•10g serbuk agar-agar
•1/2 cawan gula merah
•1/4 cawan gula putih
•1150 ml air
•120ml air campur 1 paket santan serbuk(Akak guna jenama KARA)
•1 biji telur dipukul dengan santan tadi
•secubit garam
•1 helai daun pandan
Caranya:
•Masak air dengan gula dan daun pandan (kalau guna gula merah cap bintang tak payah tapis)
•bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
•Kecilkan api
•kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih
•Tuang kedalam acuan yang anda suka
•Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk!