CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: achik2009

Rozana Misbun Berjaya Peroleh Cerai Taklik Terhadap Awie Di Songkhla @ pg.50

[Copy link]
 Author| Post time 3-12-2014 12:16 PM | Show all posts
Sijil Nikah Palsu, Rozana Misbun Buat Laporan Polis




Sumber Oleh Astro Awani

BUTTERWORTH, 3 DIS 2014: Isteri penyanyi dan pelakon Awie, Rozana Misbun membuat laporan polis berhubung dakwaan sijil perakuan nikah palsu yang dikeluarkan Pejabat Agama Daerah Bukit Mertajam sembilan tahun lalu.

Laporan di buat di Balai Polis Butterworth kira-kira jam 3.30 petang pada Selasa bagi membolehkan pihaknya mendapatkan pengesahan berhubung sijil nikah yang diragui kesahihannya itu.

Rozana bersama peguamnya, Nor Azmi Mohd Arif membuat laporan itu selepas mendapatkan khidmat nasihat di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) di Butterworth.

Menurut Nor Azmi, surat perakuan nikah yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Islam Bukit Mertajam pada tahun 2005 itu diragui kesahihannya menyebabkan pihaknya membuat laporan agar satu siasatan lanjut dapat dilakukan.

"Ini berkait dengan kes yang difailkan dan dokumen itu digunakan di mahkamah. Dokumen itu tidak betul dan diragui. Kami sudahreferdan pihak polis hendak tentukan dokumen yang kita ragui supaya boleh diambil tindakan terhadap orang yang keluarkan dokumen itu," kata Nor Azmi.

Tambahnya, ketiadaan pengesahan dokumen berkenaan menyukarkan anak guamnya untuk berurusan mengenai kes-kes berkaitan hak penjagaan anak yang telah difailkan sebelum ini.

Terdahulu, Rozana mendakwa surat perakuan nikah yang dikemukakan Awie tidak terdapat dalam semakan status daftar perkahwinan Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk orang Islam negeri itu.

Pada 22 Julai lalu, vokalis kumpulan rock Wings, Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 46, berjaya mendapat hak penjagaan sementara ke atas tiga orang anak hasil perkahwinan dengan Rozana daripada Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan.

Pada 4 Julai lalu, Awie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang atas tuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah kepada Rozana.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di rumah mereka di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Ampang kira-kira pukul 1.30 petang, 2 Jun lalu.



Credits: murai.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2014 02:12 PM | Show all posts
er...kalau palsu maknanya?
pernikahan mereka sah ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 02:28 PM | Show all posts
sijil nikah palsu??? jd 3 org ank tu???
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 02:38 PM | Show all posts
sijil nikah palsu tak semestinya nikah tak sah
asalkan tepati segala syarat2 sah nikah masa menikah kat siam dulu
ni masalah undang2 sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 02:41 PM | Show all posts
fiezameysekali posted on 3-12-2014 02:28 PM
sijil nikah palsu??? jd 3 org ank tu???

sijil je pelesu

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 02:42 PM | Show all posts
kalo x sampai ke sudah le x tau sijil nikah tu pelesu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2014 02:48 PM | Show all posts
watachiwa posted on 3-12-2014 02:41 PM
sijil je pelesu

oo aah kan.. lupe lak kene ikot undang2 malaysia..
its ok la gtu
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 03:30 PM | Show all posts
bila laaa nk settle masalah diorg ni...
kesian kt anak2....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2015 02:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kcian dekat anak korang..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2015 07:56 AM | Show all posts
Edited by Syd at 3-6-2015 07:58 AM


Rozana Misbun Berjaya Peroleh Cerai Taklik Terhadap Awie Di Songkhla
Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2015 6:00 AM


Rozana (kiri) berasa lega apabila kes permohonan cerainya terhadap Awie secara taklik diterima Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand.

PETALING JAYA: Talak antara penyanyi Awie dan Rozana Misbun akhirnya gugur selepas wanita itu berjaya mendapatkan tuntutan fasak secara taklik dari pejabat Majlis Agama Islam, Songkhla, Thailand pada 1 November 2014.

Rozana, 36, berkata, permohonan fasakh itu berjaya diperoleh selepas pihak Majlis Agama Islam Songkhla, berpuas hati dengan keterangan serta bukti diberikannya selepas tragedi 2 Jun 2014 iaitu kejadian dibelasah oleh Awie.

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya bukan lagi isteri Awie berkuat kuasa 1 November 2014.

"Bertitik tolak dari kejadian 2 Jun 2014 yang dikemukakan, permohonan cerai saya telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Songkhla, sekali gus sijil perceraian yang sah mengikut undang-undang telah dikeluarkan dan disahkan pihak terbabit," katanya secara eksklusif kepada mStar Online pada Selasa.

SILA KLIK: Hasrat Awie Tuntut RM1 Juta Terhadap Isteri Ditolak Mahkamah

Taklik adalah perjanjian kahwin yang dibacakan suami secara lisan selepas akad nikah dan mengikut perjanjian itu, talak seseorang boleh gugur jika berlaku pengabaian tanggungjawab oleh suami terhadap isteri.



Saat bahagia Rozana dan Awie kini tinggal kenangan.

Kata Rozana, permohonan itu dibuat di pejabat agama Islam berkenaan kerana ia adalah lokasi di mana dia dan Awie bernikah iaitu pada 20 Jun 2005.

Bagaimanapun pernikahan itu sehingga sekarang gagal didaftarkan di negara ini sehinggalah permohonan cerai tersebut dilakukan.

Tambah Rozana lagi, dengan gugurnya talak itu, dia mengalu-alukan Awie untuk berjumpa dengan peguamnya iaitu Jamal Mohd Lokman bagi menyelesaikan beberapa perkara yang perlu.

"Apa yang saya mahu ialah kehidupan dengan tiga anak saya. Saya juga sudah tiada masa untu memikirkan lagi perkara-perkara remeh,” kata Rozana.

Malah wanita itu turut menuntut agar Awie mematuhi arahan mahkamah supaya menyerahkan anak sulung mereka, Putra Ahmad Merrah, 8, yang kini berada bersamanya kerana hak penjagaan sementara diperoleh Rozana pada 27 Januari lalu.

Dua lagi anak mereka iaitu Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5, berada dalam jagaan Rozana.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana dua daripada tiga anak saya kini berada bawah jagaan saya. Insya-Allah saya tidak pernah putus berdoa dan yakin bahawa anak sulung saya iaitu Merrah yang masih lagi tidak diserahkan kepada saya akan kembali ke pangkuan saya dan adik-adiknya nanti,” ujar Rozana.

Terdahulu, Awie menghadapi tuduhan di Mahkamah Majisteret Ampang, Selangor dekat sini kerana mendatangkan kecederaan terhadap Rozana yang dibicarakan menurut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Prosiding kes berkenaan yang sepatutnya disambung pada Rabu (hari ini) terpaksa di tangguhkan selepas peguam Awie dikatakan memperoleh cuti sakit.

Pasangan berkenaan turut berhadapan kes tuntuan hak jagaan kekal anak di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan dekat sini.




Rozana bersama anaknya, Qasseh. Qasseh menggayakan contoh baju kurung kanak-kanak yang dijual secara dalam talian.

Jual Baju Kurung Kanak-Kanak

Dalam perkembangan lain Rozana berkata, dia kini menjalankan perniagaan menjual baju kurung kanak-kanak yang dikenali sebagai Qasseh mengambil sempena nama anaknya.

Kata Rozana, perniagaan itu diusahakan bersama adiknya Amanda Misbun untuk menampung pendapatan.

"Baju kurung Qasseh ini dibuat dari kain kapas yang berkualiti tinggi dan sesuai untuk anak-anak dengan harga yang tidak membenankan,” katanya.

Ia dijual serendah RM55 bagi kanak-kanak perempuan berumur 1 dan 2 tahun manakala RM69 untuk yang berusia 3 hingga 9 tahun.

Mereka yang berminat boleh menjadi pengikut di Instagram dan Facebook menerusi akaun @qassehonline

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2015 07:58 AM | Show all posts
tahniah..

sebegitu lah
nikah di Thailand
maka cerailah di Thailand
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2015 07:59 AM | Show all posts
harap Merrah tak jadik samseng mcm sawie katik

rozana, ko renti2kan laa pangai hazab ko waktu dedulu

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2015 08:09 AM | Show all posts
semua org pernah melakukan kesilapan.. berubah lah..
harap semua perkara diselesaikan dengan cara baik...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2015 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 3-6-2015 07:59 AM
harap Merrah tak jadik samseng mcm sawie katik

rozana, ko renti2kan laa pangai hazab ko waktu ded ...

Aku agk dia nk rekrut ank dia jd abg kwsn lah..nsib baik dpt pegang sorang jer..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2015 08:12 AM | Show all posts
kelip2_07 replied at 3-6-2015 08:10 AM
Aku agk dia nk rekrut ank dia jd abg kwsn lah..nsib baik dpt pegang sorang jer..

anak pempuan ngan arni naziera, jadik samseng pempuan ek?


Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2015 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 3-6-2015 08:12 AM
anak pempuan ngan arni naziera, jadik samseng pempuan ek?

haha..tp ank dia ngan arni yg sulung 2 cantik mcm arni..no 2 mcm awiee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2015 08:23 AM | Show all posts
kelip2_07 replied at 3-6-2015 08:21 AM
haha..tp ank dia ngan arni yg sulung 2 cantik mcm arni..no 2 mcm awiee


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2015 08:27 AM | Show all posts
Syd replied at 3-6-2015 07:56 AM
Rozana Misbun Berjaya Peroleh Cerai Taklik Terhadap Awie Di SongkhlaDiterbitkan: Rabu, 3 Jun 2015  ...

TQ @Syd......

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2015 08:28 AM | Show all posts
agak2 kalo kat Malaysia berapa tahun baru boleh boleh settle taklik ni?

kat Thailand cepat sungguh settle
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2015 08:29 AM | Show all posts

welcome, dear...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.158388 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list