|
Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)
[Copy link]
|
|
Panggilan Dari Orang Mati
Perkara yang terjadi pada aku ni sampai sekarang aku tak boleh nak cari jawapan rasionalnye.
Berbulan-bulan selepas kematian ayah aku pada tahun 2002, aku dan keluarga aku selalu dapat panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali. Kitorang angkat panggilan tu tapi takde sapa pun yang menjawab di pihak pemanggil, senyap je. Mula-mula tu kami sangkakan mungkin orang tu salah nombor kot tapi sebab dah selalu sangat kami pulak risau eh sapa pulak ni main-main telefon. Masa tu kami cuma guna telefon rumah biasa je jadi kami tak boleh nak tengok nombor telefon yang buat panggilan kat kami tu.
Sebab dah menyampah sangat, kali ni aku pulak yang angkat panggilan tu, aku dengan niat nak bergurau aku pun cakaplah kat pemanggil tu, 'ayah kalau ni adalah ayah, cuba telefon nombor telefon bimbit saya'.
Sebenarnya aku saja cakap macam tu, sebabnya aku masa tu baru 18 tahun dan baru dapat telefon bimbit ni, memang takde orang lain kecuali keluarga dan kawan-kawan rapat je yang ada nombor aku tu. Lagipun tahun 2002 masa tu mana ada panggilan dari scammer macam zaman sekarang ni jadi sape jelah yang nak telefon aku pun?
Beberapa minit selepas itu, telefon bimbitku berbunyi. Terpapar di skrin telefon bimbit aku nombor telefon yang aku tak pernah nampak sebelum ni. Terkejut aku dibuatnya. Eh ayah ke ni? Aku tak berani nak jawab jadi aku biarkan je deringan telefon aku mati sendiri. Kebetulan jugak masa tu aku dan mak nak keluar naik kereta, masa dalam kereta aku cerita kat mak pasal nombor misteri tu. Mak suruh aku telefon balik nombor tu.
Depan-depan mak aku pun redial nombor tu. Tiada bunyi tooot tooot tanda panggilan sedang bersambung, sebaliknya cuma bunyi statik yang tersekat-sekat dan bunyi butang nombor didail dengan perlahan. Aku dan mak bergilir-gilir sebut hello tapi tidak berjawab.
Lepas tu kami dah tak terima lagi dah panggilan misteri tu. Tapi aku selalu terfikir ada tak orang lain yang mengalami apa yang aku alami ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman Bekerja di Rumah Hantu
Selama 12 tahun aku bekerja sebagai pelakon di sebuah Rumah Hantu yang jadi tarikan pelancong ke tempat aku ni. Sebenarnya jadi pelakon ni seronok sebabnya aku boleh melakonkan pelbagai watak seram dan aksi-aksi menakutkan, jadi karier aku kat sini memang tak membosankan la.
Walaupun rumah hantu ni dah memang cuma lakonan semata-mata, namun ada jugak peristiwa benar yang terjadi di belakang tabir ni.
Aku taknaklah dedahkan apa nama Rumah Hantu ni, tapi aku boleh kasi hint sikit-sikitlah pasal tempat ni. Bangunan Rumah Hantu ni memang lama sangat dah dibina. Asalnya bangunan ni dulu merupakan sekolah rendah. Pemilik rumah hantu ni ada buat pengubahsuaian besar-besaran, ada beberapa bilik darjah tu yang kami runtuhkan dan bina semula untuk dijadikan bentuk rumah hantu macam sekarang ni. Masa tulah bermulanya gangguan-gangguan pelik di sini.
Kalau gangguan kecik macam bunyi tapak kaki dan rasa macam diperhatikan tu, memang dah biasa sangatlah orang kata. Yang tu kitorang bolehla pejam mata je, tapi kalau yang teruk tu memang kami pun kekadang rasa seram jugak. Contohnya, ada satu malam tu, ada seorang krew ni bekerja sorang-sorang. Dia ni krew bahagian audio jadi malam tu dia sedang menguji sistem pembesar suara kami. Dia kata la, malam tu dia tak sambung apa-apa wayar pun kat pembesar-pembesar suara tu tapi dia masih dengar suara orang merengus, GGGGGRRRRRRRR, suara orang tu dalam dan kuat pulak tu muncul dari pembesar-pembesar suara tu.
Dia punya takut tu masa tu jugak dia berlari keluar dari bangunan tu sampai lupa nak kunci bangunan tu. Dia terpaksa mintak sorang lagi krew temankan dia. Sejak tu dia dah tak nak dah duduk dalam bangunan tu seorang diri.
Ada jugak gangguan-gangguan 'nakal', macam terdengar suara budak ketawa mengekek, bunyi orang berbisik-bisik di bilik atau lorong yang takde orang. Benda kene sorok, tau-tau je jumpa kat tempat lain dah.
Ada satu tahun tu,aku duduk di sebuah kerusi malas yang boleh berayun depan belakang tu. Masa tu aku berlakon jadi hantu yang tiba-tiba akan melompat dari kerusi tu bila ada pengunjung tiba di seksyen aku. Kerusi malas ni antik pastu dah rosak sikit, dah susah nak diayunkan ke belakang, tapi setakat guna sebagai props je jadi kami pun biarkan jelah kerusi malas tu rosak macam tu.
Betul-betul selepas rumah hantu tu dibuka untuk orang ramai, aku duduk seorang diri di seksyen aku bersedia untuk menakutkan pengunjung, apabila aku dapat rasakan ada tangan tiba-tiba tarik kerusi tu kebelakang. Memang kuat betul orang tu tarik sampaikan dengan aku-aku sekali terlentang di atas kerusi malas tu, sampai aku boleh nampak siling. Aku betul-betul ingat aku nak tersembam ke lantai ni.
Tapi nasib baiklah aku tak jatuh dari kerusi tu. Bila kerusi malas tu dah stabil aku automatik lompat terus dari kerusi tu. Bilik tu besar dan pintu masuk satu je, tapi aku tengok takde sape pun dalam bilik tu kecuali aku. Kalau ada orang prank pun mustahillah dia secepat kilat boleh keluar dari bilik ikut pintu masuk tu sebab pintu tu jauh dari lokasi aku duduk atas kerusi tu. Memang sah aku sorang je kat situ.
Rupa-rupanya, di malam yang sama jugak, tapi kejadian tu berlaku lewat sikit, aku diganggu lagi. Lampu seksyen aku tu tiba-tiba terpadam, bila lampu utama tu terpadam, lampu kecemasan yang merah tu automatik akan menyala. Masa tu aku ada sekumpulan pengunjung baru je meninggalkan seksyen aku. Dalam samar-samar malam tu akku ternampak ada susuk tubuh seorang budak kecil di hujung kanan bilik aku ni.
Budak tu tengah bertinggung ke arah aku. Yang aku ni plak sangkakan budak kecil tu salah sorang dari kumpulan pengunjung tadi dan dia tertinggal kat situ. Aku pun berjalan mendekati budak tu, tapi belum sempat aku sampai kat dia, lampu kecemasan tadi tiba-tiba terpancar sekejap, lepas tu tetiba budak tu ghaib sendiri.
Tahun yang sama jugak tapi hari berlainan, aku di dalam bilik yang sama, melakonkan watak yang sama, menunggu pengunjung datang di atas kerusi malas tu, apabila tiba-tiba ada orang merengus betul-betul di sebelah telinga aku. Rengusan dia sangat kuat sampai berdesing telinga aku. Aku pandang belakang kiri kanan memang aku sorang je dalam bilik tu.
Lepas tu aku mintak nak ditukarkan ke bilik lain je. Aku masih diganggu tapi takdelah seteruk macam dalam bilik tu.
Memang aku ada buat kajian jugak pasal sejarah bangunan ni, tapi tak banyak yang aku jumpa dan yang penting memang takde peristiwa berdarah ke misteri ke direkodkan pasal bangunan ni. Tapi apa pun aku sukakan kerjaya aku ni, walaupun selalu diganggu tapi aku taknak perancangan nak berhenti lagi kerja kat sini. Cumanya aku akan pastikan aku tak berseorangan bila berada dalam bangunan ni malam-malam....
|
|
|
|
|
|
|
|
Thank TT..selamat kembali yer hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Uncle Seeker di Wisconsin USA
Dulu zaman aku muda-muda, aku ada geng penjejak paranormal yang mana terdiri dari kawan-kawan sebaya aku jugak. Kitorang ni bukanlah serius sangat nak menjejak paranormal ni, tapi sajalah suka-suka. Dan selalunya kitorang memang tak pernah jumpa pun entiti tu, paling lebih pun setakat nampak bayang-bayang atau bunyi-bunyian. Tu pun dah cukup untuk buat kami percaya yang paranormal tu memang wujud.
Satu malam tu, kami buat ekspedisi di sebuah tempat yang dinamakan Witch Road. Nama sebenar tempat ni bukanlah Witch Road, nama jalan ni Callan Road, dia macam jalan dalam. Dapat gelaran Witch Road sebab kononnya zaman dulu-dulu ada perempuan sihir yang tinggal di tepi jalan tu. Dia tinggal di sebuah kabin, dan kononnya sebab kuasa ilmu hitam dia kuat sangat, selepas dia meninggal dunia, dia jadi roh jahat yang menghantui jalan tu. Kabin tu pun katanya dah diruntuhkan. Sekarang kawasan tu dah jadi tanah persendirian, sepatutnya memang dah tak boleh sesuka hati masuklah tapi itu tak menjadi halangan untuk peminat paranormal menceroboh tempat tu untuk mencari runtuhan kabin perempuan sihir tu.
Selalunya sebelum kami nak masuk tempat-tempat macam ni kami akan buat kajian secara mendalam dulu, termasuklah mewawancara orang yang pernah pergi ke situ, cari maklumat sejarah dari perpustakaan tempatan tapi untuk trip kali ni kami pakai main terjah je. Yang kitorang sediakan hanyalah peta yang dicetak dari Mapquest dan barang-barang asas macam lampu suluh je. Masa kitorang sampai kat jalan tu memang tempat tu kawasan pendalaman la dan dikelilingi dengan hutan. Kami sampai pada pukul 8.15 malam pada pertengahan musim panas, jadi masa kami sampai tu memang ngam-ngam hari dah nak masuk senja. Kami pun tinggalkan kereta di tepi jalan tapi sebelum nak masuk tu, aku menuju ke bonet kereta dulu nak keluarkan beg-beg kami. Masa tulah aku nampak kat dalam hutan tu ngam-ngam belakang kereta kami tu, ada bangunan berupa macam kabin. Kabin tu agak jauh ke dalam hutan tapi aku boleh nampak bumbung dan dindingnya yang bersembunyi di sebalik pokok dan belukar kecil dalam hutan tu.
Aku pun panggillah kawan aku, wei ko nampak tak apa yang aku nampak? Masa kami berdua sedang mengamati kabin yang tersorok di celahan pokok-pokok tu kami ternampak bebola cahaya yang bergerak perlahan-lahan menuju ke arah kami. Bebola cahaya tu agak jauh jugaklah, bentuknya kecil jadi kami sendiri pun tak berapa pasti tu cahaya apa sebenarnya. Sejujurnya aku tak rasa takut tak rasa seram pun dengan kemunculan bebola cahaya tu, sebaliknya aku rasa macam tertarik nak tahu apa benda tu sebenarnya. Sangat-sangat tertarik sampaikan aku campak je beg aku ke tanah dan kaki aku automatik melangkah masuk ke dalam hutan nak ikut cahaya tu. Kawan aku pun sama, dia ikut je belakang aku.
Kami masuk ke dalam hutan tu tak bawak apa, dan langsung tak cakap apa. Sehelai sepinggang je. Rasa macam kena pukau pun ye. Sehinggalah kami dikejutkan dengan bunyi daun-daun kering dan ranting dipijak. Entah dari mana muncul pulak seorang lelaki berlari ke arah kami dengan memegang sebuah pelita minyak tanah di tangannya. Lelaki tu suruh kitorang patah balik dan tinggalkan tempat ni terus. Kitorang tanpa mempersoalkan apa-apa kami pun ikut jelah cakap lelaki tu. Sampai-sampai kat kereta kami pun masukkan balik beg dalam bonet kereta tu, masuk dalam kereta, hidupkan enjin dan terus memandu keluar dari jalan tu.
Agak lama jugak kami membisu sampailah kami dah masuk jalan besar masa tulah kami macam tersedar dari pukauan. Kami ingat apa yang terjadi tadi. Kawan aku tertanya-tanya, 'eh lelaki tadi tu siapa sebenarnya? Ko perasan tak dia pegang lampu minyak tanah? Zaman sekarang ni ada lagi ke orang pakai lampu macam tu?'.
Sampai sekarang nilah pengalaman paling pelik yang aku alami dan sampai sekarang pun aku tertanya-tanya sapa lelaki tu dan apa jadi kalau dia tak muncul masa tu....
|
|
|
|
|
|
|
|
Main Sorok-sorok dalam Hutan
Dulu masa aku kecik-kecik, aku dan kawan aku selalu main nyorok-nyorok di waktu malam. Setiap daripada kami akan membawa lampu suluh masing-masing, lepas tu cuma yang jadi pencari tu je yang boleh pasang lampu suluh dia, kalau yang menyorok tu pasang dia automatik kalah dalam permainan ni. Kami bermain di sebuah ladang yang besar ni. Dalam ladang tu ada sebuah tasik dan di hujung tasik tu adalah hutan. Satu malam tu, aku dan 5 orang kawan aku bermain permainan ini, jadi semua yang main tu 6 orang la. Dalam 6 orang ni, aku dan sorang lagi kawan aku ni kami ada walkie talkie sendiri. Takdela canggih sangat tapi sesuaila untuk budak-budak macam kami.
Kami berdua dan sorang lagi kawan kami ni, sebab taknak kalah punya pasal, kami cadang nak menyorok dalam hutan tu je.Kami bertiga pun pergilah ke hutan tu, dah sampai tu kami berpecah, aku sorang-sorang dan yang lain tu berdua menyorok bersama-sama. Sambil-sambil mencari tempat nak menyorok tu, kami saling berkomunikasi pakai walkie talkie tu, 30 minit la jugak kitorang bersembang tu. Aku menyorok di atas sebatang pokok. Sedar tak sedar dah 20 minit aku diam membatu atas pokok tu, kawan aku lagi dua orang tu pun senyap je. Dah bosan aku pun cuba roger diorang, tiada balasan. Tak dengar kot. Aku roger sekali lagi, kali ni kawan aku tu beep aku balik. Dia tekan butang beep tu sampai 5 saat. Eh benda ni da rosak ke. Aku cuba roger balik. Kali ni aku dengar adalah bunyi turun naik nafas seseorang. Aku dah mula rasa pelik, diorang ni saja nak prank aku ke? Aku dah rasa tak sedap hati lagipun dah dekat sejam aku menyorok ni, aku pun turunlah dari pokok tu nak balik rumah terus la.
Jejak kaki ke tanah je, aku dengar bunyi lolongan coyote. Aku rasalah coyote sebab aku ingat lagi lolongan tu macam pelik. Macam suara manusia cuba nak meniru lolongan haiwan. Aku pun apa lagi, cabutlah balik rumah. Bunyi lolongan tu tak berhenti-henti dan aku rasa dah makin dekat pun ye. Aku percepatkan langkah larian aku sampailah aku tiba di sempadan hutan dan tasik tu. Tiba-tiba walkie-talkie ku berbunyi sendiri. Tapi kali ni suara perempuan ketawa mengekek. Lagi seram la aku jadinya, memang tak pandang belakang dah.
Aku pun sampai ke rumah dengan tercungap-cungapnya, orang pertama aku jumpa adalah kawan aku yang kena jadi pencari tu. Masa nilah aku teringat eh kawan aku lagi dua orang tu masih ada dalam hutan tadi! Aku pun cakap kat dia tapi dia cuma tengok aku dengan pandangan yang pelik. "Eh takdelah, diorang dah lama dah balik rumah. Diorang kata diorang cuba nak hubungi kau pakai walkie-talkie tapi ko tak jawab. Tu yang diorang balik awal tu".
Kawan aku yang dua orang tadi cakap, masa diorang nak keluar dari hutan tu, diorang tercicir walke-talkie tu dalam hutan. Jadi sapa atau apa yang pegi main-main dengan walkie-talkie tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
semua cerita baru best!!! thank u TT |
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 28-5-2023 01:08 PM
Main Sorok-sorok dalam Hutan
Dulu masa aku kecik-kecik, aku dan kawan aku selalu main nyorok-nyorok ...
Pandai hantu tu main walkie talkie.huuhu
Best cerita.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengalamanku ni North Slope, Alaska
Suatu ketika dulu, aku pernah bekerja di North Slope, Alaska dalam bidang petroleum. Skop kerja aku ni memerlukan aku untuk pergi ke zon simpanan petroleum Alaska. Zon ni yg aku boleh gambarkan adalah padang jarak padang tekukur yang beratus-ratus batu luasnya. Yang ada hanyalah tundra yang hidup dengan liar dan tidak terkawal. Nak ke kawasan ni, syarikat aku dah membina sebatang jalan di atas ais di musim sejuk khas menuju ke pad-pad penggerudian je. Keje aku ni adalah untuk menguji formasi batu-bata setelah penggerudian kali pertama dilakukan bagi menentukan kualiti minyak kat situ.
Gambar atas ni adalah contoh jalan ais dan pad penggerudian yang aku cakap tu. Memang takde apa kan putih semata-mata.
Kejadian ni berlaku di pertengahan Januari, matahari pun masih belum memunculkan dirinya lagi. Kat sini kalau waktu macam ni, memang sebulan setengah jugakla matahari tak muncul-muncul, jadi waktu malam di polar ni memang panjang. Pad penggerudian yang kami nak pegi ni adalah 60 batu ke barat Alpine, Alaska. Memang terceruk antara yang terceruk kat sini. Kerja kami memakan masa selama seminggu, dah habis tu kami pun akan balik ke kem untuk menghantar laporan pastu balik rumah la masing-masing. Untuk tujuan keselamatan, di permulaan dan penghujung jalan ais ni ada pondok pengawal, sapa-sapa nak masuk keluar dari sini kena melaporkan diri di pondok tu. Sebabnya kat sini memang takde talian telefon mahupun talian radio. Kalau kami tak lapor keluar pada masa tertentu, pihak berkuasa akan bertindak untuk mencari kami sebab dikhuatiri kami hilang atau ditimpa kemalangan semasa di sini. Kami datang ke sini satu krew 4 orang naik 1 trak.
Masa tu dah 4 pagi, hari masih gelap, dan kami dah di pertengahan jalan dah ni. Nak memandu di atas jalan ais ni pun kena berhati-hati tak boleh laju sangat, kena bawak tak boleh lebih dari 25 batu sejam. Bayangkan ye aku dan krew aku ni berempat je sejak seminggu yang lalu, tiba-tiba di tengah jalan tu kami ternampak ada manusia lain tengah berjalan.
Manusia tu seorang lelaki, pakai jeans, kasut sneaker dan jaket berhud. Selamba jalan sorang-sorang dalam gelap yang panjang ni dan suhu negatif 20 darjah kat sini. Pada mulanya kami sangkakan mungkin dia ni orang Inuit kot. Orang Inuit ni adalah suku kaum Asli di Alaska, kaum ni memang ada ja yang berburu di tundra sini, mungkin jugak la kot kereta salji dia rosak ke jadi dia pun terpaksa la berjalan kaki. Kami berdua bersangka baik.
Tapi, lelaki tu macam tak perasan yang kereta kami dah melepasi dia. Dia tetap berjalan kaki seorang diri. Dia tak nampak macam dia tengah kesejukan, walaupun pakaian dia tu sangat tak sesuai untuk keadaan cuaca yang sangat ekstrem ni. Pastu kitorang perasan muka dia tak nampak macam orang Asli Inuit pun, tapi muka Caucasian macam muka kami. Raut wajah dia kosong, tak menunjukkan apa-apa emosi pun. Partner aku kata mungkin kot dia ni baru kemalangan dan dia dalam keadaan terlampau terkejut sampai tak boleh nak fikir apa.
Kitorang pun berhenti la sekejap kat tepi jalan tu, nak keluar dah tak boleh sebab sejuk kan, jadi kami pun tunggu la lelaki tu sampai ke trak kami ni. Tapi lelaki tu berjalan dengan selamba je, macam tak terburu-buru pun. Aku di bahagian pemandu, partner aku ni bukaklah tingkap kereta. Masa nilah aku terbaru sesuatu yang pelik, bau sengit macam bau asid tu. Partner aku cakap nanti dia nak cuba 'tangkap' tangan lelaki tu. Lelaki tu tengah bingung sangat ni sampai tak sedar kita dah berhenti.
Kawan aku dah siap-siap hulurkan lengan dia, tapi belum sempat dia nak capai lelaki tu, lelaki tu tiba-tiba berpaling dan terus menyambar lengan partner aku ni! Lelaki tu tengok muka kawan aku dengan pandangan mata yang sangat bengis, dia seolah-olah taknak lepaskan tangan kawan aku ni langsung. Memang kuat betul dia tarik tangan kawan aku tu sampai kawan aku merintih kesakitan. Kemudian, lelaki tu menjerit pada kami, jeritan dia tu penuh dengan rasa amarah yang teramat sangat. Aku yang dah panik dan terkejut tu, aku pun tekan minyak sampai tergelincir sikitla trak kami , nasib baiklah aku berjaya jugak kawal trak tu,
Tu pun lelaki tu tetap taknak lepaskan tangan kawan aku, kali ni dia cuba nak tarik kawan aku keluar dari trak tu. Lelaki tu berlari sambil pegang tangan kawan aku tu seiring dengan kelajuan trak kami ni bergerak. Krew aku yang lagi 2 orang kat belakang ni cuba sedaya-upaya nak tahan kawan aku kat sebelah ni agar tidak terjatuh. Setelah beberapa lama kami dalam trak tu kelam-kabut akhirnya kami berjaya jugak selamatkan kawan aku tu, dan syukurlah akhirnya kawan aku tu selamat jugak. Dah terlepas tu dia pun cepat-cepatla tutup tingkap, kitorang pun terus berdesup pergi tinggalkan lelaki tu menuju ke pondok pengawal yang jauhnya 30batu jugakla dari lokasi tu,
Dah sampai ke pondok pengawal tu, kami pun laporkan pada pengwal tu pasal lelaki pelik tadi tu. Pengawal tu ingatkan kami saja nak membongak kat dia, tapi polisi sini dia terpaksa la jugak amek tindakan terhadap laporan kami tu. Kawan aku tadi mengadu tangan dia sakit, dia pun bukak baju tarik lengan baju, memang jelas nampak kesan lebam berbentuk genggaman tangan di tempat dia kene tarik tadi. Setelah buat aduan kami diarahkan terus balik ke kem, sepanjang balik ke kem tu sorang pun tak cakap apa sebab masih tergamam dengan peristiwa tadi.
Esoknya aku saja jumpa pengawal tu, nak tau pasal perkembangan aduan kami tadi. Pengawal tu kata diorang dah buat pencarian selama 12 jam di sepanjang jalan ais tu, tapi tak jumpa apa pun. Termasuklah kesan tapak kaki pun takde. Pengawal tu siap sound aku lagi, kononnya kami ni saja buat cerita, tak pasal-pasal pengawal-pengawal kat situ terpaksa buat kerja lebih pulak.
Tapi aku tetap berkeras yang kami tak menipu pun. Kalau kami saja nak buat prank, takkanla sampai sanggup mencederakan kawan kami tu. Sudahnya kes kami tu ditutup dan sampai sekarang kami pun tak tau siapakah lelaki misteri yang kami jumpa di tengah jalan tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 4-6-2023 12:16 PM
Pengalamanku ni North Slope, Alaska
Suatu ketika dulu, aku pernah bekerja di North Slope, Alaska dal ...
tq tt update byk crta baru |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 17-6-2021 05:10 AM
i teringat mcm kes yg hilang masa hiking kt perak tu. lupe dah namanye, kan ke siap masuk hiking r ...
Nama dia Acap kan, org Johor. Masa kes tu i bercinta lagi dgn husband n kitorg pun nak masuk larian tu. Tapi last minute cancel sbb husband i kerja. Dala husband i dgn Acap tu asal tempat sama |
|
|
|
|
|
|
|
Hantu Perosak Rumah Tangga Orang
Peristiwa ni terjadi pada sepasang suami isteri yang aku kenal. Aku dan teman lelakiku, kami ada kawan pasangan suami isteri, biarlah aku namakan diorang ni Alice dan Johnny (bukan nama sebenar). Alice dan Johnny berpindah dari sebuah apartmen ke sebuah rumah landed baru. Sebenarnya kalau ikutkan kami dan diorang ni takdela rapat nau-nau, kawan-kawan biasa je, tapi dalam 2 bulan selepas Alice dan Johnny pindah rumah baru ni, kami perasan yang diorang ni kerap sangat ajak kami lepak, datang rumah kami, ajak kami datang rumah dia. Yang aku perasan sampai jadi macam ni, kalau salah seorang tu keluar pegi mana-mana, yang lagi sorang tu akan datang lepak rumah kami sampailah pasangan dia balik. Lama-kelamaan kami boleh nampak yang personaliti mereka ni makin berubah, asyik penat je lepas tu mulalah cepat naik angin. Aku dan teman lelaki aku sempat gosip mungkinkah Alice dan Johnny ni ada masalah dalam perhubungan ke?
Suatu malam tu, kami pun bertanyalah pada Alice dan Johnny ni, korang ni dah kenapa? Awalnya mereka berdua macam teragak-agak la nak cerita, tapi lepas diasak barulah diorang berterus-terang. Diorang kata, sejak pindah rumah baru ni, macam-macam benda pelik terjadi..
Pada mulanya, anjing-anjing peliharaan diorang kalau duduk dalam rumah jadi penakut, suka menyorok di sudut bilik, bila dibawak ke ruang tamu anjing-anjing diorang buat perangai taknak pegi situ. Lama-lama anjing-anjing diorang taknak dah duduk dalam rumah tu, ia lagi suka duduk di luar rumah. Dah duduk di luar rumah, kejenya suka menyalak -nyalak je sampai jiran-jiran buat aduan. Terpaksalah anjing-anjing tu dibawa ke rumah makbapak Alice tapi yang hairannya duduk rumah orang lain elok pulak anjing-anjing tu.
Dah duduk berdua tu, Alice dan Johnny, kalau cuma salah seorang je ada kat rumah tu, mulalah dengar benda-benda pelik. Bunyi orang berlari dalam rumah, pintu bilik terbuka dan tertutup sendiri, barang beralih tempat dengan sendirinya. Ni benda biasa je. Lama-lama entiti tu mula berani tunjuk rupa pulak. Bila TV dipadam, diorang akan nampak ada refleksi orang di kaca TV tu. Yang Alice nampak budak perempuan, Johnny pulak nampak lelaki tua. Bila pandang belakang, takde orang. Ada suatu hari tu Alice tengah menyeterika baju depan tingkap, tingkap tu ada langsir, Alice nampak kain langsir tu tersingkap sendiri macam ada orang angkat, beberapa saat kemudian ianya terjatuh semula. Yang Johnny pulak, masa tu dia sorang-sorang kat rumah, Johnny tengah bersembang di telefon dengan Alice. Dalam telefon tu Johnny cakaplah dia nak buat sandwich untuk makan malam je. Betul-betul lepas Johnny cakap macam tu, tiba-tiba dia terdengar macam ada orang tengah buat kerja di dapur. Johnny pun pegilah jenguk dapur, alangkah terkejutnya Johnny bila dia nampak roti, tuna dalam tin, mayonis, barang-barang nak buat sandwich ni dah ada atas kaunter dapur!
Sebab benda-benda ni berlaku bila Alice dan Johnny keseorangan, jadi diorang memang sembunyikan dari pasangan masing-masing. Lagi satu sebab masing-masing memang tak percaya dengan makhluk halus ni, jadi diorang pun taknaklah dianggap macam penakut atau kolot. Sebab tu lah jugak diorang ni kerap sangat keluar, lepak kat luar lagi bagus dari duduk dalam rumah tu.
Bila diorang dah berterus-terang tu, aku dan teman lelaki aku pun bersimpati dengan keadaan diorang ni, tapi kami tetap rasa mungkin tu suma cuma mainan fikiran diorang je. Satu hari tu, semasa Johnny di rumah tunggu Alice balik dari keje, aku dan teman lelaki aku pun temankanla Johnny kat rumah tu. Masa kitorang bertiga tengah rancak bersembang tu, tetiba kami dengar bunyi macam ada orang kat dapur. Cawan-cawan kaca berlaga, pintu terbukak dan tertutup, berdentang-dentung jugakla dapur tu. Tapi kami bertiga buat bodoh je, tapi lagi rancak kami bersembang lagi rancak jugaklah 'benda' tu buat kerja di dapur. Kami dah rasa tak sedap hati, akhirnya Johnny cadangkan pada kami, jom kita tunggu Alice kat kedai makan mana-mana boleh kita makan malam sekali. Dan kitorang pun terus setuju dan cepat-cepat keluar dari rumah tu.
Alice dan Johnny amek keputusan taknak dah menyewa kat situ lagi. Sebabnya Johnny dah mula mengigau dalam tidur padahal sebelum ni Johnny tidur mati. Mungkin Johnny terlalu stress tapi Alice cakap Johnny meracau-racau sampai Alice terjaga dalam tidur dan racauan dia sangat menakutkan. Aku dan teman lelaki aku pun sukarela nak tolong Alice dan Johnny berkemas untuk pindah rumah tu. Masa tu hari siang tengahari, kami pasang lagu nak ceriakan mood, kami kemas pun gitu-gitu je sebab kami nak cepat, kami taknak duduk dalam rumah tu sampai malam.
Hari dah masuk senja, akhirnya kami selesai jugak keluarkan barang-barang Alice dan Johnny masuk dalam kereta diorang. Alice dan Johnny dah masuk dulu dalam kereta diorang, aku dan teman lelaki aku ikut di belakang. Rumah diorang ni ada satu tingkap besar yang menghadap laman depan rumah ni, kami pandang tingkap tu, untuk kali terakhir la kononnya. Teman lelaki aku tanya aku, 'yang awak nampak tak tu?'. Aku pun apa lagi suruh lah dia blah cepat dari situ.
Dah sampai ke apartmen lama Johnny dan Alice tu, pakwe aku tanya lagi, 'awak nampak tak budak...'. 'Perempuan kan?', belum sempat pakwe aku menghabiskan ayatnye aku dah potong dulu. "Budak perempuan tu pakai baju putih kan?", Alice pulak mencelah. Kami berdua mengangguk. Alice terpaku sebentar, 'aku ingatkan budak perempuan tu cuma imaginasi aku je, tak sangka korang pun nampak'.
Aku taknakla dedahkan alamat rumah tu kat mana, tapi aku kasi klue, rumah tu kat Fort Worth, Texas. Kat lorong tu ada 5 biji rumah bata warna tan ada tingkap besar menghadap laman. Salah satu tu lah rumah berhantu tu.....
|
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 14-6-2023 01:58 PM
Hantu Perosak Rumah Tangga Orang
Peristiwa ni terjadi pada sepasang suami isteri yang aku kenal. A ...
Alhamdulillah, ade cerita baru lagi. Terima kasih banyak ya TT. Kalau ade, boleh la update lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Thank you TT...Best giler semua cerita TT
Kalau kita bosan2, selalu gak repeat baca cerita TT yang lama-lama, x jemu baca..hihi
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-6-2023 11:10 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Tall Man - Hantu Galah Versi Orang Asli Amerika
Aku membesar di Rizab Orang Asli Sungai Cheyenne dan berketurunan suku kaum Lakota. Sepertimana suku kaum Orang Asli Amerika yang lain, setiap suku kaumnya mesti akan ada satu atau beberapa makhluk halus yang ditakuti. Suku kaum aku paling takut dengan makhluk ni yang kami panggil Tall Man. Tall Man ni dikatakan ada kuasa malaikat maut sebab kalau ia muncul, tak lama tu mesti akan ada 3-4 kematian dalam suku kaum kami.
Yang pernah jumpa Tall Man ni, ia digambarkan sebagai satu makhluk yang tubuhnya macam manusia tapi hitam legam dan sangat tinggi, nampak macam bayang-bayang manusia yang tinggi lampai, tak nampak rupanya macam mana tapi atas kepalanya nampak macam pakai topi koboi tu. Aku sendiri tak pernah jumpa dan memang aku taknak jumpa pun, tapi aku kenal beberapa orang yang mendakwa mereka pernah jumpa Tall Man ni.
Orang pertama adalah cikgu bahasa Lakota aku masa aku sekolah menengah rendah dulu. Ada satu hari tu cikgu aku malas nak mengajar sangat jadi dia pun sembang-sembanglah dengan kitorang, terkeluarlah kisah Tall Man ni dari dia.
Cikgu aku ni ada makcik yang dah tua duduk sorang-sorang kat rumah. Suatu malam tu makcik dia terdengar ada orang ketuk pintu rumah dia, tapi sebab masa tu dah lewat malam sangat dia takutlah nak bukak pintu tu jadi dia pun mengintai dari celah tingkap je nak tengok sape tu. Tapi kat depan pintu rumah dia takde sape pun. Tengah dia dok mengintai tu, sekali tu dengar pulak bunyi ketukan di pintu belakang, dia pun intai tingkap belakang, pun takde sape. Sekali lagi, pintu depan rumah dia diketuk lagi. Tapi belum sempat makcik tu berjalan ke pintu hadapan, telefon rumah dia di ruang tamu pulak berdering.
Masa ni makcik tu dah takut dah, apahal ni sapa pulak telefon tengah malam ni. Rupa-rupanya yang telefon dia tu adalah jiran sebelah rumah dia. Jiran tu pesan kat makcik tu, ‘makcik, jangan bukak pintu. Kitorang nampak Tall Man tengah main ketuk-ketuk pintu rumah makcik. Dia berlari atas bumbung rumah makcik, pegi depan pegi belakang’.
Kisah kedua, dari suami aku sendiri. Suami aku ni merupakan polis suku kaum kami. Semasa suami aku tengah meronda kampung kami ni, masa tu suami aku pergi meronda ke satu kawasan perumahan yang dah ditinggalkan ni. Dia terperasan ada satu bayang-bayang pelik tengah bertenggek di atas bumbung salah sebuah rumah tu. Suami aku pun suluhlah bayang-bayang tu. Tapi sebab jauh sangat cahaya lampu suluh dia tak sampai ke situ. Suami aku pun dok amati apa benda tu….. sekali tu baru dia tersedar, itu Tall Man. Makhluk tu bila sedar yang suami aku dah tau ia apa, ia pun berdiri. Suami aku cakap, Tall Man tu sangat tinggi. Setinggi rumah tu. Laki aku pun apa lagi, cabutlah dari situ. Sepanjang malam tu dia lepak je kat sebuah kedai runcit 24 jam tu.
Kisah terakhir, yang ni terjadi pada kawan aku, kita namakan dia Dee jelah. Dee ni bukan orang Lakota tapi dia bekerja di rizab aku ni. Suatu malam tu Dee dan kawan dia yang orang Lakota ni saja jelah memandu malam-malam kat tanah rizab tu, saja ambil angin malam. Sekali tu diorang ni ternampak ada satu cahaya putih berdesup menyeberangi jalan di hadapan diorang tu. Dee brek mengejut sebab nak elak cahaya tu. Dee ingatkan tu cuba mainan mata dia je, sekali tu kawan dia pun tanya wei amende yang melintas tadi?
Dee dan kawan dia berhenti di tepi jalan tu tapi diorang tak nampak apa pun. Dee dan kawan dia dah rasa tak sedap hati, masa tu jugak masing-masing balik rumah. Dee ni serumah dengan kawan dia tu, dan malam tu tidur Dee diganggu dengan satu mimpi buruk ni.
Dee mimpi yang pahlawan-pahlawan orang Asli Amerika menyerang bandar New York. Dalam mimpi tu Dee rasa macam ada orang sedang berbisik di telinga dia. Dee mengigau sampai menjerit-jerit panggil kawan dia tadi. Kawan dia pun terjaga dan pujuk Dee tidur balik. Tapi sepanjang malam tu Dee diganggu mimpi peperangan tu, memang tidur tak lena la Dee malam tu. Kawan Dee terpaksa temankan Dee sepanjang malam tu.
Esoknya, bila hari dah siang, barulah kawan Dee tu berani bukak cerita. Dia cakap, masa Dee mengigau jerit nama dia tu, dia pun berlari masuk bilik Dee, dan dia nampak ada bayang-bayang seorang lelaki tinggi lampai tengah berdiri tepi Dee. Bila dia bukak lampu je baru bayang-bayang tu hilang. Tapi memang takdelah kawan dia nak cerita kat Dee malam tadi sebab dia taknak takutkan Dee.
Berminggu-minggulah jugak Dee ni jadi susah nak tidur, macam-macam caralah dia berubat nak hilangkan gangguan tu. Bakar kemenyan dalam biliklah, gantung dreamcatcher, tapi lama-kelamaan gangguan tu hilang dengan sendirinya. Lepas tu memang kalau masuk waktu malam je, Dee memang tak keluar rumah dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Bandar Misteri Portlock di Alaska
Bagi peminat paranormal di USA pastinya tau pasal kewujudan bandar ni, bandar ni sebenarnya adalah sebuah bandar tinggal yang suatu ketika dulu sangat maju dan pesat membangun. Bandar Portlock ni mula-mula ditubuhkan di Semenanjung Kenai pada awal 1900an sebagai kawasan kilang mengetin makanan. Majoriti penduduk di sini adalah orang Rusia yang berhijrah dari kepulauan Aleutian, kepulauan ni terletak di antara Alaska dan Rusia atau spesifiknya di kawasan Laut Bering dan Laut Pasifik. Tahun 1921 bandar ni mula makin ramai penduduk sehinggakan sebuah pejabat pos pun dibuka di bandar tu.
Tapi, beberapa dekad selepas ianya ditubuhkan, bermulalah satu misteri di pekan ni. Tahun 1940an, ramai penduduk di bandar ni dilaporkan hilang. Antara yang hilang tu adalah pemburu-pemburu kambing biri-biri. Kalau nasib baik jumpalah mayat pemburu tu beberapa hari kemudian di kawasan lagun dan laluan air, dengan keadaan mayat tu hampir hancur macam kena seksa. Tak mungkin mayat pemburu tu jadi mangsa binatang liar sebab binatang liar pun takkan 'main-main' mayat macam tu. Tapak kaki haiwan sebesar 18 inci turut ditemui oleh pemburu rusa di kawasan bukit-bukau yang mengelilingi bandar tu. Ada pemburu yang berani pergi ikut tapak kaki tu tapi diorang cuma jumpa darah merata-rata je, binatangnya takde pun.
Kisah ni pernah dilaporkan oleh sebuah suratkhabar iaitu Homer Tribune. Wartawan telah menemuramah seorang wanita yang berasal dari bandar tu, Malania Kehl. Malania ni mendakwa, semasa beliau masih kecil dulu, dia dan ahli keluarga dia telah lari dari rumah diorang di Pelabuhan Chathem, iaitu sebuah pelabuhan betul-betul berdepan dengan bandar tu. Bukan keluarga dia je, hampir semua keluarga di pelabuhan tu pun lari pada hari yang sama. Hari tu kecoh ada penampakan nantiinaq, iaitu seekor makhluk gergasi seakan-akan Sasquatch yang selama ni menghantui Semenanjung Kenai tu. Malania percaya yang ayah angkat dia sendiri mati dibunuh oleh nantiinaq tu pada 1931, ayah angkat beliau dipukul di kepala tapi hentaman tu sangat kuat sampai hancur kepala ayah angkat dia.
Walaupun Semenanjung Kenai tu luas, tapi makhluk tu macam 'tertarik' dengan bandar Portlock tu. Nantiinaq ni, walaupun ia tak sepopular Bigfoot atau Sasquatch, tapi penampakan ia sebenarnya lagi lama berbanding Bigfoot ni. Nantiinaq ni pun lagi menakutkan. Seawal tahun 1950an, bandar Portlock jadi kosong sebab serangan nantiinaq ni. Pejabat pos tu pun sampai kene tutup.
Menurut Brian Weed, pengasas kumpulan pengkaji Juneau's Hidden History, sebelum Portlock ni jadi kawasan industri mengilang makanan dalam tin, tempat tu sebenarnya cuma kampung-kampung nelayan kecil je. Tapi, penduduk kampung tu pun lari jugak dari situ, beberapa tahun kemudian barulah peneroka luar datang bukak kilang di situ. Dikatakan masa peneroka tu datang, diorang jumpa kem-kem memancing yang ditinggalkan begitu sahaja. Weed semasa diwawancara oleh KINY Radio, bila penduduk bandar tu makin ramai berpindah dari situ, maka makin kuranglah pekerja kilang tu sampai tahap pengusaha kilang tu pulak merayu-rayu agar pekerja diorang jangan pindah. Ada jugak pengusaha kilang yang menggajikan pengawal bersenjata. Tapi penduduk bandar tu tetap berkeras nak pindah jugak. Sebenarnya, ramai sangat ke orang hilang dalam bandar tu sampai takde yang sanggup duduk di situ lagi? Mengikut laporan, dalam tempoh 20 tahun hampir 3 dozen orang dilaporkan hilang.
Yang lagi pelik, bandar Portlock ni pernah masuk dalam Bancian USA 2 kali, sekali pada tahun 1940 dan sekali lagi pada 1980, dengan jumlah penduduk seramai 31 orang je untuk 2 tahun tu. Adakah berlaku kesilapan bancian di situ? Menurut warga tempatan di situ, sekarang tempat tu dah jadi bandar tinggal dan dah dicop sebagai tempat berpuaka. Menurut kata Malania lagi, bukan nantiinaq je ada, kat situ pun sebenarnya ada banyak entiti-entiti lain lagi. Yang Malania ingat, roh wanita berwajah pucat yang berpakaian kelubung hitam, roh ni akan muncul di tepi-tepi pantai, menjerit dan mengilai sebelum lenyap begitu sahaja.
Apakah sebenarnya yang terjadi di bandar Portlock tu, adakah benar Nantiinaq tu jadi punca takde orang duduk kat situ lagi dah? Tiada siapa pun tahu. Sekarang bandar Portlock yang tinggal hanyalah kilang yang semakin mereput. Walaupun ramai penduduk asal tempat tu memuji keindahan tempat tu tapi diorang pun tak berani nak pulang ke sana lagi. Dan tiada siapa pun berani nak masuk sini kecuali peminat paranormal yang nak cabar diri sendiri sahaja....
|
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 22-6-2023 05:56 PM
Bandar Misteri Portlock di Alaska
Bagi peminat paranormal di USA pastinya tau pasal kewujudan bandar ...
ingtkan jepun sja byk kg tinggalan... Rusia pn ada... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-6-2023 08:26 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 25-6-2023 08:30 PM
Hampir Menjadi Mangsa
Kisah ni berlaku bertahun-tahun yang lalu, aku pun tak ingat bila tarikh sebenar tapi yang pasti masa tu aku baru berumur 11-12 tahun, lebih kurang pada tahun 2001 atau 2002 macam tulah.
Pakcik aku berminat nak beli sebidang tanah berdekatan Red Oak, Oklahama. Aku tak ingat kat mana lokasi sebenar, yang aku ingat tanah tu luas jugak berekar-ekar dan memang terpencil. Jadi pada satu pagi di hari Sabtu, aku dan ibubapaku pun temankanlah pakcik aku ni nak tinjau tanah tu.
Dari rumah aku agak jauh jugak, dalam 3 jam perjalanan naik kereta, tapi sebab masa tu aku budak-budak lagi kan bagi aku seronok je berjalan jauh-jauh ni. Pada mulanya aku agak teruja nak tengok tanah pakcik tu, tapi bila sampai je, aku rasa agak kecewa. Eh macam ni je ke tempatnya? Dahle jauh dengan rumah orang, tempatnya sunyi sepi dan hutan kat situ pun tak berapa menarik bagi aku.
Kami terpaksa letak kereta di tepi jalan sebab tanah tu masih tebal lagi hutannya, masih belum ditebang lagi pokok-pokoknya. Pakcik aku cakap dia cadang nak beli lot tanah ni untuk dijadikan tempat dia berburu. Kitorang pun masuk ke dalam hutan tu, walaupun hari masih siang terang benderang, tapi selangkah kami masuk ke dalam hutan tu, macam ada sesuatu yang tak kena. Aku ingatkan aku sorang je rasa macam tu, rupa-rupanya yang lain pun rasa macam tu jugak, pakcik dan ayah aku siap gurau-gurau lagi, eh macam seram je tempat ni. Mak aku diam je tapi aku perasan dia asyik pandang-pandang belakang je. Mak aku ada jugak ajak kitorang balik je tapi ayah aku pujuk, tak payahlah dah datang jauh-jauh ni takkan nak balik macam tu je.
Baru beberapa minit kami trekking dalam hutan tu, aku ternampak dalam hutan tu ada sebuah pondok kecil warna merah. Pondok tu memang kecik je, aku rasa stor pun lagi besar tapi pondok tu dibina dengan kukuh. Pakcik aku dah pelik sebab tuan tanah tak cakap pun atas tanah tu ada bangunan, jadi kitorang pun menujulah ke pondok tu nak tengok tu pondok apa. Pintu pondok tu terbuka luas, di dalamnya ada tin-tin makanan yang dah dibuka, selimut yang dah reput atas lantai, dan pondok tu baunya sangat busuk macam bau bangkai.
Masa ni barulah kitorang betul-betul rasa tak sedap hati. Semua orang sebulat suara nak balik waktu tu jugak, manalah tau kan pondok tu sebenarnya rumah gelandangan yang menumpang kat tanah tu. Masalahnya, kitorang tak ingat pulak mana arah kitorang datang tadi. Perasaan seram ditambah dengan rasa panik. Kitorang pun trekking ikut keyakinan diri je, akhirnya kami jumpa jugak jalan raya tapi malangnya bukan tempat kami masuk tadi. Kereta kami masih jauh lagi tapi takpelah sekurang-kurangnya kami dah kat tepi jalan raya je bukan dalam hutan.
Kami pun berjalan di tepi jalan raya tu menuju ke kereta kami. Semasa berjalan kaki tu, kami ternampak sesuatu yang sangat mengerikan. Di tengah-tengah jalan raya tu, ada bangkai kucing bulu kelabu yang sedang terbakar. Aku tak tau sape la kejam sangat pegi bunuh dan bakar kucing tu, pastu mana pulak datang kucing tu sebab tempat ni takde rumah pun. Bangkai tu masih berapi lagi maksudnya ia baru je dibakar tapi kitorang tak nampak sesiapa pun kat situ.
Bila dah nampak macam tu, kitorang pun berlari selaju mungkin nak cepat sampai ke kereta kitorang. Sampai-sampai je, kitorang nampak kereta kami tu ada calar panjang, dari bumper sampai ke bonet calarnya. Nasib baik jelah calar, bukan enjin kereta dirosakkan. Kitorang tak tunggu ape dah terus lompat masuk dalam kereta. Ayah aku hidupkan enjin dan terus meluncur laju dari tempat tu, walaupun rasa berdebar dan mengah-mengah kami berlari tadi masih belum hilang.
Selepas lawatan tapak tu, pakcik aku pun tak jadi nak beli tanah tu. Sekian lama aku cuba nak lupakan peristiwa di hari itu, aku dan keluarga aku tak pernah berkongsi peristiwa tu dengan orang lain, kami-kami je tau tu pun kami tak pernah la nak ungkit. Cuma kali ni je aku tergerak nak cerita kat Reddit ni. Sebabnya malam tadi aku layan satu episode Buzzfeed Unsolved kat Youtube ni, pasal kehilangan satu keluarga ni, dan lokasinya memang mengimbau kenangan betul sebab berlaku di kawasan hutan yang pakcik aku cadang nak pergi tu. Keluarga tu pun pergi ke situ sebab diorang pun buat lawatan tapak macam kitorang buat tu.
Kalau korang nak tengok, episodnya bertajuk The DIsappearance of the Jamison Family. Lokasi mayat keluarga tu ditemui tu dalam hutan tulah, dalam 7 tahun selepas keluarga aku ke situ. Ada banyak teori pasal kematian keluarga tu, antaranya angkara kultus sebab ada ditemui bangkai-bangkai kucing. Kebetulankah? Mungkin. Tapi aku tak sangka hari tu sebenarnya aku dan keluarga aku nyaris nak jadi macam keluarga Jamison….
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-6-2023 11:15 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Ahli Silap Mata
Peristiwa ni terjadi baru tahun lepas, tapi sebab peristiwa ni sangat pelik aku rasa sesuailah untuk kongsi di sini. Waktu tu aku tengah amek Master sebab aku bercita-cita nak jadi kaunselor sekolah, salah satu keperluan Master tu aku perlu melakukan kerja sukarela di sebuah sekolah rendah. Aku baru seminggu jadi sukarelawan di sekolah tersebut apabila guru besar mengumumkan di waktu perhimpunan nanti pihak sekolah sudah menjemput seorang ahli silap mata untuk membuat persembahan. Selain murid-murid, semua kakitangan sekolah dijemput termasuklah aku.
Di hari persembahan tersebut, aku dah rasa persembahan tu agak pelik. Sebabnya, ahli silap mata tu langsung tak bukak mulut masa dia buat persembahan tu. Daripada staf-staf lain pun aku dapat tahu dari mula ahli silap mata tu sampai dia tak bercakap pun dengan diorang, cuma angguk-angguk je. Dia sendiri pun ada macam satu aura yang magis, pandangan mata dia sangat tajam. Aku rasa ahli silap mata tu terlalu serius untuk buat persembahan yang ditonton oleh budak-budak umur 6 ke 11 tahun.
Tapi aku layan jelah persembahan dia, dan aku rasa persembahan dia memang sesuatu yang lain daripada yang lain. Helah-helah dia aku rasa macam tak masuk dek akal pun ye. Antara yang aku ingat, ada satu helah ni dia membuka satu buku yang lembarnya sangat besar sehingga menutup kepalanya, lepas tu kepala dia tetiba muncul dari sebiji topi keras di atas meja sebelah dia, dan meja tu takde tirai jadi korang boleh nampak bawah meja tu. Memang hebat persembahan dia tapi macam mana dia buat tu ye?
Perhimpunan masa tu dijalankan di waktu terakhir sekolah hari tu, tapi semua orang sangat kagum dengan persembahan ahli silap mata tu, itulah topik perbualan semua orang di sekolah lepas tu. Aku nampak ahli silap mata tu turun pentas dan menuju ke arah aku, aku dah bersiap-sedia dah nak tegur dan puji dia, sekali tu ada la pulak 2-3 orang cikgu ni datang kat aku ajak aku sembang pasal persembahan tadi. Aku sempat bertentang mata dengan ahli silap mata tu, sekali tu dia belok pulak masuk ke tandas lelaki. Sepanjang kami berbual tu mata aku memang tak lepas ye dari memandang pintu tandas tu, manelah tau kan kalau ahli silap mata tu dah keluar bolehlah aku tegur dia. Sekali tu aku perasan yang dia lama betul dalam tandas tu. Sampai aku dah habis sembang pun dia tak keluar-keluar. Lepas tu aku pun pegilah tengok kejap dalam tandas lelaki tu, tandas tu kosong ye. Aku dah pelik dah ni aik takkan dia keluar ikut tingkap tandas.
Esoknya semua orang masih lagi bercakap pasal persembahan silap mata semalam. Masa nilah aku dah pelik, sebabnya bila diorang kongsi apa helah yang diorang suka, seolah-olah semua orang menyaksikan persembahan yang berlainan. Macam helah yang aku cerita tu, takde sorang pun ingat helah tu. Helah-helah yang diorang ingat tu pun aku rasa takde pun semalam. Padahal persembahan tu agak panjang jugak, dalam 15 minit tapi takde sapa pun terfikir nak rakam. Masa ni kitorang dah rasa keliru dah amende yang kitorang tengok semalam?
Walaupun begitu, aku masih kagum dengan ahli silap mata tu dan aku bercadang nak upah dia buat persembahan di majlis hari jadi anak saudara aku. Jadi aku pun jumpalah kerani sekolah nak mintak nombor telefon ahli silap mata tu. Sekali tu kerani tu berterus-terang dengan aku, dia cakap sekolah sebenarnya tempah ahli silap mata lain pastu yang datang orang lain. Ahli silap mata tu pulak lepas persembahan dia terus balik, jadi sekolah tak sempatlah nak jumpa dan bayar persembahan dia. Bila pihak sekolah hubungi ahli silap mata yang diorang tempah tu, dia pun terkejut sebab dia kata sekolah ada hubungi dia semalam nak batalkan terus tempahan persembahan dia, padahal sekolah tak pernah pun cakap macam tu. Dia pun tak kenal sape ahli silap mata yang datang gantikan dia kononnya tu. Dan ahli silap mata tu tak pernah dah datang sekolah kami nak tuntut cek bayaran dia. Identiti ahli silap mata tu masih menjadi misteri sampai sekarang……
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs_salvatore at 22-7-2023 10:55 AM
Aku Tak Kacau Kau Pun
Aku tak pernah kongsi cerita ni dengan sape2. Dan citer ni memang 100% kisah benar bukan rekaan ye.
25 tahun yang lalu, aku pindah masuk satu rumah ni jadi housemate sepupu aku, biarlah aku namakan dia Carlos dan dengan sorang lagi rakan sekerja Carlos iaitu Jose. Rumah ni rumah lama blok simen 3 bilik satu bilik air dengan laman kelilingnya berpagar tinggi. Carlos ada 2 anjing peliharaan jenis German Sheppard yang tinggal bersama kami tapi anjing-anjing dia kami lepas je kat laman belakang. Rumah ni kat kawasan Clairmel, Florida iaitu sebuah kejiranan untuk orang B40 la senang citer, takde ape yang istimewa sangat pun tempat ni.
Sewa sini memang murah sangat, USD50 seminggu. Tapi rumah ni bersih, aku pun tinggal dengan sepupu aku dan kebetulan aku, Carlos dan Jose sekepala. Tapi kami ni takdelah rapat sangat sebab masing-masing kerja tak tentu masa, kitorang buat hal sendiri je tapi tak pernah la gaduh. Tapi aku cuma sempat tinggal situ 6 bulan je,dan ni sebab kenapa aku pindah keluar dari rumah tu walaupun sewa murah yaamat.
Satu malam minggu ni kebetulan kami bertiga cuti. Kitorang pun buatlah makan-makan sikit kat rumah ni, jemput kawan-kawan kami dari tempat kerja masing-masing. Adalah dalam 20 orang tetamu yang hadir masa tu.
Kami siap pasang lagu untuk memeriahkan suasana makan-makan malam tu. Hari makin lewat, kami semua dok sembang-sembang, akhirnya termasuklah topik cerita hantu. Semua orang kongsi citer hantu yang diorang tahu dan berbincang-bincang sikit pasal kewujudan paranomal ni. Jose sepanjang topik ni berlangsung dia langsung tak cakap apa, bila satu detik tu semua orang tersenyap seketika barulah si Jose ni menyampuk ;
"Rumah ni sebenarnya berhantu".
Berderau darah aku bila Jose cakap macam tu. Aku dan sepupu aku saling berpandangan, pastu kami gelakkan Jose, sebabnya kitorang duduk bertiga dengan dia tak pernah pun ada gangguan apa-apa, ni mesti Jose yang penakut sampai nampak benda bukan-bukan ni. Jose ni ada kucing gemuk kadang-kadang kucing dia ni suka mengiau di sudut rumah yang kosong, mungkin sebab tu Jose ingat kucing dia nampak hantu.
Jose kata, dia ni sensitif sikit, kadang-kadang dia dapat rasa ada kehadiran 'sesuatu' dalam rumah ni tapi 'sesuatu' tu banyak masanya cuma duduk dalam satu stor kecil di laman belakang rumah kami ni. Stor kecil berwarna merah jambu yang tiada siapa pun ahli rumah ni pernah masuk.
Jose kata, macam mana sekalipun dia mesti akan tutup tingkap tu dengan langsir sebab tingkap bilik Jose ni menghadap pintu stor tu, dan pintu stor tu sentiasa terbuka. Berkali-kali Jose cuba tutup pintu stor tu tapi asyiklah terbuka sendiri. Kalau 'benda' tu ada dalam rumah ni Jose akan bangun pagi dengan rasa tertekan.
Aku pun sebenarnya seram jugak dengan pengakuan Jose tu. Aku enggan percaya yang ada 'benda' dalam rumah ni, aku ni masa tu masih muda darah panas lagi, lepas Jose cakap macam tu aku pun mulalah cakap besar. "Pegi mampus la ngan hantu tu! Meh sini aku gi kunci terus pintu stor tu biar hantu tu jangan masuk rumah ni lagi!'.
Aku cakap macam tu sebabnya aku memang tak percaya rumah ni ada hantu. Pastu kenapa kacau Jose sorang je? Mesti Jose saja nak takutkan kitorang ni. Aku pun bangkit dari sofa di ruang tamu tu dan keluar menuju ke stor kecil kat belakang rumah tu. Semua orang termasuk Jose pun ikut aku jugak. Jose tak putus-putus merayu kat aku, biarkanlah jelah benda tu, dia taknak ganggu kita pun janganlah kita cabar dia pulak.
Selama ni aku memang tak pernah masuk ke dalam pondok tu, kali ni kitorang ramai-ramai masuk. Seingat aku, dalam stor tu takde lampu, memang gelap, tapi dalam stor tu cuma ada mesin pemotong rumput yang dah rosak, tong-tong cat, skrin tingkap yang berkarat dan sebatang penyodok yang besinye pun dah berkarat.
Aku amek penyodok tu, aku tarik pintu tu rapat-rapat ke bingkai dia, lepas tu aku gunakan penyodok tu untuk dijadikan penghadang tombol pintu tu. Aku siap tanam lagi penyodok tu supaya ianya jadi ketat tak boleh dibuka oleh sesiapa lagi. Kitorang uji berkali-kali memang takde sape dah boleh bukak pintu tu. Pastu kitorang ramai-ramai masuk balik dalam rumah.
Tak lama lepas tu, dalam pukul 1 pagi, semua tetamu kami pun balik ke kediaman masing-masing. Anjing-anjing kami lepaskan ke laman belakang, pagar semua kami kunci untuk pastikan anjing kami tak terlepas. Lepas kemas-kemas rumah kami pun masuk tidur.
Esok paginya pukul 6 tu, aku terbangun sebab nak terkencing la pulak. Aku masih mamai-mamai lagi semasa aku bukak pintu tu, aku terdengar macam ada bunyi kuku cakar dinding, pastu kayu penyodok yang aku buat penghadang stor malam tadi terjatuh terkena kaki aku bila aku bukak pintu tu! Bunyi penyodok jatuh tu memang kuat sampai mengejutkan aku dari mamai tu.
Penyodok tu disandarkan di depan pintu bilik aku, aku nampak ada sisa-sisa tanah di atas lantai rumah aku sampailah ke depan pintu bilik aku ni. Aku pun bergegas ikut sisa-sisa tanah tu, ia datang dari pintu belakang yang masih berkunci. Aku jenguk tingkap dan aku nampak pintu belakang stor tu ternganga luas!
Aku terus ketuk pintu bilik Carlos dan Jose. Dalam fikiran aku, mesti salah seorang daripada diorang ni yang prank aku. Aku pun marah-marah diorang, 'baik ngaku cepat sapa yang cabut penyodok yang sendal pintu stor tu? Pastu letak depan bilik aku?!!!'. Reaksi Jose, dia menangis-nangis merayu kat Carlos suruh mengaku dia yang buat, tapi Carlos kata dia tak buat macam tu. Dah masing-masing pun tak ngaku, pagi-pagi tu Jose terus keluar rumah pegi kedai nak cari lilin dan tasbih, alasan dia nak berdoa dari perlindungan syaitan. Balik dari kedai tu dia terus berdoa dalam bahasa Spain dalam bilik dia.
Carlos marah aku, siap naik tangan nak penampar aku. Dia cakap kat aku yang gurauan aku ni tak kelakar ye. Dia tuduh aku ni penipu dan kebudak-budakan. Pukul 6 pagi kejutkan dia sedangkan dia masih penat sebab parti malam tadi. Aku cakap kat dia aku tak buat cerita pun, bertikam lidahlah jugak kitorang kat situ.
Hakikatnya bila sorang pun tak ngaku aku dah rasa takut dah nak tinggal kat rumah tu lagi. Aku taknak tidur dalam rumah tu melainkan kalau Carlos atau Jose ada dalam rumah tu. Dan hubungan kami bertiga selepas kejadian tu jadi tegang. Kami bertiga langsung tak bercakap, penyudahnya satu hari tu Jose dan Carlos bergaduh sebab benda kecik, pasal punat di radio je pun. Tapi bergaduh besar sampai seminggu kemudian Carlos pindah keluar tanpa memberitahu kami. 2 minggu pulak, aku yang keluar dari rumah tu. Jose pulak aku tak tahu dia masih ada kat rumah tu ke atau pindah tempat lain sebab aku dah tak pernah dah jejak kawasan rumah tu lagi....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|