CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V173'- Happy New Year 2023 -

[Copy link]
Post time 2-1-2023 05:46 PM | Show all posts
Dua varian utama di China sudah masuk Malaysia

oleh   MUHAMMAD AMNAN HIBRAHIM   02 Januari 2023      05:10pm






Dr Noor Hisham



SHAH ALAM - Dua varian Covid-19 utama yang menular di China iaitu varian BA.5.2 dan varian BF.7 dikesan telah berada di Malaysia, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, setakat 31 Disember lalu, terdapat sebanyak 4,148 kes yang dijangkiti dengan BA.5.2 dan tiga kes yang dijangkiti dengan BF.7.

“Walau bagaimanapun, belum ada data yang dapat mengaitkan peningkatan bilangan kes kemudaratan atau kematian dengan varian BA.5.2 dan BF.1.

“Situasi ini akan disemak dari semasa ke semasa apabila terdapat sebarang perubahan ketara yang seterusnya memerlukan perubahan dalam strategi kesihatan awam.

“Perkara ini akan diumumkan dengan segera oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kepada semua negara anggota WHO serta penduduk secara am,” katanya dalam satu kenyataan mengenai situasi semasa Covid-19 negara pada Isnin.

Dr Noor Hisham berkata, kedua-dua varian berkenaan merangkumi lebih 80 peratus daripada varian menular di China pada ketika ini.

“Kedua-dua varian ini tergolong sebagai sublineage Omicron BA.5 dan belum digolongkan sebagai Lineage Under Monitoring (LUM) WHO.

“Bagaimanapun, kedua-dua varian BA.5.2 dan BF.7 dipercayai boleh menyebabkan jangkitan semula atau mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi disebabkan oleh bilangan kes yang tinggi di China,” ujarnya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2023 05:46 PM | Show all posts
aish   napelah tak bertindak awal
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2023 05:47 PM | Show all posts
semoga kes kt mesia tak mencanak naik
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2023 05:47 PM | Show all posts
ghisau betul bila jd mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2023 05:47 PM | Show all posts
klu mcm tu kita akan hidup dgn covid sampai bila2.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2023 05:48 PM | Show all posts
nti2 reply lg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2023 05:48 PM | Show all posts
stop kt page 46 td
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2023 05:53 PM | Show all posts
Covid-19: Rakyat mula gusar kemasukkan pelancong China


Izzati Zaidi
[email protected]



GAMBAR HIASAN




Kuala Lumpur: Orang awam mula tidak 'senang duduk' susulan pengumuman Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA) yang menjangkakan sejuta pelancong China akan tiba di negara ini.

Rata-rata menyifatkan saringan dan kuarantin sahaja adalah tidak praktikal selain bimbang kemunculan gelombang dan varian baharu Covid-19 di sini.

Media sebelum ini melaporkan kes Covid-19 di China mencetuskan kebimbangan dunia termasuk Malaysia, apatah lagi China yang kini memilih 'hidup bersama Covid' turut dijangka membuka semula sempadannya pada 8 Januari ini.

Beberapa negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Asia seperti Jepun, Korea Selatan, serta Taiwan mula mengetatkan peraturan terhadap pelancong dari China berikutan lonjakan kes jangkitan Covid-19 selepas negara China melonggarkan dasar sifar wabak itu.

Pekerja kerajaan, Mohd Dzakhiruddin Abdullah, 51, berkata, jangkaan ketibaan pelancong dalam jumlah yang banyak dari China menggusarkan rakyat sekiranya tiada perincian menyeluruh dari pihak kerajaan.

"Malaysia pun baru sahaja dalam fasa endemik dan kebanyakan penduduk masih serik dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan jadi kedatangan pelancong dari Cina ini membuat kebanyakan rakyat gusar.

"Prosedur operasi standard (SOP) bagi ketibaan pelancong perlu diperincikan lagi selain mewajibkan pelancongan yang tiba untuk menjalani kuarantin dan saringan demam.

"Bagi saya selain kuarantin dan saringan, pelancong juga perlu melakukan saringan kendiri sepanjang berada di Malaysia supaya mereka tahu status diri masing-masing bagi mengelak penularan Covid-19 berlaku," katanya.

Sementara itu Noriza, 38, berkata kerajaan perlu mengetatkan lagi SOP penjarakan sosial terutama sekali di kawasan tumpuan pelancong.

"Memang kita di fasa endemik sekarang tetapi dengan jangkaan ketibaan pelancong yang banyak tahun depan, mungkin boleh implementasikan semula penjarakan sosial ini bagi mengurangkan penularan wabak Covid-19.

"Namun bagi saya, seeloknya tangguh dahulu dan elak pelancong dari China dari memasuki tanah air kerana ia boleh memudaratkan pelbagai pihak," katanya.

Pelajar, Hidayah Abd Aziz, 24, bagaimanapun percaya bahawa kuarantin pelancong yang tiba adalah cukup bagi mengesan sama ada mereka mempunyai Covid-19 ataupun tidak.

"Saya rasa dua minggu kuarantin sudah memadai dan tanggungan untuk segala perbelanjaan membabitkan Covid-19 haruslah daripada tanggungan pelancong itu sendiri dan bukan kerajaan.

"Tetapi kalau terlampau banyak kes akan datang nanti, mungkin perlu lakukan sekatan sehingga situasi menjadi lebih tenang," katanya.


Disiarkan pada: Januari 2, 2023 @ 4:54pm





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2023 05:54 PM | Show all posts
mmglah ghisau. sejuta yg nk masuk
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2023 05:54 PM | Show all posts
bukan angka yg sedikit
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2023 05:55 PM | Show all posts
derang dtg melancong sambil bawak penyakit
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2023 05:55 PM | Show all posts
gomen amiklah ikhtibar dr kes2 dulu
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2023 05:56 PM | Show all posts
berat nanang lah klu pelancong2 ni masuk
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2023 05:59 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2023 07:22 PM | Show all posts
dah azan maghrib
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2023 07:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2023 07:28 PM | Show all posts
Aliran trafik lebuh raya utama perlahan


Nurul Hidayah Bahaudin
[email protected]



Pemandangan udara keadaan aliran trafik semasa di Lebuhraya Karak menghala ke pusat bandar Kuala Lumpur yang dipenuhi orang ramai menaiki kenderaan pulang dari kampung masing-masing. FOTO BERNAMA




Kuala Lumpur: Aliran trafik masih perlahan di beberapa laluan sekitar lebuh raya utama susulan orang ramai mula kembali ke ibu kota selepas cuti hujung minggu dan cuti umum sempena Tahun Baru, hari ini.

Tinjauan menerusi akaun rasmi Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sehingga jam 5 petang tadi mendapati beberapa laluan di Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak masih perlahan.

Di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, trafik perlahan dilaporkan di Perai ke Juru; Ipoh Selatan ke Layby Simpang Pulai; Gopeng ke Tapah; Ladyby Ladang Bikam ke Sungkai; Bukit Beruntung ke Suntai Buaya dan Sungai Bakap ke Bandar Cassia.

Selain itu, aliran trafik juga perlahan di Kempas ke Pasir Gudang.

Di arah utara pula, trafik perlahan dari Pasir Gudang ke Dato Onn; Simpang Ampat ke Pedas Linggi terus ke Seremban; Bandar Ainsdale ke kawasan rehat dan rawat (RNR) Seremban serta Plaza Tol Sungai Besi ke pusat bandar.

Sementara itu, di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pula, trafik dilaporkan perlahan di Hentian Gombak ke Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Bentong ke Bukit Tinggi.

Terdapat beberapa kemalangan turut dilaporkan di Kilometer (KM) 431.1 arah selatan dari Bukit Beruntung ke Sungai Buaya dan di KM 154.6 arah utara di Bandar Cassia ke Juru Ampat ke Pedas Linggi.

Hanya lorong kecemasan terhalang dan trafik perlahan dilaporkan di kedua-dua lokasi kemalangan berkenaan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/LLMinfotrafik.


Disiarkan pada: Januari 2, 2023 @ 6:44pm





Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2023 07:43 PM | Show all posts
'Ambil dos penggalak segera, jangan tunggu vaksin bivalen'

Oleh Irwan Shafrizan Ismail - Januari 2, 2023 @ 7:11pm   [email protected]




Orang ramai disaran ambil dos penggalak COVID-19 sebagai perlindungan tambahan. - FAIL NSTP




PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan orang ramai segera mendapatkan dos penggalak kedua tanpa menunggu vaksin bivalen COVID-19.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa, berkata vaksin sedia ada juga berkesan bagi mengelak gejala serius dan kematian akibat jangkitan wabak itu.

"KKM menggesa orang ramai yang sudah menerima dos penggalak pertama melebihi tempoh enam bulan segera mendapatkan dos penggalak kedua dan tidak menunggu vaksin bivalen.

"Vaksin monovalen sedia ada masih sangat berkesan untuk mengurangkan gejala serius dan kes kematian," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, vaksin bivalen akan dibekalkan kepada Malaysia tidak lama lagi berikutan kelulusan pendaftaran bersyarat yang diberikan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) baru-baru ini.

"Pengumuman akan dibuat selepas bekalan diterima bersama kriteria kelayakan mendapatkannya," katanya.

Dr Zaliha berkata, KKM berharap peratusan pengambilan dos penggalak terus meningkat, terutama dalam kalangan golongan berisiko

Katanya, hanya 49.8 peratus rakyat Malaysia mendapatkan vaksin dos penggalak pertama dan 1.9 peratus sahaja sudah mengambil dos kedua," katanya.

Disember lalu, PBKD memberi kelulusan bersyarat untuk vaksin COVID-19 Pfizer yang dikemas kini.

Vaksin baharu itu dijangka dapat memberi perlindungan lebih baik terhadap subvarian BA.5 Omicron walaupun prestasinya dengan varian baharu seperti XBB dan BQ.1 masih dikaji.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebelum ini berkata, vaksin bivalen dijangka tiba akhir bulan ini.

Buat masa ini, vaksin bivalen Pfizer hanya akan tersedia kepada mereka yang sebelum ini menerima vaksin COVID-19 Pfizer, Moderna, AstraZeneca atau CanSino.

Vaksin bivalen baru-baru ini menjadi perhatian di tengah kebimbangan ramai terhadap keputusan China membuka semula sempadannya.





Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2023 07:44 PM | Show all posts
aritu amik booster bln 1 thn lps
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2023 07:45 PM | Show all posts
tengok kt kad tarikh luput 31/5 thn lps.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.255974 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list