CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V173'- Happy New Year 2023 -

[Copy link]
Post time 2-1-2023 07:45 PM | Show all posts
klu boleh takmo dah amik booster
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2023 07:46 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 08:46 AM | Show all posts
Assalamualaikum   
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 08:48 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 08:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 08:59 AM | Show all posts
Covid-19 rekod 360 kes baharu

Oleh   MOHAMAD AMREEL IMAN ABD MALEK  03 Januari 2023    08:15am






Sebanyak 360 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin dengan satu daripadanya merupakan kes import. - Gambar hiasan



SHAH ALAM - Sebanyak 360 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin dengan satu daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, satu kes kematian baharu dilaporkan menjadikan jumlah kematian dalam negara kini 36,858 kes.

Pada masa sama, kes aktif Covid-19 pula merekodkan 11,807 kes, dengan 11,197 atau 94.8 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Sementara itu, seramai 580 pesakit Covid-19 dirawat di hospital dengan 30 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 16 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang dicatatkan pada Isnin ialah 423 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara ialah 4,978,792 kes.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2023 08:59 AM | Show all posts
alhamdulillah turun lg.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 08:59 AM | Show all posts
semoga esok kes turun juga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2023 09:00 AM | Show all posts
semoga varian yg mengganas kt china skrg  tak masuk kt sini .
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 09:13 AM | Show all posts
Wisma Jakel terbakar lagi

oleh   MUHAMMAD AFHAM RAMLI  03 Januari 2023   07:41am






Bomba berjaya memadam kebakaran di Wisma Jakel, Shah Alam pada Selasa.




SHAH ALAM - Sebuah bilik simpanan kain langsir di bangunan Wisma Jakel di Seksyen 7 di sini, terbakar awal pagi Selasa.

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.40 tengah malam.

Menurutnya, seramai 43 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, Kota Anggerik, Puchong, Damansara, Sungai Pinang, Petaling Jaya dan Kota Raja dikejarkan ke lokasi.

Kebakaran melibatkan satu bilik simpanan kain langsir berkeluasan 18 x 24 meter persegi di tingkat tiga bangunan tersebut.

"Kebakaran berjaya dikawal dari merebak pada jam 1.45 pagi sebelum api berjaya dipadam pada jam 3.07 pagi," katanya pada Selasa.

Tambahnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan sepanjang kebakaran tersebut.

Ini merupakan kebakaran kedua selepas Wisma Jakel musnah 80 peratus pada 1 Januari lalu.


Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 09:13 AM | Show all posts
takmo speku apa2.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 09:14 AM | Show all posts
mgkn takde rezeki owner jakel...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum warga rumah pasembor

Selamat tahun baru

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 09:30 AM | Show all posts
Hero tidak didendang dalam insiden runtuh di Batang Kali

Oleh  MERAK JALANAN 03 Januari 2023  07:40am






Kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan sebuah ladang organik di Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali pada pertengahan Disember lalu. - FOTO ROSLI TALIB




DISEMBER menjadi antara bulan pada tahun 2022 yang penuh dengan tragedi menyayat hati. Mana tidaknya, bermacam kes berlaku.

Antaranya kes letupan bungkusan yang mengakibatkan seorang pekerja restoran di Pandan Indah, Ampang maut, serta dua penuntut universiti swasta dilaporkan meninggal dunia ketika berkelah di Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu.

Paling tragis, kes tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali yang meruntun jiwa rakyat Malaysia.

Tragedi itu melibatkan 92 mangsa di mana 31 dilaporkan terkorban termasuklah kanak-kanak.

Merak Jalanan juga tidak terkecuali mengikuti perkembangan di lokasi kejadian.

Tragedi berkenaan juga membuktikan bagaimana rakyat Malaysia bersatu untuk usaha menyelamat mangsa.

Selain penglibatan pasukan penyelamat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), harus diketahui ada pasukan ibarat hero tidak didendang.

Mereka ialah petugas pembersihan iaitu kakitangan KDEB Waste Management (KDEBWM) dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).




Merak Jalanan melihat sendiri petugas pembersihan ini melakukan kerja yang sangat hebat.

Menaiki motosikal beroda tiga dan berulang-alik keluar masuk antara rutin harian mereka.

Sekali trip boleh nampak ruangan motosikal roda tiga itu penuh dengan beg plastik yang memuatkan sampah, antaranya bekas makanan dan botol air.

Dalam keadaan apa jua masa, tidak kira siang atau malam, mereka tetap bekerja. Mereka setia dengan tugas yang diberikan.

Malah, agensi media lain yang membuat liputan di lokasi kejadian juga mengakui kagum dengan petugas-petugas berkenaan.

Tanpa mereka, sudah tentu sampah-sampah di situ akan terus terbiar sehingga kini.


Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 09:34 AM | Show all posts
Murid, guru bertafakur memperingati mangsa tanah runtuh

oleh   MOHD AZLIM ZAINURY  03 Januari 2023   09:02am






Perhimpunan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong di sini mengambil kesempatan bertafakur bagi memperingati mangsa tragedi tragedi tanah runtuh




KUALA LUMPUR - Perhimpunan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong di sini mengambil kesempatan bertafakur bagi memperingati mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, di Batang Kali, Selangor.

Majlis perhimpunan bermula dengan ucapan guru besar baharu, Cheong Kam Yin yang berucap buat kali pertama pada perhimpunan mingguan sempena minggu pertama tahun baharu di sekolah berkenaan.

Beliau kemudiannya mengumumkan guru baharu bagi menggantikan enam guru yang meninggal dalam kejadian tanah runtuh 16 Disember lalu selain memberi semangat kepada murid tahun empat, lima dan enam yang bakal menghadapi peperiksaan.

Dalam masa sama, ibu bapa murid-murid turut berada di luar pagar sekolah bagi mengikuti majlis perhimpunan berkenaan yang berakhir sekitar jam 8 pagi.


Ibu bapa murid-murid turut berada di luar pagar sekolah bagi mengikuti majlis perhimpunan





Salah seorang penjaga, Alice, 40, berkata, dia masih bersedih dengan kejadian menimpa guru dan murid dan berharap anaknya dapat meneruskan pembelajaran seperti biasa selepas ini kerana turut terkesan dengan kejadian tersebut.

"Sebagai ibu bapa, kami terkejut selepas mendengar berita tragedi itu namun guru yang terlibat tak mengajar anak, tapi anak kenal guru terbabit dan berkawan dengan anak pengusaha kantin yang meninggal," katanya.

Sementara itu, seorang peniaga hanya ingin dikenali sebagai Wong, 50-an berkata, dia berharap anaknya tidak terkesan dengan kejadian tanah runtuh sehingga menyebabkan pelajarannya di sekolah terganggu.




"Saya simpati terhadap ahli keluarga mangsa dan sebagai ibu bapa kami berharap anak-anak dapat meneruskan hidup dan belajar seperti biasa walaupun mereka kehilangan rakan dan guru mereka," katanya.

Enam guru yang meninggal dalam kejadian pada 16 Disember itu adalah Fong Choy Kee, 43; Lai Lee Koon, 44; Lim Wen Xin, 36; Hong Mei Jing, 38; Lam Sook Man, 37 dan Liu Pei Si, 44.

Murid yang terkorban adalah adik-beradik Eng Huai Yi, 12, dan Eng Shao Qi, 11, serta Tong Kai En, sembilan tahun, manakala pengusaha kantin yang terkorban adalah Gary Eng Choon Wen, 43, dan pekerjanya, Nurul Azwani Kamaruzaman, 31.


Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 10:14 AM | Show all posts
happy new year geng utara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2023 10:33 AM | Show all posts
Beratus ribu buku terpakai di Pasar Chowrasta, jadi 'buruan'


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Januari 3, 2023 @ 9:56am [email protected]




Amir Syahir (kanan) dan Sarita wajib menjadikan aktiviti berkunjung ke sesuatu destinasi, singgah ke kedai buku terpakai seperti di Pasar Chowrasta ini. - NSTP/Danial Saad




Bagi pengembara melawat apabila ke sesuatu pusat pelancongan atau percutian, selain sudah pasti menghabiskan masa secukupnya melihat tempat menarik, ada antara mereka akan mencari kedai buku,

Malah, bagi yang 'ulat buku' mereka juga sanggup mencari kedai buku terpakai untuk mendapatkan pelbagai bahan bacaan yang diingini.

Bagi yang berkunjung ke Pulau Pinang, kedai buku terpakai terletak di tingkat satu, Pasar Chowrasta, menjadi tumpuan kerana mempunyai ribuan bahan bacaan pelbagai topik termasuk yang lama dan susah ditemui di kedai biasa.

Pasar tertua di Pulau Pinang ini, pengunjung boleh mendapatkan koleksi majalah P Ramlee terbitan 1965 yang paling lama. selain 'Malaysia Year Book' (1973) dan Komik Marvel DC berwarna (1979), di salah satu daripada 20 kedai buku terpakai di situ.

Justeru, tidak terkecuali bagi anak jati Kedah ini, Amir Syahir Mohd Fuzi, 32, menjadikan aktiviti wajib singgah ke kedai buku terpakai berkenaan bagi mencari naskhah topik tertentu.

Dia yang masih setia membeli dan membaca buku sejak di bangku sekolah, meskipun ada ketikanya minat itu teruji dengan tarikan dunia media sosial pada masa kini.



Kedai buku terpakai di Pasar Chowrasta jadi tumpuan pelancong singgah untuk mencari bahan bacaan. - NSTP/Danial Saad

Graduan bidang penyiaran itu berkata, segmen bahan bacaan kegemarannya berubah-ubah seiring peningkatan usia dan dia kini memilih genre sejarah sebagai bahan bacaan utamanya.

"Semakin meningkat dewasa saya lebih gemar membaca buku sejarah yang misalnya kisah jatuh dan bangun sesebuah peradaban, selain mengenai peperangan, karya klasik Nusantara dan tokoh dunia.

"Kerana sejarah itu sifatnya berulang jadi ia sangat menarik untuk diperhatikan dan mengaitkannya dengan kehidupan sekarang," katanya ketika ditemui di Pasar Chowrasta baru-baru ini.

Jadikan tanda kenangan
Jadi Amir Syahir tidak akan melepas peluang apabila melawat ke satu tempat, pasti akan singgah ke kedai buku dan membelinya.

Ini sebagai tanda kenangan, selain belajar mengenai budaya sesuatu kawasan.

Misalnya, ketika melancong ke Indonesia dia lebih tertarik 'memburu' karya sastera di sana yang meliputi buku puisi dan naskhah memaparkan tokoh serta sejarah lampau negara republik itu.


Kira-kira 20 kedai terpakai di Pasar Chowrasta menyediakan ribuan buku terpakai. - NSTP/Danial Saad

Dia kini mempunyai koleksi lebih 200 buku dengan kebanyakannya dibeli secara dalam talian.

Antara koleksi kesayangannya ialah Raffles and British Invasion of Java (2013), Agus Salim Diplomat Jenaka Penopang Republik (2013) dan Jim Thomposon: The Unsolved Mystery (2007).

"Jadi, jika bertemu kedai buku terpakai saya anggap sebagai satu peluang keemasan yang tidak harus dilepaskan kerana harga yang ditawarkan biasanya jauh lebih rendah berbanding buku baru yang dibeli di platform dalam talian.

"Buku terpakai walaupun sudah usang tetap bernilai kerana ilmu pengetahuan yang terkandung di dalamnya tidak berubah ditelan zaman," katanya.

Ibarat terapi diri
Bagi pesara guru, Sarita Ahmad Rafaii, 56, berkunjung ke kedai buku terpakai ibarat terapi buat dirinya sekali gus mengimbau memori zaman persekolahan ketika dirinya dan rakan sebaya sanggup meluangkan masa berjam-jam memilih buku.



Sarita berkunjung ke kedai buku terpakai diibaratkan terapi buat dirinya. - NSTP/Danial Saad
Bekas guru bahasa Inggeris itu bercerita membaca menjadi satu daripada aktiviti menghiburkan pada zaman mudanya dan bukan tidak dianggap hobi mahal.

"Dahulu ada khidmat sewaan buku sekitar 50 sen sahaja untuk beberapa hari, jadi kami tidak perlu berbelanja besar membeli buku.

"Biasanya dahulu, dalam perjalanan balik sekolah saya dan kawan-kawan akan singgah mencari buku selepas itu bila habis baca, kami akan tukar sesama sendiri.

"Siri penyiasatan seperti Enid Blyton paling diminati saya dan kawan-kawan ketika itu, selain kami juga gemar membaca novel dengan hampir kebanyakan masa dihabiskan dengan membaca," katanya.






Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 10:35 AM | Show all posts
siputpepel replied at 3-1-2023 09:24 AM
Assalamualaikum warga rumah pasembor

Selamat tahun baru

waalaikumsalam pepel.
selamat tahun baru
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 10:35 AM | Show all posts

happy new year cin
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 10:49 AM | Show all posts

tak. nurse tanya buku pink kaka kata check up kt klinik swasta.
nurse diam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.210929 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list