CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dani-rox

[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari

  [Copy link]
 Author| Post time 16-2-2018 10:14 PM | Show all posts
umbut replied at 16-2-2018 10:11 AM
Najib ni ada ciri psycopath kan..
Muka pun tersengih sengih mcm org xda perasaan.. dah buat tetib ...

yup, kalau kita baca kisah serial killer yg psychopath lebih kurang gitu la.
Contoh, BTK killer aka Dennis Rader... dia nampak cool jah wpun dah tertangkap, muka takda rasa bersalah langsung. Dalam mahkamah, keluarga2 mangsa maki dia kawkaw pun dia senyum buat bodoh jah.
Semua ahli keluarga dan jiran2 pun tak sangka dia pembunuh bersiri sbb Dennis nih Presiden lembaga gereja Lutheran, scoutmaster yg berdedikasi, seorg jiran yg peramah dan baik hati etc. Hakikatnya selain sexual deviant, dia juga seksa dan bunuh dgn kejam 10 org termasuk kanak2.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2018 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 16-2-2018 02:14 AM
tang sugar daddy/gangster/along angle... it was brought up by the defense. sugar daddy tu lawyer k ...

I see..so nk divert attention public n nak dapatkn simpati,defense lawyers reka cerita tu..sy x ikut kesah canny ni,tp one thing for sure,i hate crime and the criminals..mujur lah dpt pembelaan y adil utk mendiang..y paling terkesan adalah kes arwah nurin dan sharmina/sharlini? (ke ape ntah nama adik tu y smpai skrg mayat pn xjmpe)...mmg pembunuh tu seorg y sadistic..geram bila teringat..sama kes DD..walaupun pmbunuh tu dah ditangkap tp still couldn't get rid of the cruelty..

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2018 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 16-2-2018 10:14 PM
yup, kalau kita baca kisah serial killer yg psychopath lebih kurang gitu la.
Contoh, BTK killer  ...

Sama mcm ted bundy,ngn pmbunuh child porno tu..hepi2 je dorg masuk court bagai..org mcm mereka ni selayaknya diseksa terlebih dahulu,biar dorg rasa sakitnya seksaan..sama dgn apa y dirasai oleh mangsa2..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2018 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
wow..so informative la tt..good job..meols dh hbs bace.. of coz kes junko tu tersangatlah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2018 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
I ada tgk docu pasal criminal mind.. mostly diorang punya otak, gen, ketidak seimbangan hormon ada lain mcm sikit.. kurang rasa simpati, mcm ada evil dlm diri.. mostly yg jahat ni trigger bila diabuse waktu kecil.. ada yg bawa gen jahat tapi boleh control dgn sokongan keluarga..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2018 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by doubleA at 21-2-2018 12:31 AM

Tt bagi ulasan kes canny ong rupanya. Memang najib tu psychopath. Mujur dah mati, kalau tak berapa banyak lagi mangsanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-2-2018 04:56 AM | Show all posts
salmon-suki replied at 16-2-2018 11:43 PM
I see..so nk divert attention public n nak dapatkn simpati,defense lawyers reka cerita tu..sy x ik ...

exactly sis. ini semua usaha defense utk bantu kes dia org... sbb awal2 lg najib dah mengaku salah, dah direkodkan depan majistret pulak tu. so takda cara lain dia org guna teori sugar daddy dan along utk menimbulkan keraguan. ujung2 jd khabar angin saja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2018 05:02 AM | Show all posts
salmon-suki replied at 16-2-2018 11:45 PM
Sama mcm ted bundy,ngn pmbunuh child porno tu..hepi2 je dorg masuk court bagai..org mcm mereka ni  ...

kan. dia org patut merasa sakit dan terseksa 100 kali ganda, hukum bunuh mcm cepat sgt. apa tak seronok, ted bundy tu siap ada peminat2 perempuan lg yg rajin pi court. giloss.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2018 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 18-2-2018 05:02 AM
kan. dia org patut merasa sakit dan terseksa 100 kali ganda, hukum bunuh mcm cepat sgt. apa tak se ...

Ted bundy tu ada laa jgk rupa..hehehe..berbanding pedo kes DD tu, lupa daa nama laki tu...aritu ada tgk kt recommendation youtube,ada kes berkaitan baby tp x sanggup nk klik tgk..tkt brutally murdered..kt Malaysia pn dah makin byk jenayah melibatkn dera baby/kanak2/budak2 smpai mati..penjara saja mmg xcukup,mmg kena bg seksaan smpai laa dorg mati..no sympathy for those murderers.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2018 12:41 AM | Show all posts
salmon-suki replied at 18-2-2018 01:05 PM
Ted bundy tu ada laa jgk rupa..hehehe..berbanding pedo kes DD tu, lupa daa nama laki tu...aritu ad ...

samalah. kalau video psl kes pedo, ai memang tak sanggup tengok. manusia jenis apa entah buat benda2 terkutuk kat budak2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2018 02:00 AM | Show all posts
Edited by dani-rox at 19-2-2018 05:05 AM

DUA PUTERA TERKURUNG DI MENARA



Gambaran pelukis Samuel Cousin pd 1879, kedua2 putera bersendirian dan ketakutan di dlm Menara London.




Apakah nasib malang yg menimpa dua org putera raja yg masih kecil di dlm bangunan itu? Spt kes misteri pembunuhan lain, kisah mereka masih belum dpt diselesaikan hingga sekarang.

Ia merupakan salah satu kisah terkenal dan kontroversi dlm sejarah Britain, berlaku di Menara London (Tower of London) pd thn 1483.


Raja Edward IV



Elizabeth Woodville, the White Queen (sempena simbol keluarga York iaitu ros putih)

Kisah sedih mengenai dua org putera muda, Edward dan Richard. Ketika itu, Edward berusia 12thn dan Richard, 9thn. Mereka merupakan dua drpd 10 org anak hasil perkahwinan Raja Edward IV dan Elizabeth Woodville – Lapan beradik yg lain adalah perempuan.

Kemangkatan ayahanda mereka, secara teknikal menjadikan Putera Edward sbg Raja England yg baru. Manakala Richard sbg pilihan kedua.


Portrait rasmi Putera Edward (bakal Raja Edward V)

Namun pd usia 12thn, dia dianggap masih terlalu muda utk memerintah. Maka bapa saudaranya, Richard III, buat sementara waktu mengambil alih sbg penjaga takhta.

Edward tidak akan berpeluang menjadi raja. Putera itu dan adiknya tiba2 hilang dari pandangan istana dan rakyat pd 1483. Hampir semua org percaya kedua2nya telah dibunuh.

Persoalannya, oleh siapa? Dan kenapa? Penemuan dua tulang rangka yg ditimbus, pd thn 1674, mungkin menyimpan sebarang petunjuk. Walau bagaimanapun, para pengkaji masih belum mendapat kepastian sehingga kini.

Kematian Mengejut Raja Edward IV

Pada 9hb April 1483 Raja England, Edward IV mangkat pd usia 41thn secara tiba2 setelah menderita sakit selama 3 minggu.

Pengkaji sejarah tidak dpt mengesahkan punca kematiannya. Mungkin jangkitan yg teruk, atau penyakit jantung atau kencing manis. Raja itu dikatakan semakin gemuk pd penghujung usianya. Apapun, kemangkatannya telah menyebabkan seluruh rakyat England tidak keruan.

Berita gembira utk menenangkan rakyat jelata adalah raja tersebut mempunyai dua org anak lelaki sbg pewaris. Namun, biarpun Putera Edward akan ditabalkan sbg raja baru tetapi dlm usia yg mentah dia belum mampu menerajui pemerintahan negaranya.


Duke of Gloucester yg kemudiannya menjadi Raja Richard III


Oleh itu, adik mendiang Raja Edward, Richard, Duke of Gloucester menjadi penjaga takhta England. Tugas itu adalah kurniaan drpd raja itu sendiri sebelum kemangkatannya.

Mula2 Richard menjemput Putera Edward (kini Raja Edward V) dari istana Ludlow dgn alasan utk menemaninya bersama rombongan ke Menara London.

Ia merupakan adat biasa utk bakal raja menginap bbrp hari di menara tersebut sebelum pertabalan. Waktu itu Menara London adalah salah sebuah kediaman utk kerabat diraja. Maka tiada siapa merasakan pelik dgn perancangan Richard of Gloucester itu.

Bondanya, Elizabeth Woodville, mula menyedari kedudukannya semakin goyah lebih2 lg selepas perlantikan adik iparnya itu, dan juga faktor dirinya amat tidak disukai di kalangan bangsawan England - berpindah keluar dari istana bersama anak2 ke tempat perlindungan di Westminster Abbey. Mengikut undang2, mana2 kerabat yg berlindung di situ adalah kebal yakni tidak boleh ditangkap mahupun dipaksa berpindah ke tempat lain.

Pada awal Mei, Richard of Gloucester melawat keluarga itu di Westminster Abbey dan memujuk kakak iparnya agar menyerahkan Putera Richard pula ke dlm jagaannya. Elizabeth bersetuju, kerana Richard sgt setia kpd abgnya Raja Edward IV - maka dia akan melakukan perkara yg sama utk waris2nya. Putera Richard pun dibawa ke Menara London dan tinggal di situ bersama abangnya.


Gambaran Putera Richard ketika meninggalkan bondanya dan tempat perlindungan mereka

Walau bagaimanapun, apa yg aneh adalah tarikh pertabalan Edward sbg raja baru sentiasa ditangguhkan. Mula2 4hb Mei, kemudian 16hb Jun. Pada 25hb Jun, Richard menangguhkannya utk jangka masa yg tidak ditetapkan.

Sebenarnya Richard Gloucester sedang merancang rampasan kuasa secara senyap2. Pada bulan Jun itu juga, dia memujuk sekumpulan bangsawan dan aristocrat utk melantik dirinya sbg Raja England yg sebenar. Dia kemudian memanipulasi Parlimen agar mengisytiharkan kedua2 putera muda itu sbg anak luar nikah.

Dengan itu, dia pun dimahkotakan sbg Raja England, Richard III. Kedua2 anak saudaranya masih berada di dlm Menara – dahulu dikenali sbg putera2 raja, kini dianggap anak2 luar nikah yg tiada hak ke atas takhta England. Edward V dan Richard of York terus dipinggirkan.


Lukisan Edward dan Richard oleh Paul Delaroche pd lewat abad ke-19

Kehilangan Dua Putera di Menara

Org yg mula2 sedar akan nasib kedua2nya, Dominic Mancini adalah seorg pengikut aliran friar dari Itali – yg berkemungkinan besar pernah menginap di Menara London pd masa yg sama dgn adik beradik itu. Dia mencatatkan bbrp perkara yg terjadi ke atas budak2 itu ketika mereka dikurung.

“Setelah masa berlalu, kesemua org suruhan yg berkhidmat dgn Edward telah dilarang utk berjumpa dgnnya.

Beliau dan adiknya dibawa ke bahagian paling jauh ke dlm Menara itu… Hari demi hari mereka semakin jarang kelihatan… hingga pada satu hari, mereka berdua tidak muncul2 lg.”

Laporan terakhir mengenai putera2 itu dilihat masih hidup, yg ditemui pengkaji, adalah semasa musim panas 1483 – Mereka dilihat bermain bersama2 di taman Menara London. Selepas itu mereka hilang dari pandangan semua org.

Tidak mustahil mereka telah dibunuh. Namun, oleh siapa?


Pembunuhan Paling Kejam: Adakah Kedua2nya Dicekik/Dilemaskan Di Atas Katil?


Beberapa thn kemudian, seorg penyokong kerabat Tudor Thomas More menulis dan mengesyaki pembunuhan dua beradik itu dilakukan oleh Sir James Tyrrell, salah seorg kawan rapat Raja Richard.

Menurut Thomas More, Raja Richard sendiri mengarahkan pembunuhan putera2 itu dan meminta Tyrrell bertindak sbg perancang utama. Oleh kerana Tyrrell tidak mahu mengotorkan tangannya, dia meletakkan perancangan itu di bahu dua org bawahannya.


Sir James Tyrrell digambarkan sedang melihat mayat2 putera beradik itu.

More juga menulis bahawa kedua2 budak itu dilemaskan di atas katil dan mayat mereka ditimbus “di kaki tangga”.

Adakah ini benar? Pada thn 1674, bbrp bukti telah timbul.

Menggali Tulang Temulang Bakal Raja dan Adiknya

Bahan bukti ditemui lebih kurang dua ratus thn kemudian – Pada 1674.

Pekerja binaan sedang menambah binaan pada White Tower iaitu sebahagian drpd Menara London. Untuk itu, mereka meruntuhkan sebuah tangga batu yg lama.


White Tower



Kaki tangga yg dikatakan tempat menyembunyikan mayat disyaki sbg Edward dan Richard


Di lapisan bawahnya – di ‘kaki tangga’ spt yg ditulis oleh Thomas More – mereka menemui sebuah peti kayu, mengandungi dua tulang rangka kanak2. Tulang temulang itu ditemui bersama cebisan fabrik yg mereput. Mereka syak bahawa tulang rangka tersebut adalah milik dua putera malang itu.

Sekali lg beratus2 thn kemudian, pd 1933 barulah tulang2 rangka itu dianalisis oleh para pengkaji yg terdiri drpd ahli arkib Westminster Abbey, Lawrence Tanner; pakar anatomi, Prof William Wright dan Presiden Persatuan Pergigian, George Northcroft.

Apapun, hasil kajian mereka telah dikritik lebih2 lagi pd masa sekarang.

Mereka menganalisis tulang temulang itu bukan spt yg sepatutnya dilakukan sbg pengkaji – Tujuan mereka adalah semata2 utk membuktikan tulang2 rangka itu adalah milik kedua2 putera. (Dgn membuat andaian awal ke atas eksperimen mereka adalah satu kesilapan, kerana ini akan menghasilkan keputusan yg berat sebelah)

Walau bagaimanapun, projek itu ‘mengesahkan’ bahawa tulang2 tersebut adalah kepunyaan dua org budak berusia di antara 9 dan 12 – umur kedua2 putera itu.

Oleh itu, kedua2 tulang rangka diisytiharkan sbg putera2 dari Menara London. Seterusnya mereka disemadikan di gereja Westminster Cathedral, bersama jenazah2 kerabat diraja yg lain.

Ini menjadi satu masalah paling besar utk detektif zaman moden, yg ingin menjalankan lebih banyak kajian terhadap tulang2 itu.

Memandangkan tulang2 rangka itu dianggap datang drpd keturunan raja, sesiapa yg ingin melakukan ujian DNA ke atas mereka harus mendapatkan kebenaran Ratu England terlebih dahulu.

Seperti yg dijangka, Ratu dan Gereja England tidak membenarkan perkara ini berlaku.


Tempat persemadian akhir utk "Putera Edward dan Putera Richard'

Senarai Suspek Yang Disyaki Bertanggungjawab


Jadi, siapa yg membunuh putera2 raja di Menara London? Sejak beratus2 thn dahulu ada beberapa suspek yg telah disenaraikan, terpulang pd pengkaji dan pengikut kes ini utk membuat keputusan.

Suspek Utama: Raja Richard III


Wajah Richard III setelah dibina berdasarkan tengkoraknya yg ditemui tertimbus di bawah tempat meletak kereta

Raja Richard dilihat sbg suspek utama, sejak dari mula lagi.

Dia ditugaskan sbg pelindung dan penjaga bakal Raja Edward V. Namun, Richard menjadi tamak dan membolot takhta itu, dan kemudiannya mengisytiharkan putera itu sbg anak luar nikah.

Teori bahawa Richard menginginkan agar kedua2 putera mati adalah masuk akal: Jika kedua2nya masih hidup, dia tidak akan berjaya memperolehi takhta England.

Tutup kes? Mungkin tidak. Richard III kini mempunyai sekumpulan penyokong kuat dlm internet yg mendakwa raja itu telah difitnah.

Menurut mereka, pd 1485 Raja Richard telah terbunuh dlm peperangan dgn Henry VII. Richard datang dari dinasti Plantagenet, manakala Henry adalah dari dinasti Tudor.

Apabila Henry berjaya menjadi raja, perkara penting yg harus dilakukan adalah meyakinkan seluruh England - dia adalah pemerintah yg tepat dan berhak. Dengan itu, para penyokongnya menyebarkan khabar angin berkenaan ahli2 keluarga Plantagenet yg telah kalah itu.

Menghebahkan kisah Raja Richard membunuh anak2 saudaranya dgn kejam nampak lebih berkesan. Ramai penulis dan penyokong Tudor, termasuk Thomas More pun mula menjaja kisah penganiayaan ini.

Suspek Nombor Dua: Raja Henry VII



Para pensimpati Raja Richard pula menunding jari ke arah Raja Henry VII.

Teori mereka begini: Raja Henry cuba merebut kuasa memerintah England pd 1485, tetapi dia juga berhadapan dgn risiko dijatuhkan oleh pembelot dari dalam.

Ramai yg maklum bahawa Raja Henry VII telah melenyapkan dan membunuh pesaing2 takhta, termasuklah anak luar nikah Raja Richard III.

Penyokong Richard mengatakan, seandainya dua putera itu masih hidup di Menara London sehingga 1485, mereka menjadi penghalang kpd cita2 Henry – kerana mereka jauh lebih berhak ke atas takhta itu berbanding Henry. Maka sebaik saja ditabalkan sbg raja menggantikan Richard III, Henry pun membunuh dua beradik itu.

Lagipun, tiada siapa setekad Henry waktu itu. Dia juga mengahwini Elizabeth of York, kakak kpd Edward V dan Putera Richard. Ini utk memperkuatkan lg tuntutannya ke atas takhta raja.

Namun, adakah dakwaan pembunuhan dua putera itu benar? Henry mempunyai alibi yg kukuh – Dia berada di luar Britain sehingga 1485, dan adik beradik itu kali terakhir dilihat masih hidup pd 1483!

Satu perkara yg mustahil apabila tiada siapa pernah berjumpa dgn putera2 itu utk 2 thn, dan kemudian Henry berjaya menemui mereka dan membunuh mereka dlm senyap2.

Suspek Lain

Ada bbrp org lg suspek yg disyaki – kebanyakan mereka adalah rakan rapat dan sekutu Richard III.


Henry Stafford, Duke of Buckingham ke-2

Salah seorg drpd nya Henry Stafford – Kawan baik Richard, yg juga mempunyai tuntutan (wpun agak lemah) ke atas takhta dan kerajaan England. Dia dinamakan di dlm dokumen sekitar masa pembunuhan putera2 malang itu, Stafford dikatakan org penting dlm rancangan keji tersebut.

Seperti yg dinyatakan sebelum ini, seorg lg suspek - Sir James Tyrrell, org kepercayaan Richard III, turut dikaitkan dgn jenayah itu.

Persoalan utamanya, adakah kedua2nya bertindak atas inisiatif dan kerelaan sendiri - sanggup membunuh kedua2 budak tersebut kerana mereka tahu itu saja cara utk membantu raja pilihan mereka? Atau mereka melakukannya atas arahan Richard III?

Kita mungkin tidak akan menemui jawapan sebenarnya. Apa yg pasti, pembunuhan Edward V dan Richard of York kekal sbg salah satu peristiwa hitam di dlm sejarah Britain.


WIKIPEDIA

Sumber 1/2
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 09:55 AM | Show all posts
tq Dani, update new story
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 19-2-2018 02:00 AM
DUA PUTERA TERKURUNG DI MENARA



Yayyyyy..this is what I've been waiting for!! Tower tu dgr nya jd tmpt y sgt berhantu..before this ada ura2 mengatakan y dayang2 ada tserempak dgn jelmaan 2 princes..thanks tt covering this story!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 01:23 PM | Show all posts
salmon-suki replied at 18-2-2018 01:05 PM
Ted bundy tu ada laa jgk rupa..hehehe..berbanding pedo kes DD tu, lupa daa nama laki tu...aritu ad ...

kat masia nih kalu x kna hukuman mati ade y kena rotan...kena hukuman rotan nih lg seksa smpai xleh nk bjalan lh, kalu bebas pn xleh nk wat keje dh kesan akibat rotan tu sgt2 mnyakitkan...bg pesalah mmg patut pn kena...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasal kes pembunuhan princes tu memang jelasnya nampak motif takhta la. Tapi cara pembunuhan pun kekal misteri.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
https://www.google.com/amp/s/www.dailystar.co.uk/news/latest-news/575927/edward-v-ghost-tower-of-london-princes-death-murder-richard-iii/amp

Said to be the image of one of the murdered princes...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2018 04:46 PM | Show all posts
dani-rox replied at 19-2-2018 02:00 AM
DUA PUTERA TERKURUNG DI MENARA

sedihkan Dani, tgamak manusia bunuh anak2 x bdosa sbb pangkat, harta..tapi untunglah anak2 tu belum baligh..Allah lagi tahu kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2018 01:33 AM | Show all posts
doubleA replied at 21-2-2018 12:45 AM
Pasal kes pembunuhan princes tu memang jelasnya nampak motif takhta la. Tapi cara pembunuhan pun kek ...

kan... pakar2 sejarah pun hanya mampu berteori jah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2018 01:40 AM | Show all posts
fairy_fairy replied at 21-2-2018 12:54 AM
https://www.google.com/amp/s/www.dailystar.co.uk/news/latest-news/575927/edward-v-ghost-tower-of-lon ...



ada satu lg, gambar di tower of london yg diambik oleh medium dan psikik... penampakan budak dlm lingkungan 14-16thn dan kepalanya tgh tunduk, katanya.



https://www.express.co.uk/news/weird/602958/Haunted-pictures-Tower-of-London-princes-Richard-III
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
fairy_fairy replied at 21-2-2018 12:54 AM
https://www.google.com/amp/s/www.dailystar.co.uk/news/latest-news/575927/edward-v-ghost-tower-of-lon ...

Humakaih jelas nau penampakan tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.234295 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list