|
Rozana Misbun Berjaya Peroleh Cerai Taklik Terhadap Awie Di Songkhla @ pg.50
[Copy link]
|
|
bagus la tu.. harap2settle kan benda len pun cepat2..
tak yah la nk nek turun makamah tuntut macam2..pasal anak2 harap diorg dpt bincang elok2.. |
|
|
|
|
|
|
|
first of all shin rasa Nat perlu tahu istilah taq'lik tu apa sebelum buat comment yg rozana tak berhak nak tuntut apa2 ( in her case dia minta fasakh atas pelanggaran taq'lik)
dlm hampir ke semua negeri kalau shin tak silap, salah satu isi kandungan yg ada ialah si suami TIDAK boleh mencederakan isteri, dan jika berlaku hal terbabit isteri berhak utk merujuk pada hakim tentang pelanggaran taqlik dari pihak suami. Taqlik ni bkn utk pihak isteri yg set the bar, tapi utk melindungi hak2 isteri dlm perkahwinan
taq'lik juga ialah hak suami utk mengawal isteri yg degil, jadi dorang tambah pada yg sedia ada.
shin give a few links, sila semak.
http://gubahanliana.blogspot.com/2010/07/lafaz-taklik-negeri-negeri.html
http://qawanitadanperkahwinan.blogspot.com/2009/01/cerai-takliq.html
[size=130%]Perak pula meletakkan syarat jika berlaku perbalahan antara suami dan isteri, maka isteri boleh mengadu kepada hakim untuk mensabitkan talak taklik itu.
[size=130%]Kebanyakan negeri meletakkan syarat jika suami menyakiti atau mendatangkan sebarang mudarat kepada tubuh badan isteri, maka isteri boleh mengadu kepada Hakim untuk mensabitkan talak taklik itu. Melaka mensyaratkan jika suami tidak mempedulikan isteri lamanya empat bulan, isteri boleh memohon cerai taklik.
[size=130%]Sabah meletakkan syarat tambahan jika suami menyakitkan tubuh badan atau kehormatan atau harta benda isteri, maka aduan untuk mensabitkan talak taklik boleh dibuat oleh isteri.
|
|
|
|
|
|
|
|
cepat selesai kes dia berbanding Rita Royani dulu....semua boleh move on, cari rezeki masing-masing. |
|
|
|
|
|
|
|
NAT_11 posted on 3-6-2015 11:23 AM 
Sawie memang terkenal ringan tangan & kaki. Aku pun tak suka jantan
ringan tangan suka pukul bini ...
Yer lah nat... she aske for it ...
Jantan yg ringan tangan dan kaki dan spesis isteri yg boros tak beringat, layak dapat habuan..
Kita komen berdasarkan apa yg media tulis ... kita tak tau masalah dalaman kapel ni kan.
Yg pasti, setiap masalah bersebab.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku ni shin, sebenonya sangat femanist. Aku benci jantan yang mendera
bini dan tak bertanggongjawab. Tapi dalam kes ni, I think Rozana deserves it.
Imagine rm250 ribu untuk masa depan anak-anak licin lecat diguna untuk
beli branded guds plus mencantikkan dirinya. Kalau Sawie sujud syukur,
memang sahlah dia Dayus dan patot diperbodohkan. Aku juga rasa,
anak-anak mereka lebih selamat dan terjaga masa depan kalau Sawie yang
bela. Kalau aku sawie, memang susahlah aku nak trust si Rozana ni lagi.
Takut je pisang berbuah berkali-kali.
|
|
|
|
|
|
|
|
lama tak tengok sis tonggek menyeksi..sambil melahar 
|
|
|
|
|
|
|
|
sama lar kita ni Nat, kita perjuangkan hak para ex wife, mana yg betul lar yer
mana yg salah dlm Islam tetap hukumnya salah, so in this case ada dua, one sawie rembat bini dia, the other one bini kaki joli
tapi kalau kita ke mahkamah tugas mendidik isteri tetap jatuh pada suami, salah laku isteri tu semua atas caturan suami, as a mom maybe dia rasa dia sayang anak2 dia and think that selamanya sawie will support her. for us yg layman ni mmg byk 250K tu utk buat botox dan branded begs, cuma dulu tak silap dia kata mmg urusan rumahtangga and bayar bills mmg dia yg buat, sawie cuma bagi duit kat dia to settle everything.maybe juga sawie syg sgt and all these years tak amik port mana duit dia pergi dia tahu semua settle and done with.last2 tengah sesak dia nak duit, baru dia realize duit dah habis bini joli kan
|
|
|
|
|
|
|
|
ye btol tu harap semuanya settled and bleh mulakan hdup baru
|
|
|
|
|
|
|
|
Isteri yang baik, takkan menjolikan duit simpanan untuk time ujan.
Dia bukan tak taw, keja sawie bukan tetap. Ada masa lebat, ada masa
takda langsung, so perlulah ada simpanan. Dia pegi joli abis, langsung
tak ingat anak-anak, boleh ke di harap mak jenis ni.............?????
Lepas cerai ni, aku rasa, takda jantan nak amik dia buat bini.
Not trustworthy.
Mata duitan.
So,betterlah anak-anak tu sawie yang bela. Dia cuma mintak hak
bermalam seminggu dua kali ke, OKlah tu, since dia tak berkemampuan.
Bagi duit kat dia, dia tak mampu nak kawal napsu berbelanja.
Anak-anak tolak tepi.
|
|
|
|
|
|
|
|
ko jangan underestimate org2 kaya datok2 kat mesia ni nat
kang ada je yg ambik rozana nih buat bini, ace tengok udah le 
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh laku lagi ke..................????
Aku tengok kesan botox kat muka dia dah mula pudar.
Muka ori keboyanan sudah kembali. Nak ke datok-datok tu.........????
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak baik korang cakap mcm tu tau...Ingat muka dia takde orang nak ke...Tak laku ke Asalkan ada lubang cekpit mesti ada yang nak...Sila tambah ilmu lagi ye acik zana...Mane tau boleh kalahkan mak lampir nanti.... |
|
|
|
|
|
|
|
Yeh, tag team...........
Mak lampir meroyan tuntut mutaah. Si Rozana meroyan kena debuk
sampai patah riok. Ramailah yang akan sokong nanti - sumenya PERJUANGAN
WANITA TERANAYA SEDONIA.............
|
|
|
|
|
|
|
|
sedangkan enot yg takde pinggang pun laku
inikan pulak bekas awie 
|
|
|
|
|
|
|
|
Enot tak target para datok & tan sri. Mat rempit pun enot terima,
sebab tu cepat laku. Mat rempit tahu, enot mudah dirempit.
Selalu nangis duit kena rembat dengan laki.
Tapi Rozana ni kaki songlap. Berani ke datok & tan sri amik pencuri
jadik bini. Kang kering kontang duit dalam bank.................
|
|
|
|
|
|
|
|
Acik zana ada ilmu tarik duit wooooooo |
|
|
|
|
|
|
|
cik tonggekkk tak baek tauu
hahahaha
enot takde pinggang katanya

|
|
|
|
|
|
|
|
Tidak Akan Ceraikan Isteri, Awie Ragui Fasakh Dipohon Rozana
Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2015 12:46 PM
Oleh: KEMALIA OTHMAN
[email protected]
Awie anggap cerai taklik Rozana satu pembohongan.
PETALING JAYA: Penyanyi Rock Awie (Wings) meragui proses fasakh yang dilakukan oleh isterinya Rozana Misbun kerana menganggap ia tidak dilakukan mengikut prosedur yang betul.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, berkata, bagaimana Rozana boleh memfailkan cerai secara fasakh tersebut sedangkan isterinya itu sendiri tidak tahu dimanakah tempat yang sepatutnya sijil perkahwinan mereka dikeluarkan.
"Saya pelik bagaimana dia boleh memfailkan perceraian di Majlis Agama Islam, Songkhla Thailand sedangkan dia sendiri sebelum ini yang dedahkan bahawa pernikahan itu tidak sah mengikut undang-undang negara kerana tidak didaftar di mana-mana.
"Kami berkahwin di dalam sebuah rumah yang diuruskan oleh ejen dan selepas itu ejen tersebut yang uruskan sijil pernikahan itu. Namun ejen itu pun sudah melarikan diri.
Bagaimanapun dari segi peraturan Islam, pernikahan itu sah," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
SILI KLIK: Rozana Misbun Berjaya Peroleh Cerai Taklik Terhadap Awie Di Songkhla
Awie berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Rozana kepada mStar Online pada Rabu bahawa dia berjaya memfasakhkan cerainya dari pejabat Majlis Agama Islam, Songkhla, Thailand pada 1 November 2014.
Rozana, 36, berkata, permohonan fasakh itu berjaya diperoleh selepas pihak Majlis Agama Islam Songkhla, berpuas hati dengan keterangan serta bukti diberikannya selepas tragedi 2 Jun 2014 iaitu kejadian dibelasah oleh Awie.
Sementara itu, Awie berkata, proses perceraian tersebut seharusnya melalui prosedur yang betul iaitu mengesahkan perkahwinan mereka terlebih dahulu sebelum memfailkan perceraian.
"Saya hidup lagi dan tidak akan menceraikan dia sebelum semua kes kami selesai di mahkamah dan saya anggap apa yang dia dedahkan itu adalah satu pembohongan.
"Kalau mahu cerai perlulah ikut prosedur yang betul di mahkamah kerana ia adalah hukum Allah, jangan gunakan duit untuk beli semua perkara itu sebagai jalan mudah," ujarnya.
Selain itu, Awie turut mempersoalkan kenapa baharu sekarang Rozana mahu mendedahkan perceraian tersebut iaitu memgambil masa sehingga tujuh bulan.
Dia menganggap tindakan tersebut sengaja dilakukan bagi menganggu fokusnya terhadap konsert 'Wings Ta'kan Melayu Hilang Di Dunia' yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya di sini pada 10 Jun depan.
"Saya sentiasa bersedia dengan rancangan-rancangan dia untuk mengenakan saya. Saya tahu ada orang di belakangnya yang merancang semua ini.
"Dia tahu saya sedang sibuk beri tumpuan pada konsert akan datang dan perkara ini memang sangat menjejaskan fokus saya berlatih untuk persiapan konsert," katanya.
Terdahulu, Awie menghadapi tuduhan di Mahkamah Majisteret Ampang, Selangor dekat sini kerana mendatangkan kecederaan terhadap Rozana yang dibicarakan menurut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Pasangan berkenaan turut berhadapan kes tuntuan hak jagaan kekal anak di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan dekat sini. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau lah si Ahwie ni kawin ngn Haliza Misbun, mau dua2 bersilat kalau bergaduh. Bukan senang nk tumbangkan si Haliza tuh....sama baran ngn Ahwie.  |
|
|
|
|
|
|
| |
|