|
Neelofa Kecewa Ada Pihak Palsukan Jenama Naelofar Hijab
[Copy link]
|
|
Neelofa Bakal Saman Pengeluar Tudung Ciplak
http://www.mstar.com.my/berita/b ... luar-tudung-ciplak/
Diterbitkan: Rabu, 6 April 2016 10:17 PM
Oleh: ALLISON LAI
[email protected]
Neelofa (kiri) bersama Ketua Penguatkuasa KPDNKK Selangor Abdul Rosik Yakub pada sidang media rampasan tudung jenama Naelofar Hijab di Shah Alam, Rabu. -fotoTHESTAR
SHAH ALAM: Aktres Noor Neelofa Mohd Noor akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah syarikat tekstil di Vietnam kerana menciplak rekaan tudungnya.
Pereka Naelofar Hijab berkata pada masa ini proses mendaftar tanda dagangan di Vietnam sedang dilakukan bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil.
Jurucakap pasukan undang-undang beliau mengesahkan bahawa mereka sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Vietnam dan mengumpul lebih banyak bukti untuk digunakan dalam kes itu.
"Tanda dagangan tersebut sedang menunggu masa untuk diluluskan bagi pendaftaran di Vietnam.
"Selepas itu, kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat tekstil yang telah menciplak label Naelofar Hijab,'' katanya ketika ditemui di pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor di sini pada Rabu.
Neelofa, yang turut hadir berkata pada tahun lepas syarikat beliau mendapat tahu bahawa rekaan tiruan Naelofar Hijab telah dijual di sembilan kedai di Lembah Klang.
''Kami telah mengeluarkan surat amaran dan meminta mereka menghentikan penjualan barang-barang tersebut.
''Bagaimanapun, semua amaran dan nasihat tidak diendahkan.
''Kami tidak mempunyai pilihan melainkan membuat laporan kepada kementerian kerana barang yang tidak bermutu telah memberi kesan kepada jenama dan pengedar kita yang sah, '' katanya.
Produk tiruan itu telah dijual dari harga RM30 setiap satu, kira-kira separuh daripada harga barang yang asli.
Difahamkan, kedai-kedai yang telah menjual hijab tiruan itu dimiliki oleh sebuah syarikat tempatan yang mendapat bekalan daripada pengeluar tekstil di Vietnam.
Neelofa berkata produk di bawah label beliau adalah sepenuhnya buatan Malaysia dan beliau tidak pernah melantik mana-mana pengilang asing.
Sebelum itu, Ketua Penguatkuasa KPDNKK Selangor Abdul Rosik Yakub memberitahu satu sidang akhbar bahawa 79 helai tudung tiruan telah dirampas dari dua buah kedai di Kajang dan Gombak.
''Kami telah menyerbu dua buah kedai berikutan aduan dan merampas barangan tiruan bernilai kira-kira RM7,100.
''Kami sedang menyiasat kedai-kedai lain yang terlibat dalam kes itu," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
my cousin n my fren pakai neelopar elok je kat muka depa... cantik n nampak classy |
|
|
|
|
|
|
|
tepisket.. replied at 7-4-2016 08:09 AM
Ye ke kak. Neelofa pun byk update y top selling je kak. Tapi kan meols jumpa byk acik2 yang pakai ...
Huwaaaaa.akak tahap nenek2.akak pakai dua muka.ms raya last year pakai repunzel.skrg dh x pakai.bg adik2 |
|
|
|
|
|
|
|
yg lain x pasti buat kat mana
kalo kwn aku tipu, maka tipu lah aku
|
|
|
|
|
|
|
|
ape yg unik nye tudung lofa eh?'
maksud aku yg di paten kn n vietnam bleh tiru
bukan sume tudung same jer ker.... |
|
|
|
|
|
|
|
bagus lah aku sokong hahaha gigih la org yg tak penah pakai lopa punya nak claim fake punya sama quality. tgk pun dah tau lain |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak pindah opis kat TTDI ni terjebak jugaklah akak membeli barang selai dua..pejam mata jer tgk rega...haduiiyai
Tapi bila dah pakai baru tau....mmg berbeza jika nak dibandingkan tudung fake yg dijual mur mur tu. Tudung asli neelofar ni mmg bagus kualitinya.
Gigih syarikatnya menggaji 300 pekerja...akak rasa LoFa terfikir apa nasib dgn pekerja/agen yg bergantung pendapatan bulanan jika syarikatnya bungkus..bersangka baik jerlah
Sekurang kurangnya dia berjaya mewujudkan peluang pekerjaan kpd ramai rakyat Malaysia.
Peace No War |
|
|
|
|
|
|
|
i rasa bukan sbb design. tp sbb jual pakai nama dia lah. brand, packaging, even label tu pun sebijik tiru. tu jahhh
|
|
|
|
|
|
|
|
kat mana tu..share la tmpt..teringin nak ke kilang.. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus tindakan lopa ni
yg kat vietnam tu tiruan
kualiti hauk
dan lagi 1... kedai2 kat vietnam
sumer pakat claim lopa amik tudung
dgn dorang |
|
|
|
|
|
|
|
Khelass lopa. Elokla tu. Melampau boto tiru sejibik2 brand org, smpai packaging pun tiru. Yg tu ke buat kat vietnam yg org ckp2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
dulu aku x kisah sgt psl cerita ciplak2 ni..start dari fareeda and so on..lama2 bila ko letakkan diri ko pada yg kurang mampu nak beli ori and feeling2 nak pakai brand yg sama..ko akan rasa ok je..x kisahla fake ke ori..ikut kemampuan masing2..aku ada fareeda ori..fareeda fake..naelofar ori and naelofar fake yg aku beli kat vietnam aritu..feeling pakai sama je..as long selesa..
aku x kata naelofar buat kat vietnam..tp kalu korang pi masa naelofar buka booth..korang leh nmpk longgokan guni2 stok tudung utk dijual..and packaging guni tu x mcm dr tempatan..mcm naik kargo yg aku x sure dr mana..
hey korang..psl fake ke fake and corak sama ke x sama x jadi isu..aku fan kpd purdy petals..ada aritu shawl tu aku beli dlm rm42..then a few months tu ada kakak ofis pakai sama corak mcm aku...aku tnya dia..dia kata beli kat muaz rm10 je..hoho..cuma aku jahitan kelim purdy petals adalah kemas dan halus..sejak tu aku kisah brand lagi..mana2 yg cantik je la..nak lagi puas hati sekarang..bila aku pi indon or vietnam, aku beli je chiffon printed 2 meter setiap corak..buat shawl sendiri..upah org jahit tepi..puas hati den..idea sendiri gitu
pesan kawan aku...kita beli je yg fake or sama dengan walaupun lain brand..fareeda n lopa dah kaya raya jutawan..baik kita tolong and support seller melayu yang lain..tu baru namanya sokong perniagaan melayu..tgk mcm dato vida..siap shopping kat lv and channel berbondon2...yg kita ni still gigih tengah putihkan kulit lagi ni dgn beli produk dia..kdg2 lucu..founder pi oversea mcm balik kampung..pakai birkin..supporter aka customer ni still dgn bonia and charles & keith x pnh miss beli produk dia..but dato vida baik hati budi..i like.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nikah jer lah LOFA.........Abam k, RELA UOLS.... |
|
|
|
|
|
|
|
saya persuruhjaya sumpah!!heheheh
|
|
|
|
|
|
|
|
org order la.. ape susah.. bawak je la sample kt sana.. amek ala2 material smaa.. buat je la..
|
|
|
|
|
|
|
|
I sokong sebab ia berlaku adil utk mereka2 yg beli neelofar original...dah bayar mahal2 lepas tu keluar versi fake tak ke menyirap....
|
|
|
|
|
|
|
|
tepisket.. replied at 6-4-2016 11:31 PM
Range harga dia tak de sampai beratus2 pun korang. From 55-85 je.. Hat 55-69 tu yang jenis satu muka ...
haaa..aku dok pikir nama.tudung tu..isabelle..yeah
memang senang nak.pakai
aku borong kaler.peberet...
next month.nak.beli.lagi...
apa beza naelofar ori n fake?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ariani awning dulu pn bnyk org copy xde pn meroyan..smpai jd satu fenomena gak dulu.. relaks je jakel jah |
|
|
|
|
|
|
| |
|