strong heart pun dorang ada skrip untuk soalan2 yg akan ditanya, sama jugak untuk variety show korea yg lain, 'ye ke' best je layan, paling best masa dorang jemput pelawak dengan pengacara, rasa macam sejam tu tak cukup je tengok2 dah habis, dengan iklan lagi.
Post time 25-4-2015 03:29 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by kimsa-ra at 24-4-2015 07:56 PM
iols tggu thread ni dr lps hbs yeke smlm
iols skeri tgk zahida
iols tau kisah ank zarina ni dr thread yanti..bgus zarina mjaga maruah..klu zmn skrg xsbr nk cerita
Post time 26-4-2015 01:35 AMFrom the mobile phone|Show all posts
adira xleh blah jwb bila kak og tnye eh ni kulit mcm ssnow white ko mkn ape ni lalu si adira jwb kulit sy mmg dah putih cmni dr dlu laaa ..konkonon mmg ori la..mcmla org xde pic die mse msok af..
si kikilala plak cover cun dgn bibiaq trjuih n fefeling diburu vvip melaluimelalui mcj/text frfeling hot la tu...
paras rupa kau x setaraf fatia latif jue evans diana daniele lopa...plg melayu pon blom mmpu celeng amyra rosli lah kila oiii...hrpkn bergambo merecik jelahh kt ig...
Harap pasni ranc ye ke boleh pggl rosnah mat aris pulak jd artis jemputan..mesti meriah dia layan laser kak ogy..hehe..tp akak enjoy tgk rancangan yeke ni..ala2 santai je xde stress.. Bosan dah asyik2 prog maharaja lawak,lawak spontan, karoot media n tah apa2 lg tu..dah le pelawak nyer pusing2 muka itu juga.. So bila ada rancangan yeke ni, rasa enjoy n boleh gelak sakan juga..
Tak Tahan Dengan Fitnah, Zarina Zainuddin Dedah Identiti Suami Selepas Nikah Selama 21 Tahun
Kuala Lumpur – Dramatis Zarina Zainuddin akhirnya mendedahkan identiti suami yang dikahwininya 21 tahun lalu, sekaligus menamatkan tanda tanya yang berlegar di minda peminat dunia seni selama ini.
Pendedahan yang dilakukan dalam satu majlis kenduri doa selamat di kediamannya di Subang Jaya, 1 Januari lalu itu adalah kerana pelakon berkenaan tidak sanggup lagi menyembunyikan gerangan suaminya, apatah lagi pernah bertebaran cerita kurang enak sebelum ini.
Dalam majlis tersebut, Zarina, 44, turut memperkenalkan madunya, iaitu Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor.
“Saya tidak mencari publisiti murah dengan mendedahkan identiti mereka berdua di media massa. Niat saya untuk mengelakkan fitnah dan cerita kurang elok tentang status saya selepas ini.
“Sebenarnya saya hanya berkahwin dengan seorang lelaki saja dalam hidup iaitu Datuk Seri Dr Abdul Raihan Wan Jaafar ketika berusia 22 tahun. Hanya dia suami saya dunia akhirat,” katanya yang dipetik sisipan Pancaindera hari ini.
Zarina berkata, pada permulaan madunya agak kurang bersetuju apabila dirinya menyuarakan hasrat untuk ‘memperkenalkan’ suami dan keluarga besar mereka, namun wanita itu akhirnya memberi kebenaran selepas beberapa kali berbincang.
Perkahwinan Zarina dengan ahli perniagaan berkenaan dikurniakan empat cahaya mata iaitu kembar Muhmmad Razil Azrai, Muhammad Raizal Azrai, Muhammad Naim Azrai dan Muhammad Adam Azrai.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register