|
Gempak Desa Astro - Marang, Terengganu
Assalamualaikum…
Minggu ini obri terlibat dalam Gempak Desa Astro (GDA) di Kampung Pengkalan Berangan, Marang, Terengganu. Kali ni obri bekerja dengan artis yang belum lagi Obri pernah bekerja bersama. Mula-mula tu memang takut jugalah sebab takut tak boleh masuk, tapi rupa-rupanya mereka ni best! Walaupun Obri ni hanya artis baru tapi mereka layan Obri dengan baik..yelah..kata orang, artis baru ni biasanya kena buli dulu..tapi mereka ni taklah macam tu.. mereka yang Obri maksudkan ni ialah Fitri af2, Tam (pelakon cili padi), Farish (pelakon), Nora af4, dan Noni af5. Orang yang tetap biasalah, Ustaz Wan (oasis).
Kali ni GDA diadakan di Padang bola Kampung Pengkalan Berangan. Sebelum ni Obri tak pernah tunjukkan pentas, booth, dan kawasan, so kali ni korang tengoklah sendiri tempat ni.. tapi malangnye gambar-gambar ni Obri amek masa nak Magrib, waktu orang semua berehat pergi sembahyang Magrib..
Untuk GDA ni, obri menyanyikan lagu wajib yang penganjur nak iaitu Abang Beca (solo), then lagu Terima Kasih Cinta (solo), Lagu Kita (duet dengan Tam), Sandarkan Pada Kenangan (duet dgn Noni), Pencinta Wanita (All Boys), dan group song Gadis Ayu, Kau ilhamku, Dan Sebenarnya dan satu lagi lagu yang Obri dah lupa tajuk dia.. hehe..kali ni persembangan Obri dan rakan-rakan sangat bersahaja! Seronok!
InsyaAllah minggu depan (13hb Jun 2009) Obri akan berada di Dungun, Terengganu lagi..so ape lagi meh la pakat ramai-ramai datang!So korang nikmatilah gambar-gambar ni ek! Bg la komen skit.. Love & Peace!
-------->>> dh llepas dah..... ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|