CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bondaIFEN

sayang boleh.....percaya jangan....

[Copy link]
 Author| Post time 15-5-2014 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa pun...sebelum berbuat apa2...fikirkan sama perasaan orang lain...jgn ikut tekak kita saja...saya memang marah sgt kat 2wife tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2014 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
nazsh posted on 15-5-2014 02:31 PM
Knapa xmarah suami sdiri dh dia yg gatal mncari..knapa nk sayang lebih2 dah dia yg mmbelakangkan tt. ...

Marah....memang marah....tapi saya anggap dia dah tersilap langkah...dia taklah kata mcm tu..tapi nampak sgt dia menyesal...lagipun ....mcmlah kita marah kat anak yg paling jahat pun...ikatan kasih sayang tu melumpuhkan kemarahan kita.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
bondaIFEN posted on 15-5-2014 02:38 PM
Marah....memang marah....tapi saya anggap dia dah tersilap langkah...dia taklah kata mcm tu..tapi  ...

Dia nyesal nikah ngan ppuan tu??..dah lunyai cixxp ppuan tu dh dikejanya boleh cakap nyesal pulak??..itu laa llaki..nntah2 ngan ppuan tu dia cakap yg bukan2 plak tntang tt..sbb tu dia kawin lain..lidah bercabang tul llaki klu nk pasang lebih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2014 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
nazsh posted on 15-5-2014 02:49 PM
Dia nyesal nikah ngan ppuan tu??..dah lunyai cixxp ppuan tu dh dikejanya boleh cakap nyesal pulak? ...

Itu pandangan peribadi saya dan saya harap betul...mungkin saya ni dah tak rasional...mungkin juga apa yg nazsh tulis tu betul...Allah saja yg tahu....
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 07:13 PM | Show all posts
beldandy posted on 15-5-2014 10:47 AM
allah sayang org2 gitu...so kilat x blh sambar derang
uwaaaa...makwa...ko pegilah jd kilat n samb ...

kalau ku boleh jadi kilat..sepantas kilat ku sambar jantan2 sewel ni..biar bersih bumi malaysia daripada species ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2014 04:23 AM | Show all posts
bondaIFEN posted on 15-5-2014 02:57 PM
Itu pandangan peribadi saya dan saya harap betul...mungkin saya ni dah tak rasional...mungkin juga ...

Salam puan,
Maaf kalau ada perkataan yg terkasar. Saya hanya membaca apa yg puan tulis dan dari situ saya peroleh beberapa points yg boleh dibincangkan dgn rasional dan mungkin dapat membantu menenangkan hati puan yg remuk dan hanyut dibawa emosi yang kurang stabil.

1. Suami puan sudah berkahwin sudah 12 tahun, baru puan sedar? Di sini saja sudah dapat dibayangkan bagaimana hubungan puan dan suami selama ini. Hubungan yg hanya berdasarkan hitam putih, bersandarkan kpd anak-anak yg menjadi kekuatan. Puan mungkin leka dgn kerjaya dan hidup dlm dunia sendiri sehingga puan tak sedar bahawa selain anak-anak puan masih ada suami yg perlukan perhatian. Perlukan busy body seorg isteri berleter dan mengomel. Saya juga berbelas tahun menjadi isteri dan pernah melalui saat-saat yg sgt sukar dalam hidup tapi sekilas ikan dia air kita dah meneh jantan atau betinanya. Begitulah naluri wanita yg sgt istimewa. Itu anugearh Allah kpd kita.

2. Wanita ke dua punya kerjaya sendiri yg juga baik dan tak mengharapkan harta suami puan. Tak semua wanita kahwin dgn suami org hanya kerana harta. Tak semua perempuan memilih yg handsome sebagai suami. Tak semua lelaki memilih yg muda dan cantik bergetah sahaja untuk diperisterikan. Puan patut berfikir di luar kotak pemikiran biasa seorg wanita, jadilah org luar sejenak. Suami puan memilih wanita yg berumur lebih tua? yg tak mengharapkan duit dan harta suami? Apa yg dia cari? Berdiam selama 12 tahun semata-mata menghormati lelaki yg dinamakan suami? Puan sendiri tak pernah bertanya khabar masalah kerja suami puan, tidakkah puan tahu sebagai ahli perniagaan mmg banyak cabaran dan dugaan? Mungkin suami puan takut nak berkongsi dgn puan sbb puan tak memberi ruang untuk dia berterus terang ttg masalah beliau. mungkin juga bidang yg dipilih oleh suami puan berkait rapat dgn isteri kedua jd memudahkan mereka berbincang dan saling memahami?

3. Hikmah di sebalik peristiwa puan tahu yg puan bermadu, sebenarnya lebih banyak dari yg sebelumnya tapi puan mungkin cuba menidakkan disebabkan pengaruh emosi dan perasaan rendah diri bila takut diejek kawan-kawan yg diri telah dimadu. Mungkinkah ramai kawan-kawan dan sedara mara suami telah lama tahu ttg apa yg terjadi cuma masing-masing tak berani membuka mulut? Ramai yg saya jumpa satu pejabat even mertua dah tahu, yg tak tahu hanya isteri pertama. Saya tak pasti adakah suami terlalu menjaga perasaan isteri pertama atau takut isteri minta cerai. Lelaki penakutlah agaknya.

4. Di awal posting puan ada tulis di umur-umur begini nak berikan perhatian kpd alam akhirat tapi puan pula sebaliknya. nah, inilah masanya kita gantikan mana-mana yg terkurang di zaman muda, bersihkan diri dan perbetulkan amalan yg tertinggal. Kalau pernah bergaduh dgn mertua mungkin ini masanya untuk memperbaiki hubungan. Puan tak perlu risau ttg suami puan sbb dia yg kahwin maka dialah yg bertanggungjawab terhadap isteri-isteri dia. Cara dia nak berlaku adil bukan di tangan puan tapi di tangan dia. Dia nak balik sana sebulan sekali atau seminggu sekali terserah. Tak perlu puan nak membaca FB ke intip sms mereka berdua. Teruskan hidup, enjoy your life seberapa lama yg boleh.

Poligami itu halal tapi manusia suka sgt memandang kotor disebabkan segelintir manusia-manusia yg gagal menjadi suami kpd isteri-isteri.....Helloooo....berlambak lelaki yg tak berpoligami gagal menjadi suami okay! Puan sepatutnya bersyukur, suami puan waras sebenarnya, menikahi ibu tunggal, melindungi maruah wanita lain dan masih mampu menjadi suami yg bertanggungjawab kpd anak-anak dan isteri. Puan juga bertuah sebenarnya ada madu yg menjaga perasaan puan sejak begitu lama. Kita bayangkan keadaan kita pula jika berada di tempat dia. Puan tak perlupun nak bercom molot dgn dia sebagai madu, tapi cukuplah sekadar menjaga hubungan puan, suami dan dia dlm keadaan terkawal. Puan sudah dewasa untuk menjelaskan hal ini kpd anak-anak bila sampai masanya. Suami puan dan berumur, isteri keduanya lagilah tua, apa nak fikir sgt hal-hal negatif dlm kain tu. Tengok The Mindy's project lagi baik. Rajin-rajinlah bersosial, ambik tahu apa terjadi kpd masyarakat kita di luar sana, puan akan insaf dan sedar bertapa bertuahnya puan berbanding berpuluh ribu malah beratus ribu wanita-wanita yg teraniya di Malaysia ni hanya kerana lelaki samada ketika masih menjadi isteri atau yg sudah bercerai. Lagi menyedihkan bagi mereka yg bersuami tapi suami bercucuk tanam dgn seronoknya tanpa sebarang ikatan perkahwinan semata-mata takut isteri minta cerai.

Last edited by cmf_blingblings on 16-5-2014 04:30 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-5-2014 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_blingblings posted on 16-5-2014 04:23 AM
Salam puan,
Maaf kalau ada perkataan yg terkasar. Saya hanya membaca apa yg puan tulis dan dari s ...

Terima kasih byk atas pandangan blingblings. Saya akui dan bersetuju dgn apa yang telah dituliskan. saya pun mempunyai pandangan yg sama. Memang saya rasa sgt bernasib baik kerana mengetahui perkara ini selewat ini. Mungkin jika perkara ini pecah 12 tahun lalu..saya agaknya dah jadi orang lain
Betul...hubungi saya dgn suami agak terbatas kpd hal anak2 shj...sejak awal perkahwinan lagi suami sudah memberi amaran sedemikian...jgn campur urusan kerja dia...jgn tanya banyak bila dia outstation...jgn suka bergosip2...kalau nak berbual..panggil jiran tu dtg ke rumah...jgn pegi merayau kat rumah org...bila saya bercerita ttg kejadian di tempat kerja pun...ttg kawan2 ...ttg boss...jarang dia menyokong saya...sebaliknya banyak saya yg salah...setidak2nya dia akan berkata...jgn kata mcm tu...saya tak suka dengar. Jadi saya dah terbiasa tak bertanya hal kerja dia...dah malas nak bercerita ttg kerja saya..mmg 2wife tu satu bidang kerja dgn dia dulu...mereka pernah kerja sepejabat...2wife pun tahu susah senang dia...saya rasa pun memang mereka dpt bersembang dgn baik...tak mcm saya yg membosankan ini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2014 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Ibubapa saya dah meninggal. Ibu bapa mertua pun dah meninggal. Saya seorang sahaja anak perempuan...abang dah meninggal. Tinggal 3 org adik lelaki...dah renggang...suami saya tak sesuai dgn mereka. Saya hanya rapat dgn kakak suami saya...baru2 ini kerana dah tak tahan sangat menanggung perasaan...saya beritahu dia perkara ni...seminggu dia mendiamkan diri...lepas tu..bila jumpa saya...dia peluk saya ketat2...berulang2 kali dia sebut ..
sayang adik kakak....sayang adik kakak....dia cium pipi saya berulang kali.. .kemudian dia peluk anak dara saya yg 2 orang tu sambil menangis...kesiannya...katanya pads anak2 tu..suami tak tahu rahsianya telah diketahui kakaknya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2014 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang ...jauuuuh disudut hati saya kesian pd 2wife....dia tak dikenali oleh ibubapa mertuanya...ipar duainya...malah anak2 saudaranya...menurut suami..tak ramai yg tahu tentang perkahwinan mereka...kawan2 rapat pun hanya tahu selepas 5 tahun...tapi bila saya katakan begitu pd anak2...jawab anak2...nak kesian buat apa ma...dia yg cari pasal sendiri...mama jgn nak kesian kat org mcm tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2014 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang ada rasa belas kasihan saya sebagai seorang perempuan tapi...rasa sakit hati melebihi segala2nya. Dah lebih 2 tahun saya mengetahui perkara ini tak pernah sesaat pun saya dapat melupakannya even dlm solat....sorry to say...saya pernah mintak suami carikan ubat supaya saya boleh lupakan semua ni...saya pernah terfikir nak cari bomoh utk lupakan semua ni...bahkan saya pernah terfikir nak ambik dadah....hmmmm teruknya saya....anak2 saya tak berani tinggalkan saya duduk sorang2 takut saya buat perkara tak elok.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2014 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya juga pernah terfikif nak cari bf lain...selama ini saya tak pernah layan post kawan2 lama difb..tetapi selepas peristiwa ini..saya jadi rajin pulak melayan mereka...bercerita...bergurau ..malah berbalas panggilan telefon..bahkan saya tak malu menjawab panggilan tel di hadapan suami saya...sehingga menyebabkan kami bergaduh...rupa2nya ada juga perasaan cemburunya...sebenarnya semua tu saya berlakon saja...hati saya dah tertutup...saya dah tak percaya sesiapa...lelaki...perempuan...semua orang..termasuk suami saya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2014 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya mengintai di fb dan merata2 laman tu kerana saya nak tahu sgt..ttg 2wife ni...bila saya tanya suami dia tak mau jawab...saya nak tau dia tu mcmana sampai dapat menarik hati suami utk kawin dgn dia....usaha saya yg gigih ini telah mendatangkan hasil...saya dah tahu kat mana rumah dia...dari gambar2 dan penulisannya dlm blog...group dsbnya..saya sedikit sebanyak dpt menilai dia mcmana...memang jauh berbeza dr saya...dan tidak sama seperti yg di briefingkan suami di awal perkahwinan kami. Agaknya suami nak rasakan perbezaan itu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2014 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa mula2 saya tanya suami kenapa dia kawin lain...suami kata dia bergurau saja dgn 2wife tu...tapi tak sangka jadi betul. Tak lama lepas tu barulah dia cerita sikit2....katanya dia frust sbb saya tak layan keluarganya dgn baik...selalu bertengkar dgn ibubapanya...rumah selalu bersepahhh sampai dia malu nak ajak kawan datang rumah...anak2 selalu tak cukup makan...(yg ini memang tak betul...sbb anak2 saya selalu kata..masakan mama paling sedap dlm dunia)...kain bajunya tak terurus...teruknya bini dia ni..patut pun dia kawin lain...tapi sampai sekarang dia masih duduk di celah ketiak bininya ini...





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2014 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Hampir sebulan selepas rahsianya pecah...suami membrainwash saya. Tiap2 mlm kami keluar...minum berdua sampai tengah malam.kami bercerita mcm org baru bercinta. Hujung minggu kami pegi berjalan...ke utara...selatan...kelantan..terengganu..singgah di kebanyakan masjid yg kami jumpa ..
Dia byk kali berkata...kalau boleh dia nak mati dgn saya...sekarang baru dia tunjukkan romantik....setelah kepercayaan saya hilang.

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2014 10:48 AM | Show all posts
bondaIFEN posted on 15-5-2014 02:22 PM
Kalau kita boleh buat mcm tu tentu seronok kan....mcm radio...boleh kuatkan volume sesuka hati kit ...

insyallah boleh. kita yang tentukan perasaan kita. u talk about subconcious mind. i guess u know the power of subconcious mind kan.
gunakan itu utk menukar perasaan kita bukan memikirkan benda yang x sepatutnya kita buat.
i been in your shoe and i know how you feel but i choose to ignore it and move on.
kita diberi pilihan dalam hidup..utk bahagia atau derita...semua tu kita yg tentukan sendiri of course dgn izin Allah.
if you choose to live in sadness than benda ni x ke mana.

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2014 11:24 AM | Show all posts
bondaIFEN posted on 16-5-2014 10:08 AM
Hampir sebulan selepas rahsianya pecah...suami membrainwash saya. Tiap2 mlm kami keluar...minum berd ...

sekarang...selepas dua tahun cemana layanan suami?
masih baikkah?
masih ingin mati bersama kah?
tak teringin ke dia mati sesama dgn bini sorang lagi?

bukan ke bini sorang lagi lebih perfect dr u kan?
dr pembacaan bel dia kawin lain sbb ketidakperihatian u sebagai isteri, so i guess bini no 2 tu cukup perfect bg dia. melengkapkan apa yg kurang
tak penah gaduh dgn mertua, rumah kemas bersih, anak2 cukup makan, kain baju sume tip top...
so why not grow old together je? kan senang...
buat apa2 susah2 nak ambil hati bini yang tak reti layan family dgn baik, bini yg tak reti kemas rumah, bini yg tak reti bg anak2 makan, bini yg x reti jaga pakaian suami...why not?

semua org boleh cakap bla bla bla...
puan tak itu puan tak ini
puan itu dan puan ini
hakikatnya hanya puan yg tahu apa rasanya
mereka takkan faham apa yg bermain dlm fikiran u selagi tak berada di tempat u

kalau di awal perkahwinan dudah di warning jgn byk ckp...takkan tetiba dgn pompuan lain boleh pulak layan byk bercakap
so how nak develop perhubungan tu dr awal kalau suami sendiri yg buat restriction...then salahkan isteri. sgt tak adil bukan

Bonda...
u fikir itu u fikir ini
hanya u yg tahu apa yg u mahukan
kalau bonda rasa x mampu nk terima lg bonda boleh pilih undur diri
kalau bonda rasa kuat n nak terus, by all means terpaksalah telan semua ni
bel sendiri, bila tiba masanya nnt, akan buat keputusan. keputusan yang takkan boleh dipujuk2 lagi.
tp sekarang bel masih nk bg peluang...peluang pd semua pihak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2014 11:28 AM | Show all posts
intriQue posted on 15-5-2014 10:11 AM
Pada pendapat saya, kesilapan besar di sini ialah kegagalan suami TT dalam berpoligami. Salah suami  ...

betul juga tu intrique...
tp pd satu sudut yg lain pula...
sebelum berkahwin dulu, tidak pernahkah pompuan tu terfikir akan nasib begini kalau awal2 dh setuju kawin rahsia
bukankah berkahwin dgn suami org secara rahsia itu pilihannya sendiri...sedangkan dia ada pilihan untuk stay menjanda dan maybe hidup happy tak perlu rahsia2 bagai? Dia yg pilih sendiri kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2014 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
idadzira posted on 16-5-2014 10:48 AM
insyallah boleh. kita yang tentukan perasaan kita. u talk about subconcious mind. i guess u know t ...

Betul sangat tu puan.  Kesakitan ini tak mungkin hilang sampai saya mati tetapi saya akan cuba sedaya upaya saya untuk mengurangkan sakitnya. Saya selalu rasa rendah diri sbb suami saya telah menduakan saya...beritahu kekurangan saya, menghukum saya sedemikian rupa tanpa dapat saya memperbaikinya...sekarang ni nampak dia terlebih2 lah pulak...cemburunya lebih...prihatinnya lebih...walaupun kadang2 saya rimas tapi sebenarnya saya bahagia...sayang juga rupanya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2014 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
beldandy posted on 16-5-2014 11:24 AM
sekarang...selepas dua tahun cemana layanan suami?
masih baikkah?
masih ingin mati bersama kah?
...

Tq kerana sgt faham apa yg saya fikir selama ni...hairankan...saya pun selalu bayangkan rumah yg bersih...tempat tidur yg cantik...(tak mcm tempat tidur saya...tempat anak2 berkubang dgn laptop mereka ....sbb bilik mama sejuk sgt..) meja makan yg penuh sesak...kain baju yg elok tersusun di dalam almari...memang payahlah nak dapat kat rumah saya....lebih2 lagi sekarang...emosi tak stabil...badan selalu tak sihat...sekarang dah wajib telan ubat darah tinggi tiap2 hari..



Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2014 11:42 AM | Show all posts
beldandy posted on 16-5-2014 11:28 AM
betul juga tu intrique...
tp pd satu sudut yg lain pula...
sebelum berkahwin dulu, tidak pernahk ...

Bel dear,
Kita tak tahu apa yg suami TT janjikan pada madu TT sebelum berkahwin. Segalanya mungkin kan?  Dari cerita2 TT, kita dpt agak yg suami TT ni jenis ini tak boleh itu tak boleh jangan itu jangan ini.  

Ini hanya pandangan peribadi saya sebagai org luar. Seorang yg belum diuji pengalaman hidup seperti bel dan TT
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.083738 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list