|
Reply #1318 eddysheddy's post
pandangan kita berbeza...
saya pula berpendapat lagu jelmakanlah ayumu setanding dengan lagu balqis..
susahla nak banding membanding tapi itulah sikap manusia nie suka sangat buat perbandingan kan
saya minat sanggar mustika sebab lagu kurik kundi dan sulam sembilan tu yang paling best ...saya tidak minati lagu nirmala namun terpaksa akur dengan fenomena lagu tersebut ..saya lebih gembira jika kurik kundi menjadi fenomena sebagaimana lagu nirmala...
namun untuk LT,saya harapkan cinta ini, senyum minang manis dan ada masa mata...untuk sama2 setanding dengan lagu2 sebelum ini ..selain jelmakanlah ayumu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zeey at 31-12-2008 02:22 AM
pandangan kita berbeza...
saya pula berpendapat lagu jelmakanlah ayumu setanding dengan lagu balqis..
susahla nak banding membanding tapi itulah sikap manusia nie suka sangat buat perbandin ...
ya.. kita berbeza pandangan tapi kita saling memahami |
|
|
|
|
|
|
|
zeey, eddy nak masuk tido dululah.. ngantuk dah.. bye |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1317 zeey\ catat
saya rasa LT tetap setaraf dengan album tradisional ct yg lain malah rasanya LT lebih strong because of arrangment lagu , cover, pengurusan dsb lebih baik...itu tak termasuk lagu lagi...lagu2 kali nie lebih urban dan moden ..variasinya nampak..keunikan itu terserlah..mcm lagu ada masa mata...superb!
kesimpulannya...LT tetap teristimewa dan superb !!!
hopefully best album @ AIM....produksi yg bagus seperti ini tak boleh dipandang remeh..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1324 Urban_Iz's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1326 pzan213's post
pzan sabar jer la erkk...
xkemana la tu album tu..
kalo abis mmg petanda baik la tu psl panas kat pasaran...n harapan n azam tok ti tu leh jd kenyataan... |
|
|
|
|
|
|
|
Lentera Timur ku persembahkan...
Written by Siti Nurhaliza
Assalamualaikum dan salam bahagia buat semua. Salam Maal Hijrah dan salam tahun baru 2009 buat semua. Semoga kedatangann tahun baru ini memberikan kita semangat dan azam yang baik serta dapat menjadi insan yang berguna kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.
Alhamdulillah, penghujung 2008 yang membahagiakan apabila album Lentera Timur telahpun berada di pasaran pada 26 Disember lalu. Bukan Siti sahaja yang teruja dengan kemunculan album ini malah Siti rasa amat bahagia dan bersyukur sekali kerana sambutan yang diterima daripada para peminat semua menerusi mesej yang di tulis di laman ini.
Kepada peminat yang berada di luar negara, Siti faham agak sukar anda mendapatkannya dalam waktu yang terdekat ini tetapi anda juga boleh menghubungi atau menghantar emel pesanan ke [email protected] untuk membuat pesanan dan InsyaAllah pihak kami akan mengirimkan ke tempat anda berada. Siti sanggup lakukan ini semua kerana Siti mahu mengembalikan sesuatu yang segar dalam industri apatah lagu dari album terbaru ini berentak tradisional kontemporari. Biarlah sejauh manapun kembara kita, budaya bangsa kita tidak akan dilupa selama-lamanya.
Kepada peminat di Indonesia, Siti akan berusaha secepatnya memasarkan album ini di sana, harapnya anda sabar menunggu. Walaupun irama pop begitu menebal di hati warga Indonesia sekarang ini tetapi Siti amat berharap irama tradisional ini juga akan mampu mengembalikan kegemilangan Cindai di negara anda. Semoga album ini nanti akan mendapat sambutan yang baik hendaknya.
Buat peminat-peminat yang telahpun mendapatkan album ini, terima kasih Siti ucapkan dan besar harapan Siti agar ia memberikan kepuasan kepada anda.
Siti telah berusaha menampilkan apa jua yang terbaik walaupun tidak ramai artis atau syarikat rakaman yang mahu menerbitkan album penuh ataupun mengeluarkan album dengan bonus 11 lagu, selagi terdaya Siti akan cuba berikan yang terbaik. Industri muzik dalam keadaan tidak menentu, tanpa sokongan anda, tidak mustahil jika suatu hari Siti juga tidak mampu menghasilkan album penuh. Sokonglah industri muzik, sokonglah Lentera Timur dan semua album terbitan SNP kelak dan jangan lupa juga perkhidmatan yang disediakan SN Mobile. Jika ada laman yang membuat muat turun selain SN Mobile, sila hubungi SNP untuk tindakan selanjutnya.
Semoga anda gembira dengan buah tangan terbaru Siti ini dan sambutlah tahun 2009 dengan penuh keceriaan. Salam mesra selalu.
Siti Nurhaliza
|
|
|
|
|
|
|
|
aku ske gler speech tok ti dlm LT tu.....especially yg part awal2 tu.....bahasa yg di gunkana bebetul klasik sgt... |
|
|
|
|
|
|
|
ad org dh uploadkan lentera timue kat
[ Last edited by calmille at 31-12-2008 06:48 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by flyzpiz at 31-12-2008 04:58 PM
ad org dh uploadkan lentera timue kat
Gi report kat sitizone..
Nanti pandai2 la SNP ambik tindakan..
[ Last edited by calmille at 31-12-2008 06:48 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|