CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Badminton -

 Close [Copy link]
 Author| Post time 13-12-2008 10:57 AM | Show all posts
Bonus buat pemain Malaysia
Oleh Hamdan Saaid


LEE CHONG WEI membalas pukulan lawan dalam kejohanan Badminton
Sirkit Kebangsaan Proton peringkat akhir 2008 di Alor Star, kelmarin. - Foto Syaharim Abidin


Peluang Chong Wei, Pei Tty-Eei Hui di Kota Kinabalu tanpa China

IA tampak kehilangan seri tetapi peluang untuk Lee Chong Wei dan rakan-rakan mengakhiri kalendar 2008 dengan nota gemilang pada Masters Akhir Siri Super Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Stadium Tertutup Likas, Kota Kinabalu, 18 hingga 21 Disember ini, lebih cerah.


Penarikan diri gerombolan pemain bintang China, kuasa besar dalam sukan itu sejak berdekad lalu, harus menjadi titik tolak untuk menonjolkan betapa badminton Malaysia masih berada di landasan baik selepas hanya satu pingat perak pada temasya Sukan Olimpik Beijing, Ogos lalu.

Tanpa Lin Dan, Chen Jin serta pemenang emas Olimpik Athens 2004 Taufik Hidayat dari Indonesia yang turut menarik diri, Chong Wei sepatutnya menghadapi laluan lebih mudah dalam kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan AS$500,000 (kira-kira RM1.8 juta) itu menjelang undian permainan, Selasa ini.

Peluang yang sama turut dirasakan beregu utama wanita negara, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui, yang kini akan menjadi pilihan utama selepas penarikan diri China menerusi pemenang pingat emas Olimpik Beijing, Du Jing-Yu Yang.

Namun bagi bekas pemain perseorangan nombor satu negara, Wong Choong Hann, kemasukan namanya dalam senarai lapan terakhir pada saat-saat akhir agak mengejutkan kerana ia tiada dalam perancangan asalnya.

"Sudah tentu saya akan beraksi di Kota Kinabalu nanti. Ia peluang yang ditunggu-tunggu mana-mana pemain untuk bermain dalam kejohanan sulung Masters Akhir Siri Super Dunia.

"Ketika ini saya sedang beraksi dalam kejohanan liga Jerman dengan kelab EBT Berlin. Kami kini menduduki tangga keenam dan keputusan yang saya capai agak memuaskan di sini. Pembabitan saya dalam liga ini secara tidak langsung membolehkan saya mempersiapkan diri sebelum ke Kota Kinabalu.

"Bagi Siri Super, saya tidak akan melepaskan peluang ini untuk beraksi sebaik mungkin sekalipun ia sebenarnya tidak ada langsung dalam perancangan awal saya. Jadi sudah tentu saya tidak sabar untuk beraksi walaupun tanpa kehadiran pemain bertaraf bintang dari China," kata Choong Hann, 31, yang dihubungi di Berlin malam tadi.


***************************************************************************

nak komen pasal prestasi pemain2 this year.. rasanya dah banyak komen dari otai2 ni...
just hoping that next year would be a better year for sukan badminton malaysia

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-12-2008 10:58 AM | Show all posts
Chong Wei atasi rekod Misbun
Oleh Mohd Fadzrie Hazis


PEMAIN nombor satu dunia, Lee Chong Wei berjaya mengatasi rekod milik jurulatihnya, Misbun Sidek apabila menjuarai Grand Prix Kebangsaan 2008 di Alor Star selepas menewaskan Choong Wei Feng 21-11, 21-13 di perlawanan akhir, semalam.


Kejayaan itu membolehkan Chong Wei yang juga pilihan utama kejohanan menjuarai Grand Prix Kebangsaan buat kali ketujuh dan mengatasi rekod enam kejuaraan milik mentornya.

Chong Wei tidak menghadapi masalah untuk mengatasi Wei Feng dalam masa 30 minit untuk memastikan kejuaraan miliknya, sekali gus membantu persiapannya menjelang Master Akhir Siri Super Dunia di Kota Kinabalu, 18 hingga 21 Disember ini.

Dalam saingan perseorangan wanita, Julia Wong muncul juara selepas mengatasi Lydia Cheah 21-19, 7-21, 21-10 selepas pertarungan selama 43 minit.

Ketiadaan Wong Mew Choo pada kejohanan kali ini kelihatan memberi laluan mudah buat Julia mengungguli kejohanan kali ini, selepas mudah melepasi halangan pencabar lain ke perlawanan akhir.

Pemain beregu negara, Koo Kien Keat mengubati kekecewaan tewas di separuh akhir beregu lelaki apabila menjuarai acara beregu campuran bersama pasangannya Ng Hui Lin selepas mengatasi pasangan Tan Wee Kong- Woon Khe Wei 22-20,21-19.


******************************************************************************

wtg chong wei.. and congrats -
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2008 11:54 AM | Show all posts
chong wei feng tuh practice lagi ek... nanti ganti lee chong weih... chaiyok2!:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2008 06:57 PM | Show all posts
pergh...byk gler match yg aku tertinggal ek..yg pasti skang ni badminton mcm da kurang
meriah la..apsal ek?? ke aku je yg terasa camtu??
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2008 11:34 PM | Show all posts

Reply #1176 kayla's post

sweeeetnye...
due2 abg ikan sweet selesema...
bgs la 2,suka dan duka bersama...

btw,congrates kat abg ikan kkk n hui lin...
chaiyo'...

hmmm...
sweet x paham ckit la bout this tournament...
ada tunjuk kat tv ke???

channel 816 blum ada lg kan???
sweet xdpt lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2008 11:56 PM | Show all posts

Reply #1185 sweetlover's post

sweet ni tournament mane plak ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2008 03:21 PM | Show all posts

Reply #1185 sweetlover's post

tournament mana ni sweet?
super series final yg kat KK tu ke?
ada tunjuk astro nanti kat channel 816
dah nampak iklan dia ....
channel 816 tu biasanye sehari sebelum atau ari tournament tu baru muncul ...
yg penting decoder kena sentiasa on standby mode ....
kalau tak dapat gak nanti on 18th tu ..donlot sendiri la kat menu ...


yg National GP Finals yg baru abih jumaat lepas tu mmg takde tunjuk tv ...


so pei tty/khim wah pun dah dapat joint super series finals ... sebelum ni choong hann n mew choo ....
hermmm .... penarikan diri china & korean player bagus tuk malaysia player ....

setakat ni nama yong dae oppa dlm MD still ada ..... kat XD dah takde ....
harap2 mmg ada lah yong dae oppa ....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 03:24 PM | Show all posts

Reply #1186 lionsleepin's post

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2008 09:57 PM | Show all posts

Reply #1187 kayla's post

ooo...national GP ek..xbyk promosi pon.sape yg menang?? huhuhu...

tp kalu korea n chn tarik diri xfight la kan..kureng meriah.kite lak xde bende nk gosip kt sini
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 10:49 PM | Show all posts

Reply #1189 lionsleepin's post

lohhh ...ko tak nampak aku post result kat atas tu ..saborjelah

posting # 1180
anak ikan ko seme kalah sbb ko tak support dorang
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 11:34 PM | Show all posts

Reply #1190 kayla's post

aku tgk tp tembus a..xmasuk dlm kotak igtn aku nih
da ko tegor ni baru aku perasan tau...huhuhu

tu ler pasal cian dorang kn..mesti rs terabai..cewah

so MO09 ko nk turun padang x?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2008 08:06 AM | Show all posts
Tahun 2008 dianggap musim cemerlang Saina



TAHUN 2008 merupakan musim yang cukup bertuah buat pemain badminton sensasi India, Saina Nehwal.

Minggu lepas, dia muncul pemain India pertama yang menerima anugerah Pemain Paling Menyerlah oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berikutan kejutan-kejutan yang dilakukannya sepanjang tahun 2008.


Pemain berusia 18 tahun itu merupakan pemain India pertama yang menjuarai Terbuka Taiwan tahun ini.

Dia juga merupakan juara bertahan pada Kejohanan Remaja Dunia selain memenangi pingat emas pada Sukan Komanwel Remaja di Pune, India.

Malah, dia juga merupakan pemain India pertama yang mara ke pusingan suku akhir Sukan Olimpik di Beijing Ogos lalu.

Pada Khamis lalu pula, Saina turut menerima satu lagi khabar gembira apabila diundang menyertai kejohanan Final Masters yang akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah bermula Khamis ini.

Peluang tersebut hadir selepas semua pemain China menarik diri daripada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai AS$500,000 (RM1.8 juta) sekali gus memberi peluang kepada Saina serta pemain Malaysia, Wong Mew Choo menggantikan Zhu Lin dan Lu Lan.


"Saya sungguh gembira apabila menerima anugerah oleh BWF," kata Saina kepada surat khabar The Hindu.

"Saya tidak pernah sangka menerima anugerah sebegini dan ia menaikkan lagi semangat saya untuk terus mencapai kejayaan dalam sukan badminton.

"Kini, saya turut menerima satu lagi kejutan apabila diundang menyertai kejohanan Final Masters.

"Ia merupakan peluang keemasan untuk saya memandangkan saya berpeluang menentang pemain-pemain terkemuka dunia.

"Saya berada pada prestasi terbaik dan saya tidak ingin terlepas menyertai kejohanan ini."

Saina juga turut mendapat sokongan padu daripada kerajaan India dan buktinya, Menteri Hal Ehwal Luar Negara India turun padang kelmarin bagi menyelesaikan masalah pasport yang dihadapi oleh Saina bagi membolehkannya tiba di Malaysia sebelum kejohanan yang akan diadakan pada 18 hingga 21 Disember ini.

*********************************************************************

dulu ada sorang pemain wanita india yang not bad juga - apa ke nama -
lupa dah.. kalau male ingat la .. prakash padukone yang eksyen tu -
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 08:54 AM | Show all posts
Originally posted by kayla at 12-12-2008 22:25


sebijik muka zakry kan

dia uni student ke?
rajin ko menyiasat friendster dia ....
kalau rajin cariklah yg lain2 gak



student uum kot
nairul ni ada kat friend list kwn aku
ramai lg players ada kat friendster
facebook lagi la ramai
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 08:57 AM | Show all posts
Originally posted by kayla at 12-12-2008 22:51


points tuk finals SS? entahlah aza ....
world championships ada point tak?
apa beza world championship ngan Final SS ?
yg aku tau ... world champs ikut world ranking ...final SS ikut superseries yg dia masuk taun tu ...
so perlu ke tak final SS ni sebenarnye ??



world champ ada point
aku rs final ss ni takde pun takpe
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 09:03 AM | Show all posts
Originally posted by kayla at 14-12-2008 15:24


OFF TOPIC:
kayla, avatar ko tu citer apa?
dah lama aku tak layan soap korea
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 09:08 AM | Show all posts
Originally posted by lionsleepin at 14-12-2008 23:34
aku tgk tp tembus a..xmasuk dlm kotak igtn aku nih
da ko tegor ni baru aku perasan tau...huhuhu

tu ler pasal cian dorang kn..mesti rs terabai..cewah

so MO09 ko nk turun padang x?



ko turun ke lion?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2008 09:40 AM | Show all posts

SOURCE : THE STAR ONLINE

Badminton: Fairuzizuan-Zakry relish the challenges in Masters Finals
By LIM TEIK HUAT

PETALING JAYA: The national number one men抯 pair of Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari-Mohd Zakry Latif have avoided Olympic champions Markis Kido-Hendra Setiawan in the group stages of the Super Series Masters Finals, which begin on Thursday in Kota Kinabalu.

But they still have to brace for some tough battles. Fairuzizuan-Zakry qualified for the Finals as the second ranked pair in the Super Series standings behind the Markis-Hendra and can only be up against their bogey pair from the semi-finals.

But that is of little comfort as they can expect to have matches against top pairs in the likes of South Koreans Lee Yong-dae-Jung Jae-sung and 2000 Sydney Olympic champions Candra Wijaya-Tony Gunawan, who now play under the Indonesian and American banner respectively.

Other qualifiers are team-mates Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, South Koreans Cho Gun-woo-Yoo Yeon-seong and two Danish pairs
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 08:45 PM | Show all posts
Originally posted by hazlyn at 15-12-2008 08:54 AM

student uum kot
nairul ni ada kat friend list kwn aku
ramai lg players ada kat friendster
facebook lagi la ramai


utara? camne ngan training ?
tan wee kiong & woo khe wei pun joint sukan university ... so dorang student u gak ekkk .... baguslah ...


Originally posted by hazlyn at 15-12-2008 09:03 AM

OFF TOPIC:
kayla, avatar ko tu citer apa?
dah lama aku tak layan soap korea


OFF TOPIC
cite world within .... kat kbsworld ari isnin & selasa pukul 9pm ...
kalau ko balik kg ..leh tengok ulangannye on sunday 2 ep straight ..tak ingat time ...tapi tengahari la ....
sweet kan hyun bin ngan SHG   
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 09:50 PM | Show all posts
Originally posted by hazlyn at 15-12-2008 08:54 AM



student uum kot
nairul ni ada kat friend list kwn aku
ramai lg players ada kat friendster
facebook lagi la ramai



rajinnye ko surfing frenster dorang..tan wee kiong aku ade x?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 09:52 PM | Show all posts
Originally posted by hazlyn at 15-12-2008 08:57 AM



world champ ada point
aku rs final ss ni takde pun takpe



aritu kate xde point sbb ni juz tournament best of the best je..
best ape seme top player withdraw..aku pon xde mood nk tgk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.159259 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list