|
RIANZ PARADISE VOL. 61 - VOTE ABPBH & LAGU2 BARU RIZ & NADIA
[Copy link]
|
|
jeng jeng....akk nak tempek part Azam naik angin...jgn marah
Tak sampaipun seminggu aku sudah kembali. Sampai saja di rumah kenderaan rasmi suamiku sudah berada di tempatnya. Pelik, hampir seminggu sekalipun dia tak menghubungiku. Tak dapatkah segala pesanan yg ku tinggalkan? Masuk sahaja ke dalam terlihat begnya yg masih belum terusik, dia pula masih di bilik mandi, takkan dari hari itu baru kini dia pulang. Aku terus ke dapur menyediakan minumannya. Sebaik saja melihatku yg tiba-tiba sudah berada di dapur dia seakan terkejut, tergamam sebentar. Tiba-tiba suaranya terlontar lantang bagaikan sedang marah, tanpa ku duga.
"You pergi mana? I call rumah tk angkat, call handphone tutup, call kat tempat praktikal dia kata dah selesaipun, nasib baik tak call balai polis lagi. Dah lah orang kerja berhari-hari, penat pun belum habis isteri hilang entah ke mana" marahnya dia.
"Abang bila balik?" tanyaku perlahan.
"I'm asking you, and now you are asking me!" kuat suaranya menyergah. Mengapa tiba-tiba dia marah sampai begini? Aku hanya mendiamkan diri, tak menjawab sepatahpun, tak guna bercakappun bila hati tgh panas. Aku bawakan airnya ke depan, mengikutnya ke bilik tidur, hanya memerhatikannya berpakaian, surat yg ku tulis masih tak terusik, rupanya dia belumpun membaca, takkan lah dia tak mendapat mesg yg ku hantarkan berhari-hari yg lalu, takkan pejabatnya tak memaklumkan pesanan yg ku tinggalkan?
Bila saja melihat surat itu perlahan dia membuka dan membaca, berpaling memandang wajahku dgn tenang. Seakan sedang memikirkan sesuatu pula, mungkinkah rasa kesal memarahiku tadi. Tak mengapalah kalau tak memohon maafpun, asalkan dia tahu tujuan aku meninggalkannya itu sudah mencukupi.
Tanpa menyentuh minuman yg ku sediakan dia masih bersuara seakan tadi.
"Esok abang nak balik Penang, ada hal keluarga, Ijah baru balik dr K.L aja, so tak payah ikut. Jaga rumah" aku tak puas hati dgn kata-katanya.
"Hal keluarga? Bukan hal kita?" pertanyaan itu bagaikan tdk disenanginya. Matanya memandangku dgn bersinar-sinar. Aku terasa ada sesuatu yg disembunyikan dariku. Tanpa menjawab dia terus ke pejabatnya yg tak jauh dari rumah kami. Melihat h/phone yg ditinggalkan aku segera mencapainya. Tak pernah sekalipun aku membuat kerja gila ini tapi hari ini hatiku bagai tergerak untuk membaca dan menelitinya. Aku periksa satu persatu panggilan yg masuk, mmg ada panggilan dari rumah mertuaku, mungkin itulah sbbnya dia nak pulang.
Ada juga beberapa kali panggilan dr nombor yg tidak bernama. Aku teliti pesanan yg masuk, rupanya penuh patutlah dia tak mendapat mesg dariku. Aku memadamkan mesage2 lama yg tdk penting dan tiba-tiba ada message pelik dari nombor yg sama dgn panggilan tadi.
Terbeliak mataku melihat apa yg tertulis.
'We have to settle this, call me when you arrive K.L, can't wait to c u'
Ada lagi satu message lain dr nombor yg sama.
'Your wife is not as good as you think, I will tell you what I saw, you won't believe, call me'
Hatiku berdebar-debar, siapakah ini, bukannya nombor Fariz atau Syafikah, mereka sudahpun berangkat ke U.K berbulan lalu memulakan hidup baru. Tak mungkin dia! Noraisyah? Takkan Azam tak menyimpan nombornya atau sengaja tak disimpan untuk mengelakkan aku syak. Pesanan2 ini datang sebelum aku ke K.L minggu lalu. Sedang aku memikir-mikir tanpa henti ada panggilan yg masuk. Aku terkejut, nasib baik tdk terhempas telefon itu. Butang hijau itu ke tekan tanpa sepatah yg keluar dr bibirku bila suara wanita itu mmg tak pernah ku lupa itu bergema. |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti HD baca posting ni mesti naik angin satu badan |
|
|
|
|
|
|
|
lupa nak bagi salam, assalamualaikum>>> busy sikit tp nak gak tinggalkan buah tgn....selamat membaca di petang2 hari yg panas terik ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|