|
Edited by dammerung at 27-7-2016 05:04 PM
Cerita Bersiri - Clark Air Base Hospital (Bahagian Akhir)
Seketul batu melayang keluar dari arah bayangan lelaki hitam dan sipi-sipi nak terkena dahi Ramos. Belum sempat batu tersebut jatuh ke lantai, dah ada lagi dua, tiga ketul terbang ke arah mereka. Stefan dan Dango dah menari-nari cuba elak hujanan batu yang semakin banyak.
Panik dan keliru membuatkan Ramos teragak-agak. Nak pergi sebelah kiri ke, kanan ke, belakang ke tapi masalahnya setiap arah sama, hanya tebing tidak berdinding. Dia ditarik oleh salah seorang rakannya menuju ke belakang dan seperti dijangka, mereka dalam situasi dan lokasi yang sama beberapa minit yang lalu.
Seperti tadi, mereka diserang oleh hujan batu-batu. Pada mulanya Ramos beriya-iya lah mengelak tapi dia sedar akan sesuatu.
Batu-batu itu tidak ada satu pun terkena dirinya. Seperti batu itu 'mengelak' setiap kali hampir terkena tubuh badannya. Untuk membuktikan teorinya, Ramos berdiri tegak dan berjalan ke hadapan. Benar sangkaannya, batu-batu tersebut 'melencong' ke arah lain. Erangan kesakitan teman-temannya yang masih cuba melindungi kepala dari dipecahkan batu-batu besar semakin kuat.
Ramos segera mendapatkan Dango dan Stefan.
"GUYS!" Gertak Ramos sambil mengenggam bahu kedua rakannya.
Ramos tak tunggu lama untuk Stefan dan Dango terpinga-pinga melihat batu-batu terbang tiba-tiba hilang dan mengarahkan supaya mereka mencari semula fire exit. Dia jejak semula kedudukan tangga berdasarkan ingatannya tapi tak jumpa-jumpa. Fair enough, in darkness everything look the same maka Ramos tak boleh harapkan sangat temporary memory nya walaupun beberapa minit lalu kejadian 'dejavu'nya ini.
Dango dan Stefan dah menyumpah seranah pada Sipsip kerana meninggalkan mereka. Tengah kelam-kabut cari jalan keluar...
"Hello?" Kedengaran suara seseorang.
Dengan girang ketiga-tiga mereka meminta tolong, ada yang jerit nama Sipsip dan macam-macam lah as long they can get help.
Tapi hanya "hello" yang kedengaran berulang-ulang kali. Mereka cari dari mana suara itu datang dan lo and behold,
They've found the stairs!
Kata Ramos, tak perlu cakap banyak, ketiga-tiga mereka tahu they need to get the hell out of there. Dalam perjalanan menuju ke tangga, hilai tawa kedengaran di belakang mereka. Bila ditoleh, Ramos nampak kelibat hitam dari sebalik tiang dengan bahu terhincut-hincut ketawa.
Mereka dengan pantas menuruni tangga tapi kali ini instead of lari tak tentu hala, Ramos pastikan yang mereka takkan turun sampai ke basement. Jadi, Ramos lead the gang menuruni tangga dan exit satu tingkat di bawah floor tadi.
Ramos seperti tidak percaya sebaik sahaja mereka tiba di tingkat tersebut, ia adalah exactly the same floor as above. Kelibat lembaga hitam di sebalik tiang masih lagi ketawa berdekah-dekah. Sekali lagi mereka berlari menuruni tangga dan skipped beberapa tingkat. Bila rasa macam dah kat level 1, Ramos, Dango dan Stefan berhamburan keluar dari fire exit.
To their surprise, they're still in the same floor dan kelibat lembaga hitam semakin galak ketawa dari sebalik tiang. Kata Ramos, kalau tadi dia takut gila, ini dah tensen pula. Dengan perubahan emosi, dia ada sedikit keberanian dan pergi sound benda alah tu.
"Oi celaka!" Herdik Ramos dalam English dan Tagalog. Just in case 'orang' tu hanya faham salah satu bahasa je.
Kelibat lembaga berhenti ketawa serta-merta sebaik dimarahi Ramos. Kalau tadi rakan-rakannya kecut perut tapi mungkin tengok Ramos lagak hero, mereka turut serta memberanikan diri confronting the 'thing'. Jelas kelihatan, sepasang mata merenung ke arah mereka dengan tajam dalam kegelapan malam. Walaupun it was a pant-pissing moment, kata Ramos mungkin juga adrenalin rush membuatkan dia siap nak bertumbuk dengan 'mamat' tu.
Tiba-tiba Stefan meluru ke hadapan diikuti oleh Dango. Dah member-member dia start dulu, Ramos pun ikut menjerit sama lalu 'melayangkan' badannya ke arah kelibat di sebalik tiang dengan tangan dah siap nak hayun penumbuk. By the time mereka sampai di tiang tu, ketiga-tiga gang di kejutkan dengan satu pemandangan yang menggerunkan.
Lagi beberapa sentimeter ke depan, ketiga-tiga mereka dah confirm jatuh menjunam ke bawah. Apa yang lebih mengejutkan, tebing itu adalah the exact spot mereka dibaling batu-batu pertama kali tadi. Stefan dan Dango oblivious dengan situasi mereka tapi masih segar di ingatan Ramos betapa dejavunya the shit they're facing right now.
So Ramos decided untuk repeat semula apa yang dia buat sebentar tadi, di sergah sekuat-kuat hati sehingga bergema jeritan ke seluruh bangunan. Ramos tak pasti siapa yang start jatuh dulu tapi macam chain-reaction, tiga-tiga jatuh ke bawah.
Tak sempat Ramos nak bayangkan bahagian mana lah tubuh badannya yang akan patah riuk, mereka bertiga dah landing ke bawah. Kata Ramos, it's like all three of us were jumping from a one meter cliff and just splatted on the floor like that. Takda patah dan takde sakit apa-apa dan yes, floor, lantai, lantai simen.
Keadaan terlalu gelap sehingga Ramos tak nampak wajah rakan-rakannya tapi dia boleh rasa tubuh badan mereka. Dango dan Stefan memanggil-manggil nama masing-masing. Ramos tak pasti siapa yang pegang torchlight jadi instead of panggil nama Stefan dan Dango, dia jerit 'torchlight!', 'torchlight!'.
Cahaya putih berkelip-kelip sebelum menyuluh tepat ke muka Stefan. Di tolaknya tangan Dango yang memegang torchlight Eveready dan tersuluh ke muka Ramos. Anak mata Ramos yang adapted pada kegelapan malam pedih apabila di tembak cahaya terang secara tiba-tiba. Dango menyuluh ke atas. Siling konkrit memenuhi atas mereka tak kira berapa jauh Dango mengarahkan suluhannya.
"Where the hell are we!!!" Jerit Stefan.
Ramos dah tahu mereka di mana dan takda masa nak fikir kenapa Dango dan Stefan acted like they're never been there before.
"Give me that thing!" Kata Ramos keras sambil merampas torchlight dari tangan Dango. Dia bingkas bangun dan menyusuri koridor yang bersimpang-siur. Stefan dan Dango terjerit-jerit suruh tunggu tapi tak diendahkan oleh Ramos, which dia sendiri tak faham kenapa. Apa yang dia pasti waktu itu ialah perasaan marah meluap-luap tapi tak tahu pada siapa atau apa.
"Stefann~, Ramoss~, Dangoo~" Sayup-sayup suara Sipsip kedengaran di sebalik lapisan dinding koridor. Seperti di jangka, Stefan dan Dango excitedly panggil nama Sipsip. Ramos yang sudah 'mengalami' situasi tersebut mempercepatkan langkahnya. Tangannya mengenggam erat pemegang torchlight Eveready empat segi itu. Kemarahannya semakin meluap-luap.
Kemarahannya meledak sebaik nampak Sipsip dan tanpa berfikir panjang dihayunnya torchlight Eveready ke kepala Sipsip. Apa terjadi seterusnya dia sendiri tak pasti. Ramos masih ingat yang dia dipegang oleh rakan-rakannya dan having this uncontrollable anger.
Kata Ramos, bila dia sedar je, dia tengah berbaring kat salah satu kerusi panjang dalam gereja. Kemudiannya dia di 'tenang'kan oleh seorang paderi. Tekaknya rasa kering teramat sangat dan dia masih ingat minum air mineral dan makan cikidis di bagi oleh Stefan.
Masa itu dia tak faham kenapa semua orang asyik tanya dia okey ke tak dan for the life of him, dia tak ingat macam mana boleh sampai kat gereja tu. Bila Stefan dan Dango cerita apa yang terjadi, nak pengsan Ramos mendengarnya.
Menurut rakan-rakannya,
Stefan dan Dango perasan ada something tak kena dengan Ramos sebaik mereka meninggalkan pondok jaga menuju ke entrance hospital Clark Air Base. Diam je bila tanya tak menjawab. Lepas tu bila dah sampai kat lounge Ramos tiba-tiba mengamuk.
"Sipsip! Sipsip macam mana?!" Tanya Ramos yang diserang rasa guilty teramat sangat. Dia pasti Sipsip mesti cedera teruk sebab masa dia hayun tu kena juga lah kepala Sipsip.
Stefan dan Dango berkerut.
"Dude, just lie down for few more minutes then we head back" Kata Dango.
"What happened to Sipsip? Why the f*ck you guys didn't say anything!" Geram Ramos apabila pertanyaannya tak diendahkan.
"Ramos, who is Sipsip?" Tanya Stefan.
Ramos demanded for them to tell him what the hell is going on. Right from the start.
So basically this is what'd happened...
Mereka bertiga tiba di Angeles City petang tadi di atas undangan kenalan yang mereka kenal melalui forum paranormal. Kenalan mereka ada 3 orang bernama Angus, Felix dan seorang lagi Ramos tak ingat nama. Mereka lepak di restoran dan bertukar-tukar cerita dan of course salah satu topik perbualan ialah pasal hospital Clark Air Base.
Dalam kerancakan bercerita itu kenalan mereka di Angeles City menceritakan all these urban legends pasal hospital itu dimana dua 'pengalaman Sipsip' antara cerita yang disampaikan. The thing is, dua urban legends tersebut tidak berkait antara satu sama lain kerana di alami oleh dua orang berbeza dan time period yang berlainan, menurut Ramos, cerita pasal operation theater tu jadi time Vietnam War dan cerita rumah mayat jadi sewaktu Perang Dunia Kedua.
Selepas kenalan mereka menceritakan bahawa kes paling recent dimana krew produksi buat shooting di Clark Air Base hospital kena baling batu, Ramos tiba-tiba excitedly proposed supaya mereka explore tempat itu.
Kenalan mereka pada mulanya ketawa aja tapi bila tengok Ramos betul-betul serius, mereka dengan seriusnya menasihati Ramos, Dango dan Stefan supaya tidak meneruskan niat. Kata rakan baru mereka, "there are limits with ghost hunting and that hospital is definitely not for amateurs like us"
Bila dah dengar macam tu, lagi lah Ramos excited. Stefan dan Dango pula yang pada awalnya reluctant turut serta berminat nak explore Clark Air Base hospital. Pujuk punya pujuk akhirnya mereka setuju tapi hanya membawa Ramos and the gang sampai simpang masuk je. Mereka tak nak masuk dan tak nak tunggu, you guys have to arranged transportation back to your place after that.
Kata Dango dia sendiri tak tahu kenapa mereka setuju dengan cadangan tersebut kerana it sounds so stupid. Even kenalan mereka bagi syarat macam itu pun kerana tak mahu Ramos dan rakan-rakan explore tempat tu, especially not that night.
Satu lagi perkara aneh, rakan-rakannya tak tahu dari mana Ramos dapat idea yang mereka ke hospital Clark Air Base naik Pajero. Mereka naik kereta Toyota Corolla buruk milik kenalan mereka. Kata Dango, kalau dia ada Pajero, dia tak buang masa malam-malam cari hantu, baik dia cari perempuan.
Mereka pulang ke Manila hari itu juga menaiki kenderaan yang sama untuk datang ke kota tersebut, Bas. Sepanjang perjalanan pulang nobody said anything dan selepas kejadian itu, Ramos, Dango dan Stefan membawa haluan masing-masing. Ramos yang trauma dengan pengalaman di bekas hospital itu berhenti dari dunia paranormal activities. Stefan juga calling it quits dan beberapa bulan selepas itu berhenti dari kolej dan berhijrah ke California bersama keluarga. Hanya Dango yang masih aktif dan kali terakhir Ramos dengar, dia jadi some kind of moderator for ghost hunting forum dan actively organized exploration here and there.
Fast forward 2008, Ramos di posting ke Kuala Lumpur. After all these years, dia masih tak percaya kejadian di Clark Air Base hospital tu hanya halusinasinya aje dan dia refused to believed that he's imagining thing. He knows how to differentiate between fantasy and reality and that hospital is real as shit! (verbatim quote dari Ramos).
Ramos pulang semula ke Philippines tahun 2011 untuk melangsungkan perkahwinan dan menetap disana as far as I'm concern. Aku lost contact with him around 2011.
End.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|