|
Reply #1280 fizura's post
tak nak -
nak tgk wajah kesayangan hamba berlakon jer - |
|
|
|
|
|
|
|
Ikin tak sesuai le..muka keras yg sesuai adalah macam gadis seperti Heliza tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by adik_nazgul at 29-4-2007 07:20 PM
tak nak -
nak tgk wajah kesayangan hamba berlakon jer -
Nanti aku baling si ikin tu ngan telur busuk.Aku memang angin ngan dia ni.:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1283 fizura's post
hangin ko kat TG ni tak abih lagi ke fiz ? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1282 Hayah's post
setuju gak heliza sesuai jadi saleha....
tp smlm dlm melodi mawi lebey krg ckp mcm nila - better cari seorang yang tak bertudung cz dia kata de adegan yg kdg2 pki tdg sepenuhnya n certain time just pki slendang je.....kunun2 de desus kata wahida tu yg mawi ckp mcm tue...mm sapela yg sesuai jd saleha nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by meesha9501 at 30-4-2007 02:06 PM
setuju gak heliza sesuai jadi saleha....
tp smlm dlm melodi mawi lebey krg ckp mcm nila - better cari seorang yang tak bertudung cz dia kata de adegan yg kdg2 pki tdg sepenuhnya n certain time ...
alaa..klu dgn miss beghehh control cantik tuh ( bukan aku cakap..ogy!).. tak payahlah!
marsha gak pojaan ati ko! |
|
|
|
|
|
|
|
Latest info untuk Aduh Saleha dari Uusan malaysia (1-Mei-2007)
-pengambaran start mid of May
-Lokasi kat Bingkor and Kundasang, Sabah
-Mungkin diorang akan shoot scene yg tak babitkan saliha dulu, dan dijangkakan 'Saliha' akan menyusul kemudian dan dtg lewat sikit di Sabah
-M.Nasir dah rombak skrip hampir 12 kali :
yg menarik:
-MNasir dah panggil dua org pelakon drama TV wanita (tak pernah berlakon filem) untuk diujibakat sekali lagi. :cak:
[ Last edited by kekekek at 1-5-2007 10:22 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
kesian produser fi;em ni... kununnya nak rebut pelunag atas kepopularitian mawi dan lagu aduh leha..
tup2 lagu aduh leha pon dah sunyi.. ..lirik lagu dia pon bebudak kecik dah lupa...dah tak masuk radio... mawi lagi la..merudum disebalik AF5 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by peYno at 1-5-2007 10:14 AM
kesian produser fi;em ni... kununnya nak rebut pelunag atas kepopularitian mawi dan lagu aduh leha..
tup2 lagu aduh leha pon dah sunyi.. ..lirik lagu dia pon bebudak kecik dah lupa...dah tak m ...
Pergh...abe peYno cam dah dua bulan duk dalam gua. :lol |
|
|
|
|
|
|
|
M. Nasir cerewet - Jamal Maarif - Utusan malaysia 1-mei-2007
SEPATUTNYA 24 April lalu merupakan tarikh terakhir buat M. Nasir untuk mencari dan seterusnya mengemukakan pelakon yang akan meletakkan watak Saliha dalam filem Aduh Saliha kepada penerbit filem itu, The Cameracrew Productions Sdn. Bhd. (TCPSB).
Sayangnya, sehingga kini pengarah itu masih gagal mencari pelakon wanita yang sesuai untuk melakonkan watak Saliha dalam filem tersebut.
Pengarah Urusan TCPSB, Jamal Maarif mengakui kelewatan berpunca kerana sikap M. Nasir yang cerewet memilih pelakon watak itu.
Bagaimanapun, beliau yang juga pengarah fotografi filem itu tidak putus asa, sebaliknya menaruh harapan yang tinggi terhadap pengarah kelahiran Singapura itu.
Meskipun belum bertemu pelakon watak Saliha, tetapi penggambaran filem yang menelan kos sekitar RM1.5 juta itu tetap akan diteruskan.
Tetapi agak pelik juga bunyinya apabila tanpa pelakon watak Saliha, bagaimana penggambaran filem itu dapat dijalankan?
Mega sempat bertemu Jamal bagi mengetahui perkembangan terbaru Aduh Saliha yang akan dibintangi oleh Raja SMS (khidmat pesanan ringkas), Mawi sebagai pelakon utama filem yang menggunakan teknologi Sistem Teater Digital (DTS) itu.
Beliau yang juga pengarah filem Orang Minyak yang bakal ditayangkan pada Jun ini yakin pencarian pelakon watak Saliha akan berakhir tidak lama lagi.
Ikuti temu bual wartawan ABD. AZIZ ITAR dan jurugambar ASWAD YAHYA dengan Jamal di pejabatnya di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.
MEGA: Adakah anda rasa bosan apabila terpaksa menunggu agak lama untuk M. Nasir mencari pelakon watak Saliha?
JAMAL MAARIF: Saya tidak berasa bosan walaupun Nasir mengambil masa yang agak lama mencari pelakon untuk watak Saliha. Saya faham apa yang dia mahukan kerana saya juga seorang pengarah filem. Kami akan beri peluang kepada Nasir untuk mencari pelakon watak Saliha yang benar-benar sesuai dan kena pada penilaiannya. Walaupun kelewatan berlaku tetapi semua itu tidak menjejaskan bajet filem ini.
Bagi anda adakah itu bermakna M. Nasir seorang yang cerewet?
Saya akui Nasir memang cerewet tetapi kena pada tempatnya. Ini kerana, dia mahukan sesuatu karya yang dihasilkannya itu bermutu. Bukan itu sahaja, tetapi Nasir juga cerewet dalam pengolahan skrip dan jalan cerita filem ini. Dia misalnya mengolah semula skrip Aduh Saliha yang ditulis oleh Loloq sebanyak 12 kali. Nasir berbuat demikian mungkin kerana mahu supaya jalan cerita filem itu sesuai dengan keadaan semasa sewaktu ia ditayangkan kelak.
Mengapa anda ambil M. Nasir sebagai pengarah Aduh Saliha?
Saya pilih Nasir sebagai pengarah filem ini sebab dia ada idea. Saya senang bekerja dengan dia. Lagipun saya sudah kenal lama dengan dia.
Tanpa pelakon watak Saliha, bagaimana penggambaran filem ini dapat dijalankan?
Kita cuma tidak ada pelakon watak Saliha tetapi pelakon lain semuanya sudah ada. Krew filem akan ke Bingkor, Sabah pada 10 Mei sebelum para pelakon menyusul pada 18 Mei ini kerana 30 peratus penggambaran akan diadakan di sana. Kemudian kami akan ke Kundasang. Sementara menunggu pelakon watak Saliha kami akan melakukan penggambaran yang membabitkan pelakon lain.
Bilakah pelakon watak Saliha akan ditemui?
Setakat ini Nasir sudahpun bertemu dengan dua pelakon wanita yang dirasakannya sesuai untuk melakonkannya. Mereka merupakan pelakon drama TV dan belum pernah berlakon filem. Nasir akan memanggil mereka sekali lagi untuk mengadakan uji bakat pada pukul 2 petang 8 Mei ini di pejabat kami.
Berapakah anda bayar Mawi untuk filem ini?
Jumlah bayaran yang kami bayar kepada Mawi adalah rahsia. Tetapi bayarannya tidaklah murah ataupun terlalu mahal. Malah, jadual penggambaran filem ini juga tidak mengganggu aktiviti nyanyian Mawi. Bayaran yang Mawi terima juga sama taraf seperti yang dinikmati oleh pelakon popular yang lain.
Akhir sekali, apa komen anda ada yang berpendapat kelewatan penggambaran Aduh Saliha mungkin mengurangkan minat orang mahu menontonnya?
Kami sudah bersedia dengan risiko sebab kita tidak tahu bila hari akan hujan. Sebab itu Nasir terpaksa mengolah semula skrip filem ini supaya apabila ia ditayangkan pada tahun depan ia sesuai dengan keadaan ketika itu.
[ Last edited by kekekek at 1-5-2007 10:21 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
abe peyno kalau nak buat kenyataan biarlah berpada2...dak Mawi tu sampai sekarang tak menang tangan menerima jemputan..ishhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1291 Hayah's post
tu tak bermaksud mawi fofular..
dulu noraniza idris pon tak cukup tgn buat persembahan kebudayaan taw |
|
|
|
|
|
|
|
habis tu popular macam mana yg dimaksukan lak...sapa yg paling popular sekarang ni..abe peyno la kot... yg lain tu tak de le popular sangat nampaknya macam biasa je...sah dah abe peyno yg paling popular..akay gak le kan sampai bila nak bagi Mawi je popular.... |
|
|
|
|
|
|
shawie This user has been deleted
|
'Nasir akan memanggil mereka sekali lagi untuk mengadakan uji bakat'
maknanya diorang ni pernah dah pergi ujibakat....aku teringat Almy Nadia tu, sorang lagi tu tak ingat nama... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa dia panggil si Leez kut. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1295 shawie's post
kesian M Nasir... masih dok ingat lagu Aduh Saleha fofilar kehulu kehilir... org dah lupa aura leha ni.. dia dok terhegeh2 cari pelakon |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by peYno at 1-5-2007 08:49 PM
kesian M Nasir... masih dok ingat lagu Aduh Saleha fofilar kehulu kehilir... org dah lupa aura leha ni.. dia dok terhegeh2 cari pelakon
Ceh..ko pun tak pernah lupa gak masuk rumah Leha ni.
Tarikan aura Leha atau aura Mawi? ;) |
|
|
|
|
|
|
| |
|