CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: stylistikaCt

Aishah: Lagenda Muzik vs Yuna

[Copy link]
Post time 15-8-2012 11:50 AM | Show all posts
pada aku, tak seswai langsung yuna nak dibandingkan dgn aishah. jauh beza macam langit dengan bumi.
kalau aishah dgn sheila majid ok la kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2012 01:22 PM | Show all posts
takleh nak banding sebab takleh masuk ngan lagu2 yuna..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2012 02:16 PM | Show all posts
jonlabu posted on 15-8-2012 07:09 AM
tak payah nak banding2 lah aishah ngan yuna, mereka dari dua zaman yg berbeza. cuba suruh aishah nya ...

Meh aku ulang ayat ko. Hanya golongan pprt otak tempurung je yg kata org yg bandingkan Yuna dgn artist2 top adalah pendengki. And what worst, hanya mereka je yg boleh wat generalization yg org yg membuat perbandingan ni peminat hajah toncet.

Apa maksud ko dgn "cuba suruh aishah nyanyi lagu janjimanismu dgn rambut mengerbang"? Masa album first dia rambut dia masih mcm tu. X pernah tgk video2 aishah zaman tu ke? ke belum lahir lagi masa tu? aku pon baru pandai merangkak je thn 90 tu tp di youtube ada untuk dilihat. tgkla video dr album first Aishah Camar Yang Pulang n Janji manismu. so, don't be ignorance ye.

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2012 02:46 PM | Show all posts
scrocth posted on 14-8-2012 10:56 PM
agak2 ABP tahun depan berani tak bagi award pencapaian seumur hidup (lifetime achievement award) utk ...

pandai ko match kn retis nyanyi lagu sekian2..mcm match je..huhu bestkn kalau bebetol dpt
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2012 03:59 PM | Show all posts
dua2 berbakat.... semoga kejayaan milik mereka berdua.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2012 04:21 PM | Show all posts
Aishah the best! artis pertama aku minat masa kecik dulu Aishah dgn janji manismu itu. tapi baru skarang aku tau dia ada master.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2012 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku antara org yg sgt lega bila Aishah kata she'll never stop being artiste. Rindu nk dgr lagu2 pop terbaru dr dia. Hrp2 dia push lah lagu yang ada hanya kenangan, dulu suria ada mainkan jugak..ciptaan Azlan Abu Hassan lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2012 07:39 PM | Show all posts
Macam mnelah Aishah nk wt comeback????
Kebanyakan stesen tv ngn radio dh gam Aishah..gara2 di join PAS...x adil sgt...

Single Yang Ada Hanya Kenangan tu pon...byk stesen radio yg xnak putarkan...terllau berat sebelah!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2012 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
stylistikaCt posted on 16-8-2012 07:39 PM
Macam mnelah Aishah nk wt comeback????
Kebanyakan stesen tv ngn radio dh gam Aishah..gara2 di join  ...

Nasiblah lagu raya aishah still on kt radio. tp lagu janji manismu still bkumandang gak kt sinar n suria fm.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2012 10:17 PM | Show all posts
pada yg kate aishah di pinggirkan... uols pikir laa..

dlm umur dia skrg ni,,,,korg nak ke dia menari2.. melompat2 mcm dulu....

kalau laa skrg ni dia menari2.. melompat2.. menjerit2 menyanyi cm dulu.. harislaa dia kene lahar abes abesa kan..

dulu menari.. menyanyi tuh la yg menempatkan dia di mana dia mencapai kejayaan...... now it si time for her to rest,,,.. dan yg penting.. lagu2 dia still ade org dengar.. evergreen giteewww
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2012 10:20 PM | Show all posts
kalau laa aishah muda lagi dan meletopss di obersee mcm skrg... aku rase kak aishah sia sia je kene kutuk jugak kt porem ni,,,,.. sbb x pakai tudung dan bergaul ngan mat salleh.. of kos laa touring band duduk satu bas same2 ngan mat salleh campur jantan betina kannn

sib bek dia popular jaman xde fesbuk... xde porem carik.. hahahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2012 02:11 AM | Show all posts
Memang x hrp Aishah menari2..terloncat3...orglain pun fahamla...
Ni sb bakatdy..dipersiakan mcm tu je...dgr kte,Aishah merajuk ngn TV3 sb TV3 cancel last minute dy punya psmbhn kt AJL..yg menggandingkn Siti ngn Ziana..xtahu btol ke x
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2012 05:13 PM | Show all posts
Aishah for ever....kenapa org nak bandingkan fizikal Aishah dgn Yuna plaknya..Yuna tu lawaker masalahnya? hidung tempe je aku tgk..suara pun kurang jelas time nyanyi..go go Kak Aishah!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2012 04:20 AM | Show all posts
True-X posted on 19-8-2012 10:17 PM
pada yg kate aishah di pinggirkan... uols pikir laa..

dlm umur dia skrg ni,,,,korg nak ke dia men ...

bukan nk tengok dia menari2 n wat showmanship gila2 lagi..
tp cukup dengan sebuah konsert mega at least di istana budaya ke?
or paling tidak di dewan merdeka pwtc ke?
dan mengalunkan balik lagu2 terbaik beliau bersama iringan orkestra (hello, she deserves that ok?)
sambil mengimbau kembali kegemilangan beliau ketika meniti kemuncak populariti..
sbb beliau bukan sekadar artis yang HANYA MEMERIAHKAN dunia seni suara,
tapi beliau adalah ARTIS yang tersangat2 top dan melakar banyak kejayaan di dalam dan di luar negara..
tapi sayang, di msia nie, program2 tv yang retro tidak diberi slot utk ditayangkan kembali
sbg reference utk anak2 muda masa kini yang tidak pernah tahu akan kehebatan
artis2 lama ketika zaman kemuncak mereka..


Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2012 04:28 AM | Show all posts
Mana nak cari artis kt msia yang mampu nyanyikan semua jenis lagu dengan begitu baik?
Lenggok suara,gemersik dan patah lagu serta penghayatan mmg tiada tolok bandingnya.
Malahan, kak pah aini tanpa segan silu dok announce yang artis pangkat junior kegemarannya ialah AISHAH.
semua org tahu, kak pah payah nk puji melambung artis2 junior kan?
ikutkan perancangan dulu,masa dorg sebumbung under EMI, ada perancangan nak kluarkan album hari raya ke or tradisional duet antara Kak Pah dan Aishah tp semuanya terbengkalai..(kalo xsilap,isu nie pun antara point yg diutarakan ms kes saman Aishah dan EMI dulu)
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2012 04:32 AM | Show all posts
Kalo diungkap sejarah silam, Aishah mmg btol2 meletop dengan bakat dan kehebatan vokalnya
bukan kerana kisah cinta ke? gaduh sesama artis ke? seksi ke? peluk2 tepi kolam ke?
muka cantik cute anggun pilihan makcik2 nk wat menantu ke? xde...
semuanya memperkatakan tentang keaslian suaranya dan kehebatan vokal live nya ketika beraksi..
beliaulah pelopor persembahan secara theaterical di pentas AJL..kalo tgk sebelum juara lagu 90, artis2 suma dok keras kejung menyanyi cmtuh je.. sehinggalah gimik hempas2 beg utk janji manismu, gimik koma separuh lagu dan konsep hitam putih utk cinta beralih arah dan penceritaan kisah nabi sulaiman utk lagu kasihnya balkis di AJL yg pernah beliau bertanding..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2012 04:43 AM | Show all posts

Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah, merupakan penyanyi yang berasal dari Negeri Sembilan dan menganggotaikumpulan Fan Club dari New Zealand. Album nyanyian Aishah bersama fan Club iaitu Sensation telah menaikkan namanya sebagai penyanyi wanita pertama Malaysia yang berjaya ke peringkat antarabangsa. Meskipun kini beliau tidak lagi bersama Fan Club, namun Aishah masih aktif menyanyi secara solo.
[sunting]
Kerjaya Seni
[sunting]
Pada 1983, Aishah memenangi satu pertandingan talentime di Kuala Lumpur. Nasibnya begitu baik kerana terus ditawarkan menjadi artis syarikat rakaman Life Records dan muncul dengan dua lagu bersama Malek Ridzuan dalam album Jilid 5 kepunyaan Malek. Lagu yang popular ialah "Mawar Putih Mawar Merah".
Walau bagaimanapun, Aishah ketika ini menggunakan nama Natasa Aminah kerana takut dimarahi ayahnya kerana menyanyi. Ayahnya seorang yang sangat mementingkan pendidikan anak mereka. Walau bagaimanapun, apabila rahsia itu terbongkar, nama Aminah terus lenyap dalam senarai penyanyi tanah air. Peminat langsung tidak mempedulikan 'kehilangannya'. Natasha tidak sempat merakamkan album solo kerana tidak lama selepas itu, dia terbang ke New Zealand untuk menyambung pengajian dalamjurusan Sains Politik di Universiti Auckland.
Di New Zealand, Aishah terus mencari peluang menyanyi. Pada 1986, dia memberanikan diri memasuki satu lagi talentime, "Telequest" dan mendapat tempat ketiga. Walaupun tidak menjadi johan, dia tetap terharu kerana Aishah satu-satunya peserta Melayu ketika itu. Selepas pertandingan itu, Aishah membuat pita demo sendiri dan di bawa ke sana ke mari untuk mencuba nasibnya.
Kebetulan ketika itu, sebuah band, Soul On Ice, sedang mencari vokalis pengganti. Mereka berjaya mengesan bakat Aishah lalu mempelawanya menyertai band itu. Bagi Aishah, peluang menyertai Soul On Ice sesuatu yang menarik walaupun dia juga ditawarkan memasuki sebuah lagi kumpulan yang cukup popular ketika di negara itu iaitu Peking Man. Walau bagaimanapun, beliau menolak tawaran Peking Man kerana bekas vokalisnya, Margaret Urlich mempunyai imej yang hebat dan beliau enggan dibayangi populariti Margaret kerana beliau mahu membina identiti sendiri.
Selain Aishah, Soul On Ice juga dianggotai Paul Moss (gitar), Malcolm Smith (keyboard), Dave Larsen (dram) dan Glenn Peters (bass). Apabila menyertai CBS New Zealand, Soul On Ice akhirnya menukarkan namanya menjadi The Fan Club. Bersama kumpulan itu, Aishah sempat merakamkan dua album - Sensation dan Respect The Beat.
Maka, pada tahun 1988, tiba-tiba industri hiburan sejagat digegarkan dengan kejayaan anak Malaysia - Aishah - bersama kumpulannya dari New Zealand, The Fan Club. Aishah and Fan Club bukan saja popular di New Zealand, Australia dan Malaysia, malah berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat.
[sunting]Kemuncak Solo
Kemunculan album solo studio pertamanya Aishah adalah pada tahun 1990. "Aishah" terbitan Adnan Abu Hassan memuatkan 10 lagu termasuk satu instrumental Camar Yang Pulang. Malah, untuk membuktikan kehebatannya mendendangkan lagu Melayu, Aishah menampilkan dua lagu berirama Melayu asli - Bahtera Merdeka dan Syurga Di Telapak Kaki Ibu - dalam album itu. Hasilnya didapati memang luar biasa.
Album ini turut mengangkat nama dan muzik yang dibawa Adnan Abu Hassan dalam arus industri muzik tempatan pada masa itu. Semua sembilan lagu dalam akbum itu hebat, namun Janji Manismu, ciptaan Adam Ahmad dan lirik oleh Aishah paling mendapat tempat di hati pendengar.
Lagu itu dinobatkan Juara Lagu 1990 anjuran TV3 dengan mengalahkan "Suci Dalam Debu", Iklim dan "Sejati", Awie.
Fenomena Aishah berterusan apabila meraih kejayaan sebagai Artis Paling Popular dan Artis Wanita Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular anjuran Salem, Berita Harian dan RTM. Aishah turut memenangi anugerah Penghibur TV Terbaik dalam Anugerah Seri Angkasa anjuran RTM.
Mengikuti kejayaan itu, muncul pula album keduanya, Aishah II terbitan Adnan Abu Hassan pada 1991 yang meletup dengan lagu "Kemaafan Dendam Yang Terindah" dan "Fatwa Pujangga". Tahun yang sama, Aishah muncul dalam filem Syakila bersama Rahim Maarof dan Kuza. Walaupun berbakat sebagai pelakon, itulah sahaja satu-satunya lakonan Aishah dalam filem.
Seterusnya Aishah tampil pula dengan album Aishah III - Asia Sedunia (1992). Lagu yang popular masa ni "Selanjur Bercinta". Malangnya, tahun itu juga Aishah dan anggota The Fan Club mengumumkan pembubaran mereka kerana masalah dalaman.
Album Wajah membuktikan Aishah masih hebat apabila lagu Cinta Beralih Arah (ciptaan Jari dan lirik Habsah Hassan) menjadi Juara Lagu 1995. Lagu itu turut memenangi kategori Balada. Aishah pula menerima anugerah Persembahan Terbaik melalui lagu itu.
Pada tahun itu, Aishah menerima pengiktirafan Persembahan Vokal (Wanita) Terbaik Dalam Album dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) 1995.
[sunting]






Last edited by scrocth on 22-8-2012 04:46 AM

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2012 04:50 AM | Show all posts
Anugerah & Pencapaian Aishah[sunting]Anugerah Industri Muzik
Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)
TahunKategoriKarya TercalonAlbum / MaterialKeputusanTewas Kepada
1995 (AIM2)Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita)Klasik
Menang
Album Tradisional Terbaik
Dicalonkan
M. Nasir - Canggung Mendonan
1996 (AIM3)Album Pop TerbaikWajah
Menang
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita)
Dicalonkan
Ziana Zain - Setia Ku Di Sini
Lagu TerbaikCinta Beralih Arah
Dicalonkan
Nora, Sheila Majid & Johan Nawawi - Jentayu
Album Terbaik
Dicalonkan
Search - Gema Di Timur Jauh
1999 (AIM6)Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita)Tiada Akhirnya
Dicalonkan
Siti Nurhaliza - Adiwarna
2001 (AIM8)Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita)Pulanglah Perantau
Dicalonkan
Siti Nurhaliza - Sahmura
2007 (AIM14)Album Pop TerbaikKurnia
Dicalonkan
Siti Nurhaliza - Transkripsi
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita)
Dicalonkan
Jaclyn Victor - Inilah Jac
[sunting]Anugerah Juara Lagu
Anugerah Juara Lagu (AJL)
TahunLaguAlbumPencipta LaguPenulis LirikKategoriKeputusan
1990Janji ManismuAishahAdam AhmadWan AishahTerbuka
Menang
1995Cinta Beralih ArahWajahJariHabsah HassanBalada
Menang
Persembahan Terbaik
Menang
Juara Lagu
Menang
2007Kasihnya BalkisAdnan Abu HassanMoharis YaakupEtnik Kreatif
Dicalonkan
[sunting]Anugerah Bintang Popular Berita Harian
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
TahunKategoriKeputusan
1990Penyanyi Wanita Popular
Menang
Artis Paling Popular
Menang
1991Penyanyi Wanita Popular
Menang
1992Penyanyi Wanita Popular
Menang
2011Anugerah Seri Perak
Menunggu

Last edited by scrocth on 22-8-2012 04:51 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2012 12:04 PM | Show all posts
Aishah is the BEST!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2012 02:45 PM | Show all posts
suka ngan kak aishah ni, vocal mantop dan lagu2 best . she is already legend.

yuna pun bagus. genius dlm mencipta lagu. mempunyai bakat dan kena polish lg.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.072485 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list