CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] Saya Tidak Akan Sekali-kali Menyerah Kalah-Najib UPDATE #103 Tun M Jawab

[Copy link]
Post time 29-4-2015 03:33 PM | Show all posts
apam replied at 29-4-2015 03:15 PM
Ha'ah.....kena cerita bedasarkan fakta, bukan emosi......takat nak melaung sayang rakyat,, sayang  ...

Mfags pun ramai akan backup dia dan lupakan semua apa yg dia dah buat sebelum nie. Sayang rakyat konon.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2015 03:34 PM | Show all posts
                                                                            Mahathir Mohamad                                                                     

                           [url=]
[/url]                 




        KAJANG - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tiada masalah dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang asalkan pentadbiran Najib 'bersih' daripada hutang.

        Beliau berkata, serangannya dan kritikannya ke atas pentadbiran Najib, adalah disebabkan duit negara sering hilang dan hutang semakin meningkat.

‎"Kerajaan kalau bayar hutang  saya tiada masalah, yang jadi masalah sekarang ini duit hilang kalau satu, dua juta tak apalah, ini sampai 14 juta, 20 juta hilang tidak tahu ke mana pergi.

        "Ini persoalannya, saya tidak puas hati pasal duit kerajaan hilang," katanya ketika sidang media selepas menyampaikan syarahan perdana di Jerman Institut, Kajang hari ini.


‎Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai kenyataan Najib semalam yang mengatakan bahawa beliau tidak akan berganjak walaupun 'diserang'

        Najib semalam dipetik berkata, biar dirinya diasak dan dikritik, tetapi sebagai kerajaan yang telus beliau tidak akan berganjak atau menyerah kalah malah akan terus istiqamah berjuang demi negara.

        Kenyataan Dr Mahathir tersebut merujuk kepada hutang 1MDB, yang sehingga kini belum dilunaskan keseluruhan hutangnya.

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 03:35 PM | Show all posts
Majority with tok det la.... apa ingat mader heran dengan kuasa Bugis kau ?.... u're so yesterday....

UNDUR NAJIBBBBB !!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kt negara luar...menteri mana yg gagal menjalankan tanggungjwb atau ada skandal akan volunteer berenti. Diorg jenis sedar diri...xlayak dan terbukti gagal..xder ler diorg keras kpala konon bertahan.  Utk aper? Malaysia bukan company..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Muntz replied at 29-4-2015 02:25 PM
Mahathir pun byk gak yg dia kena jawab:

1. Perwaja steel

Point 15..katanya zaman mahathir dulu glamer dgn term "yes man"..apa dia cakap tak boleh argue..betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 03:40 PM | Show all posts
"Yakin dan percayalah, apabila kebenaran telah memancar dan menampakkan diri kelak, akan gugurlah segala nista dan tohmahan," katanya.




what he could really mean by the statement ( above )?

- may be masa akan menentukan?
- may be ini juga pernyataan diplomasi yg beliau sedang mengusahakan sesuatu yand belum lagi tampak hasilnya?
- sekiranya di atas - apakah tidk mungkin ini dizahirkan kepada TDM secara peribadi
- atau Najib lupa sensitiviti TDM ? may be  inginkan Najib lebih berautonomi etc etc...
- i am more into concrete reasons  for things left unsaid...kalau Najib tak jawab semua ni , then org lagi akan kata...so...lebih baik jadi pemerhati...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2015 03:42 PM | Show all posts
MeghanK replied at 29-4-2015 03:38 PM
Point 15..katanya zaman mahathir dulu glamer dgn term "yes man"..apa dia cakap tak boleh argue..be ...

bukan setakat 'yes man' tapi tunjuk sujud terosssss
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 03:43 PM | Show all posts
Muntz replied at 29-4-2015 06:25 AM
Mahathir pun byk gak yg dia kena jawab:

1. Perwaja steel

Tun memamg tidak akan mampu menberi jawapan pd persolalan yg selalu di bangkitkan oleh pembangkang
zaman tun. Sekarang tun plk jadi tukang soal pada hal senarai soalan lapuk  dulu pun maseh kabur tak berjawap. Apa beza nya tun dan najib
Kedua dua pun dr kapal layar yg sama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2015 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
zamzam replied at 29-4-2015 03:42 PM
bukan setakat 'yes man' tapi tunjuk sujud terosssss

Tp nak ckp jugak, walaupun begitu, chedet adalah pemimpin yg amat disegani serata dunia as compared to paklah n najib
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 03:45 PM | Show all posts

drama telenobasi politikkk
hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2015 03:49 PM | Show all posts
Tun M dah lama pujuk Najib tapi tiada kesan

                                                                            Dr Mahathir                                                                     

[url=]
[/url]                 




        KAJANG - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau sudah beberapa kali cuba memujuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memperbetulkan 'kesilapannya'  namun sehingga kini masih gagal.

        Katanya, tindakan beliau bersuara sekarang adalah kerana beliau risau akan riwayat BN berdasarkan, prestasi semasa parti itu yang kurang memberangsangkan.

        "Tiada (hubungi Najib secara peribadi), tetapi itulah, saya dah lama dah saya cakap ,  saya cuba hendak pujuk, tetapi tiada kesan langsung, datang pilihan raya kalah.

        "'Bukanlah kalah',  tetapi lebih teruk daripada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), zaman Pak Lah menang lebih lagi, itulah yang saya susah hati, bukan sebab  saya, bukan sebab anak saya," katanya ketika sidang media, di sini hari ini.

        Sementara itu, beliau turut mengulas desas-desus yang mengatakan tindakan beliau 'menyerang' Najib kini adalah bagi mengangkat anaknya ke tahap yang lebih tinggi di dalam pentadbiran sekarang.

        Dr Mahathir berkata, adalah tidak releven kerana jika betul beliau mahu anak-anaknya mendapat kedudukan dalam kerajaan, sudah pasti pada zaman beliau menjadi Perdana Menteri perkara ini telah berlaku.

        "Dulu saya tak bagi masuk politik (anaknya), langsung, tegah, kalau saya hendak tolong dia, waktu saya jadi PM, saya angkat anak saya menjadi menteri," katanya.



http://www.sinarharian.com.my/nasional/tun-m-dah-lama-pujuk-najib-tapi-tiada-kesan-1.384865

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 03:52 PM | Show all posts
tolong la berundur NAJIB..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 03:54 PM | Show all posts
Edited by sashasam at 29-4-2015 04:05 PM

-saya delete kerana ada ugutan buat report bawah akta POTA-
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking replied at 29-4-2015 03:34 PM
Mahathir Mohamad                              ...

Yeke pasal duit hilang?........rasanya duit yg dia hilangkan lagi banyak......sampai sekarang dok bocor lagi pasal agreement buat zaman dia....pelik gak......ekekekeke..........ke pasal tak dapat?.......hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 04:01 PM | Show all posts
Mahathir tak dengar ucapan Najib semalam

2:43PM - 29 Apr 2015
http://www.malaysiakini.com/news/296778

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak mendengar ucapan Datuk Seri Najib Razak malam tadi, yang antaranya menegaskan tidak akan mengalah terhadap asakan padanya.

Mahathir bagaimanapun hari ini terus menggesa pemimpin nombor satu negara itu menjawab berhubung dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Katanya kerajaan harus membayar hutangnya dan ia tidak patut menjadi masalah.

”Masalahnya sekarang wang hilang. Ia bukan satu atau dua juta ringgit tetapi RM14 atau RM20 bilion.

“Ke mana wang itu pergi?” soal perdana menteri paling lama dalam sejarah Malaysia itu.

“Ia memberikan kesan pada kewangan kita,” katanya.

Mahathir (atas) diminta mengulas berhubung ucapan Najib malam tadi.

Najib semalam menegaskan tidak akan berganjak atau menyerah kalah walaup diasak dan dikritik.

Ia dilihat secara tidak langsung menjawab kritikan keras Mahathir.

Memetik seruan hikmat Bugis, beliau berkata tidak akan “bersurut pulang” biar pun “kemudi patah, biarpun layar robek, biarpun seribu kapal tenggelam di tengah lautan”.

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 04:03 PM | Show all posts
selepas ni PM Najib
perlu jawab pulak tuduhan duit
hilang

then akan ada lagi
persoalan lain

jawab lagi

gitu la episod dua orang
ahli umno ini, sambil macai2
PR mencari ruang untuk mencelah

keh keh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2015 04:17 PM | Show all posts
Persoalan asas:-
1. mana pi RM27 billion lagi hutang 1MDB? 2. Sape arah Sirul bunuh Tuya?

Najib jawab:- 1. Akauntan General & PAC akan buat audit; 2. Dia dah bersumpah laknat tak bunuh Tuya.

Alahai..

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 04:25 PM | Show all posts
bungarose replied at 29-4-2015 03:37 PM
Kalau kt negara luar...menteri mana yg gagal menjalankan tanggungjwb atau ada skandal akan volunteer ...

banyak dah contoh kepala negara/company yg berundur once kredibiliti diorang dipertikai...

yg sorang ni apa ke beria sangat nak pertahan...patutnya malu dah nak ada kat atas tu diserang kiri kanan depan belakang

klu ahmad maslan yg serang haruslah ko boleh defend diri kata kau bagus....ni bekas PM selama 22 tahun ok...takde harga diri sudahkah?

#mode pelik dan heran
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 04:28 PM | Show all posts
tak tahu malu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 04:48 PM | Show all posts
Aku di blkg Che' Det...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.082330 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list