suami, Abd Aziz, 60, cukup terguris apabila ada pihak tergamak mendoakan kematian Mohd Ashraf seperti  disebarkan melalui blog serta laman sosial di Internet.

   “Ada yang menyebut     lebih baik dia mati, tapi ambillah nyawa saya dan suami dulu,” katanya  pada pertemuan di rumahnya di Kampung Telaga Daing dekat sini, semalam.      Kelmarin, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa ketika menolak permohonan Mohd Ashraf berkata, biarpun dia sudah menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009, ia tidak boleh dijadikan hujah untuk mahkamah menerima permohonannya.      Dengan nada sinis Mak Yah berkata, memang mudah melemparkan pelbagai tohmahan terhadap keluarganya, tetapi tiada siapa tahu penderitaan  ditanggung mereka sekeluarga.
   “Cuba bayangkan jika mereka berada di tempat kami,” katanya yang mengakui dia dan suami amat tertekan dengan pandangan orang ramai yang   menuduh mereka gagal menjadi ibu bapa yang baik.

   “Kami sedih dengan tohmahan sesetengah pihak termasuk media apabila ada  beranggapan kami membelakangkan Tuhan dengan menyokong keputusan Mohd Ashraf menukar nama dan jantina dalam kad pengenalannya.

   “Hakikatnya kami sekeluarga tidak pernah menyokong tindakannya dan amat terkejut bila dia membuat pembedahan menukar jantina sehingga kami pernah tidak mengakuinya anak,” katanya.


   Mak Yah mengakui dia menyedari Mohd Ashraf memiliki ciri-ciri kewanitaan sejak bayi lagi, namun  terkejut   apabila anaknya melakukan pembedahan jantina pada 2009 dan ketika itu dia dan suami   menunaikan haji di Makkah.

   “Kami berada di Makkah mengerjakan haji ketika itu dan sepanjang pengetahuan kami, dia bekerja di Putrajaya,” katanya.

   Menurutnya, Mohd Ashraf tidak  memberitahu mereka mengenai ujian perubatan dan hormon  dilakukannya di Pusat Perubatan Pantai di Kuala Lumpur dua tahun sebelum pembedahan itu.

   “Disebabkan terlalu marah, kami bakar semua pakaiannya dan memberitahunya supaya jangan pulang ke rumah lagi, tetapi kami tahu dia kerap pulang, cuma bermalam di dalam keretanya tanpa masuk ke rumah,” katanya.

   Sementara itu, Abdul Aziz yang juga bekas tentera berkata, dia tidak mempunyai masalah mendisiplinkan anak, tetapi buntu menghadapi masalah membabitkan Mohd Ashraf.

   “Adiknya pernah memotong rambutnya (Mohd Ashraf) seperti tentera, tetapi kami tetap melihatnya seperti seorang wanita, bezanya hanya rambut dia   pendek.

   “Saya   menyedari kami perlu menangani masalah ini dan bukannya berterusan menafikannya kerana kami masih mempunyai Mohd Ashraf yang lama,” katanya.

   Menurutnya, masalah itu mungkin boleh dielak jika dia mendapatkan pandangan pakar mengapa Mohd Ashraf tidak mempunyai karakter lelaki ketika membesar.

    “Suaranya tidak berubah menjadi garau ketika dia meningkat remaja dan gayanya berjalan juga seperti wanita, tetapi ketika itu saya tidak terlintas akan timbul masalah lebih besar,” katanya     Abdul Aziz berkata, jika kesilapan membesarkan anak menjadi punca Mohd Ashraf mahu menjadi wanita, dua anak angkatnya yang lebih tua sepatutnya menghadapi masalah sama.

   “Anak angkat lelaki dan perempuan saya tidak mempunyai masalah, begitu juga  adik lelaki dan perempuan Ashraf,” katanya.

    Meskipun mendengar mengenai kewujudan fatwa oleh Jakim yang membenarkan seseorang yang jantinanya diragukan menjalani pembedahan pertukaran jantina, Abdul Aziz berkata, dia tidak pasti bagaimana perkara itu boleh dilakukan kerana tiada garis panduan.

   “Keputusan ujian perubatan menunjukkan dia mempunyai lebih banyak hormon perempuan berbanding lelaki. Bolehkah fakta ini menyokong permohonannya? Saya harap perkara seperti ini dijelaskan dengan terperinci dan layak diberikan pertimbangan,” katanya.

    Mohd Ashraf pula berkata, dia menerima keputusan Mahkamah Tinggi dan akan mengemukakan rayuan.

   “Selagi ada ruang mengikut peruntukan undang-undang, saya akan merayu. Orang mungkin berharap saya diam terus atau mati, tetapi saya hanya mahu menjalani kehidupan yang aman,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2011 06:40 AM | Show all posts
pakai tudung kaaawwww~~~~


muke mcm botox habis je tu
kaishi Post at 19-7-2011 06:58


lau tny dorg mst dorg ckp x amik botox   
tapi suntik Vit C
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2011 06:56 AM | Show all posts
Reply 109# cik.senah37

ayat standart retis2...
sama cm nk cari suami berpegangan agama yg baik etc
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 07:17 AM | Show all posts
gebu tgn dia.....dia pakai handcream brand apa ekkks...
ladida Post at 19-7-2011 07:08



   tangan..konpom umo 26..tgk muker..macam 46...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 07:21 AM | Show all posts
Reply 108# serulingsenja


   tgk gamba neh..macam pompuan normal jeh... chantik lah jugak die neh....dr aku..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 07:32 AM | Show all posts
Reply 108# serulingsenja


   macam macit la muke dier...body pong beso...xnmpk mcm laki tukar jantina jer nokss??????
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 08:52 AM | Show all posts
sepatutnya dia kena tanya pakar n doktor serta alim ulama sebelum melakukan pembedahan itu....nie tidak......
sesuatu kejadian itu mmg dah sempurna Allah jadikan kita.....jangan kita sesuka hati menukar kejadian ini....inilah pembalasan dunia....kat akhirat lom tahu.....jadikan iktibar for all...termasuk hamba nie....
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 08:56 AM | Show all posts
kenapa aku syak ni mcm ashna jer?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 09:02 AM | Show all posts
apsal bdn die mcm makcik2?? muke pun kertu... baru 26kn....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2011 09:03 AM | Show all posts
betul ke 26 taon ni???? napa muka kedut seribu????
putput Post at 19-7-2011 08:31



    aku pun tepikir camtu gak...kalau dah kedut camtu berbaloi ke jadi pompuan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 09:08 AM | Show all posts
Mak Yah mengakui dia menyedari Mohd Ashraf memiliki ciri-ciri kewanitaan sejak bayi lagi, namun  terkejut   apabila anaknya melakukan pembedahan jantina pada 2009 dan ketika itu dia dan suami   menunaikan haji di Makkah.


m cik nak sedapkan hati  ke? kalau dia ada double alat sulit sejak bayi kenapa tak bawak ke klinik terus. boleh pastikan. kenapa pemeriksaan doc dia gagal?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 09:12 AM | Show all posts


dia ke nih..jelita sungguh....
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 09:26 AM | Show all posts
dia lebih byk hormon wanita...kesian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 303917 Replies : 7507
[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN HAGWON - Wi Ha Joon, Jung Ryeo Won
Rahah[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN H
Views : 11474 Replies : 71
Ada Apa dgn Pen Dekat Bank
MistrezHermanazAda Apa dgn Pen Dekat Bank
Views : 14975 Replies : 66
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 13802 Replies : 185
Borak Idea yg blh jana side income
makitingBorak Idea yg blh jana side income
Views : 6769 Replies : 37
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 9623 Replies : 37
Edisi tambah tacang: Pengetahuan am berkenaan negara dunia
Tinot7Edisi tambah tacang: Pengetahuan am berk
Views : 8857 Replies : 56
Teka kerja apa
TomyamPutehTeka kerja apa
Views : 12144 Replies : 62
Lawak edisi PDPR
MistrezHermanazLawak edisi PDPR
Views : 22310 Replies : 88
Siapa macam ni cepat mengaku!
SurfnsunSiapa macam ni cepat mengaku!
Views : 16662 Replies : 77

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-7-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.111808 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list