CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MissNigga

[Tempatan] Badminton WC Final : Datuk Tewas Lagi (Updated)

[Copy link]
Post time 18-8-2015 10:09 PM | Show all posts
axl_bach replied at 18-8-2015 03:15 PM
Tu la,  kurang2 layak suku akhir dpt la 2% lebih sket.....

aku rasa BAM byk bazirkan duit USD 500k hanya kerana nak anjur SS Premier

buat SS biasa sudah, hadiah  USD 200k , jimat USD 300k macam-macam boleh buat....boleh gaji seorang dua lagi jurulatih berkelas dunia utk melahirkan pemain baru yg betul2 bagus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2015 10:09 PM | Show all posts
BAM Boleh Bantu Zulfadli Jadi Jaguh Badminton Negara
[size=0.688em]Diterbitkan: Selasa, 18 Ogos 2015 5:17 PM

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]SEPANG: Jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei mahu bekas juara remaja dunia, Zulfadli Zulkiffli menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) seandainya ingin menyerlahkan kemampuan sebenarnya.
[size=0.98em]Bagi Chong Wei, Zulfadli perlu lebih matang menentukan masa depan sendiri sekiranya menyimpan impian memenangi pingat di Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik.
[size=0.98em]Menurutnya karier Zulfadli akan lebih terurus jika berlatih bersama pemain kebangsaan dalam BAM daripada bergerak sebagai pemain bebas.
[size=0.98em]Chong Wei berkata Zulfadli perlu membandingkan dirinya dengan pemain Jepun, Kento Momota, 20, yang kini berada dalam kelompok 10 terbaik dunia, berbanding 38 yang diduduki juara remaja dunia 2011 itu.



[size=0.98em]"Zulfadli baru berusia 22 tahun dan perjalanannya masih jauh. Dia tidak boleh terbawa-bawa dengan pencapaian empat tahun lepas menjuarai Kejohanan Remaja Dunia. Kejayaan itu sudah lepas...dia perlu fikir ke depan.
[size=0.98em]"Saranan Menteri (Khairy Jamaluddin) mahu Zulfadli sertai BAM adalah tepat," katanya kepada pemberita selepas tiba dari Jakarta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pada Selasa.



[size=0.98em]Bagaimanapun, Chong Wei berkata semua keputusan tetap terpulang kepada kemahuan dan keazaman Zulfadli dalam sukan itu.
[size=0.98em]"Ramai cakap selepas saya ialah Zulfadli. Tetapi terpulang kepada kemahuannya sendiri, jika masih berlatih sendiri tahap prestasinya sama sahaja.
[size=0.98em]"Jika sertai BAM, prestasinya akan lebih baik kerana persatuan menyediakan sistem kejurulatihan yang sistematik dengan kemudahan yang lengkap untuk membantunya," kata Chong Wei.
[size=0.98em]Zulfadli sebelum ini mempamerkan prestasi memberangsangkan apabila berjaya mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia di Jakarta minggu lepas.
[size=0.98em]Bagi Chong Wei pula, dia sekali lagi kempunan gelaran utama apabila tewas kepada pemain nombor satu dunia, Chen Long dari China di final dengan 14-21, 17-21.


[size=0.98em]Chong Wei mengakui selain ketangkasan Chen Long, dia juga tidak boleh memandang rendah kemampuan pemain muda lain seperti Momota, pemain nombor dua dan tiga dunia, Jan O Jorgensen dari Denmark dan pemain India, K. Srikanth.
[size=0.98em]"Saya gagal lagi (di Kejohanan Dunia) tetapi saya tidak akan putus asa untuk negara saya. Tumpuan saya adalah mendapatkan tiket ke Sukan Olimpik Rio De Janeiro dahulu," katanya.
[size=0.98em]Bagi acara perseorangan Sukan Olimpik, setiap negara hanya boleh menghantar maksimum dua wakil sekiranya semua pemain itu berada dalam kelompok 16 terbaik mengikut tempoh kelayakan dari 4 Mei 2015 hingga 1 Mei 2016.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.248788 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list