CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antara

Betul ke..pontianak takde orang bela - lone ranger -

[Copy link]
Post time 27-5-2014 09:46 AM | Show all posts
An,

nak lagi....nak lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-5-2014 12:11 PM | Show all posts
BABAK 2
SAKIT BAHU BERPINDAH PADA TUAN PUNYA CINCIN


Petang tu kami jumpa kat mekdi kalau tak silap an untuk an pulangkan balik cincin dia..
tak sanggup an..dengan sakit tangan..dengan lebamnya...
waktu ambil cincin..dia kata...benda ni ada dalam badan awak..sebab tu tangan awk panas pakai cincin..
tapi siyes..kalau pakai cincin tu terasa macam ada benda bertenggek kat atas bahu...
sakitnya...berat sangat nak angkat..
tapi bila buka...baru terasa ringan bahu,,tapi still sakit la..agaknya bekas dari benda tu tenggek kot...wallahu'alam..

dah settle sesi pulang cincin...an tanya...apa cite pakcik dia...nak tak tolong kami?
dia kata pakcik dia nak tolong an..alhamdulillah...tapi kena tunggu dia balik dari indonesia...
sebab dia mengubat orang kat sana...
mak aiii jauhnya..kan sana ramai orang hebat2..katanya pakcik dia ni berguru dengan 9 wali songo tu (kalau tak salah la..kalau salah maap ler...tak berapa ingat)

mamat ni kerja security guard kat sekolah rendah tau...ada masa an cite kisah an ikut dia ronda sekolah tu..hahah dah tkde keje sangat dah waktu tu...pi lepak sekolah tah nak buat apa tah...
malam tu dia tak kerja..dia kerja sampai pukul 7 petang je..rumah dia...jarak dalam 20 langkah je dengan sekolah tu..
malam tu dia tido..dia mimpi...

dia pakai baju pengantin warna kuning emas...arwah ayah dia ada...
arwah ayah dia siapkan dia untuk majlis...
dia kata time ni nak nikah dengan an (nampak sangat kuat berangan kan..abis die kene balasah lpas cite mimpi mgarut ni )
tapi...lepas dia siap2...dah selit keris kat samping..dia dengan ayah dia keluar dari rumah...
menghala ke sekolah sebab rombongan dah kat depan sekolah...
tiba-tiba ada sorang lelaki badan besar..kata dia..
dia sendiri paras betis lelaki tu..lelaki tu macam ahli sumo yang besar sangat tu...
menjerit kat dia "tak ada pernikahan yang akan berlansung disini !!!" sambil cekut baju dia angkat ke udara...
dia ambik langkah spontan...keluarkan keris..hunus kat dada lelaki tu...
lelaki tu tepis...dia jatuh ke tanah...menghempap tangan kanan yang pegang keris...
dia tersedar...

bangun2 dalam pukul 3 pagi...
dia boleh call an..perghhh tak menyirap lagi darah aku..walopon an silent henpon..memang tebiat tak senonoh an ni..sentiasa letak henpon dalam mood vibrate sahaja...die call banyak kali...
rupenya dia nak tanya..an ok ke tidak..
arghhhh walopon niat dia baik..tak boleh ke tunggu esok pagi? tengah malam kau pi tepon aku...
dari aku ok..aku jadi takut...ishhh...
(sebenarnya an memang dah tau..an ni ada 'ikatan' dengan orang halus..an cuba putuskan tapi tak dapat..jadi sesiapa lelaki yang suka an..nak kawen..pernah sampai kitornag nak beli barang kemas dah..mesti nanti tak jadi..masing-masing menyepi..perasaan sayang tu hilang)

berbalik pada mamat ni tadi...an namakan dia mat jela ye...
tangan dia tak boleh angkat...tak boleh gerak..
sakit sangat kata dia..sampai nangis-nangis...
an pun bebel la kat dia...an dah sound awal-awal jangan ada aty dengan an..
nanti dia akan kena macam yang lelaki2 sebelum ni kena..
bukan an tunduk dengan benda ni..tapi kalau diorang tak kuat nak lawan..jangan cari geruh..
permainan syaitan ni hebat..kita yang tak kuat jadi mangsa...
dia cakap..dia akan tetap pertahankan...
adoii lah mamat ni..semua orang tak suka dipaksa kan? lebih-lebih lagi kalau sampai bab hati..nak ajak kawen bagai..
kawan-kawan dah la...an dah bengang,,an tutup henpon...

nanti smabung...bos nk jumpa pulak..
an akan cerita macamana dia di ubatkan dalam mimpi..


Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 12:28 PM | Show all posts
antara posted on 27-5-2014 02:11 PM
BABAK 2
SAKIT BAHU BERPINDAH PADA TUAN PUNYA CINCIN
(sebenarnya an memang dah tau..an ni ada 'ikatan' dengan orang halus..an cuba putuskan tapi tak dapat..

setia menunggu penjelasan lebih lanjut tentang ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2014 03:27 PM | Show all posts
MAT DIUBAT DALAM MIMPI

Sampai ke siang Mat tak boleh tido sebab terlampau sakit. dan akhirnya dia ambil cuti hari tu.
Apa yang dia buat? dia telan panadol lepas tu tido. Dia kata buat apa jumpa doktor. Bukan sakit betul. Ni kene sakat la ni.
petang tu lebih kurang lepas asar, dia call An.

"awak...tangan saya dah baik." tuturnya perlahan.
"Alhamdulillah..macamna boleh baik? mak awk urutkn?" soal aku.
"ada pakcik dalam mimpi ubatkan..."
errrkkk alamak...boleh percaya ke tak ni?aku layankan aje la..kang kecik aty pulak..
Mat cerita, dia mimpi dia dibawa pergi ke sebuah rumah dalam hutan. Rumah tu usang sangat..macam nak roboh. Rumah tinggi, atap nipah. Macam rumah orang asli yang lama tu. Ada sorang pakcik ni tunggu kat dalam rumah sambil berzikir dengan khusyuk. Pakcik ni duduk dalam separa bulatan, ada lebih kurang 5 atau 6 orang yang lain sama berzikir. Dalam mimpi tu, sepatah perkataan pun tak ada keluar dari mulut sesiapa.

Bila mat sampai je, pakcik ni buka mata, dia panggil mat datang dekat.
bila mat datang dekat, tiba-tiba dengar bunyi orang azan sambil pakcik tu urut tangan dia yang sakit.
Mat menjerit-jerit kesakitan. Dia kata rasa macam nak tertanggal lengan sebelah kanan.
dia menjerit minta pakcik ni berhenti urut dia. 3 kali laungan azan pun dia rasa macam lama sangat.
habis azan ketiga dilaungkan, tanganya terasa panas membahang. Pakcik tu kebas tangan mat dengan tasbih (kira macam pukul-pukul halau nyamuk)

Mat tersedar.
tangan yang tak boleh bergerak tu dah ringan macam biasa.
macam tak kena apa-apa. Tapi..dia pelik..siapa pakcik dalam mimpi tu?
cepat-cepat dia bangun mandi, solat asar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2014 03:28 PM | Show all posts
cloudy_83 posted on 27-5-2014 12:28 PM
setia menunggu penjelasan lebih lanjut tentang ni

hehe..tima kasih sudi bertandang dan menunggu ye...

perlahan-lahan an cube cerita...
otak tak pndai nak reka ayat la..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2014 03:28 PM | Show all posts
yenil95 posted on 27-5-2014 09:46 AM
An,

nak lagi....nak lagi...

yenil..ada sambungan sikit...
nanti an update lagi ye
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-5-2014 04:24 PM | Show all posts
RONDA KAWASAN SEKOLAH

Waktu ni aku saja je menggatal nak ikut dia ronda sekolah.
waktu tu an balik dari pasar malam dengan dia, sebab pasar malam ni berdekatan perumahan dia.
sebelum balik rumah, dia pun menyuarakan pandangan untuk ajak an jalan2 ronda kawasan sekolah dia. Dia bertugas 2 orang. Sorang makcik ni tak ingat nama. Memang sumpah peramah ya ampun, nak semput napas aku melayan dia berbual. Dahla aku ni bukan pandai berbual sangat. Akhirnya aku senyum, angguk..senyum..angguk jela macam burung belatuk..

Aku mula-mula memang tak nak. Tapi dia tak abis2 duk cakap kat makcik ni aku ni penakut, hati kecik, apa pun tak boleh. perghhhh lama2 terbako juga kan..last-last aku pun setuju la ikut dia..tapi dengan syarat, aku dapat lampu suluh paling power dan paling besar.
berat bak ang aku cite...nak membawa nya sampai abis ronda satu skolah tu...mau berpeluh aku dik non.
ok..mula-mula kena lalu belakang classroom..ni memang aku menyampah betul...dahla time sekolah aku paling tak suka belakang kelas. ini aku kena ronda belakang kelas? aku jalan belakang mat sambil jari telunjuk kanan aku sentuh bahu kanan dia dari belakang..hahha poyo..konon takut sesat..padahal memang penakut. tangan kiri aku suluh ke sana kemari..tiba-tiba dia berhenti, dia suluh kat satu pokok pinang yang terletak betul2 sebelah bangunan baru dan kat sebelah pagar hijau sekolah. seblah luar pagar tu longkang. dia senyum "sini tempat pendatang baru yang saya cite kat awak tu. cik pon. tah macamana dia boleh sesat kat sini..dah cukup banyak kat sini. sibuk juga" mak aiiihhh luruh jantung aku dia cakap macam tu..

buukkk...aku tumbuk bahu kanan dia dari belakang. "kalau cite nanti je tak bole ke? ni tengah ronda, mulut cabul. cabai kang! " dia ketawa mengekek-ngekek...ewaahh gumbira nampak..dapat tengok aku takut..lepas tu dia boleh nak lalu bawah pokok tu..dia kata ada pagar kene kopak. aku bermati-matian tarik baju dia suruh jangan lalu situ. suruh lalu tempat lain. digelaknya aku lagi..sabo jela..nak patah balik..kena lalu belakang bilik darjah yang gelap tu...siap ada tingkap yang takda nya lagi..dibuatnya ada yang jenguk kat aku..tak ke naya!

last-last dia suruh aku stay kat bangunan baru tu. dia nak pergi tengok pagar tu.. lepas tu dia kata..ohh tu kesan lama..ha..nampak tak yang dia memang saja nak dengki aku..sabo jela..
aku ikut dia jalan sepanjang bangunan baru..sampai hujung, dia ajak aku naik atas..ada empat tingkat..kena rronda setiap satu floor. aku pun naik. waktu kami nak naik tangga tu, ada satu cap tapak tangan kesan air lecak..hari baru lepas hujan waktu tu. tapak tangan kanan, dilekapkan kat dinding tangga. Mat cuba padankan dengan tapak tangan dia, separuh dari tapak tangan dia. Tapi kesan tu baru lagi, sebab masih basah. dia buat tak tau je, terus naik atas. 'ada la ni..orang sini juga..saje nak tunjuk kat awak yang dia ada..bangunan ni memang kawasan dia..' omel mat. aku terkocoh-kocoh kejar dia naik tangga...satu floor...ke satu floor kitorang ronda..sampai ke tingkat 3,dia terus belok ke kiri..tak lalu blok tu...kami terus ke blok yang bersambung dengan blok baru tu.

kitornag berhenti kejap kat tengah-tengah bilik darjah tu. dia kata nak lepaskan lelah sambil isap rokok.
bukan main lagi aku maki dia..dahla belakang tu bilik darjah gelap..macma tak sempat aje nk turun bawah isap rokok..kan dah nak sampai..
disebabkan dia tetap tak nak berganjak..aku pun diam jela..ada ke suruh aku balik post guard sorang2..aje gilerrr!!
aku pandang ke depan...angin agak kuat..lepas hujan kan..hawa nya sejuk luar biasa. lebih-lebih kat tingkat 3..seram pun iya...
"kenapa awk tak ronda ke blok sana sampai habis?" soal aku..sebab aku pelik..kenapa dia seboleh2 tak nak habiskan ronda kat blok mula-mula tadi..
"awk nampk apa yang pelik kat sederet bilik darjah tu?" dia soal aku balik..taku-takut aku nk pandang..
"ada satu bilik darjah yang pintu dibuka sebelah.." aku jawab sambil muncungkn bibir ke arah yang aku maksudkan..bilik tu..ialah bilik kedua dari hujung blok..dan ada kertas pink terang ditampal pada pintu yang tertutup sebelah tu..
"kawasan tu...tak boleh ronda...kawasan tu..Siti !@%$ punya..dulu saya tak tau..saya ronda situ sebab saya lupa pesan kawan lama..saya ronda..malam tu macam nk ribut kat bilik darjah tu..dengar orang mengamuk..kerusi dibaling apa semua..tingkap macam dipecah..tapi tak ada pun.."
mak aiiii kenapa la cabul sangat mulut aku ni bertanya...
"dahla awk..jomla turun.." cepat-cepat aku ajak dia turun.
"kejap lagi kita kena lalu lorong tu...lorong tu tempat genderowo jaga..tapi takpe.saya ada...awak jangan risau.." kata dia sambil tunjuk satu lorong yng macam kalau rumah kita nak ke dapur atau ruang tengah, kan ada macam lengkungan yang memisahkan ruangan tu..
aku terus sepak kaki dia banyak kali..
"mulut tu...cucuh dengan rokok baru tau!!" ugut aku
"lah..salah ke...saya cuma nak bagitau.." aku bagi jelingan 360darjah kat dia!
dia gelak..sambil jalan turun..

sebelum lalu lorong tu, kitorang kena lalu kawsan tengah antara semua bangunan yang aku ronda tadi...ada pndok bacaan..
waktu lalu pondok tu..ada kucing...boleh pulak mat ni main kucing dalam cahaya samar2 camtu..adoiiyaiii dahla aku nak cepat-cepat balik ni..
"ehhh dahla..esok2 sambung main..takde sape nk marh..saya nak balik rumah ni.." gesa aku...pedahal aku takut hahaha
sebelum masuk ke lorong yang dia cakap tu..mulut dia terkumat kamit tah baca apa..aku sondol2 dia dari belakang dengan torch light aku tanda suruh jalan cepat..
waktu masuk lorong tu..memang gloomy..mak aiii seramnya...boleh pulak lorong tu jadi sudut informasi? halahaaiii cikgu..takde tempat lain ke..
keluar dari lorong tu...aku akan melalui beberapa kelas yang agak usang..dan akhir kelas tu ada tandas perempuan (adik perempuan aku waktu pertama kali datang sini, dia tumpang tandas..keluar dari tandas tu..dia terus muntah-muntah...sebab dia masuk kat pintu no 2..pintu tu memang ada penjaganya..)aku belum apa-apa dah lari ke pondok pengawal...
makcik tu senyum...haiii puas dah kau ronda?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2014 04:43 PM | Show all posts
dengan enaknya mamat ni boleh cerita sambil gelakkan aku kat mkcik ni...
dah malas aku cite banyak..aku nak balik..
aku dah keluarkan kete kat depan pagar sekolah..
jalan nak masuk ke sekolah ni dia jambatan tau..jambatan konkrit tuh..
aku nak balik dah..pastu mat tahan aku dengan muke serius..
"takyah balik dulu..sembang kejap.."
"aduhh da 9 ni..saya nak balik.."
"awak makan je kat sini..saya ada benda nak tanya awk.."kata dia..
aku nak tak nak layankan je mamat ni..aku park kete kat tengah2 jambatan tu, aku p duduk kat tempat duduk penumpang sambil makan..dia duduk kat tepi jambatan..kami sembang-sembang..

"awak panas ke??...buka semua pintu kereta awk..."kata mat..aku tengah berkipas2 leher aku dengan selendang yang aku pakai..
"ehh nak buat apa..buka semua?" aku dah start pelik..
mat terus jalan..dia buka semua pintu kereta aku..termasuk tempat duduk pemandu n belakang...
"dah biar je dulu..kita sembang je.." "mata tu..jaga sikit..jangan duk jeling-jeling..." sound dia lagi..
tiba-tiba dia bersuara " jangan kau berani tunjuk muka kat dia !" kuat pulak tu..terkejut aku..sambil dia tuding jari kat tempat duduk belakang aku
fuhhh adabenda la ni..serem pulak aku..tulah gatal sgt pegi ikut dia ronda sapa suruh..kan dah..tempah bala..

settle sembang semua..jam nak dekat pukul 10..aku minta diri nak balik..dari tempat duduk sebelah pemandu, aku terus lompat ke seat pemandu..
mata ni pulak gatal nak pandang belakang sebab ingatkan pintu belakang belum tutup...
terkejut aku...ada perempuan dengan long dress putih..ada tompokan darah dari pinggang sampai lutut..berdiri kat luar pintu seat belakang
"Ya Allah..Ya Allah...Ya Allah..." tu je yang mampu aku jerit sambil tekup muka kat stereng..
kalau tengah drive..memang eksiden dibuatnya...
cepat-cepat mat datang tanya kenapa...aku cakap ada nampak kain putih tadi berdiri kat luar pintu belakang
dia ketawa je..aii nakal betul,,aku cakap jangan tunjuk muka...
kau tak tunjuk muka..tapi tunjuk badan..

last-last aku minta dia eksot aku balik rumah naik motor..jadi aku drive kat depan..dia naik virago dia kat belakang..
hahah sampai la kat rumah...
sampai hari ni aku masih boleh rasa debaran ronda sekolah tu...
dengan penampakan kain putih tompok darah tu...
sesungguhnya sesiapa yang kerja pengawal keselamatan ni memang tinggi semanggatnya..




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2014 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
antara posted on 28-5-2014 05:28 PM
hehe..tima kasih sudi bertandang dan menunggu ye...

perlahan-lahan an cube cerita...

takpe an, pelan2 ye update..
kalau habiskan cepat2 pun tak best juga..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 01:11 PM | Show all posts
susah nak percaya dengan orang yang jenis macam ni...
bukan tt tapi kawan tt tu...

ada pengalaman yang baru terjadi d sbbkan manusia jenis macam ni...jenis leh kata macam tu la macam ni la...
yang pasti terlalu taksub dengan benda2 yg mcm ni...

citer tt best...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2014 01:36 PM | Show all posts
woddy posted on 29-5-2014 01:11 PM
susah nak percaya dengan orang yang jenis macam ni...
bukan tt tapi kawan tt tu...

ye..sush nk pecaya cakap die ni kadang
kadang rasa die ni gila ke hape..

tapi seriusly..die bole berkomunikasi dengn makhluk ghaib..
sampaikan suruh benda2 ni semua buka kan lampu satu sekolah secara serentak..
sejak tu saya dah mulai jauhkn diri dari dia..
nampak mencurigakan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 01:46 PM | Show all posts
antara posted on 29-5-2014 01:36 PM
ye..sush nk pecaya cakap die ni kadang
kadang rasa die ni gila ke hape..

Mmg bahaya mamat ni....hahaha...cincin sampai penuh kat jari....tapi siyes...orang jenis mcm ni amat xleh percaya cakap dia...elok sakit doc pakar detect mmg ada penyakit..dia leh kata buatan orang...huhuhu....masalah betul...

p/s walaupun mmg buatan orang..tapi xleh caya 100% peratus...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2014 03:44 PM | Show all posts
woddy posted on 29-5-2014 01:46 PM
Mmg bahaya mamat ni....hahaha...cincin sampai penuh kat jari....tapi siyes...orang jenis mcm ni am ...

sebab apa die boleh berkawan dengan benda tu...
sebab dia terima saka arwah ayah dia waktu ayah die sush meninggal..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Qt pon pnah bkawan ngan org mcm ni.. dah la suka mndesak org.. lepas tu asik ckp dia boleh mcm2...

rupanya laki org yg cuba menipu qt.. erm... syukur qt selamat...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 09:28 PM | Show all posts
betul ke kalau tengkuk pontianak dipaku akan jadi pompuan cantik? pernah ke ade manusia yang buat mcm tu?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 10:11 PM | Show all posts
antara posted on 29-5-2014 03:44 PM
sebab apa die boleh berkawan dengan benda tu...
sebab dia terima saka arwah ayah dia waktu ayah d ...

takut akidah abis gitu ja bila jadi taksub...huhuhu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2014 10:26 AM | Show all posts
pontianak ini dibela secara tak sengaja, contohnya jika banyak buat dosa, ramai pontianak akan duduk dengan kita
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2014 09:53 AM | Show all posts
Emoloser posted on 30-5-2014 10:26 AM
pontianak ini dibela secara tak sengaja, contohnya jika banyak buat dosa, ramai pontianak akan duduk ...

saya pun rasa macam tu...
orang yang buat saya ni..benda ni cakap...
dia memang mulanya tak bertuan
tapi bila perempuan ni buat perjanjian nak tolong bgi anak dia..
dia dah anggap perempuan ni tuan dia..
dengan balasan dia akan jaga ank2 tuan dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 04:23 PM | Show all posts
seronok baca citer tt...tp mmg sesuatu laa mamat tu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 03:44 AM | Show all posts
best2  sambung lg tt .. wlaupun dh mula takut tp gagah gak bca dri awal smpai sini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.124621 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list