bahang ramadhan terasa
kala singgah ke pasaraya
lampu ketupat mula tergantung
di celah tanda harga
diskaun-diskaun mula muncul
di bidai pintu jendela
kedai kain mula sibuk
dipenuhi makcik dan anak dara
tauke kain nampak mesra
lebih mesra daripada biasa
senyum sudah sampai telinga
tiada lagi masam mencuka
semuanya manis bergula
tukang jahit tak lepas tangan
kaki tangan penuh benang
baju melayu baju kurung
jadi langsir penuh tergantung
longgokan kurma mula berlambak
penuh ruang berkotak-kotak
corong radio mula terselit
iklan biasa Yusuf Taiyoob
aroma harum mula menusuk
oven yang sekian lama berhabuk
kini sudah bersinar
dipenuhi bau harum biskut
bahang ramadhan terasa…