CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: harumanis

SEHANGAT ASMARA (PART 8) - 104 RIA (ISNIN - KHAMIS : 6.00PM & 11.30PM)

 Close [Copy link]
Post time 11-4-2013 02:48 PM | Show all posts
Khamis, 17 Januari 2013Rita Rudaini Tak Kenal Adi Putra

17 Januari 2013



Gandingan serasi pasangan pelakon dalam sesebuah filem mahupun drama memang menjadi satu faktor yang mampu memberi impak kepada penonton. Jika tiada keserasian, minat penonton untuk mengikuti sesebuah cerita akan berkurangan. Jadi, pengarah mahupun penerbit harus bijak membuat pilihan untuk watak hero dan heroin.

Antara gandingan yang berjaya mencuri perhatian penonton ialah Aaron Aziz dan Siti Saleha, Aaron Aziz dan Nadiya Nissa, Remy Ishak dan Maya Karin serta Aaron Aziz dan Maya Karin.

Kini anda boleh melihat gandingan pertama kali Adi Putra dan Rita Rudaini sebagai hero dan heroin untuk drama bersiri, 'Sehangat Asmara', arahan Mohd Feroz Khan yang diadaptasikan daripada novel dengan judul yang sama. Mampukah pasangan ini menambat hati peminat atau sebaliknya.

Mengulas tentang hero terbarunya itu, Rita Rudaini mengakui pada mulanya dia berasa agak janggal apabila bergandingan dengan Adi Putra. Ini kerana dia tidak begitu mengenali karakter aktor tampan itu. Sebaliknya hanya dipertemukan di lokasi penggambaran iaitu di Sydney, Australia.

“Pada mulanya memang agak susah hendak dapat keserasian sebagai pasangan kerana selalunya saya sering digandingkan dengan Rosyam Noor dan Aqasha yang merupakan kawan saya sendiri. Sikap pendiam Adi juga menyukarkan saya untuk mendekatinya.Namun, keserasian itu hadir selepas seminggu kami terlibat dengan penggambaran,” ujar Rita ketika pelancaran drama bersiri 'Sehangat Asmara' di Publika, Solaris Dutamas pada Selasa.

Dalam masa yang sama, Rita turut memberitahu yang dia sebenarnya sedikit gusar dengan watak Kamilia Najwa biarpun begitu teruja apabila ditawarkan watak itu. Baginya, watak itu agak berat kerana dia harus banyak bermain air mata.

“Saya membaca balik novel tersebut sebaik sahaja menerima tawaran berlakon. Tetapi terpaksa berhenti di bahagian pertama kerana merasakan novel itu terlalu berat dan sedih. Kadangkala saya rasa ia jadi bebanan kerana watak itu menuntut saya banyak mengalirkan airmata. Namun, saya gunakan pengalaman yang ada agar tidak terlalu tertekan,” ujar Rita.

Sementara itu, Adi Putra sempat mengulas bahawa dia tidak begitu bimbang dengan maklumbalas yang bakal diterima daripada penonton selepas 'Sehangat Asmara' ditayangkan bagi menggantikan drama popular Adam Dan Hawa. Tegas Adi, novel Sehangat Asmara itu sendiri sudah menjadi fenomena.


“Bagi saya novel hasil nukilan Aisya Sofea itu sendiri sudah mempunyai pengikutnya sendiri, jadi ia sudah menjadi fenomena sebelum dibawa ke skrin televisyen, ” ulas Adi Putra.

'Sehangat Asmara' yang akan bersiaran sebanyak 33 episod ini bakal menemui penonton pada setiap hari Isnin hingga Rabu pada jam 10 malam bermula 21 Januari ini hanya di saluran 134, Astro Mustika.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2013 02:49 PM | Show all posts
harumanis posted on 11-4-2013 02:47 PM
..adusssss.....tertonggeng cam ni asyik menatap wajah kacak nal, senyuman menggoda Nal............fe ...

hahahha...iols pon rasa nakk
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 02:53 PM | Show all posts
Ahad, 20 Januari 2013Babak Romantis Peluk Cium Adi Putra & Rita Rudaini dalam Sehangat Asmara

20 Januari 2013 (19 Januari 2013)


Hanya tinggal dua hari lagi untuk kita menonton drama Sehangat Asmara. Korang excited ke tak?
Pelakon Adi Putra mengakui selesa dengan sikap Rita Rudaini kerana aktres itu bersikap terbuka dan memberi kerjasama bagi menjayakan babak-babak romantis bagi menjayakan drama bersiri terbaru mereka, Sehangat Asmara.
Dalam drama yang akan disiarkan di Mustika HD ini, Adi membawakan watak pelajar dan kemudiannya suami kepada Rita.

“Rita profesional, jadi tidak ada masalah apabila ada babak memerlukan saya mencium dahi dan mendukungnya. Ia memudahkan kerja saya menjayakan watak suami isteri bersamanya.”
Dalam pada itu Adi juga yakin drama yang diadaptasikan dari novel nukilan Aisha Sofea ini mampu memecahkan tembok fenomena naskhah Adam & Hawa lakonan aktor terkenal Aaron Aziz dan Nadiya Nisa. Ini kerana novel dengan judul yang sama itu sememangnya popular dan mempunyai pengikut tersendiri.
“Saya yakin Sehangat Asmara akan menjadi fenomena kerana ia diadaptasi daripada novel terkenal.”
Sehangat Asmara berkisar ranjau dalam hubungan dua darjat, Kamilia Najwa lakonan Rita Rudaini dan Zainal Arief (Adi Putra) yang berkahwin tanpa restu keluarga di Sydney, Australia.

Kebahagiaan mereka berakhir apabila Zainal terpaksa pulang ke tanah air dan berjanji untuk kembali semula ke pangkuan isterinya. Sembilan tahun berlalu namun Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dalam sengsara.
Diarahkan Mohd Feroz Kader, drama ini turut membariskan pelakon hebat seperti Shahrizal Jaszle, Fureena Ezlin, Izreen Azminda, Hafizuddin Fadzil dan Dian P. Ramlee.
Ia bakal ditayangkan bermula 21 Januari ini pada setiap Isnin hingga Rabu, pukul 10 malam di Astro Mustika HD (saluran 134).










Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 02:57 PM | Show all posts
Rabu, 23 Januari 2013Sehangat Asmara : Adi Putra Gementar Lakonkan Babak Mesra Dan Romantik Dengan Rita Rudaini

23 Januari 2013



Episod kedua drama bersiri adaptasi novel terlaris di Malaysia, Sehangat Asmara sudah pun selesai ditayangkan di Astro Mustika HD saluran 134, malam tadi…Agak-agaknya macam mana ya? Puas hati atau tidak dengan gandingan Adi Putra dan Rita Rudaini?
Rasanya pasti ramai penonton wanita yang cair apabila melihat gaya romantik dan ketegasan Adi Putra di dalam drama Sehangat Asmara. Untuk pengetahuan semua, untuk tahun 2013 ini, Adi memang mahu fokus kepada watak-watak romantik sahaja.
Kata Adi ketika ditemui baru-baru ini ketika Majlis Perasmian Drama Sehangat Asmara, dia mahu mengurangkan lakonan melibatkan aksi dan tidak mahu kelihatan ‘ganas’ dan ‘garang’ pada tahun ini.
“Sebenarnya dah boring asyik berlakon watak garang je…Tahun ni nak bagi kelainan sikit, sebab kalau asyik bawak watak yang sama aje, nanti orang peminat bosan pulak,” kata Adi tersenyum.
Pelakon yang membawa watak Zainal Arief ini juga mengaku, Sehangat Asmara merupakan drama paling romantik yang pernah dilakonkannya dan berharap agar babak-babak ‘mesra’ dia dan Rita yang memegang watak Kamilia Najwa tidak disalah erti atau disensasikan.
“Ya, memang ada babak-babak ‘mesra’ seperti mendukung rita, cium dahi Rita…tapi itu semua dilakukan atas dasar kerja dan profesialisme. Jadi, tiada apa yang perlu disensasikan..Lagipun itu berlaku di antara Zainal Arief dan Kamilia Najwa.
Tapi tak senang juga nak lakonkan babak-babak intim macam tu…nervous!,” katanya ketawa.
Tambah Adi lagi, sikap profesional Rita di sepanjang penggambaran menyenangkan dan mengaku selesa berganding dengan aktres itu.
“Tiada apa-apa masalah yang timbul…Rita seorang yang profesional…Jadi, bekerjasama dengan dia memang sangat-sangat mudah,” kata Adi sambil melirik kepada Rita yang duduk disebelahnya.






Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 02:58 PM | Show all posts
besttnye cuci mata.. thanx @jue7269

walau ade gak gambar2 yg tak nampak

rindu ngan kaynall
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 03:00 PM | Show all posts
perghhhhh.............. sumpah semua gambar sweet nak mamposss........teruskan menempek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2013 03:00 PM | Show all posts
Rabu, 23 Januari 2013Rita Rudaini Takut Disergah Adi Putra!

23 Januari 2013 (17 Januari 2013)



Mungkin ramai yang sudah melihat Di Sebalik Tabir yang ditayangkan semalam (Rabu), dan sudah melihat keserasian yang terjalin diantara Kamilia Najwa lakonan Rita Rudaini dan Zainal Arief yang dibawa oleh Adi Putra.
Tetapi siapa sangka disebalik keserasian yang terjalin, Rita Rudaini mengaku agak sukar untuk mendekati Adi Putra walaupun ini kali ketiga digandingkan dengan aktor kacak itu.
“Walaupun kali ketiga digandingkan dengan Adi, ini kali pertama saya dan dia bergandingan untuk jangka masa yang agak panjang…Sebelum ini, untuk sebuah cerekarama di TV3 dan filem Ballistic, tapi scene kami bersama memang tak banyak.
“Adi seorang yang pendiam dan nampak serius…Dia jarang senyum…Saya teragak-agak nak mendekati dia…Takut jugak kalau tiba-tiba disergah Adi,” katanya sambil ketawa.
Rita Rudaini ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Drama Bersiri Sehangat Asmara berkata, dia kekok untuk bergandingan dengan Adi kerana tidak pernah menjalinkan hubungan persahabatan dengan pelakon tinggi lampai itu sebelum ini.
“Rita memang tak pernah berkawan dengan Adi sebelum ni…jadi nak ajak dia bergurau ke, nak bagi pendapat ke memang kekok la pada mulanya…Kalau hero tu Akasyah ke, Rosyam Noor ke memang Rita dah tak seganlah sebab selalu sangat bergandingan dengan mereka.
Tapi…bila dah try mendekati Adi, semuanya okay! Rupa-rupanya dia banyak juga bercakap, air muka je nampak serius…Dan dari situlah kami mula mencari keserasian dan hasilnya seperti yang anda semua tonton dalam trailer Sehangat Asmara tadi…Boleh tahankan?” tambah pelakon cantik ini lagi.
Tidak menyembunyikan perasaan terujanya untuk menyaksikan episod sulung Sehangat Asmara di kaca televisyen Isnin depan, Rita berharap agar drama arahan Mohd Feroz Kader, terbitan Global Station Sdn. Bhd. ini mendapat sambutan dan meninggalkan kesan di hati para penonton.






Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 03:00 PM | Show all posts
cess posted on 11-4-2013 02:49 PM
hahahha...iols pon rasa nakk

amboi bahaya.. jgn tonggeng2 ptg2 ni.. kang abg nal lari
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2013 03:04 PM | Show all posts
hensem giler lah adi ni.. cairr
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 03:05 PM | Show all posts
Sunday, October 28, 2012Drama Sehangat Asmara lagi novel Aisha Sofea ke drama


Assalammualaikum,

Demam novel Aisha Sofea kembali...
Lagi novel Aisha Sofea ke drama.
Novel Sehangat Asmaraakan ke kaca tv anda tidak lama lagi.
Tayangan dijangka 7 Januari 2013
Jumlah episode: 30 episode.
Channel -  Astro Mustika HD...

Sinopsis:
Tagline novel:" Bibir tidak perlu berkata bila hati sudah mula bersuara "







Cinta pandang pertama antara Kamilia Najwa dengan Zainal Arief membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Perkahwinan tanpa restu apabila ibu dan ayah Kamilia tidak menyenangi Zainal Arief yang tidak sedarjat dengan mereka. Demi cinta mereka bersatu jua.

Namun kepulangan Zainal Arief ke tanahair tanpa kembali membuatkan hidup Kamilia terumbang-ambing di negara orang keseorangan. Di tambah dengan keadaannya yang hamil tanpa pengetahuan Zainal Arief.

Kamilia di bawa pulang oleh orang tuanya. Dalam keadaan fikiran yang tidak menentu, Kamilia melahirkan Misya. Mujur Azman setia di sampingnya. Azman banyak membantu memulihkan semangatnya yang hilang setelah ditinggal Zainal Arief.

9 tahun sudah berlalu. Kemunculan Zainal Arief meragut ketenangan hidupnya semula. Kamilia tahu Zainal Arief pasti mahukan kepastian tentang Misya yang disembunyikan dari pengetahuan lelaki itu. Puas Kamilia bertanya sebab dan alasan Zainal Arief meninggalkannya dulu, namun tiada sebarang penjelasan yang diberikan Zainal Arief.

Dalam rela dengan tidak, Kamilia menemukan juga Misya dengan ayahnya, Zainal Arief. Kemesraan yang ditunjukkan Misya dengan Zainal Arief sungguh meruntun hatinya. Anak kecil itu langsung tidak mendendami ayahnya yang meninggalkan sekian lama sedangkan Kamilia masih menyimpan rasa itu. Dia merasakan Zainal Arief merahsiakan sesuatu dari pengetahuannya.

Zainal Arief melamarnya buat kali kedua. Buntu dan binggung fikirannya. Rasa kasihan pada Azman yang setia menunggu hatinya terbuka untuknya. Namun,Azman begitu memahami Kamilia. Dia sanggup berundur diri demi kebahagian Kamilia. Dia yakin cinta Kamilia hanya untuk Zainal Arief.

Mereka bersatu kembali. Namun dalam hati Kamilia masih ada syak wasangka terhadap Zainal Arief yang kini suaminya kembali. Puas di tanya alasan Zainal Arief meninggalkannya dahulu, namun Zainal Arief hanya meminta kemaafan darinya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya dulu. Diyakini Kamilia yang cintanya tidak pernah berubah dari dahulu hingga kini. Hanya Kamilia di hatinya dan ditambah dengan kehadiran Misya sebagai penguat kasih sayangnya pada wanita itu.

Akhirnya, kebenaran terungkai jua. Rupanya ayahnya sendiri yang membuat onar. Sanggup ayahnya menggunakan kuasa yang dimilikinya untuk mengugut keluarga Zainal Arief. Zainal Arief terpaksa menurut segala kemahuan ayah Kamilia jika mahukan adik-adiknya meneruskan pelajaran mereka.

Kamilia begitu kecewa dengan perbuatan ayahnya meskipun ayahnya telah menyesal dengan perbuatannya dan mahukan Zainal Arief dan Kamilia bersatu semua. Dialah yang merancang pendedahan tentang Misya di majalah dengan harapan Zainal Arief akan terbaca mengenainya dan mencari Misya.

Zainal Arief begitu marahkan Kamilia kerana memarahi ayahnya. Pada Zainal Arief biarlah semua yang berlaku dulu sebagai pengajaran untuk mereka dalam menilai kehidupan. Walau macam mana buruk pun perbuatan ayah Kamilia itu sebagai anak Kamilia tidak berhak memarahi ayah kandungnya sendiri. Kamalia yang terasa hati dengan kata-kata Zainal Arief terus melarikan diri ke kampung mertuanya.

Tanpa disedarinya, dirinya hamil lagi. Perubahan itu disedari oleh ibu mertuanya. Di beritahu Zainal Arief akan perkembangan itu dan Zainal Arief muncul untuk memujuk Kamilia. Diterangkan dengan jelas kejadian 9 tahun lalu dengan harapan tiada lagi permasalahan yang timbul selepas ini. Kamilia yang terharu dengan pengorbanan suaminya itu, berasa sungguh bertuah dapat memiliki lelaki itu. Di buang segala keraguan dalam dirinya. Dia yakin cintanya masih utuh untuk lelaki yang bergelar suami ini. Dia berdoa semoga bahagia yang mulai bersinar ini akan terus bersinar menerangi kehidupan mereka. Tamat ...

Koleksi Lagu tema Sehangat asmara

Para pelakon:
Adi putra- Zainal Arief (Nal)
Rita Rudaini - Karmila  (Kay)
Shah Jazle - Azman
Amar Baharin - Rudy(roomate Nal di Uni)
Dian P.Ramlee - mama Kay




update:watak Azman akan dibawa oleh Shah jazle.







Zainal dan Kamila Najwa study di Sydney




pertemuan pertama zainal dengan Kay



penyatuan semula 2 hati











scene yang dinantikan - 1st time Kay pakai baju kurung





Kay dan BFF Mimie


Gambar thanks to Rita Rudaini dan Adi Putra


Last edited by jue7269 on 11-4-2013 03:11 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 03:08 PM | Show all posts
harumanis posted on 11-4-2013 02:38 PM
iya laa uolss.....asben i cakap..bohong laa kalau lelaki pegang2 pompuan lepas tu cakap tak ada ra ...

emmmm....betul tu





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2013 03:14 PM | Show all posts
moller posted on 11-4-2013 03:08 PM
emmmm....betul tu

..alangkan iols yg pompuan ni pun....terasa elektrik kalu tengok lelaki hensem...apalagi lelaki "pegang" pompuan sexyy............perghhh....jenuh ooh nak cover....
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 03:14 PM | Show all posts
Saturday, March 23, 2013Episode akhir Sehangat Asmara




Assalammualaikum semua,

Update : download link



Tinggal beberapa episode je lagi Sehangat Asmara akan sampai ke penghujung. Macam biasa,pembaca novel pastinya sudah tahu apa kesudahannya. Namun,mungkin berlaku kejutan macam  drama Adam dan Hawa.Pastinya nak tahu bagaimana endingnya bukan. Apa-apa pun layan  dulu sinopsis minggu akhir dan gambar-gambar  ending Sehangat Asmara.





Zainal melamar Kay buat kali kedua.Mereka kembali bersatu.Namun, di hati Kamilia masih kuat untuk mengetahui sebab mengapa Zainal meninggalkan dahulu.Namun,Zainal hanya meminta maaf dan tidak akan mengulanginya lagi.Namun,kebenaran terungkai jua.






Yanie,adik Nal membongkar kisah 8 tahun dahulu.Rupanya,ayahnya sendiri adalah punca mengapa Zainal meninggalkannya. Ayah Kay menggunakan kuasanya untuk mengugut keluarga Zainal.Zainal mengalah demi adik-adiknya yang perlu meneruskan pelajaran. Di saat itu juga,ayah Zainal meninggal dunia. Zainal terpaksa memikul tanggungjawab menjaga keluarganya.





Kay seperti tidak percaya yang ayahnya adalah punca perpisahannya dengan Zainal.  Apatah lagi dengan apa yang terpaksa dilalui Zainal dan Yani.
Kay mencari ayahnya untuk mendapatkan penjelasan.


Ayah Kay memohon maaf pada Kay atas perbuatannya.Dia menyesal,dan dia jugalah yang merancang pendedahan Misha dalam majalah dengan harapan Zainal akan mencari Misha.

Kay begitu marah pada ayahnya yang tega membuat anaknya sendiri menderita. Namun,Zainal memarahi Kay kerana memarahi ayahnya.Bagi Nal,semuanya dah berlaku dan perlu dijadikan pengajaran dalam kehidupan.Ayahnya akan tetap menjadi ayahnya,satu kebenaran yang  perlu disedari oleh Kay. Terasa dengan kata-kata Zainal,Kay lari ke rumah mertuanya.
Ketika di rumah mak Nal,emaknya perasan yang Kay sedang hamil.Emak mertuanya memberitahu Zainal.


Zainal cuba memujuk Kay. Terharu dengan pergorbanan Nal,Kay kembali bersama Zainal kerana dia yakin cintanya utuh bersama lelaki yang bernama Zainal Arief.
Kay kini bahagia bersama Misha, suaminya Zainal dan putera sulung mereka yang baru dilahirkan Munir.
Mimie meninggal dunia dalam kemalangan.
Kejutan buat Kay,abang Kay Firdaus muncul di rumah mereka.Keluarga Kay kini bersatu kembali.




macam best je tempat ni






saat-saat menanti kelahiran Munir



Nal azankan baby Munir.



Mak meminta maaf pada Kay.


ending.



Separuh dalam diri you.. ada pada I.. SELALU..


Tamat






Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 03:22 PM | Show all posts
harumanis posted on 11-4-2013 03:14 PM
..alangkan iols yg pompuan ni pun....terasa elektrik kalu tengok lelaki hensem...apalagi lelaki "p ...

iols pn pikir.......betullah uols ckp tu...weols tgk pn nk pengsanlah, x cukup oksigenlah, terjun sungailah
inikn si lelaki yg menyentuh pempuan itu.......... sokong!!





Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 03:31 PM | Show all posts
moller posted on 11-4-2013 03:08 PM
emmmm....betul tu

apa yg betul nye tu uols
cepat ajee kann uols mengiyekann statement
Last edited by cess on 11-4-2013 03:33 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2013 03:32 PM | Show all posts
<===== aku cinta dia................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2013 03:36 PM | Show all posts
cess posted on 11-4-2013 03:31 PM
apa yg betul nye tu uols
cepat ajee kann uols mengiyekann statement

statement yg ala2 terjun sungai mcm tu mmg kena cepat iye kan







Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 03:36 PM | Show all posts
jue7269 posted on 11-4-2013 03:14 PM
Saturday, March 23, 2013Episode akhir Sehangat Asmara

dan...separuh diri u ada pada diri i, selamanyaaaaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2013 03:41 PM | Show all posts
moller posted on 11-4-2013 03:22 PM
iols pn pikir.......betullah uols ckp tu...weols tgk pn nk pengsanlah, x cukup oksigenlah, terjun  ...

ha ha ha....pompuan more towards emotional attachment; lelaki more towards nafsu nafsi...lagi2 kalau shooting outstation and lama and wifey tak ikut sekali...bahaya tu...tu yg boleh jadik cinta lokasi.... Last edited by harumanis on 11-4-2013 03:44 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 03:49 PM | Show all posts
harumanis posted on 11-4-2013 03:41 PM
ha ha ha....pompuan more towards emotional attachment; lelaki more towards nafsu nafsi...lagi2 kal ...

bahaya  nih!! seram sejuk dengarnya!!




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.206618 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list