|
Sorry, terpress font yg besar sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1184 Core's post
fuhhhh.... terkezut aku tadik...berpinau gak nak membaca... |
|
|
|
|
|
|
|
tak mau ganggu thread sedari koko, saya post di thread sendiri sajalah.
kalau madu saya bising2 nak uruskan jenazah suami, saya akan cakap, masa suami hidup dia tak uruskan pun, kenapa nak sibuk2 sekarang.
Lagipun, selama ini, dia amuk ke, dia maki ke, saya berdiam diri saja, pasal harta pun saya tak kecoh, tapi sejak saya baca thread koko, memang hati saya berkeras, saya akan uruskan. kena gedik ngan suami ni, nak pujuk dia buat wasiat . Then macam saya cakap, madu boleh pilih kat mana nak kebumikan |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai betul para ibu yang menulis mengikut emosi dalam thread panas Doreen ini. Segala hadis ada tentang poligami. Saya tak baca semua post yang di buat, tak serajin Reedana yang banyak masa nak membaca dari mula waktu malam sebab saya bukan Reedana yang tak ada suami & anak-anak waktu malam. Saya baca skip dan saya rasa hairan kenapa ya para ibu begitu emosional dengan post Doreen yang kebanyakannya menceritakan keburukan isteri pertama?
Kesimpulan yang saya nak buat berdasarkan apa yang Doreen ceritakan, antara A = isteri pertama & Doreen, pihak yang berada di tempat yang paling selesa, ditempat teratas dan pihak yang menang adalah A = isteri pertama, bukan Doreen. Dari cerita Doreen, dia merasakan dia berada di pihak yang Menang hakikatnya tidak kerana busuk, masam, selekeh, malas, suka maki hamun, mengamuk dan segala macam keburukan ada pada A, suami A & Doreen ini masih juga sudi mengadap A. Masih sudi mengekalkan status A sebagai isteri dia biarpun mendapat layanan yang terbaik (macam Doreen cerita) dari Doreen. Post Doreen yang last ini post#1191 pun dah dapat memberi gambaran hakikat sebenar bahawa kedudukan Doreen sebagai isteri kedua sebenarnya tidak selesa, terpaksa pujuk suami supaya membuat wasiat, bimbang bila suami mati dia tak dapat mewarisi apa-apa. Kenapa YA?
Poligami Doreen terjadi kerana tuntutan suami untuk memenuhi nafsu yang tak dapat dipenuhi oleh si A, suami tak rasa selesa nak bersama A sebab dia busuk, masam & selekeh (macam Doreen cerita). Suami mengahwini Doreen, mengabaikan sekejap tanggungjawab nafkah batin A tetapi bila A mengamuk menyerang Doreen, dia terpaksa juga menunaikannya walaupun A busuk, masam & selekeh . Suami masih lag balik ke rumah A bila tiba gilirannya walaupun dia terpaksa memuncung di hadapan Doreen, suami masih lagi sudi membungkus makanan untuk A dan anak-anak dan meminta Doreen membantu dia membeli makanan tersebut. Kenapa? Bukankah tindakan suami A & Doreen ini menunjukkan suami masih meletakkan A di tempat teratas sebagai isteri biarpun dia sedar kewujudan Doreen?
Sebaliknya pula di pihak Doreen, dia terpaksa berusaha memberi layanan istimewa kepada suami, kena sentiasa pastikan diri Doreen tak busuk, masam dan selekeh seperti A, kena rajin mengemas rumah, kena rajin memasak dan segala macam usaha untuk memastikan suami tetap bersama dia. Kasihan Doreen kan.
Pesanan saya kepada Doreen, keep a good work sis. Pastikan you maintain cantik, slim, seksi dan wangi. Bimbang pula satu kecacatan terjadi pada kamu, i.e kamu jatuh sakit dan tak dapat memenuhi nafsu suami, suami akan beralih mencari perempuan lain pula. Saya tak mendoakan yang tak baik untuk kamu, cuma ini sahaja pesanan saya. Kamu berada di pihak yang "perlu sentiasa berjaga-jaga" manakala A berada di pihak "yang sentiasa menang".
Sekadar pandangan saya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Core at 6-4-2007 04:02 PM
I can't be bothered to ask thiskind of questions to the owner of this thread who is supposed beaccountable to what she said. I so called, lost interest. Obviously,her mentality is not to my standard, or maybe language barrier. Shehas problem understand my posting, it seems. And all her postingsseemed to prove that.
Somehow I also have the same opinion as u... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1192 sarahmirza's post
Hmmm.. interesting la ur kesimpulan Sarah... somehow u do have a point there.... |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by Core at 6-4-2007 04:02 PM
Thank you for taking into accounts of my not-so-great postings here and i do agree with what you have laid out here. The big question is that, how do, we, as human, behave and have such audacity to mock and humiliate someone whose life we have intruded?
when doreen started bragging about her sleazy sex stories and joking about her madu, i feel its really unbearable. She, does not only make fun of her madu, in a way, she's making fun of her husband indirectly, and i don't think someone so shallow and narrow- minded like her would realise that, she's actually making fun of herself too.
Assalamualaikum w.b.t
Hati kecil saya rasa terpanggil untuk menjawab Mrs. Core's posting...terutama yang diquote di atas tu...
Tahukah kita..., atau ingatkah kita..bahawasanya setiap apa perbuatan kita samada baik lahir dari hati, percakapan atau penulisan kita, semuanya nanti akan Allah swt. hisab di akhirat kelak..? Semua lakonan kita di dunia ini nanti akan Allah swt pertontonkan semula...
Allah swt melarang penyebaran maklumat yang berkaitan dengan keburukan yang dilakukan dalam masyarakat....
Walau bagaimanapun Islam memberi kebenaran melakukan pendedahan keburukan yang berkaitan dengan perilakuan zalim apabila dibuat di mahkamah semata-mata untuk menegakkan keadilan.
Begitu juga saksi dan orang yang teraniaya boleh mendedahkan kezaliman yang dilakukan oleh seseorang untuk menegakkan keadilan. Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang melainkan mereka yang dizalimi".
(al-Nisaa'.. 148)
Keburukan yang dilakukan oleh seseorang mu'min hendaklah disembunyikan. Jika keburukan itu berkaitan dengan pencabulan terhadap keadilan, ia hendaklah diadili di mahkamah dan dihukum jika sabit kesalahan. Walau bagaimanapun berita mengenai kesalahan dan hukuman yang dikenakan tidak boleh didedah dan disebarkan untuk dijadikan bahan perbualan orang ramai.
Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam, Allah menutup keaibannya di dunia dan di akhirat".
(Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)
Seterusnya orang-orang yang beriman dilarang berperangai suka menyebarkan berita tanpa dipastikan kebenarannya, suka mencela dan mengkritik, suka melaknat dan mengeluarkan kata-kata buruk dari mulutnya.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Memadai seseorang itu berdusta apabila ia berbicara tentang apa sahaja yang didengarnya".
(Riwayat Muslim)
Orang-orang Islam dilarang menghina sesama orang-orang Islam. Sebaliknya mereka hendaklah saling hormat menghormati. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Cukup seseorang itu menjadi jahat dengan ia menghina saudara muslimnya" (RiwayatAt-Tirmizi)
EMPAT PERKARA YANG BERHARGA DALAM DIRI MANUSIA
Telah bersabda Nabi muhammad s.a.w. yang bermaksud:
".....ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. Adapun yang berharga itu ialah Akal, Agama, Malu dan Amal soleh.
Maka AKAL boleh hilang disebabkan MARAH.
AGAMA boleh hilang disebabkan DENGKI.
MALU boleh hilang disebabkan TAMAK dan AMAL SOLEH boleh terhapus disebabkan SUKA MENCERITAKAN KEBURUKAN ORANG..
Diriwayatkan daripada saidatina Aisyah r.a. katanya:
Rasulullah s.aw. bersabda: Lelaki yang paling dibenci oleh Allah s.w.t. ialah lelaki yang suka mencetuskan perselisihan yang sengit.
Daripada Anas bin Malik ra., Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:"...tidak akan lurus keimanan seorang hamba, sehingga lurus hatinya, dan tidak akan lurus hatinya,sehingga lurus lidahnya.
(riwayat iman ahmad)
Rasulullah telah bersabda ertinya:" Janganlah banyak berkata-kata selain zikirullah, kerana banyak berkata-kata selain zikirullah membuat hati menjadi keras.Dan orang yang terhindar jauh daripada Allah adalah yang berhati keras."(riwayat tarmizi)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:" Perkara yang paling banyak memasukkan manusia kedalam neraka adalah melalui dua lubang, iaitu mulut dan faraj(kemaluan)".(riwayat termizi)
Daripada Ummu Habibah dari Rasulullah s.a.w. baginda bersabda:" Semua ucapan manusia akan memberi beban padanya, tidak meringankan baginya,kecuali amar makruf nahi mungkar dan zikir kepada Allah s.w.t.(riwayat: Termizi dan Ibnu Majah)
Wallahu a'lam bissowab..
buat renungan..
sekian...
wassalam.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1195 be_nign's post
moral of the story..
Janganler buka "aib" yg melampau tanpa arah tujuan..
asalnya nak kongsi pengalaman.. tapi terbabas plak..
samapi citer dlam seluar dalam pon nak citer.. nak banding mana yg bagus..
malu kepada suami sendri, madu, mereka dan keluarga mereka bebbbb.....
p/s: macam kenal jer cara penulisan nie.. |
|
|
|
|
|
|
letitbe_rahsia This user has been deleted
|
Originally posted by doreen at 6-4-2007 05:02 PM
tak mau ganggu thread sedari koko, saya post di thread sendiri sajalah.
kalau madu saya bising2 nak uruskan jenazah suami, saya akan cakap, masa suami hidup dia tak uruskan pun, kenapa nak si ...
kalau saya baca di thread sebelah, WASIAT yang dimaksudkan awak ialah "wasiat untuk menguruskan jenazah di rumah awak, bukan wasiat berkaitan harta, betulkan?" bukan apa, kut ada yg salah tafsir tentang wasiat yang awak maksudkan. |
|
|
|
|
|
|
|
saya ucap mekaceh kat sarahmirza, stidaknya dia sum up skit2 cite thread ni..so saya paham skit lah
nak baca dari mula..macam telenobela bersiri...jenuh ler nak pi sana kasik kacang kendian cek itu ini..
kalo sapa btui leh berfikir..apa mady doreen ni lakukan boleh disebut apa yang cik kak salu sini tulis..apa pun bini pertama tu adalah bini pertama.
macam sarah kata, 'selesa bini pertama', dalam budaya kita, bini pertama akan di utamakan, masuk kes mahkamah pun depa dapat kosi duduk kalo cuma satu jek kosi..bini kedua kalo dia pregnant pun agaknya kene berdiri
unless bini pertama tu 'berilmu' dia suh oang mengandong ni duduk..so ni KUALITI manusia so masing2 punye cite ler kan?
fikir saya , bini pertama tu masih tak dapat terima dia di madukan dan masih takmo iktiraf madu dia ni.. so kalo suami tu mati misalnya bukan mustahil apa yang doreen takut tu berlaku
so berkata dari bahasa rasional dan logika perbuatan manusia moden kala ini, tak mustahil dan molek gak awal2 di buat wasiat segalanya.. macam oang lain nikah ada pre nuptial agreement, nak lagi details lagi bagus dan mende ni bukan tokleh berubah pun
masalah nya..kita TERLALU ikutkan perasaan dalam bincang apa jua cite, dan masuk cite utama soal pasangan idup dan harta benda nanti..perasaan kita boleh menjadi melampauuuuuu. dan tuhan tak suka hambaNYA melampau..ingat baik2 k?
pada saya memang tak wajar juga madu nak tunjuk how to run a better life to another madu.. tang ni pandai2 suami lah, dia tau berbini ramai dia kene dan wajib tahu how to handle seme gunung berapi tu ler kan?
kenapa kita susah beno MENERIMA cara idup manusia lain hatta manusia itu madu kita misalnya? kenapa susah sangat?
kalo isteri pertama tu cengih, garang, bengis selalu marah walo tadak salah, pengotor busuk ke apaaaaaaaa sajalah, itukan pilihan dia, habit dia, hidup dia, keselesaan dia, dan dunia dia? suami tu kan sudah melalui semua itu, suami itu boleh terima seme tu kenapa madu tokleh terima dan biarkan saja??? untuk 'kemudahan' poligami memang macam ada galakan malah kekadang tu suruhan dari isteri pertama, madu tu nanti bior serba kekurangan dari dia..macam tu gak Sarah amik budak hamba dia jadikan madu laki dia nabi ibrahim a.s. Bukan tokleh amik puteri tribe lain yang bebas dan segalanya tapi pasai apa dia amikbudak hamba dia? dah tu dia masih cemburuuuk..pun nabi ibrahim ikutkan kehendak dia, antor hajar dan ismail jauh2..pasai apa?
so kalo bini pertama meradang mengamok..napa suami hairan? kalo madu balas tit for tat..napa suami hairan? napa terkebil2..buat lah sesuatu dan bukan curah minyak pada api peperangan madu seme yer tak?
kalo isteri pertama suami doreen baca sini dan dia boleh berporem sudah tentu pihak dia akan cite apa dia pikir patut nak balas setiap apa doreen cite...lama2 jadik apa?
saya nak tanya.. apa hala tuju thread ini. hidup musti kene ada hala tuju..so apa maksud seterusnya thread cik doreen ni wujud. Lebih mudah u kasik tau saya sebab sebab kenapa saya tak boleh tutup thread ini kerna fikir saya sudah tiba masa thread ni mati? hihihihi |
|
|
|
|
|
|
letitbe_rahsia This user has been deleted
|
Originally posted by ajinomotonosuga at 6-4-2007 08:15 PM
saya ucap mekaceh kat sarahmirza, stidaknya dia sum up skit2 cite thread ni..so saya paham skit lah
nak baca dari mula..macam telenobela bersiri...jenuh ler nak pi sana kasik kacang kendian c ...
aji, adakah di FD ini hanya boleh buka thread sekiranya ada masalah? kalau semata2 hendak berkongsi cerita, tak bolehkah?
bagi saya, kalau aji tutup thread ini, bermakna aji sama dengan analogi yg aji beri diatas - walaupun isteri kedua mengandung, dia tetap kena berdiri dan isteri pertama tetap dapat kerusi.
Berikan sedikit ruang untuk kami, kalau isteri pertama boleh membuka thread untuk melepaskan perasaan kerana dicurangi, saya rasa tidak salah thread ini untuk isteri kedua meluahkan perasaan serta cerita hidupnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by letitbe_rahsia at 6-4-2007 08:28 PM
aji, adakah di FD ini hanya boleh buka thread sekiranya ada masalah? kalau semata2 hendak berkongsi cerita, tak bolehkah?
bagi saya, kalau aji tutup thread ini, bermakna aji sama dengan a ...
lar...nak tutup dah ker thread ni..ni la thread saya suka baca tengah-tengah malam..bukan saja kerana cerita doreen, tapi pesanan penaja yang byk tu memang berguna untuk dijadikan panduan...alahai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by letitbe_rahsia at 6-4-2007 08:28 PM
aji, adakah di FD ini hanya boleh buka thread sekiranya ada masalah? kalau semata2 hendak berkongsi cerita, tak bolehkah?
bagi saya, kalau aji tutup thread ini, bermakna aji sama dengan a ...
Berikan sedikit ruang untuk kami, kalau isteri pertama boleh membuka thread untuk melepaskan perasaan kerana dicurangi, saya rasa tidak salah thread ini untuk isteri kedua meluahkan perasaan serta cerita hidupnya.
Adakah meluahkan perasaan "perasan bagus" yang Puan maksudkan?
Nota kaki: TQ utk kredit tu Tuan MOD. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1199 letitbe_rahsia's post
akak tak sebelahkan sesapa..tapi akak setuju dgn abe aji...
rasanya kalau kita tak suka di label dgn nombor, adalah lebih baik kita hanya jaga rumahtangga kita...tak perlu fikir the other party...
kalau ada masalah specific, leh la bukak thread yg lain..
akak rasa thread isteri dicurangi tu mmg patut dibukak sb tiap2 minggu ada jer isteri yg bermasalah dari segi kecurangan nie... |
|
|
|
|
|
|
| |
|