CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: maxim

Dikutuk isu bertudung, Amelina dh maafkan korang post#101

[Copy link]
 Author| Post time 20-9-2015 02:45 PM | Show all posts
Edited by maxim at 20-9-2015 02:47 PM

Amelina Akan Berhijab Bila Tiba Waktunya
Kenyataan Amelina baru-baru ini mengenai dirinya yang masih tidak bersedia untuk berhijab telah mendapat pelbagai reaksi berbaur. Ada yang mendoakan yang terbaik untuknya dan tidak kurang juga komen yang menghinanya dengan begitu teruk.




“Saya masih beragama Islam dan tidak terpesong daripada akidah. Saya tahu kewajipan saya sebagai umat Islam di muka bumi ini. Apabila perkara ini terjadi, ia seolah-seolah menggambarkan diri saya seorang wanita yang jahat dan jahil tentang hal agama”

“Selama ini, saya tidak pernah menilai mahupun menghina mana-mana individu. Saya melayani setiap insan sama rata dengan penuh berhemah. Malangnya, ini yang saya terima,” jelas Amelina yang turut menangis akibat terkesan dengan perkara tersebut ketika dihubungi Kosmo!



Tidak mahu terus hanyut dibawa perasaan, Amelina menjelaskan bahawa dia sudah pun memaafkan setiap individu yang menjatuhkan maruah dirinya.

“Saya sudah maafkan mereka. Tidak dinafikan, pada mulanya saya sangat sedih dan malu dengan komen negatif tersebut kerana ada yang sanggup menjatuhkan hukum mengatakan saya munafik dan bakal menjadi penghuni neraka”

“Sedangkan mereka tidak tahu cerita sebenar. Sewaktu saya ditemu bual media, saya ditanya mengapa saya masih belum berhijab sedangkan rakan yang lain sudah bertudung”

“Ketika itu saya memberitahu bahawa saya mahu memberi fokus dan mencari kestabilan diri terlebih dulu memandangkan saya baru sahaja memasuki industri seni tanah air selepas hampir 15 tahun menyepi”

“Mengenai isu bertudung pula, biarlah hidayah itu sampai bila tiba waktunya. Lagipun, saya tidak mahu bertudung untuk meraih simpati orang ramai ataupun mengikut trend semasa. Kalau saya mahu bertudung, saya mahu betul-betul fokus ke arah kebaikan,” katanya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2015 10:26 AM | Show all posts
maxim replied at 20-9-2015 02:45 PM
Amelina Akan Berhijab Bila Tiba Waktunya
Kenyataan Amelina baru-baru ini mengenai dirinya yang masi ...

makanyaaa wartawan ponen laaa yg putar belit citer and karang isi artikel dengan mengelirukan pembaca??

bertabah laaa queen alin ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43600 Replies : 571
Kemaluan tersembul di dahi, janda cantik trauma tengok cermin! - “Puas gosok-gosok mata, tetap ada”
tatodKemaluan tersembul di dahi, janda cantik
Views : 11253 Replies : 6
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22619 Replies : 18
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20593 Replies : 13
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31214 Replies : 15
Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
Views : 11654 Replies : 10
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77159 Replies : 510
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 52950 Replies : 52
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26375 Replies : 28
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58104 Replies : 1096

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.085410 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list