|
♥ HoMe oF MiLaNiaNS ♥ Taip HITS1 FIKIRAN hantar ke 32776
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by taurus-71 at 28-10-2009 09:17
Hari ni ada cerita tentang Mila dlm paper Star & Utusan. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aFViRGo at 28-10-2009 09:59
Taken from Utusan Malaysia Online
Drama muzikal uji kemampuan 'produk' Astro
MEMBARISKAN pelakon dan penyanyi popular serta bintang-bintang Akademi Fantasia (AF), drama muzikal bersiri Kau & Aku tampil mengisahkan kehidupan anak remaja mengejar cita-cita di sebuah kolej seni persembahan.
Menemui penonton pada setiap Sabtu, pukul 10 malam bermula 24 Oktober di saluran Ria (saluran 104, Astro), Kau & Aku menampilkan Mila (juara AF5), Aril dan Akim (AF7) selaku penggerak utama drama yang diarahkan oleh Roslan Hussin ini.
Pelakon-pelakon lain antaranya Amar, Farish, Raja Farah, Anita Baharom, Ika, Nonny, Zoey, Azizah Mahzan, Nurul Wahab, Sabrina Ali Khan serta Riezman.
Menariknya, drama muzikal bersiri 26 episod ini diserikan lagi dengan penampilan istimewa Hafiz (juara AF7), Stacy (juara AF6) dan Dafi (AF5).
Memulakan cerita mengenai kehidupan harian sekumpulan pelajar di sebuah kolej, antaranya Mila dan Akim. Bermula sebagai sahabat, akhirnya perasaan cinta berputih di hati mereka.
Namun, segalanya tidak seindah yang disangka apabila muncul watak-watak yang sentiasa dengki dan iri hati terhadap mereka.
Drama bersiri ini juga akan diselang-seli dengan persembahan muzikal melalui lagu-lagu dan bait-bait lirik yang romantis bercampur sedih, geram serta lucu.
Sebanyak 10 buah lagu runut bunyi akan menjadi latar cerita ini iaitu Bengang (Akim), Toksid (Aril), Menatap Matamu (Aril), Jika Kau Ubah Fikiran (Mila), Kau Dan Aku (Akim & Mila), Kisah Kita Berdua (Mila, Akim & Aril), Kita Pasti Menang (Akim & Aril), Lelaki Pujaan (Aril dengan penampilan Mila), Menanti (Mila) dan Berbicara (Isma).
Bagaimanapun, kemunculan Kau & Aku bagai tidak terlepas daripada menerima kritikan apabila dilihat seakan menyamai konsep serta jalan cerita High School Musical (HSM), sebuah produksi Disney Channel Original Movie.
Ini kerana, HSM dan Kau & Aku memiliki jalan cerita yang seakan sama termasuk konsep muzikal yang diketengahkan.
Tangkas menafikan dakwaan sedemikian, Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul menjelaskan, bahawa Kau & Aku lahir bukan dicedok daripada HSM.
"Buat pengetahuan semua, drama hiburan Kau & Aku telah diadaptasi daripada format drama hiburan popular yang berasal dari Venezuela.
"Kami telah meminjam format antarabangsa dan mengubahsuainya mengikut kesesuaian kehidupan masyarakat Malaysia. Oleh yang demikian, tidak boleh kata Kau & Aku meniru HSM kerana ia milik Disney.
"Persiapan untuk penggambaran Kau & Aku dilakukan Julai lalu. Penggambaran kemudiannya dijalankan sekitar Ogos dengan pelakon dan tenaga produksi berhadapan cabaran apabila ia dilakukan pada bulan Ramadan serta Syawal,'' katanya ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran Kau & Aku di Rainforest Sports Bar, Pavillion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Kata Khairul, format drama dari Venezuela mengambil latar pelajar sekolah sebagai penggerak cerita tetapi Kau & Aku menceritakan perihal pelajar di sebuah kolej.
Dengan penggambaran dijalankan di Indonesia, pihak produksi berhadapan cabaran untuk memilih barisan pelakon dalam masa yang cukup singkat.
"Mujur pelajar AF ramai yang punyai bakat lakonan dan nyanyian serta ditambah dengan pelakon-pelakon berpengalaman lain.
"Semua 26 episod sudah siap dirakam. Genre ini masih baru. Bukannya ia tidak pernah dihasilkan tetapi belum diterajui sepenuhnya,'' ujarnya.
Menyentuh rasionalnya penggambaran itu dijalankan di Indonesia, Khairul memberitahu asalnya hakcipta drama itu telahpun dibeli oleh Indonesia Global TV yang merupakan anak syarikat Astro.
"Lokasi utama untuk drama ini telahpun dibina di sana iaitu kolej para pelajar berkenaan. Jadi untuk tidak membazirkan apa
yang kami ada, kami gunakan untuk penggambaran babak-babak menari dan studio deejay radio.
"Sebanyak 50 peratus daripada lokasi penggambaran drama muzikal ini dibuat di Putrajaya dan kesemua babak dalaman yang melibatkan para pelajar dan deejay dilakukan di Indonesia," kata Khairul Mizan.
Walaupun bajet menerbitkan drama muzikal ini agak tinggi, namun menurut Khairul Mizan, apa yang penting Astro mahu memberikan drama berkualiti dan menghiburkan yang menggabungkan tarian, nyanyian dan lakonan.
"Jika rating drama muzikal ini tinggi, tidak mustahil Astro akan menerbitkannya untuk musim kedua," kata Khairul Mizan lagi.
Sementara itu, menurut Roslan Husin, walaupun kebanyakan pelakon ini lahir daripada rancangan realiti TV Astro namun tidak sukar membimbing mereka.
Jelasnya, pelakon seperti Aril dan Akim memiliki potensi dan bakat mereka boleh dilentur serta mampu menjadi pelapis untuk masa depan.
"Selain itu kita juga mendapat kerjasama di Indonesia untuk pemilihan pelakon tambahan serta penari.
"Saya mengharapkan Kau & Aku akan mendapat rating yang tinggi dan menjadi perhatian penonton,'' katanya.
Dalam pada itu, bagi yang ingin mendapatkan informasi terkini Kau & Aku serta muat turun pelbagai kandungan, ia mampu diperolehi dengan melayari laman web rasmi drama berkenaan di www.astro.com.my/kaudanaku.
Laman web itu menawarkan informasi lengkap mengenai drama muzikal tersebut termasuk berita terkini, ulasan mingguan, sinopsis, gambar serta video menarik. |
|
|
|
|
|
|
|
Taken from rage.com.my
Come Together
THE mystery song Through My Window started a collaboration among Akademi Fantasia artistes Dafi, Mila and Akim – they got together to sing it and even worked on a music video for the song.
The song was in a CD that was sent to media companies a week ago. Since then, it has been heard over the radio, entertaining and intriguing listeners.
Its website everyoneconnects.net had over 18,000 hits in the first 4 days – what’s phenomenal is that the CD initially only contained the song, lyrics and website URL, everyoneconnects.net.
It was only revealed on Monday that the band behind Through My Window is Bunkface and the song is part of a larger social movement to get people collaborating with one another.
A visit to its everyoneconnects.net website revealed that there are many things lined up for the next few weeks, built around the song. The website features, amongst others, online banner concerts, which is the first of its kind in Malaysia.
It was the music that resonated with Dafi, Mila and Akim. “When the banner concerts were announced, we just had to jump on board and make some noise!” says a very animated Mila.
The Through My Window online banner concerts feature performances inside a banner space, along with a contest for budding musicians.
The performers with the best renditions of Through My Window win the chance to perform live at the Everyone Connects event in Jalan Bukit Bintang in Kuala Lumpur on Nov 21.
Apparently, TM is one of the collaborators in the everyoneconnects.net initiative. Dafi says they are “giving the song a different spin with our experimental style.” All three are excited about working together in the making of the music video.
“Anything’s possible if you put your mind to it,” they say.
Dafi, whose full name is Gadaffi Ismail Sabri, made his first ever appearance on the hit reality TV show Akademi Fantasia in Season 5 in 2007.
This 19-year-old was chosen among thousands during the auditions. Although he only made it to the 7th week of the competition, Dafi is one of the most successful newcomers in the music industry.
Mila (Noorsyarmilla Jirin) has proven her “girl power” by being the first female winner of Akademi Fantasia. This petite Penangite enjoys reading novels, dancing and singing. Ever since her “graduation” from AF, she has been busy doing what she loves most – entertaining her fans.
Akim (Afiq Hakim Ahmad) was the first runner up in Akademi Fantasia Season 7 this year. He’s already into musical drama and his song, Bengang, has been on the charts for the last eight weeks. – everyoneconnects.net |
|
|
|
|
|
|
|
Dari FB Group Kau & Aku
Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan muzik video artis kesayangan anda, Hafis - Masih Jelas V.2 dan Mila - Jika Kau Ubah Fikiran(original sound track of Kau & Aku drama) , buat pertama kalinya pada jam 11 malam, 31 oktober 2009, di Astro Ria (Saluran 104) |
|
|
|
|
|
|
|
Hai Tira, Slmt petang  |
|
|
|
|
|
|
|
http://photos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs041.snc3/12836_321848305220_241490980220_9460869_179322_n.jpg
aFViRGo Post at 28-10-2009 15:15 
dah undi... |
|
|
|
|
|
|
|
Tira, dlam Harian Metro pun ada Kisah Mila, Dafi & akim |
|
|
|
|
|
|
|
sabtu ni giliran Jika Kau Ubah Fikiran punye MTV. Pukul 11pm right after Drama Kau Dan Aku @ Astro Ria 104 |
|
|
|
|
|
|
|
Tira demam ke? kesiannya... jangan lupa makan ubat ye dik...
semoga cepat sembuh. |
|
|
|
|
|
|
|
eh tira dah update ek pasal MTV tu  |
|
|
|
|
|
|
|
sabtu ni giliran Jika Kau Ubah Fikiran punye MTV. Pukul 11pm right after Drama Kau Dan Aku @ Astro Ria 104
tomatomam2222 Post at 28-10-2009 15:27 
Ni yg best sgt nie... |
|
|
|
|
|
|
|
Taken from rage.com.my
Come Together

THE mystery song Through My Window started a collaboration among Akademi Fantasia artistes Dafi, ...
aFViRGo Post at 28-10-2009 10:03 
i love this article....lagu ni ciptaan Sam Bunkface kann..... |
|
|
|
|
|
|
|
Skarng ni tengah layan K&A kat Astro Ria, layan..... |
|
|
|
|
|
|
|
Best sangat Suara Mila Nyanyi Lagu Dtk CT tadi |
|
|
|
|
|
|
| |
|