CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jac_diehard_fan

FILEM GENG : PENGEMBARAAN BERMULA - UPIN IPIN

[Copy link]
Post time 23-3-2009 01:24 PM | Show all posts
last week no 8 la dapi tuh.... jgn pandang sebelah mata tawww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2009 01:29 PM | Show all posts
pilem melayu yg tayang sama time geng memang saja nak bunuh diri laaa......
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 02:55 PM | Show all posts

Balas #1202 rambutan\ catat

wah statement
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 02:57 PM | Show all posts
nak nasihat skit kat team las kopak... fokus pd animasi dulu... live action akak zaiton tu hold la dulu.... test market drama dulu ka hikhik
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 05:25 PM | Show all posts
BAGUS BAGUS....BEST...LAYAN....semalam baru tengok....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 06:03 PM | Show all posts
Originally posted by dino at 23-3-2009 02:57 PM
nak nasihat skit kat team las kopak... fokus pd animasi dulu... live action akak zaiton tu hold la dulu.... test market drama dulu ka hikhik


betul betul betul...

xyah aaa nak buat live actionn bagaiii... do wut u best at... ni siapp nak buat live action zaiton sameon bagaii.. ni dah mcm kes syok sendiriii..


baik fokus kat animasi jeee... mcm pixar ke...ade diorang buat citer filem live action???semua animation film kan?.. biar org kenall as company animasii..ingat les copaque ingat citer animation.....kalo pun nka buat live action punn biar tapak kuat duluu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2009 06:58 PM | Show all posts
latest....... 6.24 juta....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 07:02 PM | Show all posts
senario...................... 6.33..... lagi 100k dlm 3 hari..... weekdays... 33k satu hari.... agak2 leh tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2009 07:25 PM | Show all posts
insyaAllah..walopun aku x tgk lagi tapi aku doakan..semoga geng dpt kutipan yg banyakkkkkkkkkkkkk..

kasik caras seme filem sampah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 07:46 PM | Show all posts

Balas #1215 watachiwa\ catat

mana leh xtgk..musti tgk kt wayang la..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 07:47 PM | Show all posts

Balas #1214 rambutan\ catat

tak buleh kot..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 09:10 PM | Show all posts

Reply #1212 rambutan's post

senario ke no.1.. le nie...? dlm top 10 box office...?

les copaque Keep Moving Forward...!!!

[ Last edited by  logy at 23-3-2009 21:12 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2009 10:03 PM | Show all posts

Reply #1214 rambutan's post

insha Allah.. klu dpt 100,000 lagik da leh potong
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 10:38 PM | Show all posts
LCP buat pilen Jaiton Sameon..comfirm aku tak g tgk pilem tu..so secara amnya dah rugi sorang...tu belum masuk anak bini, ipar duai kaum kerabat...dah berapa tu...tgk tajuk pun aku tak ada minat nak tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 12:41 AM | Show all posts

Reply #1218 CharlieDale's post

tu laaa pasal...
hairan jugak mane dtg idea tue....
idea diorg mase brainstorm kot? @ CEO dia gune kuase veto... duit aku suka atie akulaa nak bikin citer ape2 pung... laku x laku itu soal laing...?

Nak bonus ke tak nak nie?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 01:02 AM | Show all posts
huhu
x yahlah wat filem zaiton sameon tu
teruskan dengan upin dan ipin je dulu
pastu masukkan watak2 mail,ehsan,mei mei dll
mesti best!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2009 07:48 AM | Show all posts

Reply #1218 logy's post

1. lagi2 senario
2. geng
3. sembilu2
4.JPB
5.cicakman

.......... mengikut rekod finas..... kalu ikut penerbit pilem ada sampai 7-8 juta
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 07:50 AM | Show all posts
citer zaiton sameon haku rasa sbb opah yg minat kot...... sama gak time nyanyi cam hidustan lam pilem geng..... sbb opah minat hindustan katanya
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 07:56 AM | Show all posts
semua pandangan korang telah dibaca oleh tauke besar.... cayalah atuk

Zaiton oh Zaiton
Published by ATUK RANGGI on Monday, March 23, 2009 at 8:56 PM



Assalamualaikum....

Sejak artikel mengenai Les' Copaque nak buat filem Zaiton Sameon keluar di NST hari Sabtu minggu lepas, banyak pihak membahaskan perkara tersebut, terutama di ruangan forum. Banyaklah saranan dan komen yang kami terima termasuklah Atok syok sendiri sebab nak buat filem ini. Hari ni Atok nak terangkan kenapa kita nak buat filem dan kenapa tajuk ini yang kita pilih.

Setelah kami berjaya menyiapkan filem Geng dan mengeluarkan siri Upin dan Ipin, kami merasakan bahawa syarikat kami telah bersedia untuk mengorak langkah lagi untuk menaikkan mutu industri filem negara. Jika sekiranya kami telah berjaya menetapkan penanda aras mutu animasi bagi penggiat-penggiat animasi menyainginya melalui filem Geng dan siri Upin dan Ipin, kini kami ingin pula melihat keupayaan kami menaikkkan mutu filem dan CGI yang begitu diwarwarkan.

Sebenarnya bidang CGI dan animasi dapat membantu menaikkan pendapatan negara didalam kegawatan ekonomi ini. Sekiranya kita dapat menghasilkan produk yang bermutu dalam kedua2 bidang ini, kerja-kerja dari luar negara akan mencurah-curah datang kenegara kita disebabkan kos pembuatan dinegara kita begitu rendah jika dibandingkan dengan negara maju. Negara India, Thailand dan singapura adalah beberapa negara yang telah berjaya didalam usaha menarik kerja-kerja ini dari Hollywood dan negara barat. Les' Copaque sendiri telah menerima beberapa tawaran dari Korea dan Argentina untuk kerja-kerja animasi. Malangnya kami masih kekurangan kakitangan untuk menerima tawaran ini, insyaalh kami sedang berusaha untuk menambah pekerja lagi untuk waktu yang terdekat.

Untuk mnghasilkan kerja-kerja CGI, kami harus membuat filem live action dahulu. Kami telah merangka untuk menghasilkan sebuah filem seperti Lord of the Ring yang bercirikan Malaysia dan dipetik dari hikayat kita. Tetapi projek ini akan mengambil masa selama 5 tahun untuk disiapkan kerana ia akan melibatkan R & D keatas CGI. Oleh kerana itu, kami terpaksa membangunkan filem unit kami yang tidak melibatkan kakitangan yang ada sekarang kecuali beberapa orang kakitangan kanan yang akan memberi nasihat dan komen terhadap projek tersebut.

Sebenarnya tujuan kami memilih Zaiton Sameon untuk dijadikan filem adalah kerana sebab-sebab yang berikut:

1. Zaiton adalah penyanyi yang terkenal dizaman 80an sebelum menemui kemalangan yang mengorbankan anaknya. Keadaan hidupnya adalah amat menyedihkan dan untuk kami membantu begitu sahaja sudah tentu menjatuhkan mertabatnya. Olih itu adalah lebih baik kami membantunya dengan mengadakan filem ini.

2. Jarang sekali industri filem dinegara kita berani mengeluarkan filem komersial yang berbentuk autobiography. Subjek ini sememangnya susah dan jika tidak pandai membuat penceritaan, ia akan menjadi filem dokumentari. Oeleh kerana itu kami ingin mencuba keupayaan kami, dan sekiranya berjaya , sudah tentulah kita tidak mempunyai masaalah untuk membuat filem untuk sebarang genre.

Pada awalnya kami telah memilih M. Subash untuk menjadi pengarah kerana Opah berpendapat ia mempunyai bakat untuk membuat filem sebegini melalui karyanya "ensil". Beliau telah sanggup untuk menulis skrip dan setelah dipersetujui dan wang pendahuluan di bayar, beliau telah menyipakan skrip dalam masa dua minggu. Malangnya mutu skrip tersebut terlalu rendah dan terdapat fakta hidup Zaiton yang salah dan perlu diperbetulkan. Malangnya, apabila dikomen, beliau telah menyalahkan kami kerana campur tangan dengan karyanya dan terus meninggalkan kami terpinga-pinga didalam mesyuarat. Sehingga hari ini wang pendahuluan tidak di pulangkan.

Memang betul kami telah membuat screen test dan Nurul sememangnya layak untuk memegang watak Zaiton. Tetapi kami belum lagi melantik beliau untuk berlakon kerana skrip masih belum dibuat lagi. Waktu ini kami sedang mencuba beberapa bakat baru untuk menghasilkan skrip sebelum kami mengambil keputusan untuk meneruskan filem tersebut.

Memang susah untuk orang yang berpengalaman atau merasakan diri dia lebih baik bekerja dengan kami. Oleh kerana itu, Atok lebih suka mengambil anak-muda yang baru lepas dari belajar bekerja dengan Atok kerana mudah dibentuk.

Atok: Melentur buluh mesti dari rebongnya...he..he


Posted by ATUK RANGGI



Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 08:06 AM | Show all posts
bukan haper atuk.... kami takut pilem nieh rugi sbb tak ramai khalayak menyukainya.. memang niat atuk murni nak nolong jeton sameon nieh... tp las kopak sendiri belum benar2 kukuh lagik....  baru satu pilem dan alhamdulillah pilem nih pecah panggung......

eden tau.... memang atuk punya wawasan first class.... dan kami kat sini percaya atuk mampu lakukan utk naikkan lagik kompeni las kopak nieh.... cuma tang citer jeton tuh jer ada sikit tak kena sbb ramai peminat lebih nak les kopak jd syarikat animai tersohor mcm pixar....

apapun ini adalah pandangan peminat yg dah bagi sokongan sebaik mungkin dlm pilem sulung atuk... dan rasanya pandangan kami nih ada benarnya walau mungkin takleh pakai 100%:  

saya cadangkan cuba masukkan watak zaiton dlm movie animasi 3d atuk selepas ini....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.049249 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list