|
hotzzplate posted on 19-12-2014 03:47 PM 
hb awak langsung xleh di bawa bincang ke?
guna teknik perli la pulak....dok dekat2 dia...cakap ...
hb saya ni bila nak bincang dia lebih suka mendiamkan diri..
kekadang malas nak cakap...kita jer yg beria2 ckap tapi dia diam jerrr....
saya tak nak perli2 dia mcm tu sbb dia pernah marahkan saya time kami gaduh, dia kata
saya ni suka perli2 dia....yerlah, saya nak sedarkan dia..tapi dia kata saya ni mcm tu...
suami saya ni kerja di line penerbangan di malaysia ni...
kengkawan dia kenal2 gitu jer..tak de la sampai nak tanya ape2..
nnti rahsia rumahtangga terbongkar plak...
|
|
|
|
|
|
|
|
apapun kami mendoakan moga kalian berkekalan demi masa depan anak2 kecil yg masih tidak berakal dan moga sentiasa dalam rahmatNya dan berkekalan....elakkanlah penceraian cuba sama2 cari penyelesaian..korang semua berpendidikan...akibat penceraian ini bukan boleh selesaikan masalah bahkan lebih teruk...sbb bila naik court di pihak isteri boleh tuntut macam2 pun..kalau yang makan gaji pun mahkamah boleh perintahkan tahan gaji lelaki demi untuk nafkah anak2 nanti dll
bersabarlah mana yang mampu..dan berdamailah dengan baik..bincang elok2 dgn kaum kerabat..jgn berdiam diri....demi masa depan zuriat korang berdua..
org lelaki ego itu adalah sifatnya bukan tak mau cakap pun..sabar...tapi lelaki kena ingatlah pengorbanan si isteri...sbb tu dlm islam bila jatuh talak masih diberi peluang utk berfikir pun...
skrg ni kalau ada 'org ketiga' ganggu pergi je mengadu kt pej.agama berdekatan bila ada bukti..
Usahlah ungkit perkara lama dan mmg perli wanita..utk sedarkan..tp dipihak laki anggap mencabar ego..so sejuk2kan selalu....u kena byk latih utk bertenang...tmbhan time pragnen cam ni..
Pompuan bila kecik hati...makin lama makin kecil22222 akhirnya pecah berderai pun sampai jd batu n tade rasa apa2..hati seolah2 menumpang je kt jasad je..hilang rasa..
Klu diam n tenang pasti dia rindukan bebelan ituw..
Last edited by whatgapo on 19-12-2014 06:41 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Entah lah sukar nak cakap....kalau selendangunggu sayangkan rumahtangga ini ....bersabarlah, ini baru permulaan belum cukup setahun kan...doa kan supaya suami berubah, ada yang lebih teruk lagi. Selagi dia tak lafazkan cerai, jalani kehidupan ini dengan tabah dan ceria2 diri sendiri.
Tapi kalau tak sabar, tak tahan dan tak nak bermain dengan perasaan, menderita dan sebagainya, bertindaklah untuk diri sendiri. Jangan difikirkan orang lain.
Apa2 pun yang mengharungi adalah selendangunggu, yang merasa awak, yang bahagia juga awak. Siapa kata tak pedih hati, tak sakit hati, tak merana, tak kecewa....semua itu pasti ada dan tetap juga merasainya. |
|
|
|
|
|
|
|
tt kerja ke tak..?
kena prepare for the worst.. |
|
|
|
|
|
|
|
Love ur spirit girl! komen u sebijik dgn apa yg i rasa, rasa mcm i plak yg tulis tu..hehe celet skitt!!
rasa nak ajak pg ngeteh je.. 
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dia kata mcm tu baik dia dptkan hak penjagaan anak, macamana?
|
|
|
|
|
|
|
|
Pas bercerai i'm definitely happier.. Badan pon bole la naik some kilos 
Cuma yg x best bile ex alwyz ajak pegi jumpa sedara mara dia or kwn2 dia (only our family je tau we r divorced). What's d use anyway 
|
|
|
|
|
|
|
|
jaga status katanya, malu bergelar dude
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_blingblings replied at 20-3-2015 04:43 PM
jaga status katanya, malu bergelar dude
Malu eh bergelar duda?
bukn lg best ke senang nk pasang byk2? |
|
|
|
|
|
|
|
actually kalau tanya ramai yg berdude gitulah melainkan ego tak nak ngaku sbb nak berlagak
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_blingblings replied at 9-4-2015 09:06 PM
actually kalau tanya ramai yg berdude gitulah melainkan ego tak nak ngaku sbb nak berlagak
Owhhh sungguh x sangka kak...
bel 8ngat derang suka je dh single gitu |
|
|
|
|
|
|
|
kehidupan selepas bercerai... saya baru 5 bulan becerai . selepas 4 bulan berkahwin..benda yang amat saya tak sangka ... sebab kami mendirikan rumah tangga dengan niat mencari redho Allah... perkenalan skejap tanpa bercinta ... orang kata , senang dapat senang lah lepas.. cuma sya terkilan penceraian kami bukanlah disebabkan orang ketiga . cuma sikap baran terburu-buru dan ego menguasai suami ...saya akui saya juga bukan lah orang yang layak untuk dia apabila semua yang saya lakukan tidak mendapat redho nya .
hal ini juga jadi lebih buruk disebabkan pertelingkahan tentang keraguan ajaran agama yang dituntut setiap amalam di sebuah rumah ustaz yang kononnya mengamalkan perubatan islam menghalau syaitan . Pulang pula pada 2-3 pagi dan selalu ada benda tak kena dan masing2 cepat marah .. keikhlasan saya dipertikai semasa saya menghadiri kelas tersebut . seolah-olah taksub dia susah dan takkan meninggalkan kelas tersebut walaupun ada hal rumahtangga yang perlu diselesaikan . baginya ilmu itu wajib dituntut walau apa jua sekalipun . saya dikatakan wanita neraka apabila gagal memenuhi kehendaknya mengikut kelas agama tersebut . baru beberapa minggu bersama saya sudah diasingkan tempat tidur . saya dikatakan tidak menutup aurat , apabila hanya memakai tudung bawal , tshirt lengan panjang , dan skirt labuh . saya tahu dia menginginkan saya berhijab burqa dan berniqab .namun bagi saya itu sudah ekstremist .belum sempat saya membeli pakaian seperti yang dikehendakinya dan dia terlalu awal untuk menilai saya perempuan neraka .
Ilmu Allah itu maha luas dan dia harus tahu bahawa belajar mengendalikan rumahtangga juga adalah salah satu cabang ilmu .
saya tidak tahu kemana mahu luahkan .BIla di adukan pada ibu mertua , bekas mengatakan saya mengaibkan beliau . Tapi , ibunya dan adik beradiknya semua tidak setuju dia menghadiri kelas agama tersebut . kata mereka hatinya menjadi keras apabila kerap kesana .
Apabila keadaan semakin mendesak keluarga menasihatkan supaya kami bercerai . saya pun telah dikeluarkan dari group wasap guru kerana dikhuatiri melawan dan biadap kerana soalan2 yang mendesak kepada ustaz tersebut untuk menjawab . tiada jawapan dari ustaz itu . yang ada , hanya lah keruntuhan rumahtangga saya .. kerana saya masih ingat nasihat ustaz tersebut menyuruh saya mncari suami lain jika tidak mahu mengikut apa yang disuruh . kecewa saya mendengarnya . Jika dia benar seorang ustaz , dia sepatutnya mengelakkan kata2 yang mendorong pada penceraian .
saya sekarang dalam proses melapokan aktiviti meragukan mereka kepada jabatan siasatan agama walaupun sudah bercerai . menangis usah dikira .. kerana seakan tidak percaya saya yang dipilih untuk menghadapi semua ini . Tapi nasihat para guru agama di masjid, mereka mengatakan bahawa saya harus bersyukur kerana Allah memberi saya jalan keluar dan peluang kedua sebelum adanya zuriat .
walaupun telah bercerai , saya masih mendoakan bekas suami agar sedar kesilapannya. Setinggi-tinggi kita mencari ilmu agama , usah dihina org yang dianggap bukan setaraf . dakwah itu memerlukan masa .dan memerlukan kesabaran dengan cara berhikmah ..
pengalaman perkahwinan pertama ini betul2 membuka mata saya tentang dunia sebenar . walaupun sekejap , ia membawa saya lebih dekat kepada Allah . Walaupun waktu itu saya sering mempertikaikan kenapa aku? kenapa aku yang perlu menghadapi semua ini . Tapi , hanya dengan solat saya dapat mengalirkan air mata . melepaskan rasa sedih tatkala orang disekeliling hanya boleh mengatakan 'sabar...sabar'
Alhamdulillah ... oleh sebab itu juga , saya ligat mencari2 jawapan setiap ajaran akidah yang meragukan dan terus mencari ilmu agama . Saya tidak mahu menjadi saya yang dulu .. biarlah orang melihat penceraian ini bukan lah kerana akhlak saya yang buruk . takut memang takut . kerana status janda memang terang terangan disebut nabi, ianya penuh dengan fitnah . dan nabi juga sering menyebut perktaan Janda sebelum anak dara dalam kebanyakan sabdanya . Wallahua'lam ... moga menjadi pengajaran ... |
|
|
|
|
|
|
|
subhanallah...setiap yang berlaku ada hikmahnya wafa diuju sebegini..spt tulisan wafa...ujian ini banyak mendekatkan wafa kepada Allah..itu antara hikmahnya..
wafa terselamat dari terpesong akidah..
insyallah moga Allah kurniakan suami soleh yg sama2 boleh ke jannah
|
|
|
|
|
|
|
|
salam wafa...
sedih dengan cerita wafa...
semoga wafa tabah dan kuat melalui situasi ni..
saya pun tak sekuat wafa kalau ditakdirkan suatu hari nanti saya
akan berpisah....tak tau nak menghadapinya...
moga hati ini pun kuat dan tabah juga....
|
|
|
|
|
|
|
|
wsalam selendangungu...
insyaAllah akan tabah n lebih kuat dari sebelum ni.. terima kasih .kalau sblm kawen syaitan berbisik kat hati rasa nk selalu dekat dgn pasangan , bila dah berkahwin , dia bisik utk pisahkan dgn pasangan , tapi selepas bercerai , syaitan masih tak putus asa bisikkan rasa serba salah n rindu supaya kita tak tenteram hidup dan susah nk mulakan hidup baru. betapa licik nya hidup ni kan ..kalau saya baca kisah2 orang dalam ni pun , betapa bersyukur saya diberi peluang celup kaki ke alam perkahwinan .merasa cinta halal . rasa apa itu tanggungjawab dan fikir apa yang akan timbul dalam alam rumahtangga ..
betapa penting kebergantungan pada Allah dalam proses memilih , semasa dalam perkahwinan dan selepas penceraian . Allah nk beritahu pada kita ,perkahwinan adalah hanya sebagai alat utk memudahkan kita jalan menuju syurga dgn kelebihan yang byk diberi hanya dengan memandang kasih muka suami . Tapi apa gunanya kalau setiap tindakan kita semua mendapat murka suami . membawa kepada masalah hati yang busuk pendam benci sdgkan syurga itu dibawak kaki suami .lebih baik bersendiri .maka jalan penceraian dihalalkan asalkan membawa kebaikan pada kita.Terus buat keputusan tanpa toleh semula . jangan putus asa rahmat Allah ...dan jangan sesekali sebut 'kalau lah aku berbuat begini, begini dulu....'..itu semua hanya bisikan syaitan.
memang sedih n takut fikir masa depan . Tambahan pulak status cerai muda , janda muda , mmg bawa persepsi tak baik. tp, saya cuba ingatkan diri bahawa isteri nabi hafsa juga pernah dicerai rasulullah kerana cemburu pada madu dan inginkan perhatian . Khadijah juga pernah bercerai 2 kali sebelum bertemu RAsulullah . tapi kedua2 menjadi wanita hebat selepas menghadapi penceraian . Yang penting , pada yang sudah bercerai , jom sama2 kita jaga akhlak kita .Mungkin tak ada rezeki jodoh kat dunia , tp yang menanti dan senasib dengan kita sedang tunggu di syurga . Yakin lah . walaupun susah . musibah Allah tarik pasangan sgt kecil berbanding musibah Allah tarik agama kita . sebab kalau Allah tarik agama kita , kita berkahwin dengan siapa2 pun , tetap akan sama . tetap tak tenteram , lagi dasyat musibah kat sana lagi lah jelasnya .
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam wafa.. cerita wafa lebih kurang mcm cerita sara.. ex sara dulu pun mendalami ilmu agama yg tak tahu lah hala tuju mereka samada lurus ke jln Allah Taala atau terpesong. Hari-hari ex ke rumah tok guru keluar lepas maghrib balik sebelum subuh, azan subuh dia berdengkur. Anak isteri jatuh no.2 yg utama dlm hidup dia tok guru & famili org tu, dari A - Z dia sediakan utk org tu. Tok guru tak bekerja alasannya bermcm2 kalau kita yg dengar ni mmg tak logik di akal tp my ex percaya waima apa pun sekali alasan. Puas ditegur puas bergaduh puas usaha last2 sara mengalah, kalau tok guru yg dia anggap wali allah tu yg lagi utama pergilah dia pilih org tu. Sara buat keputusan bukan utk diri sendiri tp utk anak2 jugak. Skrg kehidupan dia selepas kami berpisah yg sara perhatikan makin lama makin teruk..
|
|
|
|
|
|
|
|
wsalam sara,
Allahuakbar... macam2 sekarang kan... mesti sara buntu waktu tu kan...saya jadi tertekan n menangis setiap hari bila kenangkan dia selalu cakap saya perempuan neraka atas sebab ingkar perintah suami , menuduh suami , buka aib dia pada keluarga ,etc... walhal every detail perihal kami bergaduh dia lapor pada guru tu . alasannya utk minta nasihat agama . Lebih kurang mcm taksub kan? weekends pun sanggup berabis masa baiki rumah n bersihkan rumah guru tu . btw , sara , guru tu kerja . tapi sebagai promoter kereta perodua . mlm nya tu mengubat org sakit . bila ditanya mengapa tak mengajar di masjid sahaja, tempat terbuka ? dia jawab dia takmau riak . Alasan2 begitu mmg saya tak boleh terima . tambahan pula dia mengaku dia dapat ilmu perubatan selepas dia mengalami sakit ganjil terkena buatan orang . sering menceritakan perihal alam ghaib dalam kelasnya. walau apapun, hal akidah memang sangat penting kalau kita dah mula ragu . selamatkan anak2 semua.. memang berat dan susah kan ujian mcm ni. hanya tuhan je tahu kenapa kita dipilih utk semua ni. LAin org lain ujiannya . cuma sekarang , alhamdulillah , sebab peristiwa hitam itu lah saya mula aktif ambil tahu perihal ajaran sesat dalam selimut , terutama pengajaran syariat , hakikat, makrifat dan tasawuf berperingkat yang slalu mengelirukan orang yang tak faham dan sedang mencari . MOga kita tak putus asa doa utk ex. sedekahkan al-fatihah walaupun dah berpisah . moga kita sama2 sentiasa terpimpin . sebab asbab perpisahan pada mulanya atas niat mencari tuhan .
|
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum semua.
saya bercerai di usia perkahwinan 17 bulan. mujur tak ada anak dengan bekas suami. mula-mula dia failkan perceraian memang saya tak boleh terima. tapi alhamdulillah bila dah bercerai, belajar redha. Allah tarik 1 nikmatny dan digantikan dengan nikmat-nikmat yang lain.
nak tanya kawan-kawan kat sini, macam mana korang berdepan dengan ahli keluarga dan kawan-kawan ye mengenai status. sebab sampai sekarang saya tak declare betul2 status saya terutama pada extended family, walaupun dah bercerai 2 tahun lebih. yang tahu hanyalah immediate family dan kawan2 rapat je. |
|
|
|
|
|
|
| |
|