|
Rozana Misbun Berjaya Peroleh Cerai Taklik Terhadap Awie Di Songkhla @ pg.50
[Copy link]
|
|
Perkele posted on 9-9-2014 02:14 AM 
cik nin je la kot...cintun sampai mati gittew
sape cik nin tu?
zizan nin? 
|
|
|
|
|
|
|
|
doubleA posted on 9-9-2014 04:33 PM 
sape cik nin tu?
zizan nin?
che nin anak pak jabit...alaaa...takkan x kenal 
|
|
|
|
|
|
|
|
Perkele posted on 9-9-2014 08:56 PM
che nin anak pak jabit...alaaa...takkan x kenal
Hahaha,kenal2.
Cik nin pun dah berubah jadi cik nin yg baru.
Rasanya cik nin pun taknak dah kat awie,hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Klo cik nin snggup jd 'ibu express' nk jaga 5 org anak why not??? |
|
|
|
|
|
|
|
rosevelvet posted on 9-7-2014 01:50 PM 
"Memisahkan anak-anak yang tidak berdosa ini dari ibu yang mengandung, melahir dan membesarkan merek ...
Aku sokong stetmen ko 1000%...itu lah namanya hidup umpama roda...
|
|
|
|
|
|
|
|
Peguam Awie Pertikai Kelewatan Rozana Hantar Afidavit
Diterbitkan: Rabu, 17 September 2014 2:04 PM
Mohd Al Qayum Azizi
Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
[email protected]

Awie (kiri) dan siterinya, Rozana Misbun
KUALA LUMPUR: Peguam Syarie kepada vokalis kumpulan Wings, Awie mempertikaikan tindakan isteri penyanyi itu, Rozana Misbun ekoran kelewatan menghantar afidavit pembelaan untuk mengetepikan perintah injunksi (tegahan) secara ex-parte (sebelah pihak) yang dibenarkan mahkamah terhadap Awie sebelum ini terhadap tiga anak mereka.
Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain dalam hujahannya berkata, pihak Rozana selaku responden kes berkenaan gagal menyerahkan jawapan berkenaan dalam masa 14 hari seperti mana diperintahkan mahkamah pada 21 Julai lalu.
Jelas Mohd Zaidi, Rozana menerusi peguamnya Majdah Muda hanya memfailkan sehari selepas tempoh itu tamat dan ia jelas melanggar perintah yang dikeluarkan.
Hujahan kes berkenaan didengar dihadapan Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Zain di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Rabu.
Bagaimapun, Majdah dalam hujahannya turut mempertikaikan tentang penyerahan perintah berkenaan yang dibuat oleh pihak pemohon pada 24 Julai sekitar pukul 8 malam.
Majdah dalam hujahan balasannya berkata, sesuatu perintah yang diserahkan selepas pukul 4 petang dan diluar waktu pejabat tidak dikira sebagai tempoh itu bermula pada hari berikutnya.
Mohd Amran bagaimanapun menetapkan Khamis (esok) untuk membuat keputusan berhubung kes berkenaan.
Awie pada 22 Julai lalu berjaya mendapat hak penjagaan sementara ke atas tiga anak hasil perkahwinan mereka iaitu iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.
Awie turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan Arni iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12.
Terdahulu Awie dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 3 Julai lalu atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya di kediaman mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 2 Jun lalu.
Awie bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Credts: mstar.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Pendakwa Raya Perlu Lebih Masa Kemuka Laporan Forensik Kes Pukul Awie
Diterbitkan: Rabu, 15 Oktober 2014 11:38 AM
Mohd Al Qayum Azizi
Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
[email protected]

Awie didakwa mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun pada 2 Jun lalu.
KUALA LUMPUR: Pihak pendakwa raya kes penyanyi Awie yang didakwa mencederakan isterinya, Rozana Misbun, mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Majistret Ampang di sini pada Rabu supaya diberi lebih masa untuk melengkapkan dokumen berhubung laporan forensik kes tersebut.
Timbalan pendakwaraya, Goh Ai Rene memberitahu mahkamah, pihaknya perlu membuat beberapa penambahan pada dokumen sedia ada bagi menyokong kes tersebut.
Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membenarkan permohonan tersebut dan menetapkan 4 November depan untuk sebutan semula kes berkenaan.
Awie turut hadir pada prosiding berkenaan dan diwakili peguam Hazman Harun dan Aimizaizul Amran.
Mengikut pertuduhan, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rozana pada 2 Jun lalu kira-kira pukul 1.30 petang di alamat No. 9 Jalan UB 5B, Taman Ukay Bestari, Ukay Perdana Hulu Kelang di sini.
Jika sabit kesalahan penyanyi itu boleh dihukum mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaaan.
Awie dan Rozana, 36, dilaporkan berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 2005.
Terdahulu Awie pernah berkahwin dengan penyanyi Arni Nazira pada Disember 1998 sebelum bercerai pada Oktober 2006.
Credits: mstar.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
myakayina posted on 4-9-2014 10:21 AM 
kot ye pun rozana mmg bersalah ..rasanya tak perlu la pisahkan dia dgn anak2.. kesian..
Barangkali awie berjaya mengemukakan bukti rozana seorang isteri yang tidak amanah mentadbir wang ringgit beliau sehingga lesap wang puluhan ribu ringgit.
apabila ibu tidak bersifat amanah, maka hak jagaan semetara / hak jagaan penuh (hadanah) boleh dicabar sehingga terlucut hak itu
kesimpulannya jadilah manusia amanah.. Tadbir harta suami dengan betul baru lag allah azzawajalla permudahkan. Jika pecah amanah, rasain balasan tuhan. Last edited by addamnor on 15-10-2014 10:39 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
xAthenax posted on 4-9-2014 02:57 AM
awie tu kan taikor tai
haruslah didulukan
Harap bila komen di sini gunakan akal fikiran bukan atas sebab kamu punya vagina maka segala terjadi terhadap si rozana yang juga punyai vagina mcm kamu tu mahkamah yang aniya.
Semua kena denda kalau dah absent trial tak kira jantan betina. Harap jelas dan berhenti menuduh mahkamah berat berat sebelah lah itu lah ini lah. Eh hello. |
|
|
|
|
|
|
|
NAT_11 posted on 4-9-2014 12:01 PM 
Kesian pulak aku kat Rozana ni.
Apasal Hakim mintak dia bayar sebab tak hadir masa perbicaraan lalu ...
Kena shj bayaran denda tak kira jantan betina, jika tiada sebab musabab yang konkrit
|
|
|
|
|
|
|
|
skymania posted on 22-8-2014 11:44 PM 
kalau dah register.. opkos dpt kad kawen mcm IC tuh kan?
motip tak pernah tau itu semua ...
Bimbo sangat si Rozana tuh😭😭
selayaknya lah kena hempuk sbb bimbo yang hamat. Mcm mana dia boleh tak tahu nikah tak register lagi. Lemah sungguh!
|
|
|
|
|
|
|
|
NAT_11 posted on 4-9-2014 11:09 AM
IN the frist place......................
Mujurko betulkan, akk dh anggap pasuoren's english is correct |
|
|
|
|
|
|
|
xAthenax posted on 16-10-2014 01:09 AM 
motive nak patronize forummer lain?
stress sangat ke tengok vagina hari hari? Sekarang ini lelaki tibai betina = bukan lelaki
betina tibai duit jantan = bukan perempuan elok kejadiannya, layak dihencap
so hauk bertemu hauk, selayaknya lah sekor kena sumpah seranah sekor kena hempuk bengkak muka pelbagai
Stress tgk cikki duk hadap nak membela cikki walaupun hujung pangkal tak tahu cerita apa yang benar berlaku.. Asal ada je wanita cerita seperti teraniya gigeh membekap + siding walhal cerita adal yang benar tak siapa yang tahu / terselindung.
contoh yg ketara kes sawie vs rozana dan rita riyan vs aidil.
Sedeh ok, pathetic sangat lehat porumer bercakaran seolah oleh mereka arif dan tahu bagaimana bentuk ciknek awie dan aidil, bagaimana bentuk cikki rita dan rozana.
Last edited by addamnor on 16-10-2014 09:33 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
addamnor posted on 16-10-2014 09:27 AM 
Sekarang ini lelaki tibai betina = bukan lelaki
betina tibai duit jantan = bukan perempuan elok k ...
td mention srh gne akal fikiran...skrg posting mcm dh emosi je...
relax la..kte follow je kes ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
pichee posted on 16-10-2014 10:57 AM 
td mention srh gne akal fikiran...skrg posting mcm dh emosi je...
relax la..kte follow je kes n ...
Gitu kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
owh.. nak tambah2 documentation... |
|
|
|
|
|
|
|
Selasa, 4 November 2014 @ 2:42 PM
Bicara kes Awie cedera isteri bermula 13 Januari

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Ampang hari ini menetapkan dua hari bermula 13 Januari tahun depan sebagai tarikh perbicaraan kes penyanyi rock kumpulan Wings, Awie yang menghadapi tuduhan mencederakan isterinya, Jun lalu.
Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene memaklumkan bahawa laporan forensik diserahkan kepada pihak pembelaan melalui peguam Hazman Harun, yang mewakili Awie.
Pada 4 Julai lalu, Awie, 46, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman mengaku tidak bersalah atas dakwaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Rozana Misbun, 36, di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 1.30 tengah hari, 2 Jun lalu. Awie yang juga pelakon utama filem 'Zombi Kampung Pisang' dan 'Hantu Kak Limah' didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang mem peruntukkan hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Credits: bharian.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
Pihak Pendakwa Serah Dokumen Forensik Untuk Dakwa Awie
Diterbitkan: Selasa, 4 November 2014 11:59 AM
Oleh: FERIDE HIKMET ATAK
[email protected]

Awie (tengah) didakwa mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun pada 2 Jun lalu.
AMPANG: Pihak pendakwa pada Selasa mengemukakan dokumen forensik di mahkamah majistret di sini bagi menyokong pendakwaan terhadap penyanyi Awie atas tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun pada 2 Jun lalu.
Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene menyerahkan dokumen itu kepada majistret, Ayuni Izzaty Sulaiman.
Awie turut hadir pada prosiding berkenaan dan dia diwakili peguam Hazman Harun dan Aimizaizul Amran.
Ayuni Izzaty menetapkan 13 dan 14 Januari 2015 untuk perbicaraan kes berkenaan.
Mengikut pertuduhan, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rozana pada 2 Jun lalu kira-kira pukul 1.30 petang di alamat No. 9 Jalan UB 5B, Taman Ukay Bestari, Ukay Perdana Hulu Kelang di sini.
Jika sabit kesalahan penyanyi itu boleh dihukum mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaaan.
Awie dan Rozana, 36, dilaporkan berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 2005 dan memiliki tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.
Terdahulu pada 18 September lalu Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur mengarahkan beliau membayar kos guaman sebanyak RM900 kepada Rozana selepas bantahannya berhubung permohonan isterinya bagi mengenepikan perintah hak jagaan anak secara sebelah pihak yang diperolehnya ditolak.
Sementara itu, Awie turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan penyanyi Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12.
Credits: mstar.com.my
Last edited by achik2009 on 4-11-2014 09:05 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
update lg @achik2009
Rozana Diminta Kemukakan Bukti Pernikahannya Dengan Awie Tidak Didaftarkan[size=0.688em]Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 2:08 PM
 [size=0.75em]Rozana (kiri) turut ditemani kakaknya iaitu aktres Haliza Misbun. Foto RAJA FAISAL HISHAN
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Rabu mengarahkan isteri kepada penyanyi Awie iaitu Rozana Misbun mengemukakan akuan bersumpah sebagai bukti berhubung dakwaannya mengatakan perkahwinan mereka tidak didaftarkan di Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP).
Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Zain menetapkan tarikh 26 November ini untuk Rozana menyerahkan akuan bersumpah berhubung perkara itu daripada pegawai jabatan agama berkenaan.
"Apabila pihak Rozana menyatakan tiada sebarang pendaftaran pernikahan dibuat, maka kenyataan secara sumpah daripada pegawai terbabit perlu dibuat bagi mengesahkan kedudukan tersebut.
"Sekiranya pihak lain (Awie) berhasrat membuat soal balas, maka sepina akan dikeluarkan. Barulah ia boleh dijadikan rujukan. Saya tidak mahu kes ini menimbulkan perkara yang tidak tepat," hujahnya.
Dakwaan bahawa perkahwinan itu tidak pernah didaftarkan muncul selepas Rozana meragui permohonan Awie yang turut melampirkan bersama surat nikah mereka ketika mengemukakan permohonan hak jagaaan anak (hadanah) secara ex-parte.
[size=0.75em]Awie bersama wakil peguamnya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.
[size=0.98em]Rozana seterusnya menyiasat perkara itu sebelum pihak JAIPP mengeluarkan surat menyatakan tiada pendaftaran dibuat oleh Awie berhubung pernikahan mereka.
Mahkamah menetapkan 26 November depan untuk Rozana memasukkan afidavit berhubung akuan bersumpah tersebut, manakala 18 Disember untuk pihak Awie melakukan soal balas.
Sementara itu, bagi kes hak jagaan anak, pihak mahkamah menetapkan tarikh 27 November untuk pendengaran permohonan itu.
Penyanyi yang popular dengan lagu Tragedi Oktober itu turut hadir bersama wakil peguamnya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, dan Rozana, 36, dilaporkan berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 2005 dan memiliki tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.
Penyanyi itu turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan penyanyi Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12.
Terdahulu pada 18 September lalu Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur mengarahkan Awie membayar kos guaman sebanyak RM900 kepada Rozana selepas bantahannya berhubung permohonan Rozana bagi mengenepikan perintah hak jagaan anak secara sebelah pihak yang diperolehnya ditolak.
Dalam kejadian lain Awie telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 3 Julai lalu atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya di kediaman mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 2 Jun 2013.
Awie bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lain na rupa rozana zaman dulu. Haliz pun lain sangat. Kurus kecik! |
|
|
|
|
|
|
| |
|