CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shasha67

FANS - AQASHA (FIRDEE AQASHA)

[Copy link]
Post time 30-9-2009 04:02 PM | Show all posts
masih mengikut drama Senandung Si dayang
shasha67 Post at 28-9-2009 21:07


lum penah tgk lg........selalu je lupa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2009 09:58 PM | Show all posts
SALAM SHA
SELAMAT HARI RAYA:pompom:
srisaujana Post at 30-9-2009 16:01


walaikumsalam sri .. yeah sri masuk umah :pompom:.. rindu banget aku kat ko sri .. salam hari raya kat ko gak .. bila nak dtg raya rumah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2009 09:59 PM | Show all posts
lum penah tgk lg........selalu je lupa
srisaujana Post at 30-9-2009 16:02


dah abis sri ..dah tak dpt tgk deedee aku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2009 08:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 10:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 2-10-2009 22:54
http://3.bp.blogspot.com/_VdrusoBE7MI/SgxVDMC84ZI/AAAAAAAABxI/YT36c2OMY7c/s400/DC17.JPG
shasha67 Post at 2-10-2009 20:27


pic bila ni sha time ni rambut dedee pendek

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 10:55 PM | Show all posts
dah abis sri ..dah tak dpt tgk deedee aku
shasha67 Post at 30-9-2009 21:59


dh abis ke .......ada repeat x ehk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2009 10:57 PM | Show all posts
sha........ko tgk x kelap pop.......ada dedee..........ensem
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 10:58 PM | Show all posts
rinduuuuuuuu kak shaaaaaa!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2009 12:03 AM | Show all posts
rinduuuuuuuu kak shaaaaaa!!
jingga007 Post at 2-10-2009 22:58



hai jing........apa kabar
selamat hari raya
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2009 12:26 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 4-10-2009 00:29

Ujian besar buat Rozie Othman

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]        26/09/2009



ROZIE OTHMAN (depan, dua dari kiri) bersama barisan pelakon dan pengarah, Haris Kadir (belakang, kanan sekali) sewaktu majlis pelancaran drama bersiri Senandung Si Dayang, baru-baru ini.



SELAMA hampir tiga dekad aktres serba boleh ini bergelumang dalam industri hiburan yang penuh pancaroba ini. Sepak terajang dan maki hamun semua sudah dirasainya dalam membina nama sebagai seorang pelakon yang disegani.

Tempoh 26 tahun berkecimpung dalam dunia seni sudah cukup mematangkan dan memberikan pelbagai pengalaman buat Rozie Othman untuk meneruskan legasi seninya.

Untuk itu, Rozie telah menubuhkan syarikat produksinya sendiri, SFS Productions Sdn. Bhd. sejak tujuh tahun lalu untuk terus mengukuhkan namanya di persada seni tanah air.

Jelasnya, SRS Productions juga ditubuhkan untuk menjamin masa depan dirinya dan anak-anaknya memandangkan bidang lakonan di negara ini untuk pelakon senior sepertinya tidak dapat menjanjikan sebarang kemewahan.

“Alhamdulillah, rezeki saya semakin luas dan mendapat kepercayaan daripada semua stesen televisyen.

“Untuk memikul tugas sebagai seorang penerbit juga bukanlah mudah kerana kita perlu menghasilkan karya yang terbaik untuk meraih kepercayaan pihak stesen serta penonton.

“Kerana itu juga, saya amat menitik beratkan soal kualiti serta kelainan yang mahu saya tonjolkan dalam drama-drama terbitan saya untuk memberi kepuasan,” ujarnya bersemangat sewaktu di temui pada majlis pelancaran drama bersiri Senandung Si Dayang di ibu negara, baru-baru ini.

Sehingga kini, sudah lebih daripada 30 buah drama yang diterbitkan oleh syarikatnya.

Antara yang mendapat perhatian adalah Ketentuan yang disiarkan di TV3 tidak berapa lama dulu selain Sirah yang pernah tersenarai sebagai lima drama terbaik dalam Anugerah Skrin tahun lalu.

Terbaru, drama Senandung Si Dayang sudah mula menjadi buah mulut masyarakat yang rata-rata memuji kehebatan serta pengisian yang terkandung di dalam drama yang disiarkan menerusi slot Lagenda di TV3 itu.

Namun pun begitu, Rozie yang sudah 14 tahun hidup sebagai seorang ibu tunggal memberitahu, cabaran menghasilkan Senandung Si Dayang benar-benar mencabar dirinya sebagai seorang penerbit.

“Masakan tidak, drama ini melibatkan tiga era yang berbeza dan saya perlu mencari set serta kostum dalam menepati perjalanan ceritanya.

“Saya harus akui menerbitkan drama moden lebih mudah daripada menerbitkan drama yang ada elemen purba dan zaman silam kerana negara kita kekurangan dari segi penataan seni serta kostum.

“Alhamdulillah setelah selesai penggambaran semua pihak terutama TV3 berpuas hati dengan penghasilan Senandung Si Dayang dan sudah pasti sebagai penerbit, saya bangga kerana dapat menghasilkan satu karya yang berbeza daripada sebelum ini,” kata ibu kepada sepasang cahaya mata ini penuh teruja.

Senandung Si Dayang diarahkan oleh Haris Kadir dan ia merupakan naskhah yang diadaptasi daripada kisah dongeng, Dayang Senandung yang sebelum ini pernah difilemkan dan seniwati Datuk Sarimah Ahmad memegang watak utamanya pada tahun 1965.

Uniknya dalam drama Senandung Si Dayang ini, ia memperlihatkan tiga pelakon wanita yang memegang watak ikonik itu dalam tiga zaman yang berbeza iaitu Elly Mazlein, Almy Nadia dan bekas peserta Akademi Fantasia musim pertama, Azariah Suaymi atau Azza.

Rozie memberitahu, idea untuk menerbitkan Senandung Si Dayang sudah lama berlegar di kotak fikirannya memandangkan belum ada lagi pihak yang mengangkat kisah wanita berkulit hitam legam yang akhirnya bertukar menjadi jelita itu dalam zaman ini.

Selain tiga pelakon itu, drama bersiri ini juga menampilkan Aqasha, Buzen, Kuswadinata, Latif Borgiba, Khairil Anwar, Sofia Ibrahim serta kemunculan semula Mas Anizan.

Bukan itu sahaja, Senandung Si Dayang juga merupakan kemunculan terakhir Allahyarham Khairil Khamis sebelum meninggal dunia pada 17 Julai lalu.

“Mengenai pemilihan pelakon pula, semuanya atas perbincangan kedua belah pihak iaitu syarikat saya dan juga TV3.

“Kami juga ada mahukan pelakon lain tetapi disebabkan jadual mereka yang padat, maka kami harus mencari mereka yang tidak sibuk dan boleh memenuhi jadual kami,” ujarnya yang turut membuat kemunculan istimewa dalam drama tersebut dengan imej bertudung.

Sementara itu, bagi Almy Nadia yang membawakan watak Puteri sememangnya memberikan cabaran dan pengalaman baru untuknya.

Apatah lagi, dia juga mahu menutup mulut sesetengah pihak yang meragui bakat lakonannya sebelum ini.

“Saya sering diberikan watak gedik dan mengada-ngada tetapi watak Puteri ini memang berlainan sekali.

“Bukan mudah untuk berada di lokasi dengan solekan hitam kerana ia benar-benar menguji kesabaran saya sebagai seorang pelakon baru,” katanya penuh perasaan.

Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddinshah turut menambah, cabaran dalam membawakan watak Puteri bukan sahaja terletak pada solekan tetapi juga emosi serta penghayatan wataknya itu.

“Saya perlu menjadi seorang yang penyabar dalam berdepan dengan masalah hidup yang dihadapinya setelah berumah tangga,” ujarnya.

Drama bersiri sebanyak 20 episod itu sudah pun ditayangkan sejak 25 Ogos lalu setiap hari Isnin hingga Khamis bermula pukul 4.30 petang di TV3 sementara ulangannya pukul 8.30 malam di TV9.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2009 10:35 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 5-10-2009 10:47


Tasha: Cinta Aqasha Tinggal Sejarah
10-Nov-2008 | Oleh: Ellyna Ali




KUALA LUMPUR, 9 NOV 2008:  Tidak ada angin, tidak ada ribut, tiba-tiba hubungan cinta bintang prelude AF4, Tasha, 26, yang terjalin selama 5 tahun bersama penyanyi serta aktor Aqasha sudah pun berakhir.



"Saya sendiri tak tahu macam mana hubungan kami boleh berakhir. Tahu-tahu saja kami dah bukan macam dulu. Jarang bersama, jarang berkomunikasi. Akhirnya masing-masing bawa haluan sendiri.


"Pada awalnya memang susah untuk saya terima keadaan ini. Maklumlah kami berkawan sudah lama. Takkanlah habis macam itu saja. Tapi nak buat macam mana, itulah hakikatnya dah tinggal sejarah.



"Sekarang, saya sudah malas nak fikir tentang soal cinta. Malas hendak cari teman lelaki. Lebih baik saya cari duit dan fikirkan tentang kerjaya seni Banyak benda yang boleh saya buat," katanya kepada murai.com.my.
Tasha juga pernah berasa tertekan apabila dikaitkan sebagai punca keretakan rumahtangga komposer Ajai & Nurul. Apatah lagi apabila dia antara artis yang terpilih untuk berada di bawah naungan syarikat produksi Ajai, Wake The Baby.

"Macam-macam orang cakap pasal saya. Makcik kat pasar pun tegur saya kenapa saya ganggu rumahtangga Ajai & Nurul pada waktu itu. Saya tak tahu nak cakap apa padahal saya tidak ada kena-mengena dalam hal tersebut.


"Akhirnya orang tahu juga perkara sebenar. Tapi bagi yang tidak tahu, mereka tetap anggap saya sebagai pesalah," katanya. Tasha akui dia masih berkawan baik dengan Aqasha walaupun sudah tidak bersama lagi sebagai pasangan kekasih.


Tasha yang bernaung di bawah Beyond Artiste, sempat memperdengarkan single pertamanya berjudul Akhirnya Cinta ciptaan Ajai.



"Waktu mula-mula rakam lagu ini, Ajai sudah pun memberitahu bahawa lagu melodinya kedengaran seperti lagu Cina. Saya pun kata OK. Untuk menambahkan kesan dramatik, percintaan yang tidak mendapat restu antara gadis Melayu dengan pemuda Cina diselitkan dalam klip video lagu ini.


"Beberapa babak lakonan dalam Opera Cina turut dimuatkan sebagai elemen artistik. Saya sendiri turut berpeluang mengenakan kostum Opera Cina itu serta mengenakan solekan yang cukup tebal.


"Ia satu pengalaman yang sungguh menarik tapi pada masa yang sama, cukup memeritkan. Yalah, saya tidak biasa disolek setebal itu. Satu lagi, hiasan kepala yang digunakan dalam kostum opera Cina itu sangat berat," kata anak kelahiran Seremban ini.


Kalau hendak diikutkan kata Tasha, dia memang mahu muncul dengan album studio penuh di pasaran.


"Tapi, apabila ramai yang tak galakkan, saya pun akur. Jualan album masih lembab. Lebih baiklah jual single menerusi muat turun ringtones. Cara ini lebih menguntungkan.


"Sebenarnya, sudah banyak lagu yang saya rakamkan. Selepas Akhirnya Cinta akan ada single lain yang menyusul nanti," katanya yang kini sudah mula jinak-jinak berlakon selepas membintangi filem Lu Pikirlah Sendiri bersama Nabil Raja Lawak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2009 08:41 PM | Show all posts
dh abis ke .......ada repeat x ehk
srisaujana Post at 2-10-2009 22:55


ko gi tv9 website .. kat situ ko leh tgk semua episod   crita nya tak sedap mana pun tapi kerna aqasha aku sanggup tgk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2009 08:42 PM | Show all posts
sha........ko tgk x kelap pop.......ada dedee..........ensem
srisaujana Post at 2-10-2009 22:57


aku tak tgk lah sri     bila repeatnya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2009 08:43 PM | Show all posts
rinduuuuuuuu kak shaaaaaa!!
jingga007 Post at 2-10-2009 22:58


aku pun rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu kat ko jing ... kenapa ko merujuk tak masuk umah aku   apa2 pun thank u kerna masih ingat kat aku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2009 08:44 PM | Show all posts
1230# srisaujana


thanks sri  
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2009 08:50 PM | Show all posts
aku pun rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu kat ko jing ... kenapa ko merujuk tak masuk umah aku   apa2 pun thank u kerna masih ingat kat aku
shasha67 Post at 5-10-2009 20:43





mek bukannnnnn merajukkkkkkkkkkkk.....tapiiii.........mekkkkkkkk bz....tmbhn pulak lusa dah PMR...   Wish mek luck.Berdebar2 sgt nie...
Mestilahhh mek sentiasa igt kat Kak Sha...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2009 09:46 AM | Show all posts
Samekom.........kasik up sikit
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 09:47 AM | Show all posts
ko gi tv9 website .. kat situ ko leh tgk semua episod   crita nya tak sedap mana pun tapi kerna aqasha aku sanggup tgk
shasha67 Post at 5-10-2009 20:41


x best ke ...........cam mls lak nk tgk
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 09:49 AM | Show all posts
aku tak tgk lah sri     bila repeatnya?
shasha67 Post at 5-10-2009 20:42


x tau la sha.........tp kan mmg ensem dedee tau
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 09:55 AM | Show all posts
1230# srisaujana


thanks sri  
shasha67 Post at 5-10-2009 20:44


welkem......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.075075 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list